Setelah sekian lama menyepi. Terkedu Karl Shafek akhirnya buka rahsia perkara sebenar yang terjadi dengannya dalam tempoh setahun menghilang. Tak sangka ini yang didedahkannya.

artis Hiburan

Selepas setahun menghilang, pelakon dan pengacara Karl Shafek tampil mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku ke atas dirinya dalam tempoh itu. Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim, 40, membuat perkongsian tersebut menerusi laman Instagramnya pada Selasa. “Bulan lepas sebenarnya genap setahun saya bertarung dengan masalah kemurungan yang banyak memberikan kesan buruk kepada diri saya.

“Sejak tahun lepas saya sendiri tak berminat nak bertemu atau berinteraksi dengan sesiapa. “Saya juga jadi tak berminat untuk berkerja kerana ruang kerja saya biasanya banyak melibatkan pergaulan, perbincangan yang meletihkan serta memerlukan saya menjadi seorang yang kreatif. “Saya lebih selesa menyendiri atau bersama orang yang saya percaya sahaja,” luahnya.

Menurut Karl, dalam tempoh itu dia mula mengenali siapa yang layak dianggap sahabat sejati dan siapa yang sebaliknya. Bagaimanapun, Karl yang juga merupakan seorang usahawan itu juga meluahkan rasa syukur kerana masih dikelilingi keluarga dan sahabat yang banyak memberikan semangat dan mahu dirinya bangkit kembali.

“Sebelum ini banyak perkara yang secara mudahnya akan membuatkan anxiety, stress dan emosi saya bercelaru. “Terlalu banyak perkara di luar sedar juga turut terjadi. Saya menjadi terlalu fragile sehinggakan mendapat tahu tentang orang lain membvnvh pun selalu mempengaruhi saya.

“Bukan sekali, tapi sehinggakan berkali-kali saya dikejarkan ke hospital. Sekali lagi saya berterima kasih kepada yang sentiasa berada di samping saya pada waktu tersebut,” jelasnya. Mengulas tentang punca dirinya berada dalam keadaan tersebut, kata Karl, antaranya adalah disebabkan ditipu dalam perniagaan

“Punca sebenarnya banyak. Perniagaan saya ditipu, disvntau (saya tak pernah cerita hal ini) sehingga saya sakit, tak boleh bangun dari katil berbulan-bulan lalu dan banyak perancangan perniagaan tak menjadi mungkin antara faktor utamanya.

“Saya masih ingat diketawakan dan dipermainkan orang yang saya anggap sahabat bila mengetahui saya tak sihat. Tak apalah. Allah SWT saja yang membalasnya,” katanya. Dalam tempoh itu juga, Karl turut menjalani pelbagai rawatan untuk memulihkan penyakitnya itu. Biarpun keadaannya kini tidak seratus peratus kembali seperti dulu, Karl mengakui kesihatannya semakin OK.

“Kualiti hidup saya juga berubah tapi saya redha. Mungkin ini perancangan Allah SWT untuk saya. Saya cuma follow the flow. “Saya doakan sesiapa yang mengalami masalah seperti saya supaya cepat sembuh dan jangan ada rasa malu untuk meminta bantuan orang sekeliling. “Jika anda perasan perubahan pada rakan atau ahli keluarga juga, tolonglah cepat berikan pertolongan. “Kalau mahu pendapat just DM me anytime. Insya-ALLAH saya cuba bantu. Bukan nak jadi hero, tapi saya tahu seksa depresi itu.

(FOTO: Instagram Karl Shafek)

Karl Shafek kental hadapi kemurungan

Pengacara dan pelakon, Karl Shafek, mendedahkan dia melalui detik sukar apabila berdepan kemurungan hingga mengganggu fokusnya terhadap kerjaya pada September lalu. Shafek atau nama penuhnya Khairul Shafek Ibrahim, 39, berkata, dia mula merasai perubahan pada dirinya sejak pertengahan tahun lalu apabila sukar melelapkan mata dan sering sesak nafas, selain kerap ‘melihat’ perkara aneh.

“Saya memang ada masalah migrain, tetapi tidak pernah pula berdepan serangan setiap hari selama sebulan lebih. Keadaan makin teruk apabila tanpa sedar, saya mula nampak benda bukan-bukan. “Saya selalu nampak drh di lantai rumah dan berusaha membersihkannya, sedangkan tiada apa-apa di situ. Sejak mengalaminya, saya ikut nasihat abah dan emak supaya menyegerakan solat apabila masuk waktu atau singgah berjemaah di masjid.

“Tetapi, masalah itu semakin menjadi-jadi dan saya mula terdengar suara membisikkan, saya seperti tidak berguna dan patut pergi. Saya juga selalu mencari maklumat atau melihat YouTube cara untuk membvnvh diri dan bagaimana menanganinya apabila keinginan itu terlintas di fikiran,” luahnya dalam catatan menerusi Facebook.

Tambah pelakon filem Zaiton: Ceritaku dan bekas pengacara Nasi Lemak Kopi O itu, ada masanya dia tidak sedar apa yang dilakukan, malah pernah bertindak agresif seperti memecahkan barang, selain sukar mengawal kemarahan. Menyedari keadaan emosinya yang semakin sukar dikawal, Shafek segera mendapatkan rawatan pakar di Hospital Selayang.

“Selepas insiden mengamvk di rumah pada hujung September lalu, saya akhirnya mendengar nasihat sahabat iaitu Dr Nur Athirah Md Nor untuk menjalani pemeriksaan di hospital. “Sejak menjalani rawatan, saya mula makan ubat anti-kemurungan dan ubat tidur sehingga sekarang. Alhamdulillah, selepas dua bulan mendapatkan rawatan dan sesi kaunseling, keadaan saya semakin baik,” katanya.

Anak kelahiran Pekan, Pahang itu berkata, biarpun ramai menasihatkan supaya dia merahsiakan penyakit yang dialaminya, dia tekad untuk berkongsi selepas tiga bulan menyimpan perkara itu. “Cuma, kesan ubatan yang saya ambil membuatkan fikiran saya lemah dan tidak lagi kreatif. Malah, untuk menyusun ayat sebelum bercakap juga mengambil masa dan tidak lagi spontan.

“Namun, di sebaliknya, saya semakin tenang, malah apabila ada masalah datang, saya boleh buat tidak tahu sahaja,” katanya. Shafek pada masa sama, turut menasihatkan orang ramai supaya membantu mereka yang menunjukkan tanda kemurungan dengan mengambil berat dan memberikan perhatian.

“Periksa keadaan mereka setiap hari. Jika tidak dapat berjumpa, telefon atau hantar mesej untuk bertanya khabar. Jika dia menyepikan diri, gunakan orang tengah atau bertanya mereka yang tahu keadaannya. “Masalah mental sebenarnya sangat menyakitkan dan kita tidak akan tahu selagi tidak mengalaminya. Saya tidak pernah sangka, saya juga antara mngsa yang mengalami kesakitan itu,” katanya.- BHONLINE

‘Saya bukan berlagak’

Sedekad menceburi karier seni cukup buat pelakon dan pengacara, Karl Shafek memahat namanya sebagai selebriti dikenali. Ia dibuktikan Karl melalui pembabitannya mengacarakan banyak program televisyen seperti 3 Hari 2 Malam, Nasi Lemak Kopi O, Aroma Tradisi, Hey Maskulin dan CJ Wow Shop.

Pengalaman ditimba Karl, 39, dalam pengacaraan sangat membanggakan meskipun bakat lakonannya juga boleh dianggap menyerlah. Anak kelahiran Pahang ini bukan hanya membintangi banyak drama tetapi mendapat kepercayaan beraksi di layar perak dan pentas teater.

Namun, sejak beberapa tahun lalu Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim dilihat seakan-akan memperlahankan kerjaya lakonannya. Pemuda tinggi lampai ini lebih fokus mengacara hingga dia dianggap seakan-akan berjauh hati sebagai pelakon.

Berbicara mengenai dakwaan itu, Karl menegaskan dia tidak pernah merajuk apatah lagi mahu meninggalkan karier lakonan. “Minat saya terhadap karier lakonan tidak pernah pudar. Cuma, ketika ini masa tidak mengizinkan kerana ada komitmen lain yang perlu didahulukan. “Selalu juga rasa rindu bertandang tetapi apa boleh buat saya sibuk menguruskan perniagaan,” katanya.

Menurut Karl sehingga hari ini tawaran beraksi depan kamera tidak pernah putus tetapi terpaksa ditolak kerana bisnes fesyen yang diusahakan sejak empat tahun lalu menuntut komitmen yang tinggi. “Terus terang, saya menolak bukan kerana berlagak berikutan perniagaan semakin mantap. Namun, kekangan masa yang menjadi penyebab utama,” katanya.

Menurut pelakon filem biografi Zaiton: Ceritaku itu, dia sudah selesa dengan kehidupan sebagai ahli perniagaan. Kali terakhir Karl berlakon tiga tahun lalu dan dia turut terbabit dalam satu pementasan teater di Istana Budaya. “Saya sudah tidak terlalu memikirkan karier seni meskipun perasaan rindu masih ada. Buat masa sekarang, tumpuan saya hanyalah bisnes.

“Apatah lagi, sempena Ramadan saya sibuk mempromosikan jenama fesyen sendiri iaitu Neonate,” katanya. Karl berkata, untuk rekaan istimewa sempena Aidilfitri dia menghasilkan koleksi Bangsawan, Neonate X Tenun Pahang Diraja Felda. Ditanya kehidupan peribadinya, Karl berkata hingga kini masih bujang dan belum ada yang berjaya mengetuk pintu hatinya- HMETRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *