Tambah dua lagi kluster baharu. Tan Sri Dr Noor Hisham dedah punca dua kluster ini dikesan dan jumlah individu yang terlibat

berita

PUTRAJAYA: Dua kluster baharu dilaporkan hari ini membabitkan satu daerah di Sabah serta Labuan dan kedua-duanya dikesan hasil saringan di tempat kerja.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Kuster Lintas dikenal pasti di Kota Kinabalu, Sabah dan sehingga kini sudah menjangkiti enam individu.”Kluster kedua iaitu Kluster Limbungan dikesan di Labuan dan sehingga kini sudah menjangkiti 20 individu termasuk 13 kes baharu yang dilaporkan hari ini,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

TERKINI: 835 Kes Baharu Covid-19 Termasuk 830 Adalah Kes Tempatan Dan 2 Kes pemergian

Sebanyak 835 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 28,640 setakat Selasa (27 Oktober 2020), jam 12 tengahari. Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah meningkat kepada 9,903 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Daripada 835 kes positif, terdapat lima (5) kes import di yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala selebihnya adalah penularan tempatan.Pesakit yang sembuh telah meningkat sebanyak 674 orang pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 18,499.

Sehingga kini, terdapat 89 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.Manakala, terdapat dua (2) kes pemergian sekaligus menjadikan jumlah pemergian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 238 orang.

COVID-19: 30 peratus kluster berkait tempat kerja

PUTRAJAYA: Sebanyak 62 kluster atau 30 peratus daripada 230 kluster COVID-19 dilaporkan di negara ini sejak permulaan pandemik itu, berkaitan dengan tempat kerja.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata setakat hari ini, 37 daripadanya masih lagi aktif, termasuk dua kluster baharu yang diumumkan hari ini.

Beliau berkata, biarpun majikan terbabit mengambil tindakan proaktif, warga pekerja juga berperanan besar dalam membantu Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membendung penularan COVID-19 di tempat kerja dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.Katanya, warga kerja juga perlu sentiasa mengamalkan kawalan kendiri ketika berada di tempat kerja.”Persekitaran tempat kerja yang bersih dan selamat juga hendaklah dijadikan kebiasaan harian bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19,” katanya dalam sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

Isu SOP PKPB Weekend Husband Dan Weekend Wife. DS Ismail Sabri Terangkan Permohonan Kebenaran Yang Perlu Diambil Berat Oleh Masyarakat Setempat

Kerajaan membenarkan pasangan jarak jauh merentas negeri atau daerah memasuki daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atas kebenaran pihak polis.Ujar Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, individu yang terlibat hendaklah membuat permohonan kebenaran daripada pihak polis sepertimana yang digariskan dalam prosedur operasi standard (SOP) PKPB Mei lalu.

“SOP PKPB yang kita perkenalkan hari ini sama dengan SOP PKPB yang telah kita perkenalkan sewaktu PKPB  bulan Mei lalu.“Dan SOP PKPB mengenai weekend husband atau weekend wife yang seminggu sekali bertemu, bersama keluarga masing-masing, memang asalnya dahulu dibenarkan tetapi perlulah mendapat kebenaran pihak polis terlebih dahulu,” katanya ketika menjawab soalan wartawan.

Tambahnya, individu yang ingin merentas negeri atau daerah atas tujuan berkenaan perlu mengemukakan bukti bagi mendapatkan kebenaran pihak polis.“Jadi sebelum balik, jumpa pihak polis dan maklumkan dengan tujuan dan bukti-buktinya, insyaAllah polis akan benarkan,” katanya.Jelasnya, orang ramai boleh merujuk mengenai sebarang peraturan dan SOP di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara bagi prosedur permohonan dan perincian lain.Sumber: RTM

Latar Belakang Sidang Media Harian Jadi Bualan Orang Ramai. Ismail Sabri Terus Terang Hak Milik Barangan Di Rak Kabinet Dan Harap Masyarakat Maklum Dengan Perihal Ini

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan beliau tidak mempromosikan barangan di rak kabinet yang menjadi latar belakang sidang media hariannya di Wisma Pertahanan.Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan, berkata barang yang disusun pada rak kabinet dan kelihatan di belakangnya adalah hak milik Kementerian Pertahanan.

“Ini kabinet MINDEF (Kementerian Pertahanan) yang memang sudah ada dan tidak akan dibuang. Saya tidak tahu apa yang hendak diletakkan di belakang. Maka, saya biarkan dan saya juga tidak mempromosikannya. Sidang media Ismail Sabri sering mendapat perhatian warga maya sehingga ramai yang berseloroh mahu membida setiap barangan dipamerkan di rak kabinet.

Ismail Sabri berkata, sidang media harian beliau adalah bagi memaklumkan berhubung tindakan kerajaan dalam aspek keselamatan bagi membendung penularan COVID-19.Sidang media beliau katanya memberi maklumat kepada orang awam mengenai tindakan kerajaan termasuk penahanan individu ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Saya hanya memaklumkan tindakan harian oleh kerajaan kerana rakyat mahu tahu apa dilakukan pihak berkuasa terhadap pihak yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).”Ia juga beri kesedaran kepada rakyat kerajaan melakukan sesuatu untuk mengurangkan penularan COVID-19,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh turut menggesa sidang media harian Menteri Kanan (Keselamatan) dihentikan jika tiada pengumuman substanstif yang dapat membantu rakyat.Hannah melalui ciapannya di Twitter berkata, sidang media bukan tempat untuk mempromosikan baju atau barang pameran di rak.

Kenapa Bahagian Pengurusan Sahaja Bekerja Di Rumah & Bukan Yang Lain? Ini Jawapan Menteri

PUTRAJAYA, 22 Okt – Arahan bekerja dari rumah yang hanya diarahkan kepada pekerja pengurusan adalah untuk mengurangkan pergerakan, umum  Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.“Bayangkan, satu juta yang boleh bekerja dari rumah tidak ke pejabat. Satu juta pergerakan dan satu juta mereka boleh berinteraksi antara satu sama lain juga.

“Jadi bila kita kurangkan pergerakan, mungkin lebih berjaya untuk memutuskan rantaian COVID-19 sebab semakin kurang orang boleh berinteraksi satu sama lain,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan pemberita mengenai arahan bekerja dari rumah yang dilihat hanya diberikan kepada bahagian tertentu dan bukan semua.

Dalam pada itu, hasil keberkesanan bekerja dari rumah atas sebab mengurangkan pergerakan tapi dalam masa sama, tempat-tempat awam masih lagi dibuka juga turut dipersoalkan.“Betul, ada pasar malam dibuka, pusat beli-belah dibuka dan sebagainya.“Ianya masih lagi tertakluk kepada kita sebagai individu sama ada kita ingin gunakan kebebasan tersebut tanpa memikirkan kesihatan kita ataupun tidak.

“Tapi kita tidak menutup sektor ekonomi kerana rakyat terpaksa hidup bergantung pada setiap pekerja yang mereka ada,” katanya lagi.Berbalik kepada isu utama, arahan bekerja dari rumah yang tidak diberikan untuk semua bahagian perkhidmatan adalah disebabkan keperluan-keperluan tertentu.

Jelasnya, bagi bahagian pengurusan, tugasan mereka boleh dilakukan di rumah terus, manakala bahagian lain seperti kaunter perkhidmatan pula perlu bekerja di pejabat.“Sebab itulah kita benarkan sebahagian bekerja di rumah, tetapi sebahagian masih diperlukan bekerja di pejabat,” tambahnya.Sumber: RTM

COVID-19: Tudhn Malaysia tidak lakukan sanitasi tidak benar – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Tudhn bahawa Malaysia tidak melakukan proses sanitasi di kawasan penularan wabak COVID-19 adalah tidak benar.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata operasi sanitasi dilaksanakan sejak 30 Mac lalu di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang merangkumi sejumlah 135 zon di seluruh negara.

Sejak Mac lalu juga, katanya, sebanyak 10,653 operasi sanitasi tempat awam dilakukan, terbaru semalam yang membabitkan 33 lagi operasi di enam zon merah, 11 zon kuning dan 11 zon hijau di 11 negeri.”Ada video diedar dan sedang tural yang menunjukkan gambar di negara luar yang buat sanitasi dan dikatakan kita tidak buat seperti yang dilaksanakan beberapa negara luar.

“Tdhan kerajaan tidak lakukan sanitasi ini tidak benar,” katanya pada sidang media harian yang disiarkan secara langsung, hari ini.Katanya, operasi sanitasi semalam membabitkan tujuh di Sarawak dan Kedah; Sabah (6); Pulau Pinang (4); Pahang dan Terengganu (2) serta Perlis, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (1).”Operasi semalam membabitkan 183 anggota bomba, 178 petugas daripada PBT dan agensi lain. Sebanyak 41 jentera bomba turut digunakan semalam,” katanya.

Gesa Hentikan Sidang Media. Hannah Yeoh Lantang Bersuara Ekoran Sidang Media DS Ismail Sabri Menjadi Bualan Orang Ramai Dan Sebab Musabab Dia Mahu Sidang Media Harus Dihentikan

Baru baru ini,ahli Parlimen segambut iaitu,Hannah Yeoh menggesa Menteri Kanan ( Keselamatan ),Datuk Seri Ismail Sabri berhenti mengadakan sidang media hariannya jika tiada pengumuman substantif yang dapat membantu rakyat. Menurut Hannah,sidang media akhbar bukan tempat untuk mempromosikan baju atau barang pameran di rak.

“Ini kerana semakin banyak yang diumumkan, orang awam menjadi semakin keliru.”Hentikan kekeliruan, ia akan menghentikan Covid-19! Apa yang paling menakutkan kita ialah sekiranya Covid-19 tidak pun membunh ekonomi kita, semestinya ketidakcekapan para menteri akan melakukannya!” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Untuk pengetahuan, Hannah yang juga bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) memuktamadkan semua prosedur operasi standard (SOP) sebelum dikeluarkan tanpa orang ramai perlu menunggu pengumuman kementerian lain sebagai rujukan.

Katanya lagi, SOP panduan bekerja dari rumah (BDR) yang diumumkan sebelum ini terlalu umum dan sangat mengelirukan. Jelasnya, arahan yang mengelirukan dan ‘setengah masak’ mengakibatkan ketidakpastian kepada masyarakat terutama komuniti perniagaan dan mereka yang berkeluarga.”Sektor perniagaan sedang menghadapi suasana kelembapan ekonomi dan berpotensi kehilangan lebih banyak peluang akibat ketidaktentuan ini.

“SOP yang kabur dan mengelirukan turut menyukarkan pegawai penguat kuasa menjalankan arahan dan mengakibatkan berlakunya ketidakadilan dalam kalangan orang awam,” katanya. Pada masa yang sama, Hannah turut menggesa kerajaan segera menjelaskan kekeliruan dan memastikan denda tidak dikenakan kepada mereka yang didapati keliru dengan SOP dikeluarkan dua Menteri Kanan iaitu Ismail Sabri dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya, menteri yang bertanggungjawab harus segera belajar untuk menyelaras secara bersama sebelum sesuatu keputusan diambil kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan sesuatu yang baharu.”PKP bermula sejak bulan Mac lagi, saya cuma mahu mengingatkan mereka (menteri berkenaan) yang masa untuk berbulan madu telah pun tamat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *