Tak ada sebarang simptom tapi disahkan positif Covid 19. Orang rapat Fynn Jamal disahkan positif Covid 19 dan minta semua doakan kesihatannya.

Covid 19 Hiburan

Penyanyi Fynn Jamal meminta sesiapa yang mengenali bapanya, Jamalludin Abdul Hamid agar mendoakan kesihatan bapanya yang baharu sahaja disahkan positif virus Covid-19. Menurut Fynn atau nama sebenarnya Affina Yanti Jamalludin, 37, bapanya tidak mempunyai sebarang symptom dan ke hospital pada awalnya kerana bacaan gula rendah dalam drh.

“Bagi sesiapa yang mengenali abah, Haji Jamalludin Abdul Hamid, dengan rendah hati saya meminta sedikit doa untuk beliau yang baharu sahaja disahkan positif Covid-19. “Abah tak ada symptom, dia ke bahagian kecemasan pun asalnya kerana hypoglycaemic. Dah di suruh pulang pun, selepas pemeriksaan jantung dan sebagainya menunjukkan tiada masalah.

“Bagaimanapun disebabkan abah tidak sedap hati, jadi ibu dan abah minta saya pulang. Sebaik tiba, saya terus bawa abah ke pusat perubatan swasta dan di sana, keputusan ujian saringan Covid-19 menunjukkan abah positif,” kongsi Fynn menerusi Instagram miliknya.

Tambah Fynn, punca jangkitan bapanya masih lagi disiasat, namun mereka mengesyaki bapanya mendapat jangkitan ketika menyantuni datuk Fynn yang mengalami kelukaan patah kaki minggu lepas. Katanya, dia juga akan menjalani kuarantin selama 14 hari dan berharap keputusan swab test nanti, baik-baik sahaja.

“Doakan seluruh ahli keluarga kami. Punca masih dalam siasatan. Tetapi kemungkinan abah dapat jangkitan masa menyantuni atok yang patah kaki minggu lepas. “Dan sebagaimana dia, hari ini saya di sini kerana menyantuni abah. Kalau saya diberi pilihan, saya akan tetapi pilih untuk pulang kepadanya, lagi dan lagi,” ujarnya.

Isu panas kerana ‘filter’, Wardina minta Fynn Jamal mohon maaf – “Tak ada salahnya kalau nak upload gambar sendiri”

JIKA sebelum ini penyanyi rap Caprice berdebat dengan kenyataan Fynn Jamal yang mengaitkan filter di laman sosial dengan isu hangat rg*l, kini tiba pula giliran pelakon Wardina Safiyyah. Menerusi siaran langsung di Instagram (IG Live) bersama Fynn, Wardina berkata kenyataan Fynn tersebut kurang tepat memandangkan isu rg*l sudah berleluasa sebelum adanya media sosial.

Menurut Wardina, biarpun apa yang dikatakan Fynn itu dengan niat memberi kesedaran kepada orang ramai namun penyanyi itu tidak sepatutnya menyalahkan wanita semata-mata. Warganet berkongsi semula video IG Live Wardina dan Fynn.

“Semua orang menutup aurat tapi hakikatnya rgol berlaku sejak sekian lama dan sukar dibendung. Walau niat Fynn untuk menyedarkan orang ramai tapi cara awak seperti menyalahkan wanita semata-mata. “Tutup salah, tak tutup salah. Hakikatnya dalam dunia ini tak semua wanita menutup aurat misalnya wanita bukan Islam.

“Jadi, isu ini kompleks dan ada banyak lapisan. Ia tidak boleh dibincangkan dengan cara sebegini,” katanya ketika sesi IG Live bersama Fynn pada pagi Isnin. Nama Wardina menjadi trending di Twitter disebabkan sesi IG Live tersebut dan rata-rata warganet di laman sosial bersetuju dengan pendapat pelakon tersebut.

Bila awak cakap selfie, akan ada banyak cara untuk orang menyalahtafsirkannya.

Sebelum ini, penyanyi rap Caprice juga keliru dengan kenyataan Fynn yang mengatakan punca rgol berlaku disebabkan wanita menggunakan ‘filter’ di laman sosial secara berlebihan. Dalam pada itu, Wardina turut menasihati Fynn agar memohon maaf atas kekeliruan yang menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.

“Nasihat saya… minta maaf dan akui bahawa isu ini kompleks. Katakan bahawa awak bersimpati atas mereka yang tidak bersalah dirgol. “Lelaki patut dipersalahkan, tapi ada banyak faktor yang mendorong lelaki melakukan jenyh itu antaranya faktor psikologikal. IG Live Caprice dan Fynn turut mendapat perhatian warganet.

“Bukan tugas kita untuk menjaga iman lelaki, mereka perlu jaga iman mereka sendiri andai diletakkan perempuan tak pakai baju hadapan mereka sekali pun,” ujarnya. Sementara itu, Wardina menegaskan pendapatnya bahawa tiada salah untuk seseorang memuat naik foto sendiri di laman sosial.

“Bila awak cakap selfie, akan ada banyak cara untuk orang menyalahtafsirkannya. Jadi jangan cakap. Tak ada salahnya kalau nak upload gambar sendiri. “Wanita bukan satu fitnh tapi seluruh dunia ini fitnh. Tapi kita perlu hidup dalam masyarakat yang mana wanita pun boleh keluar rumah dan pergi belajar,” jelasnya.- MSTAR

Apa kaitan guna ‘filter’ di laman sosial boleh kena r*g*l? Caprice keliru sehingga berdebat dengan Fynn Jamal

Nama Fynn Jamal kembali menjadi perbualan hangat apabila penyanyi itu membangkitkan isu jenyh rgol dan beberapa pendapatnya hingga mencetuskan kemarahan warganet yang mendakwa ia agak mengelirukan. Malah teori Fynn Jamal yang mengatakan perbuatan wanita menggunakan ‘filter’ dan ‘selfie’ antara penyebab kepada jenyh rgol menarik perhatian penyanyi rap Caprice yang mahukan penjelasan berhubung perkara itu.

Berikutan itu, Caprice dan Fynn Jamal membincangkan hal tersebut ketika dalam sesi Instagram Live yang diadakan pada malam, Sabtu. Caprice menjawab pertanyaan warganet yang bertanyakan dia berasa tertekan atau tidak ketika IG Live bersama Fynn. Menerusi sesi tersebut, Fynn menjelaskan perkara dan perbuatan seharian yang dilakukan seseorang itu sebenarnya mengundang kepada isu jenyh rgol.

“Benda kita buat contoh seperti TikTok, pakai filter dekat muka, enhance muka sampai tabarruj (berlebih-lebihan). Namun tidaklah bermaksud apabila pakai filter tu kita kena rpe, tidak. Ia tidaklah secara terus begitu,” katanya. Bagaimanapun, penjelasan yang diberikan Fynn dilihat masih membuatkan Caprice keliru dan tidak memahami kaitan antara penggunaan ‘filter’ di laman sosial dan rgol. “Adakah Fynn sangka semua wanita berhias untuk lelaki. Mak saya bersolek bukan untuk my dad tapi dia mahu feel good.

Bagi saya, pergol mempunyai sakit mental dan tak siuman.

“Tapi bila Fynn kata pakai filter jadi rpe, Caprice keliru,” ujarnya. Perbincangan mengenai perkara itu berlanjutan apabila Fynn turut memasukkan soal al-Quran dan sunnah sehingga menyebabkan mereka perlu mengadakan dua sesi IG Live. Biarpun berlaku perdebatan dan ia tidak dapat diselesaikan seperti yang diharapkan, namun Caprice menegaskan tiada perbalahan antara mereka berdua. Dalam pada itu, Caprice membalas salah satu komen di Instagram miliknya yang bertanya sama ada dia tertekan atau tidak ketika Fynn memberi jawapan berdasarkan Al-Quran dan sunnah.

IG Live Caprice dan Fynn berlanjutan sehingga dua sesi. “Stress juga la waktu itu. Tapi nak buat macam mana. Apa yang dia katakan tentang Quran dan sunnah adalah 300 peratus betul. Kita bukan nak debat Quran, kita cuma nak faham kak Fynn punya cerita secara jelas. “Saya pun nak bagi pendapat saya di mana jenyh tetap jenyh walau apa pun dan aplikasi filters, FB, YouTube, Netflix, boleh saja guna untuk buat benda baik atau bangkitkan ummah. Manusia saja yang salah guna. Saya fokus pada manusia.

“Dia salahkan sistem dan masyarakat kerana turut bertanggungjawab terhadap jenyah seperti rgol. Bagi saya, pergol mempunyai sakit mental dan tidak siuman. Saya tak dapat terima yang ada kaitan dengan kes rgol… disebabkan filter di Instagram. “Saya minta maaf jika anda tidak setuju. Saya tak soal Quran atau sunnah, jadi bila kak Fynn bangkitkan perkara itu, sudah tentu kita senyap sebab kalau jawab balik akan nampak macam kita tak faham Quran. Jenyah tetap jenyah tidak kira macam mana pun kita pusing,” ujarnya.- MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *