Kena kritik lagi dengan warganet. Video Tiktok Sharifah Zarina dikritik susulan topik yang dia bawakan dan dia ulas lebih lanjut isu yang tular berkenaan dirinya

artis

Masih belum reda isu warganet dengan Sharifah Zarina. Baru baru ini penyanyi lagu Langit ke Tujuh dikritik warganet gara gara video TikTok ringkas Zarina menceritakan kisahnya berkahwin muda. Kata seorang warganet,tindakan zarina berkongsi perihal kahwin muda seakan akan sengaja menunjuk nunjuk.

Kata Zarina dalam video tersebut, dia dianggap seperti adik-beradik apabila keluar bersama anak-anaknya dan boleh melayan aplikasi TikTok bersama-sama. Enggan membiarkan warganet terus membuat andaian, kata Zarina, tujuannya berkongsi video berkenaan bukan untuk menggalakkan orang ramai berkahwin muda sebaliknya berkongsi pengalamannya dalam berkeluarga pada usia muda.

“Mereka ada hak untuk memberikan apa saja komen. Saya sebenarnya nak berikan semangat kepada individu yang sudah berkahwin pada usia muda, bukannya nak galakkan kahwin muda. Tapi untuk elakkan berz1na apa salahnya?”Video terbabit saya cuma ceritakan pengalaman saya, apabila mengenang semula zaman saya kahwin muda, kena dukung anak ketika kawan-kawan lain masih enjoy, adakalanya saya malu.

“Tapi itu hanyalah sementara. Jangan rasa tertekan sebab selepas itu akan ada kemanisannya. Allah bagi kita adil.”Contohnya apa yang saya peroleh sekarang, anak-anak saya menjadi sahabat sejati saya. Dahulu saya hilang kawan sebab kahwin awal, sekarang walaupun sudah 39 tahun saya ada anak-anak untuk berbincang dan tak perlu lagi mencari hidup di luar,” katanya kepada Gempak.

Bagi Zarina, perkongsian video 60 saat dalam TikTok itu bagi menjawab pertanyaan peminatnya yang sering berkongsi masalah mengenai pengalaman berkahwin pada usia muda.”Saya tak boleh cerita pengalaman hidup dari A sampai Z dalam video pendek itu. Ia hanya perkongsian 60 saat, tapi 60 saat itulah membolehkan orang menilai saya macam-macam. 

“Tetapi saya sekarang menjadi lebih kuat… Apabila membaca komen-komen itu saya hanya tergelak. “Mereka ada kefahaman sendiri yang tak sama dengan saya. Ada orang melihat ia secara positif, ada juga sebaliknya,” tambahnya.Tegasnya, kandungan video TikTok dan cerita yang berlaku kepada keluarganya sejak akhir-akhir ini bukanlah untuk mencari publisiti.

“Saya tak tahu kenapa tiba-tiba ramai yang beri perhatian lebih kepada saya padahal sudah lama senyap. Saya tak rasa pun nak popular balik sebab saya sudah 17 tahun dalam industri. Publisiti tidak memberikan saya apa-apa pun ketika waktu ini.”Ia menjadi tiba-tiba, kita boleh lihat betapa kreatifnya warganet sekarang. Tetapi saya mengambil perkara ini secara positif dan memandangkan TikTok boleh memberikan aura positif kepada saya jadi, saya teruskan,” katanya.Terdahulu, isu sambutan hari jadi anaknya, Athalia di sebuah kafe hipster di ibu kota mencetuskan salah faham pelbagai pihak.Malah, Athalia turut terpal1t dengan video tular bersama penyanyi Alvin Chong

Anggap Diri Sebagai Influencer. Athalia Baru Tampil Selepas Teruk Dikritik Warganet Dan Juga Isu Dengan Seorang Pemilik Restoran Ini

Walaupun masih dapat kritikan hebat oleh warganet, anak kepada Sharifah Zarian iaitu Athalia tampil menjelaskan pengertian influencer yang merujuk kepada dirinya menerusi sepotong video yang tular baru baru ini. Kata Athalia,hanya satu kerjaya dan dia masih individu biasa yang hanya menyumbang semula kepada komuniti menerusi platform media sosial.

Influencer hanya satu kerjaya, walaupun saya cakap saya influencer ia tidak mengubah apa-apa. Saya masih individu normal, itu yang saya lihat.”Dan di Malaysia pun ramai influencer hebat. Baik influencer atau artis, kami cuba melakukan kerja kami dan saya tidak claim diri saya antara salah seorang daripada mereka. Jangan tersilap.

“Saya tidaklah menyatakan saya ini seorang influencer, saya hanya menyokong dan menyumbangkan semula kepada komuniti. Ia hanya merujuk kepada kerja yang saya buat dan itu tanggungjawab saya,” katanya menerusi sepotong video yang dimuat naik di platform TikTok pada Ahad.

Video terbabit bagaimanapun telah dipadamkan dari platform terbabit.Terdahulu, sepotong videonya yang terasa dengan layanan pekerja dan servis di sebuah restoran hipster di ibu kota tular di media sosial. Katanya dalam video terbabit, dia mewakili dirinya dan keluarga pada masa sama enggan individu lain berdepan nasib sepertinya.”Saya bersuara bukan sebab saya influencer tetapi kerana saya tak nak orang lain kat luar tu kena juga seperti saya,” katanya dalam video berkenaan yang turut ditemani ibunya, Sharifah Zarina.-gmpk

Isu Sharifah Zarina Dan Anak Luah Tak Puas Hati. Pemilik Restoran Tersebut Ambil Tindakan Ini Berikutan Isu Yang Menjadi Tumpuan Dan Bualan Warganet

Baru baru ini tular Sharifah Zarina dan anaknya,Athalia deena Buswani yang berpendapat bahawa servis yang diberi staf restorannya tidak profesional dan beretika. Kini,Christine Bong yang merupakan restoran makanan Pokok.KL tampil memberi ulasan mengenai isu yang dibangkitkan oleh penyanyi tersebut serta anaknya.

Kata Christine.segala apa yang dikatakan oleh kedua anak beranak itu merupakan ftnh semata mata kerana notis mengenai penutupan awal restoran berkenaan telah dihebahkan awal dan dimaklumkan di media sosial. Christine juga dikatakan tidak teragak agak untuk lantik peguam bagi mewakilinya dalam mengambil tindakan undang undang yang boleh merosakkan nama perniagaannya.

Pemilik restoran tersebut telah menghebahkan perkara itu menerusi ruangan Instagram miliknya,semalam“Jadi hari ini pokok.kl disayangi telah didatangi oleh individu-individu yang gagal melihat notis penutupan awal kita yang telah dihebahkan di merata tempat. Ada peguan yang mahu mengambil kes ftnah ini terhadap personaliti media sosial (Instafamous) bagi pihak kami?”

Dalam pada itu, Sharifah Zarina dan Athalia dilihat telahpun memadam entri yang tular sebelum ni di kalangan pengguna media sosial.Mengimbas kembali, tular video TikTok Athalia dan ibunya itu yang memaparkan mereka berdua meluahkan rasa marah di atas layanan tidak wajar diberikan ke atas mereka. Kedua-duanya mendkwa bahawa ingin meraikan majlis ulang tahun di restoran terbabit namun setelah menunggu lama baru diberitahu bahawa restoran akan ditutup awal kerana telah ditempah untuk majlis lain.-beautifulnara

Masih Tidak Puas Hati Sehingga Raih Perhatian Warganet. Sharifah Zarina Dan Anak Luah Ketidakpuashatian Terhadap Satu Restoran Terkenal Ini

Sekelip mata Penyanyi Langit Ketujuh Sharifah Ketujuh dan anaknya Athalia Deena Buswani menjadi perhatian warganet apabila video mereka luahkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah restoran tular di laman Twitter. Menerusi video tersebut di Instagram dan Tiktok tersebut,Sharifah Zarina dan Athalia mempersoalkan tentang profesionalisme kakitangan restoran yang terletak di Petaling Jaya tersebut terhadap mereka.

Dikatakan, Zarina dan ahli keluarga ke restoran tersebut kerana mahu menyambut majlis hari lahir Athalia.Bagaimanapun sebaik sahaja mereka duduk, pelayan restoran memberitahu mereka hanya ada 15 minit untuk membuat pesanan kerana premis tersebut akan ditutup untuk sebuah majlis.

“Pukul 4.15 petang tiba-tiba mereka kata tempat ini ada event! Aku peduli apa event apa korang? Kau bagitahu kat mana? Letaklah besar-besar kat luar sana…Ataupun tak payah masukkan aku kat dalam list!“Tadi aku kat depan tu que apasal  kau bawak aku masuk juga dalam ni. Tau pun kita datang ramai kan?,” luah Zarina yang terpaksa mencari lokasi lain untuk meraikan majlis hari lahir anak sulungnya itu.

Sementara itu Athalia menerusi sebuah video, mendkwa dirinya dimalukan di restoran terbabit.“Kami dah duduk kat meja tu, tak tahu berapa lama…Mereka dah bagi menu, suruh scan dan order. Tak ada orang pun bagitahu yang tempat tu nak tutup sebab ada event.“Kalau mereka bagitahu lebih awal sebelum kami masuk, kami boleh ‘blah’ pergi tempat lain,” katanya bengang.

Difahamkan Athalia dan Zarina juga mendkwa pemilik restoran memohon maaf diruangan komen IG serta menawarkan mereka dua keping kupon bernilai RM50.Video tersebut telah ditonton lebih 450 ribu kali di Twitter dan diulang kicau hampir 5,000 pengguna laman sosial tersebut.Sementara itu di ruangan komen, warga Twitter mula mengkritik tindakan Zarina dan Athalia dan mendkwa pemilik restoran sudah membuat pemberitahuan menerusi laman sosial mereka.Terdahulu Zarina dan Athalia menjadi tular selepas anak sulungnya itu ditduh mempunyai hubungan cinta dengan pelakon dan penyanyi Alvin Chong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *