Sebelum ini tular isu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berjaya bina masjid untuk masyarakat. Terbaru pasangan serasi ini menyatakan perancangan mereka untuk tubuhkan sesuatu baru pada hujung bulan ini.

artis

Kuala Lumpur: Pasangan pelakon popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kini dalam perancangan untuk membuka pusat tahfiz. Wawa, 29, berkata, ia satu daripada impiannya dengan suami selepas perancangan membina masjid sebelum ini tercapai. “Kerja kuat dan cari duit bukan sebab nak mewah di dunia semata-mata, tapi sebab nak bantu orang lain. Nak sedekah dan tolong orang. Kita bukan bantu orang itu saja, tapi dalam masa sama bantu diri kita sendiri untuk kehidupan yang abadi di sana.

“Semoga sebab perniagaan kecil-kecilan kita mampu membawa kita ke syurga. Alhamdulillah, impian nak bina masjid Allah permudahkan. Insya-Allah, selepas ini nak tubuhkan pusat tahfiz. Lokasi belum ada lagi,” katanya. Berkongsi mengenai pembinaan masjid yang dirancang di kampung halaman Aeril iaitu di Kampung Rengit, Batu Pahat, Johor, Wawa berkata, ia bakal dimulakan Disember ini.

“Pelan pembangunan, rekaan, kawasan dan sebagainya sudah ada. Insya Allah, proses pembinaan bakal dimulakan dalam bulan Disember ini. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kejayaan kami. Apa yang dicapai ini bukan untuk kami saja, tapi Insya-Allah bermanfaat untuk semua yang sudah menyokong perniagaan kami selama ini,” katanya yang bakal muncul dengan produk baru di bawah jenama Wawa Cosmetics.- HMETRO

Aeril Zafrel, Wawa Zainal hulur dana RM1.2 juta bina masjid di kampung- “Ini saham akhirat, bukan riyak atau menunjuk-nunjuk”

PASANGAN pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal merancang untuk membina sebuah masjid yang mampu memuatkan 700 orang jemaah di kampung halaman aktor itu di Johor. Aeril atau nama sebenar Suhairil Sunari, 33, berkata perbincangan mengenainya sudah selesai dan proses pembinaan dijangka akan bermula awal tahun depan. “Idea ini datang daripada Wawa yang mendengar ceramah ustaz Abdul Somad tentang andai ingin menempa nama di syurga, jika mempunyai wang lebih maka binalah masjid.

Memang bukan berniat nak riyak atau menunjuk-nunjuk.

“Jadi, saya sudah berbincang dengan ketua kampung di Rengit, Johor dan bersetuju untuk menghulur dana sekitar RM1.2 juta hasil semua keuntungan produk terbaharu kami, Muslim Bukhari. “Proses pembinaan dijangka bermula tahun depan… doakan semoga urusan kami ini dipermudahkan,” katanya kepada mStar. Aeril dan Wawa ditemui semasa majlis pelancaran Muslim Bukhari di Pusat Konvensyen Shah Alam Convention Center (SACC), Shah Alam, pada Sabtu.

Sementara itu, pelakon drama Cari Aku Di Syurga ini berkata perkongsiannya itu bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau bersikap riyak. “Memang bukan berniat nak riyak atau menunjuk-nunjuk… tapi ini adalah saham akhirat bersama pelanggan kami. “Mereka yang membeli turut menjadi penyumbang kepada dana masjid ini dan bukan hanya pada nama saya atau Wawa sahaja.

“Kami juga tidak bercadang menukar nama masjid… apa yang kami harap sumbangan ini memberi manfaat kepada penduduk kampung,” ujarnya. Wawa dan Aeril berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5 dan Aya Soffya kini berusia 7 bulan.-MSTAR

Ramai penduduk Sabah yang terjejas disebabkan peningkatan kes Covid 19 di kawasan zon merah. Kini Aeril Zafrel tekad untuk buat sesuatu bagi penduduk disana sehingga meraih perhatian orang ramai.

PRIHATIN dengan kesusahan yang dialami rakyat Sabah akibat peningkatan kes Covid-19 yang mendadak, pelakon Aeril Zafrel mengambil inisiatif untuk memberikan bantuan. Suami kepada pelakon Wawa Zainal, 29, meminta mana-mana individu yang terkesan agar menghubunginya segera menerusi mesej peribadi Instagram.

“Orang Sabah terkesan dengan Covid-19, terutamanya di zon merah yang perlukan bantuan sila DM (mesej) saya sekarang”. “Siap-siap bagi nombor akaun sekali ya” tulisnya. Aeril minta individu yang terkesan hubunginya di IG. Dalam pada itu, rata-rata warganet termasuk beberapa selebriti memuji dan menyokong tindakan yang dilakukan pelakon drama Seindah 7 Warna Pelangi itu dalam membantu meringankan beban masyarakat Sabah.

Mereka turut berdoa agar keluarga Aeril dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat perlindungan Allah. “Semoga Allah rahmati kamu dan keluarga” ujar Faizal Tahir. “Alhamdulillah, bagus Aeril dan Wawa. Semoga Allah murahkan rezeki kalian sekeluarga. Bangga jadi orang Malaysia” tulis Nadia Anuar.

Penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 865 kes baharu, menjadikan keseluruhan 21,363 kes setakat Isnin. Sabah merekodkan catatan pesakit positif Covid-19 tertinggi sebanyak 643 kes diikuti Selangor (101), Labuan (34), Pulau Pinang (26), Perak (18), Melaka (16) dan Wilayah Persekutuan (1).

Baru baru ini pasangan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel telah menjadi bualan hangat warganet apabila gambar yang dimuatnaik menjadi kontroversi. Ini respon Wawa Zainal sehingga mengejutkan warganet.

“Susah kan nak kurus? Macam tu juga la dengan kejayaan. Bukan hari ini buat esok dah kaya. ulas Wawa Zainal. Wawa yang merupakan pelakon berkata bukan mudah dia dan suami untuk hidup senang dan mewah. Kalau hanya lihat di kaca mata memang nampak sempurna dan mudah je tapi sebaliknya hanya tuhan sahaja yang tahu. Menurut Wawa, mereka melalui pelbagai proses jatuh dan bangun dalam perniagaan selama empat tahun sebelum berjaya.

Pasangan suami isteri ini sudah melalui banyak liku-liku dan onak duri dalam perniagaan. “Wawa dan Aeril pun berniaga dah lama. Pernah jual baju, jual tudung, jual contact lens lagi sehingga la adanya Wawa Cosmetik sekarang. “Sejak 2016, empat tahun bukan sekejap. Pernah jatuh bangun balik. Siapa kata Wawa instant kaya cubit dia! Sekarang pun tak kaya lagi pun .

“Alhamdulillah cukup memadai buat Wawa dan pekerja, syukur,” katanya. Wawa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Sejak semalam, pasangan ini menjadi perhatian selepas Aeril memuat naik foto bersama isteri dan kelihatan kereta mewah jenis Ford Mustang berwarna kuning di belakang mereka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya Page Kami Kucing Media Online. Terima Kasih!!

Selepas Wawa Zainal membuat keputusan untuk mengubah sikapnya ternyata ini yang terjadi dengan rumah tangganya itu. Tak sangka sampai macam itu berubah selepas berkahwin dengan Aeril Zafril. Ini yang didedahkannya.

PELAKON Wawa Zainal mengakui rezekinya sekeluarga lebih terbuka luas selepas dia mengubah sikap dan menjaga hubungan dengan suami iaitu Aeril Zafrel. Dalam hal ini, Wawa atau nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin, 29, berkata, dia percaya mengutamakan pasangan dan keluarga merupakan kunci kebahagiaan. “Saya selalu kongsi dalam seminar bahawa rezeki saya berubah 360 darjah selepas saya mengubah sikap saya… sebelum ini saya suka bertelingkah, sakitkan hati Aeril dan suka cari fasal.

This image has an empty alt attribute; its file name is wawa-zainal-300x200.jpg

“Kadang-kadang benda kecil pun nak diperbesarkan! Selepas saya ubah sikap, rezeki kami pun semakin baik. “Apabila saya nilai semula, sekarang saya percaya kalau kita jaga hubungan dengan suami dan utamakan keluarga, InsyaAllah rezeki murah!” katanya kepada mStar. Pasangan selebriti ini sering menerima pujian masyarakat apabila masing-masing dilihat menjalani kehidupan rumah tangga dengan harmoni dan bahagia. Malah mereka juga dijadikan contoh oleh segelintir pasangan yang baru memasuki alam perkahwinan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *