Bimbang kes baru covid 19 sentiasa meningkat secara konsisten. Terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia jangkakan ambil masa selama tempoh ini untuk ratakan lengkungan wabak covid 19 di Malaysia.

Covid 19

Kes jangkitan Covid-19 pada bulan ini sahaja umumnya melebihi jumlah kes pada bulan-bulan lepas walaupun ditambah kesemuanya. Manakan tidak, kes tiap hari mencecah ratusan malah ada yang ribuan. Namun syukur, menurut pengiraan KKM, kadar kebolehjangkitan menurun. Rt turun dari 1.5 pada minggu lalu ke 1.2 .

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) negara pada minggu ini adalah 1.2 iaitu menurun selepas 1.5 dilaporkan minggu lalu. – Lapor Sinar Harian. Sekiranya nilai 0.3 dapat dicapai, kita berjaya meratakan lengkungan Covid-19.”

Walaupun begitu, kes baru meningkat secara konsisten. “Walaupun nilai Rt berjaya dikurangkan pada minggu ini, ia masih lagi (usaha) tidak mencukupi.” Malaysia mampu menurunkan kes sehingga menjadi 1 angka berdasarkan pengalaman lalu. Jelas beliau, Malaysia mempunyai keupayaan untuk menurunkan kadar kes menjadi dua atau satu digit berdasarkan pengalaman lalu. “Sebanyak 50 peratus kes positif Covid-19 dilaporkan adalah daripada penjra dan pusat tahanan dan kes jangkitan di Depot Tahanan Imigresen sebelum ini juga berjaya dibendung dengan baik.”

Sumber: FMT

Tambahnya, dalam usaha mengurangkan nilai Rt tersebut, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran (TEMCO) perlu dilakukan di beberapa lokasi yang dikenal pasti di Selangor dan Sabah. “Di Pantai Timur Sabah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kita dapat melihat hasil positif iaitu penurunan kes.” Nilai Rt direkodkan pada gelombang ketiga Covid-19 sejak 20 September lalu adalah 2.2. Negara mencatatkan nilai Rt tertinggi pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac lalu dengan kadar 3.5.- LOBAKMERAH

Tergamam KKM bongkarkan kumpulan kumpulan yang berisiko tinggi dijangkiti Covid 19 sehingga membuatkan orang ramai tak senang duduk dengan kenyataan yang dikeluarkan itu.

Kuala Lumpur: Dua kumpulan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 iaitu ahli keluarga kes positif dan petugas barisan hadapan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, bagaimanapun, kebanyakan kes jangkitan membabitkan petugas barisan hadapan berlaku di luar waktu bertugas iaitu dalam komuniti dan tempat awam. “Ketika bertugas, saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada petugas barisan hadapan adalah memakai pakaian perlindungan diri (PPE), pelitup muka dan sarung tangan.

“Apabila di luar waktu bertugas, mereka juga mesti patuh prosedur operasi standard (SOP) seperti ke pasar atau tempat awam. “Ini yang kita bimbangkan dan kita perlu pastikan mereka patuh SOP ketika di luar tugas. Bukan hanya rakyat tapi juga petugas barisan hadapan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya. Beliau berkata, pematuhan kepada SOP itu adalah amanat penting KKM untuk melindungi mereka ketika bertugas dan mengurangkan jangkitan.

Sumber: HMETRO

Pesakit tanpa simptom COVID19 mudah lebih cepat hilang antibodi berbanding individu yang mempunyai simptom. Lebih mengejutkan individu berusia 18 hingga 24 tahun lebih mudah kena atas satu sebab ini

Imperial College di London yang menduduki tangga ke 9 dalam carta universiti terbaik seluruh negara menjumpai kajian baru berkenaan virus pandemik itu. Laporan BH mengatakan,satu kajian besar besaran di Britain menunjukkan pesakit COVID19 tanpa simptom dikesan kehilangan antibodi lebih cepat berbanding mereka yang mempunyai simptom.

Penemuan oleh Imperial College London dan firma kajian pemasaran Ipsos Mori itu turut mendedahkan kehilangan antibodi adalah perlahan dalam kalangan berusia 18 hingga 24 tahun berbanding mereka yang berusia 75 tahun.Kajian dari ratusan sampel

Sampel daripada ratusan orang dari England antara pertengahan Jun dan lewat September lalu menunjukkan antibodi virus menurun ke tahap satu per empat.Kajian menunjukkan tahap imun pesakit COVID-19 berkurangan secara beransur-ansur selepas dijangkiti.Seramai 365,000 orang dewasa terlibat dan dipilih secara rambang antara 20 Jun dan 28 September lalu untuk kajian ini.

Hasilnya, mereka mendapati jumlah mereka yang hilang antibodi adalah 26.5% dalam tempoh tiga bulan.Tempoh imuniti masih misteri.Bagaimanapun, Pakar Fakulti Kesihatan Awam Imperial College, Paul Eliott, berkata pihak sains yang terbabit lebih bimbang berhubung perkara yang tidak diketahui mengenai ketahanan antibodi terhadap virus itu.“Tahap imun antibodi ini masih tidak diketahui atau sampai bila sistem imun ini akan bertahan.”

Disahkan Bebas Dari COVID19 Tapi Ada Kesan Sampingan Yang Tak Kita Sangka. Seorang Lelaki Ini Dedah Alami Masalah Deria Ini Sepanjang Hidup

Makluman terkini. Tempoh pemulihan pesakit yang telah dijangkiti COVID-19 berbeza-beza, bergantung kepada tahap ketahanan badan masing-masing.Bayangkan, disahkan bebas dari COVID-19 tetapi hakikatnya kita masih perlu menanggung kesan jangka panjangnya seumur hidup.Menurut data yang diambil dari Mayo Clinic, antara kesan-kesan yang direkodkan oleh bekas pesakit termasuk mengalami keletihan berpanjangan, sakit otot dan kesukaran untuk bernafas.

Meskipun COVID-19 diketahui umumnya menjangkiti paru-paru, namun ia sebenarnya boleh menjejaskan beberapa organ dalaman manusia. Dalam kes lain, ada pesakit yang turut hilang pendengaran selepas dijangkiti virus itu. Memetik laporan Kompas, kes tersebut membabitkan seorang lelaki Inggeris berusia 45 tahun selepas berlaku kerosakan pada saraf pendengarannya.

Dia dikatakan mula mendengar gema dan dengung di telinga sebelum pekak secara tiba-tiba di telinga kiri — kira-kira seminggu selepas keluar daripada unit rawatan rapi.Ujian dibuat seterusnya mendapati berlaku kerosakan saraf pada telinga, dan gangguan pendengarannya tidak dapat disembuhkan.Bagaimanapun ia sebenarnya bukanlah kes pertama seumpama itu yang pernah direkodkan.

Menurut kajian International Journal of Audiology, 13 peratus daripada 121 pesakit pernah melaporkan perubahan atau gangguan pada deria pendengaran mereka selepas dijangkiti COVID-19.Kajian juga menunjukkan, jangkitan virus boleh menyebabkan pesakit mengalami sudden sensorineural hearing loss dengan cara mengganggu sistem imun dan merosakkan sel halus dalam telinga.

Bukan setakat demam batuk dan selesema sahaja simptom jangkitan covid 19 tapi ini juga antara gejala yang dialami dan ramai yang tidak sedar dengan gejala ini.

Kelesuan dan hilang deria bau serta rasa adalah antara simptom jangkitan COVID-19 yang dikesan dalam kalangan pesakit. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ketika ini, gejala yang diketahui umum adalah demam, batuk, selesema, cirit birit serta sesak nafas. Beliau berkata, ada gejala yang ramai tidak sedar iaitu kelesuan serta hilang deria bau dan rasa. “Ada mereka yang ke pejabat apabila diambil suhu ia normal, tetapi mereka ada masalah kelesuan, hilang deria bau serta rasa.

“Itu juga adalah gejala yang tidak kita maklum. Adalah penting kalau kita ambil tindakan, jika kita ada gejala yang nyata seperti demam dan batuk, kita pakai topeng muka dan jangan datang ke pejabat. “Sebelum ini, pada mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ada pegawai yang datang, tidak ada gejala yang nyata seperti batuk, demam tetapi ada gejala kelesuan, kebetulan mereka yang menghadiri mesyuarat itu perlu menjalani ujian saringan, beliau didapati positif,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini sebelum ini.

Justeru, Dr Noor Hisham berkata, walaupun ada mesin dan alat untuk mengukur suhu, tidak semestinya suhu yang normal itu, tidak ada gejala. Selain itu, beliau meminta pemilik premis dan pejabat yang menggunakan alat pengesan suhu badan mematuhi syarat dan peraturan penggunaannya bagi memastikan suhu badan yang diukur tepat. “Suhu badan manusia sihat adalah antara 36.6 hingga 37.2 darjah selsius,” katanya diminta mengulas laporan media mengenai pengambilan suhu itu jika ia benar-benar mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.-BHONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *