Elizabeth Tan luahkan rasa kecewa terhadap pihak ini sehingga mengalirkan air mata. Rupanya ini yang terjadi dengannya sehingga terpaksa bayar semula kepada pelanggan

artis

Penyanyi Elizabeth Tan meluahkan rasa terkilan dengan kecuaian pihak pengeluar baju jenamanya kerana gagal melakukan semakan kualiti sebelum menghantar kepada pembeli. Menurut Elizabeth, ketiadaan label jenamanya adalah kecuaian besar memandangkan dia mengeluarkan modal yang tinggi dalam memastikan pakaian jenamanya memenuhi standard. “Sekarang saya betul-betul kecewa selepas sedar pihak itu tak letak tag jenama kat bawah baju. Ia sepatutnya ada tag.

Elizabeth kecewa pihak pengeluar tidak melakukan kerja dengan betul. “Dia janji nak QC (kawalan kualiti) dan dah janji kat saya untuk QC semua. Saya bayar dia banyak… modal saya bukan sikit,” katanya. Elizabeth menerusi video yang dimuat naik di laman sosial miliknya tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir ketika berkongsi perkara itu. Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi pujukan daripada warganet yang berharap penyanyi lagu Knock Knock itu bersabar dengan apa yang terjadi.

Saya minta maaf dan terima kasih sebab menyokong saya.

Malah, ada juga segelintir warganet yang meminta penyanyi berusia 30 tahun itu mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak tersebut. Dalam pada itu Elizabeth memberitahu pembeli yang mahu wang mereka dikembalikan boleh memohon kepada pihak pihak laman e-dagang yang menjual bajunya. Elizabeth turut memohon maaf kepada pembeli atas kesilapannya kerana tidak melakukan pemeriksaan dengan betul disebabkan terlalu mempercayai pihak lain.

Elizabeth memohon maaf atas kesilapannya. “Saya tak nak menangis… saya nak beritahu yang sesiapa mahukan refund, anda boleh mohon dan mereka akan memulangkannya bersama baucar tambahan. “Saya minta maaf sangat kerana saya tidak betul-betul buat QC. Saya nak yang terbaik untuk anda tapi rupa-rupanya saya tersalah mempercayai orang lain. “Saya minta maaf dan terima kasih sebab menyokong saya,” ujarnya.

Wanita cemburu buta ugvt nak simbh asid ke muka Elizabeth Tan… “What? tak masuk akal!”

GARA-GARA cemburu dengan perbuatan teman lelaki ‘hidung belang’ yang kerap tinggalkan komen di Instagram Elizabeth Tan, penyanyi itu diugvt akan dilukai seorang wanita tidak dikenali. Dakwa Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, wanita berkenaan mendesaknya segera menyekat akaun teman lelakinya dan jika ingkar wajahnya akan dilukakan dengan asid.

“Ada seorang peminat selalu komen di Instagram… itu normal! Masalahnya teman wanita dia psiko. Dia mesej peribadi (DM) Thira (pengurus) dan cakap you ada skndal dengan boyfriend I ke? Tolong block boyfriend I, jadi Thira pun sekat akaun lelaki itu. “Lepas itu dia tanya lagi, kalau dah block kenapa boyfriend dia masih boleh komen dekat Instagram Lizzy? What? Tak masuk akal!

Lizzy berkongsi pengalaman menakutkan itu di Instagram. “Tu tak apa lagi, dia cakap dekat Thira lagi, tolong minta bos you iaitu saya untuk sekat kekasihnya. Kalau tak, dia akan simbh asid dekat muka Lizzy,” katanya. Penyanyi lagu Semua Sudah ini berkongsi mengenai ugutan tersebut menerusi satu rakaman video pendek di Instagram.

Gara-gara ugvtan itu, Lizzy berkata keselamatannya berada dalam keadaan bahaya dan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat. “Saya akan buat laporan polis untuk keselamatan,” ujarnya. Lizzy melayan semua peminat dengan baik. Rata-rata pengikutnya di Instagram turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan wanita tersebut dan meminta Elizabeth lebih berhati-hati ketika berada di luar rumah.

“Untuk kes ini… pertamanya awak mesti buat laporan polis demi keselamatan, keduanya awak mesti ada suami untuk jaga awak. “Jaga diri dan lebih berhati-hati ya! Orang sekarang ni ada masalah otak. Buat laporan polis! “Seriuslah ada nak simbh asid dekat muka akak? Perempuan tu dah tak betul agaknya cemburu tak bertempat… alahai sampai nak simbh asid pula,” komen pengikut.- MSTAR

“Wow, Sweet Couple” – Elizabeth Tan Dan Sufian Suhaimi Ada Apa-Apa Ke?

Penyanyi Elizabeth Tan meraih perhatian wargamaya apabila memuat naik sekeping foto bersama pelantun lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi.  
Menerusi laman sosial Instagram,Elizabeth, 27, yang lebih mesra disapa Lizzy berkongsi foto tersebut untuk tatapan umum.  “Baby Pian,” tulis Lizzy ringkas sebagai kapsyen. 

Malah, Sufian, 28, turut memuat naik foto yang sama di laman Instagramnya serta membuatkan pengikutnya tertanya-tanya. Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata peminat seolah-olah ‘merestui’ jika pasangan ini berpacaran. “Baby Pian + Baby Lizzy,” komen seorang wargamaya. “Pergh, Lizzy couple dengan Baby Pian la,” kata seorang wargamaya.

“Awak kahwin la dengan dia, dah sepadan sangat tu,” cadang seorang wargamaya. “Bila nak naik pelamin ni? Aku dah terbau nasi minyak ni,” usik seorang wargamaya. “Baby Pian? Serius la? Like seriously Lizzy?” tanya seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 140,000 tanda suka daripada warga Instagram. – GEMPAK

Elizabeth Tan tak percaya benda mistik selagi tak alaminya sendiri!

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan memberitahu dia bukan seorang yang mempercayai kisah atau perkara mistik melainkan ia berlaku kepada dirinya sendiri. Menurut Elizabeth, 26, kru produksi Misteri Delaila ada bercerita kepadanya mengenai aktiviti paranormal yang berlaku ketika penggambaran filem itu namun ketika dia tiada di tempat kejadian.

Cerita Elizabeth, dia diberitahu mikrofon di set secara tiba-tiba terpasang sendiri sebelum terdengar suara wanita berbisik sedangkan ketika itu tidak ada sesiapa yang berada di lokasi. “Saya tidak percaya sangat ‘benda-benda’ mistik macam sebab tak pernah mengalaminya sendiri. Ada la kru produksi cerita masa penggambaran saya tak terlibat, ada sesuatu yang berlaku.

Elizabeth hanya takut sekiranya melihat secara visual. “Mereka beritahu yang mikrofon di set tiba-tiba terpasang sendiri dan terdengar suara wanita seakan berbisik sedangkan waktu itu tiada orang pun di sana. “Pelik juga sebab bila dah tak ada orang di set baru perkara itu terjadi sebab itu saya tak berapa percaya sangat,” katanya kepada mStar Online.

Elizabeth berkongsi kisah itu ketika ditemui di malam gala filem Misteri Delaila di MM Cineplex, E@Curve, Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini. Dalam pada itu, penyanyi lagu Semua Sudah ini memberitahu dia bukanlah seorang yang terlalu berani namun hanya akan berasa takut sekiranya melihat perkara mistik itu secara visual.

Elizabeth Tan memegang watak sebagai Delaila menerusi filem Misteri Delaila. “Kadang-kadang saja berani, tetapi kalau Misteri Dilaila saya tak berani tengok. Sebab senang ingat visual. “Melainkan, kalau sekadar dengar bunyi saya tak adalah takut sangat,” ujarnya. Selain Elizabeth, filem arahan Syafiq Yusof ini turut dibintangi Zul Ariffin dan Sasqia Dahuri dan sudah ditayangkan di pawagam bermula 21 Februari.- MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *