Baru sahaja bergelar ibu. Menakjubkan bila nama anak Farah Nabilah menarik perhatian orang ramai kerana keunikannya dan ini reaksi warganet mengenai perkara itu.

artis

SELEPAS enam hari bergelar ibu, pelakon Farah Nabilah Saipuddin, 28, berkongsi nama anak sulungnya iaitu Andre Omar Mohamed Amirul. Farah berkongsi nama tersebut menerusi akaun Instagramnya, hari ini. “My precious, Andre Omar bin Mohamed Amirul,” katanya. Farah juga berkongsi sebahagian wajah anaknya dan bergurau mengenai Andre Omar yang bulat.

“Ya, semua makanan yang saya pesan melalui perut mommy pergi ke pipi saya,” tulisnya. Rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan tidak sabar untuk melihat wajah penuh Andre Omar. Rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan tidak sabar untuk melihat wajah penuh Andre Omar.- SINARPLUS

Farah Nabilah selamat bersalin

KUALA LUMPUR: Pelakon Farah Nabilah selamat melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan di Ampang, waktu pagi. Farah berkongsi video tanpa visual kecuali tangisan bayi di Instagram (IG). Putera sulung Farah dan suaminya, Mohammed Amirul Yunus, dilahirkan lebih awal berbanding jangkaan bulan depan.

“Kami sambutnya lebih awal. Alhamdulillah, saya dan anak sulung kami dalam keadaan selamat. “Segala-galanya dipermudahkan. Terima kasih atas doa yang dititipkan untuk saya, suami dan anak kami. “Semoga Tuhan merahmati semua dengan kegembiraan dan keindahan ketika kita semua diuji,” katanya kepada BH Online.

Menurut pelakon yang mencipta populariti menerusi drama Titian Cinta ini, dia hanya akan berkongsi butiran lanjut dan wajah anaknya pada waktu sesuai. “Buat masa ini, kami ‘simpan’ dulu segala identitinya. “Tetapi nanti, apabila semua sudah okay, saya akan paparkan tanda cinta bersama suami ini dengan semua,” katanya. Farah atau nama sebenarnya, Farah Nabilah Saipuddin bernikah dengan Amirul yang bertugas sebagai juruterbang pada 20 Disember lalu.- BHONLINE

Berbaki empat minggu sebelum melahirkan cahaya mata. Farah Nabilah dedahkan dia mahu buat kejutan dan dia bongkarkan sedang ceburi satu bisnes ini walaupun sedang hamil

Meskipun kehamilannya sudah menjangkau usia lapan bulan, namun pelakon Farah Nabilah mahu membiarkan jantina anaknya menjadi kejutan.Berbaki empat minggu sebelum dijangka melahirkan cahaya mata pertama, wanita berusia 28 tahun itu mengakui tidak kisah soal jantina anak yang bakal dilahirkan.

Kata Farah, dia dan suaminya, Mohammed Amirul Yunus amat bersyukur dengan kehadiran zuriat sulung dan berharap proses kelahiran berjalan lancar.”Saya dan suami masih belum tahu jantina anak, sebab kami tidak kisah bayi lelaki dan perempuan asalkan dia dalam keadaan sihat.”Biarlah jadi kejutan. Barang-barang pun kami, beli yang warna neutral dan biar bayi yang beri kami kejutan.

“Gementar sebenarnya nak sambut kelahiran bayi pertama ini. Tak tahu apa yang kami patut jangka, tapi saya berpegang pada prinsip kalau ibu kitaboleh bersalin lima, enam anak, saya rasa setiap wanita pasti boleh lakukannya.”Saya juga bersyukur apabila bakal dikurniakan anak secepat ini dan berharap proses kelahiran berjalan lancar,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran pejabat pengurusan produknya di Catson Global (M) Sdn Bhd, baru-baru ini.

Siapa sangka, di sebalik kejayaan sebagai pelakon, Farah kini mencuba nasib dalam bidang perniagaan sebagai persediaan masa depan.Bagi Farah, sebagai anak seni, dia enggan terikat dengan kerjaya seni semata-mata sebaliknya, dia mahu menaikkan dirinya ke satu tahap yang berbeza.

“Apabila dah kahwin ini, banyak perkara yang perlu dihadkan. Bagaimanapun, syukur rezeki dikurniakan anak pun datang awal.”Lagipun sebagai seorang isteri, tanggungjawab saya kini banyak di rumah. Tak boleh tinggalkan keluarga.”Disebabkan itu, saya ambil langkah untuk tingkatkan diri ke satu tahap lain dan lakukan sesuatu yang baru daripada hanya fokus kepada satu kerjaya saja.

“Saya seorang yang mementingkan keluarga, jadi kalau boleh saya nak duduk rumah dan buat bisnes. Sekurang-kurangnya apabila ada perniagaan sendiri, saya boleh uruskan dari rumah saja,” katanya.Biarpun kini seronok menguruskan perniagaan makanan kesihatan, Farah yang terkenal dengan drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek itu tetap akan meneruskan karier seni lakonnya.

“Kerjaya lakonan akan tetap diteruskan, cuma selepas ini mungkin saya akan pilih telefilem atau drama yang bersesuaian.”Tapi apapun saya tetap akan cuba bahagikan komitmen yang sama rata antara dunia lakonan dan perniagaan.”Rindu sebenarnya nak kembali menjalani penggambaran. Mungkin selepas bersalin dan semuanya berada dalam keadaan terkawal, saya nak kembali beraksi di depan kamera,” katanya.

Semangat ceburi bisnes.Menyentuh mengenai ruang pejabat pertamanya, yang memilih berpangkalan di One City, Farah berkata, antara sebab utamanya adalah untuk memberi peluang kepada pihak lain memiliki ruang pejabat diimpikan.”Saya selalu ada impian untuk memiliki ruang pejabat sendiri. Malah, keinginan saya untuk menjadikannya satu kenyataan bertambah kuat selepas menjalin kerjasama dengan produk Bardox Nutri Bar.

“Idea itu terlintas dalam fikiran saya, tatkala mula bekerjasama dengan jenama Bardox ini serta bercadang membawanya ke mata dunia menjelang penganjuran Sukan Olimpik di Jepun nanti.”Meskipun inisiatif itu terpaksa ditangguhkan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan, tetapi ia tidak menghalang minat saya untuk memahami lebih mendalam mengenai jenama berkenaan.

“Akhirnya saya bertekad untuk menyebarkan manfaat dan kebaikan Bardox kepada orang ramai, termasuk ingin melahirkan usahawan baharu di pejabat yang dimiliki ini,” katanya. Menurut Farah lagi, dia akan merangka pelbagai aktiviti menarik yang bakal dilakukan bersama rangkaian ejen terpilih nanti. Ujarnya, kini semua perancangan itu masih dalam perbincangan teliti. -metro

Terkedu Farah Nabilah Dedahkan Mahu Menceburi Bidang Baru Setelah Sekian Lama Menjadi Pelakon Disebabkan Sesuatu Ini. Rupa Rupanya Ini Punca Farah Nabilah Tidak Aktif Dalam Dunia Lakonan.

BERBAKI empat minggu sebelum dijangka melahirkan cahaya mata pertama, pelakon Farah Nabilah tetap gigih menguruskan perniagaannya. Menurut Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 28, status sebagai seorang isteri dan bakal ibu menjadi salah satu penyebab dia mula menceburi bidang perniagaan.

Biarpun kini seronok menguruskan perniagaan tersebut namun pelakon yang mula dikenali menerusi drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek itu tetap akan meneruskan kariernya dalam bidang lakonan. Farah dijangka melahirkan anak sulungnya pada hujung Oktober.

“Apabila dah kahwin ini, banyak perkara perlu dihadkan dan syukur rezeki dikurniakan anak pun datang awal. “Lagipun sebagai seorang isteri, tanggungjawab banyak dekat rumah. Tak boleh tinggalkan keluarga. Sebab itu saya fikir, lebih baik saya upgrade diri saya dan lakukan sesuatu sebab daripada dulu hanya berlakon saja.

“Saya seorang yang mementingkan keluarga… jadi kalau boleh saya nak duduk rumah dan buat bisnes. Sekurang-kurangnya apabila ada perniagaan sendiri, saya boleh uruskan dari rumah juga. Bagi saya, dikurniakan zuriat ini pun dah sangat bersyukur.

“Kalau berlakon pun mungkin saya akan pilih telefilem atau drama yang bersesuaian tapi apa pun saya tetap akan cuba bahagikan sama rata antara dunia lakonan dan perniagaan,” kata Farah kepada mStar. Farah ditemui ketika sidang media pelancaran pejabat pengurusan produknya di Catson Global (M) Sdn Bhd di Skypark @ One City, Subang Jaya, Selangor pada Rabu.

Pada Jun lalu, Farah berkongsi berita gembira bahawa dia sedang hamil lima bulan dan berasa teruja untuk menantikan kelahiran cahaya mata pertama. Menerusi laporan mStar pada 10 Jun lalu, Farah berkata dia tidak mengalami sebarang alahan yang teruk sepanjang tempoh awal trismester pertama.

Farah dan suami tidak kisah dapat bayi lelaki atau perempuan. Dalam pada itu, Farah memberitahu dia dan suaminya iaitu Mohammed Amirul Yunus mahu menjadikan jantina bayi sulung mereka sebagai satu kejutan. “Sebenarnya saya sendiri tak tahu jantina bayi sebab tak nak tahu pun… biar jadikan kejutan. Anak pertama ini saya tak kisah lelaki atau perempuan. Asalkan bayi saya sentiasa dalam keadaan sihat.

“Bagi saya dikurniakan zuriat pun dah sangat bersyukur. Saya dan suami pun hanya beli barang-barang keperluan bayi yang sesuai untuk untuk lelaki atau perempuan,” ujarnya. Farah mendirikan rumah tangga dengan Amirul yang merupakan juruterbang sebuah syarikat penerbangan terkenal pada 20 Disember tahun lalu.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *