Mengejutkan ada beberapa kawasan di Selangor dan di Sarawak yang dikenakan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula harini ini sehingga tarikh yang diberitahu itu

Covid 19

Dalam sidang media Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri, beliau mengumumkan yang kerajaan akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di dua kawasan di Selangor dan satu kawasan di Sarawak. Kawasan yang terlibat adalah, flat Sungai Emas di Kuala Langat, Plaza Hentian Kajang, Hulu Langat dan Kampung Haji Banting di Kuching.

Keputusan ini dibuat selepas flat Sungai Emas merekodkan lonjakan kes kepada 42 kes positif manakala Plaza Hentian Kajang merekodkan sebanyak 63 kes. Kampung Haji Banting pula dikenakan PKPD selepas 27 kes positif dilaporkan di kawasan yang sama. PKPD ini akan dilaksanakan selama dua minggu bermula 28 Oktober sehingga 11 November.- LobakMerah

PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor disambung sehingga 9 November

Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 9 November. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berdasarkan penilaian risiko dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). “Setakat ini penilaian mendapati masih terdapat lokasi berisiko tinggi bagi penularan jangkitan Covid-19 sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

“Mengambil kira penilaian terhadap penularan itu, maka kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB di negeri berkenaan selama 14 hari bermula 27 Oktober sehingga 9 November,” katanya dalam sidang media. Ismail Sabri berkata, prosedur operasi standard (SOP) PKPB adalah seperti diumumkan sebelum ini. Terdahulu, kerajaan mengumumkan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor selama 14 hari bermula 14 Oktober sehingga esok. Perintah itu susulan peningkatan penularan Covid-19 di ketiga-tiga lokasi itu.- HMETRO

PKP Bersyarat Akan Dijalankan Di Nilai Mulai 27 OKTOBER

Sebentar tadi, menerusi sidang media harian Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri memberitahu yang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di KL, Selangor & Putrajaya akan dilanjutkan lagi dua minggu sehingga 9 November nanti.

Namun bukan itu sahaja, dengan peningkatan kes yang mendadak di Negeri Sembilan, dengan catatan sebanyak 22 kes semalam, kerajaan telah membuat keputusan untuk jalankan PKPB di Nilai bermula esok, 27 Oktober. Pengumuman ini dibuat oleh Ismail Sabri dalam sidang media yang sama sebentar tadi. PKPB ini akan dijalankan selama dua minggu dari 28 Oktober hingga 10 November nanti. Ini menjadikan sebanyak 4 negeri dan 1 daerah akan menjalani PKPB iaitu, KL, Selangor, Putrajaya, Sabah & Nilai.

Isu SOP PKPB Weekend Husband dan Weekend Wife. DS Ismail Sabri terangkan permohonan kebenaran yang perlu diambil berat oleh masyarakat setempat

Kerajaan membenarkan pasangan jarak jauh merentas negeri atau daerah memasuki daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atas kebenaran pihak polis.Ujar Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, individu yang terlibat hendaklah membuat permohonan kebenaran daripada pihak polis sepertimana yang digariskan dalam prosedur operasi standard (SOP) PKPB Mei lalu.

“SOP PKPB yang kita perkenalkan tempoh hari sama dengan SOP PKPB yang telah kita perkenalkan sewaktu PKPB  bulan Mei lalu.“Dan SOP PKPB mengenai weekend husband atau weekend wife yang seminggu sekali bertemu, bersama keluarga masing-masing, memang asalnya dahulu dibenarkan tetapi perlulah mendapat kebenaran pihak polis terlebih dahulu,” katanya ketika menjawab soalan wartawan.

Tambahnya, individu yang ingin merentas negeri atau daerah atas tujuan berkenaan perlu mengemukakan bukti bagi mendapatkan kebenaran pihak polis.“Jadi sebelum balik, jumpa pihak polis dan maklumkan dengan tujuan dan bukti-buktinya, insyaAllah polis akan benarkan,” katanya.Jelasnya, orang ramai boleh merujuk mengenai sebarang peraturan dan SOP di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara bagi prosedur permohonan dan perincian lain.Sumber: RTM

COVID-19: Tudhn Malaysia tidak lakukan sanitasi tidak benar – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Tudhn bahawa Malaysia tidak melakukan proses sanitasi di kawasan penularan wabak COVID-19 adalah tidak benar.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata operasi sanitasi dilaksanakan sejak 30 Mac lalu di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang merangkumi sejumlah 135 zon di seluruh negara.

Sejak Mac lalu juga, katanya, sebanyak 10,653 operasi sanitasi tempat awam dilakukan, terbaru semalam yang membabitkan 33 lagi operasi di enam zon merah, 11 zon kuning dan 11 zon hijau di 11 negeri.”Ada video diedar dan sedang tural yang menunjukkan gambar di negara luar yang buat sanitasi dan dikatakan kita tidak buat seperti yang dilaksanakan beberapa negara luar.

“Tdhan kerajaan tidak lakukan sanitasi ini tidak benar,” katanya pada sidang media harian yang disiarkan secara langsung. Katanya, operasi sanitasi semalam membabitkan tujuh di Sarawak dan Kedah; Sabah (6); Pulau Pinang (4); Pahang dan Terengganu (2) serta Perlis, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (1).”Operasi semalam membabitkan 183 anggota bomba, 178 petugas daripada PBT dan agensi lain. Sebanyak 41 jentera bomba turut digunakan semalam,” katanya.

Mungkin lepas 31 oktober kes harian akan jadi 4 angka. Setelah sekian lama diamkan diri akhirnya Dr Nor Hisham tampil bersuara dedahkan puncanya buat orang ramai terkedu.

Menerusi Sidang Media KKM Situasi Semasa Di Malaysia secara langsung tadi, ada wartawan mengajukan soalan berikutan dengan spekulasi oleh segelintir pihak terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham tentang kes harian Covid-19.

Dakwaan yang mengatakan bahawa beliau memanipulasi data kes harian Covid-19 ini pernah dijawab oleh Tan Sri Dr Noor Hisham, namun begitu spekulasi timbul semula kerana kes baru-baru ini sangat tinggi dan mencecah 4 digit, misalnya kes positif sebanyak 1,228.

Susulan itu, ini jawapan Tan Sri Dr Noor Hisham…. Data-data kita dikutip setiap hari sampai pukul 12 tengah hari dan ini menggunakan Sistem Informasi Maklumat Kesihatan Awam iaitu sistem yang kita ada.” Katanya lagi, setiap negeri akan masukkan data-data tersebut, ia dikutip dan dibincangkan bukan hanya daripadanya tetapi seluruh pasukan disebalik tabir akan melihat data-data dan kluster yang terlibat.

“Ini bukan manipulasi dan ini ialah fakta yang kita ada dan kita dah gunakan fakta ini dari hari pertama”. Tambahnya lagi, beliau dan KKM telah menjangkakan bahawa kes harian akan menjadi 4 digit dalam masa terdekat.

“Kita telah jangkakan iaitu unjuran kita telah menunjukkan kes akan meningkat 1,000 kes dalam tempoh masa terdekat.Mungkin selepas 31 oktober, kita tak ada 3 digit dah, kita dah 4 digit.” Katanya lagi, mungkin dalam tempoh 4 minggu baru dapat turunkan 4 digit kepada 3 digit. “pprngan sedang sengit kita jalankan, terutama di negeri Sabah untuk kita pastikan dalam mengawal dan membendung penyakit Covid-19 di negara kita khususnya di negeri Sabah,” katanya lagi.

Tambah dua lagi kluster baharu. Tan Sri Dr Noor Hisham dedah punca dua kluster ini dikesan dan jumlah individu yang terlibat

Dua kluster baharu dilaporkan pada 27 Oktober membabitkan satu daerah di Sabah serta Labuan dan kedua-duanya dikesan hasil saringan di tempat kerja.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Kuster Lintas dikenal pasti di Kota Kinabalu, Sabah dan sehingga kini sudah menjangkiti enam individu. “Kluster kedua iaitu Kluster Limbungan dikesan di Labuan dan sehingga kini sudah menjangkiti 20 individu termasuk 13 kes baharu yang telah dilaporkan,” katanya dalam sidang media harian COVID-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *