Terkini Pejabat Air Selangor Wilayah Kuala Langat ditutup sementara gara gara sesuatu ini. Lebih mengejutkan apabila pihak mereka keluarkan kenyataan baru mengenai penutupan tersebut dan harap semua ambil perhatian.

Covid 19 ISU SEMASA

Pejabat Air Selangor Wilayah Kuala Langat ditutup sementara sehingga dimaklumkan kelak susulan terdapat satu kes positif COVID-19 yang telah dikesan melibatkan warga kerja di bahagian kaunter pejabat berkenaan. Menurut Air Selangor dalam kenyataan hari ini, warga kerja berkenaan telah menjalani kuarantin sejak 22 Okt lepas dan telah disahkan positif pada 4.30 petang tadi.

“Justeru, Pejabat Wilayah Kuala Langat akan ditutup sementara sehingga dimaklumkan kelak. Air Selangor sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan semua tindakan bagi mencegah penyebaran pandemik COVID-19 dilaksanakan dengan segera,” katanya. Dalam pada itu, bagi mengurangkan risiko jangkitan, Air Selangor telah melakukan tindakan antaranya termasuk usaha pengesanan kontak rapat untuk mengesan mana-mana warga kerja dan pelawat luar yang telah berurusan secara terus dengan warga kerja berkenaan dari 19 Okt hingga 22 Okt lepas.

“Individu tersebut akan dihubungi dengan segera dan perlu menjalani kuarantin selama 14 hari serta mendapatkan bantuan perubatan (ujian saringan COVID-19). “Pejabat Wilayah Kuala Langat juga telah disanitasi sepenuhnya pada 5.30 petang semalam,” menurut kenyataan itu. Keselamatan kakitangan dan para pelanggan adalah keutamaan kami di Air Selangor dan sebarang informasi terkini akan dimaklumkan melalui saluran komunikasi rasmi Air Selangor, katanya.

Sumber: BERNAMA

Baru sahaja dibenarkan beroperasi bagi pusat beli belah 1 Utama. Terkini seorang staff telah disahkan positif covid 19 di satu cawangan 1Utama dan ini puncanya.

Baskin-Robbins (B-R) Malaysia dalam satu kenyataan media yang dimuat naik di laman facebooknya sebentar tadi memaklumkan seorang kakitangannya dari B-R One Utama dilaporkan positif COVID-19. Menurut kenyataan itu lagi, kali terakhir kakitangan berkenaan bertugas adalah pada 22 Oktober lepas, dan kini menerima rawatan di hospital kerajaan.

Sebaik sahaja dimaklumkan bahawa staff tersebut mempunyai simptom-simptom jangkitan, kemudian staff itu dilepaskan dari tugas dan diarahkan menjalani kuarantin. Sehubungan itu, B-R telah mengambil beberapa tindakan segera antaranya menutup cawangan B-R One Utama sementara waktu untuk kerja-kerja disinfeksi selain mengarahkan kontak rapat mangsa untuk menjalani saringan dan kuarantin. Kenyataan penuh B-R boleh dirujuk dibawah.

Sumber: Buskin-Robbins Malaysia

Mengejutkan ada pekerja MRT yang disahkan positif Covid 19. Kini pihak Rapid Rail telah keluarkan kenyataan susulan terdapat kes positif di tempat ini dan berikut adalah tindakan mereka.

KUALA LUMPUR – Rapid Rail memaklumkan seorang kakitangan operasi Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Kajang disahkan positif koronavirus (Covid-19) dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh. Rapid Rail dalam satu kenyataan hari ini berkata, kakitangan berkenaan yang bekerja sebagai pengendali tren atau ‘transit officer’ bertugas buat kali terakhir pada Rabu lalu.

Menurut kenyataan itu, Rapid Rail yang menjadi operator untuk MRT laluan Kajang telah melaksanakan kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan tempat kerja staf berkenaan malam tadi. “Selain itu, semua kakitangan yang mempunyai kontak rapat dengan kakitangan berkenaan telah diminta untuk menjalani ujian saringan dan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari seperti yang ditetapkan di bawah prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Semua agensi berkaitan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah dimaklumkan tentang langkah-langkah yang telah diambil,” menurut kenyataan itu. Menurut kenyataan itu, perkhidmatan MRT Laluan Kajang dan semua perkhidmatan pengangkutan awam lain kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) termasuk Transit Aliran Ringan (LRT), monorel, Bas Rapid Transit dan bas henti-henti adalah selamat digunakan.

“Pihak pengurusan dan kakitangan Prasarana khususnya di Rapid Rail dan Rapid Bas telah dilatih untuk menerapkan piawaian dan protokol tertinggi untuk kebersihan dan sanitasi berkaitan Covid-19 selaras dengan garis panduan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan oleh KKM.

“Pengguna diingatkan supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan khususnya pemakaian pelitup muka dengan kemas sepanjang masa, sentiasa mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman serta mengambil suhu badan dan mendaftar dengan aplikasi MySejahtera atau di buku log sebelum memasuki tren, ” katanya.

Katanya, langkah tersebut penting untuk memutuskan rantaian penularan wabak dan memudahkan KKM membuat pengesanan semula sekiranya ada kes positif. “Pihak kami komited menjalankan langkah-langkah yang dapat melindungi kesihatan dan keselamatan penumpang dan juga kakitangan,” kata kenyataan itu.- SinarHarian

Tambah dua lagi kluster baharu. Tan Sri Dr Noor Hisham dedah punca dua kluster ini dikesan dan jumlah individu yang terlibat

Dua kluster baharu dilaporkan pada 28 Oktober yang membabitkan satu daerah di Sabah serta Labuan dan kedua-duanya dikesan hasil saringan di tempat kerja.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Kuster Lintas dikenal pasti di Kota Kinabalu, Sabah dan sehingga kini sudah menjangkiti enam individu. “Kluster kedua iaitu Kluster Limbungan dikesan di Labuan dan sehingga kini sudah menjangkiti 20 individu termasuk 13 kes baharu yang dilaporkan hari ini,” katanya dalam sidang media harian COVID-19.

TERKINI: 835 Kes Baharu Covid-19 Termasuk 830 Adalah Kes Tempatan Dan 2 Kes pemergian

Sebanyak 835 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 28,640 setakat Selasa (27 Oktober 2020), jam 12 tengahari. Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah meningkat kepada 9,903 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Daripada 835 kes positif, terdapat lima (5) kes import di yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala selebihnya adalah penularan tempatan.Pesakit yang sembuh telah meningkat sebanyak 674 orang pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 18,499.

Sehingga kini, terdapat 89 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.Manakala, terdapat dua (2) kes pemergian sekaligus menjadikan jumlah pemergian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 238 orang.

COVID-19: 30 peratus kluster berkait tempat kerja

PUTRAJAYA: Sebanyak 62 kluster atau 30 peratus daripada 230 kluster COVID-19 dilaporkan di negara ini sejak permulaan pandemik itu, berkaitan dengan tempat kerja.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata setakat hari ini, 37 daripadanya masih lagi aktif, termasuk dua kluster baharu yang diumumkan hari ini.

Beliau berkata, biarpun majikan terbabit mengambil tindakan proaktif, warga pekerja juga berperanan besar dalam membantu Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membendung penularan COVID-19 di tempat kerja dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.Katanya, warga kerja juga perlu sentiasa mengamalkan kawalan kendiri ketika berada di tempat kerja.”Persekitaran tempat kerja yang bersih dan selamat juga hendaklah dijadikan kebiasaan harian bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19,” katanya dalam sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

Kluster aktif terbesar di Selangor dah tular sampaii ke generasi keenam. Mengejutkan pengawal keselamatan paling ramai yang disahkan positif covid 19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya semalam memberitahu Kluster 1 Utama yang sedang mengganvs di Selangor kini merupakan kluster aktif terbesar di negeri tersebut. Malah lebih mengejutkan, kluster tersebut sudah menular hingga ke lapisan enam generasi, lapor Malaysiakini.

Sungguhpun kluster tersebut sudah mencatatkan 194 kes positif COVID 19, Dr Noor Hisham memberi jaminan yang pusat membeli-belah tempat kluster itu bermula kini sudah bebas daripada wabak tersebut. Malah 1 Utama, Petaling Jaya juga sudah mula membuka perniagaannya beberapa hari lalu

Bila ditanya mengapa pusat beli-belah tersebut sudah boleh beroperasi semula selepas 6 hari terpaksa ditutup berbanding pasar Bandar Lama Petaling yang ditutup dalam tempoh lebih lama setelah kes positif dikesan, Dr Noor Hisham menjawab, kes baru Kluster 1 Utama dikesan antara kontak rapat dan bukan pengunjung pusat beli-belah tersebut.

“Apabila anda mendapat jangkitan di pusat beli-belah, anda akan kembali ke rumah anda. Kemudian anda akan mula menjangkiti rakan anda, keluarga anda dan sebagainya. “Jadi sekarang jangkitan itu sudah melibatkan generasi keenam, itu bukan hanya generasi pertama (kes dari pusat membeli-belah). Tetapi mereka (yang) pulang ke rumah dan kemudian menjangkiti orang lain. Ini telah menyebabkan enam generasi kes,” katanya.

Tambahnya lagi, pembersihan dan pembasmian kuman juga telah dilakukan di pusat beli-belah tersebut. Jadi 1 Utama dijamin sudah bebas daripada virus tersebut. Menurut laporan, Kluster 1 Utama telah mencatatkan 9 kes baru semalam yang menjadikan kes terkumpul sebanyak 194 kes. Daripada 194 kes itu, 176 adalah kes aktif yang sedang dirawat sementara 18 lagi telah pulih. Tiada pemergian direkodkan daripada kluster ini. Risau bila dengar pasal kes makin meningkat ni… haih stay safe semua! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *