Terkini ada 4 kluster baharu telah dikenalpasti untuk harini. Tan Sri Dr Noor Hisham dedahkan kluster tersebut dikesan dan jumlah individu yang terlibat

Covid 19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenalpasti empat (4) lagi kluster baharu Covid-19 melibatkan beberapa daerah di empat negeri. Berikut merupakan perincian empat (4) kluster baharu berdasarkan perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

1) KLUSTER SERI GAYA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Tuaran di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14153) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 16 lagi kes positif COVID-19.

Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.
Sehingga 28 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 64 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 (11 kes baharu); dan 47 individu dikesan negatif.

2) KLUSTER GREENHILL

Kluster baharu ini dilaporkan di daerah Kuching dan Miri di negeri Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-27786) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 25 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 24 lagi kes positif Covid-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan Hospital Miri. Sehingga 28 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif Covid-19 (21 kes baharu); dan 26 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER IDAMAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling dan Gombak di negeri Selangor dan juga daerah Titiwangsa dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-16044) telah dikenal pasti positif COVID19 hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 10 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Sehingga 28 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 481 individu telah disaring, di mana: 11 kes dikesan positif Covid-19 (2 kes baharu); 300 individu dikesan negatif; dan 170 individu masih menunggu keputusan.

4) KLUSTER BAYU

Kluster baharu ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Muar di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-25677) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 23 Oktober 2020. Hasil saringan kontak rapat mengesan tujuh (7) lagi kes positif Covid-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor. Sehingga 28 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 104 individu telah disaring, di mana 8 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu);  60 individu negatif; dan 36 individu menunggu keputusan.

Sumber: Sidang Media KKM

COVID-19: 30 peratus kluster berkait tempat kerja

PUTRAJAYA: Sebanyak 62 kluster atau 30 peratus daripada 230 kluster COVID-19 dilaporkan di negara ini sejak permulaan pandemik itu, berkaitan dengan tempat kerja.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata setakat hari ini, 37 daripadanya masih lagi aktif, termasuk dua kluster baharu yang diumumkan hari ini.

Beliau berkata, biarpun majikan terbabit mengambil tindakan proaktif, warga pekerja juga berperanan besar dalam membantu Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membendung penularan COVID-19 di tempat kerja dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.Katanya, warga kerja juga perlu sentiasa mengamalkan kawalan kendiri ketika berada di tempat kerja.”Persekitaran tempat kerja yang bersih dan selamat juga hendaklah dijadikan kebiasaan harian bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19,” katanya dalam sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

Isu SOP PKPB Weekend Husband Dan Weekend Wife. DS Ismail Sabri Terangkan Permohonan Kebenaran Yang Perlu Diambil Berat Oleh Masyarakat Setempat

Kerajaan membenarkan pasangan jarak jauh merentas negeri atau daerah memasuki daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atas kebenaran pihak polis.Ujar Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, individu yang terlibat hendaklah membuat permohonan kebenaran daripada pihak polis sepertimana yang digariskan dalam prosedur operasi standard (SOP) PKPB Mei lalu.

“SOP PKPB yang kita perkenalkan hari ini sama dengan SOP PKPB yang telah kita perkenalkan sewaktu PKPB  bulan Mei lalu.“Dan SOP PKPB mengenai weekend husband atau weekend wife yang seminggu sekali bertemu, bersama keluarga masing-masing, memang asalnya dahulu dibenarkan tetapi perlulah mendapat kebenaran pihak polis terlebih dahulu,” katanya ketika menjawab soalan wartawan.

Tambahnya, individu yang ingin merentas negeri atau daerah atas tujuan berkenaan perlu mengemukakan bukti bagi mendapatkan kebenaran pihak polis.“Jadi sebelum balik, jumpa pihak polis dan maklumkan dengan tujuan dan bukti-buktinya, insyaAllah polis akan benarkan,” katanya.Jelasnya, orang ramai boleh merujuk mengenai sebarang peraturan dan SOP di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara bagi prosedur permohonan dan perincian lain. Sumber: RTM

Bimbang kes baru covid 19 sentiasa meningkat secara konsisten. Terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia jangkakan ambil masa selama tempoh ini untuk ratakan lengkungan wabak covid 19 di Malaysia.

Kes jangkitan Covid-19 pada bulan ini sahaja umumnya melebihi jumlah kes pada bulan-bulan lepas walaupun ditambah kesemuanya. Manakan tidak, kes tiap hari mencecah ratusan malah ada yang ribuan. Namun syukur, menurut pengiraan KKM, kadar kebolehjangkitan menurun. Rt turun dari 1.5 pada minggu lalu ke 1.2 .

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) negara pada minggu ini adalah 1.2 iaitu menurun selepas 1.5 dilaporkan minggu lalu. – Lapor Sinar Harian. Sekiranya nilai 0.3 dapat dicapai, kita berjaya meratakan lengkungan Covid-19.”

Walaupun begitu, kes baru meningkat secara konsisten. “Walaupun nilai Rt berjaya dikurangkan pada minggu ini, ia masih lagi (usaha) tidak mencukupi.” Malaysia mampu menurunkan kes sehingga menjadi 1 angka berdasarkan pengalaman lalu. Jelas beliau, Malaysia mempunyai keupayaan untuk menurunkan kadar kes menjadi dua atau satu digit berdasarkan pengalaman lalu. “Sebanyak 50 peratus kes positif Covid-19 dilaporkan adalah daripada penjra dan pusat tahanan dan kes jangkitan di Depot Tahanan Imigresen sebelum ini juga berjaya dibendung dengan baik.”

Sumber: FMT

Tambahnya, dalam usaha mengurangkan nilai Rt tersebut, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran (TEMCO) perlu dilakukan di beberapa lokasi yang dikenal pasti di Selangor dan Sabah. “Di Pantai Timur Sabah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kita dapat melihat hasil positif iaitu penurunan kes.” Nilai Rt direkodkan pada gelombang ketiga Covid-19 sejak 20 September lalu adalah 2.2. Negara mencatatkan nilai Rt tertinggi pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac lalu dengan kadar 3.5.- LOBAKMERAH

Tergamam KKM bongkarkan kumpulan kumpulan yang berisiko tinggi dijangkiti Covid 19 sehingga membuatkan orang ramai tak senang duduk dengan kenyataan yang dikeluarkan itu.

Kuala Lumpur: Dua kumpulan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 iaitu ahli keluarga kes positif dan petugas barisan hadapan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, bagaimanapun, kebanyakan kes jangkitan membabitkan petugas barisan hadapan berlaku di luar waktu bertugas iaitu dalam komuniti dan tempat awam. “Ketika bertugas, saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada petugas barisan hadapan adalah memakai pakaian perlindungan diri (PPE), pelitup muka dan sarung tangan.

“Apabila di luar waktu bertugas, mereka juga mesti patuh prosedur operasi standard (SOP) seperti ke pasar atau tempat awam. “Ini yang kita bimbangkan dan kita perlu pastikan mereka patuh SOP ketika di luar tugas. Bukan hanya rakyat tapi juga petugas barisan hadapan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya. Beliau berkata, pematuhan kepada SOP itu adalah amanat penting KKM untuk melindungi mereka ketika bertugas dan mengurangkan jangkitan.

Sumber: HMETRO

Pesakit tanpa simptom COVID19 mudah lebih cepat hilang antibodi berbanding individu yang mempunyai simptom. Lebih mengejutkan individu berusia 18 hingga 24 tahun lebih mudah kena atas satu sebab ini

Imperial College di London yang menduduki tangga ke 9 dalam carta universiti terbaik seluruh negara menjumpai kajian baru berkenaan virus pandemik itu. Laporan BH mengatakan,satu kajian besar besaran di Britain menunjukkan pesakit COVID19 tanpa simptom dikesan kehilangan antibodi lebih cepat berbanding mereka yang mempunyai simptom.

Penemuan oleh Imperial College London dan firma kajian pemasaran Ipsos Mori itu turut mendedahkan kehilangan antibodi adalah perlahan dalam kalangan berusia 18 hingga 24 tahun berbanding mereka yang berusia 75 tahun.Kajian dari ratusan sampel

Sampel daripada ratusan orang dari England antara pertengahan Jun dan lewat September lalu menunjukkan antibodi virus menurun ke tahap satu per empat.Kajian menunjukkan tahap imun pesakit COVID-19 berkurangan secara beransur-ansur selepas dijangkiti.Seramai 365,000 orang dewasa terlibat dan dipilih secara rambang antara 20 Jun dan 28 September lalu untuk kajian ini.

Hasilnya, mereka mendapati jumlah mereka yang hilang antibodi adalah 26.5% dalam tempoh tiga bulan.Tempoh imuniti masih misteri.Bagaimanapun, Pakar Fakulti Kesihatan Awam Imperial College, Paul Eliott, berkata pihak sains yang terbabit lebih bimbang berhubung perkara yang tidak diketahui mengenai ketahanan antibodi terhadap virus itu.“Tahap imun antibodi ini masih tidak diketahui atau sampai bila sistem imun ini akan bertahan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *