Jawapan Khabib buat orang kagum dengan dia. Ternyata soalan Khabib yang diajukan kepada Ronaldo ini meraih perhatian ramai dan ramai tak sangka ini respon Khabib sebaik sahaja mendengar jawapan Ronaldo

sukan

Terbaru, Khabib Nurmagomedov mendedahkan bahawa dia ada meminta pandangan Christiano Ronaldo tentang kunci kejayaan sebagai ahli sukan elit dan mengakui lebih meminati bola sepak berbanding UFC. Atlet Russia yang berusia 32 tahun yang masih belum pernah tews itu,kini di puncak karier MMA tetapi pernah meminta nasihat daripada bintang bola sepak Portugal dan Juventus itu berkenaan kehidupan sebagai atlet hebat

The Eagle kembali ke gelnggang oktagon buat pertama kali selepas 13 bulan untuk mempertahankan gelaran lightweight menntang atlet Amerika Syarikat Justin Gaethje di UFC 254 hari ini.Banyak Soalan Buat Ronaldo“Ketika bertemu Cristiano, saya mempunyai banyak soalan untuk diajukan. Saya ingin tahu bagaimana dia mampu mengekalkan keazamannya menjadi yang terbaik untuk 17 tahun berturut-berturut.

“Sejak tahun 2003 dia berada di tahap tertinggi dan setiap kali di akhir musim dia berada dalam kelompok 10 pemain terbaik.“Dia juga menjadi pemain terbaik untuk tujuh atau lapan tahun berturut-turut di Eropah dan dunia. Dia memenangi Bola Emas lima kali, memenangi Liga Juara-Juara lima kali.“Dia memenangi segalanya ketika bersama Manchester United dan Real Madrid. Dua liga bola sepak kelas dunia. Dia memenangi semuanya.

“Saya terfikir bagaimana dia melakukannya. Daripada pemahaman saya, tenaga dalamannya, keazaman, semangat, disiplin, teknik pemulihan, latihan, pemakanan – dia menggabungkan semuanya,” kata Khabib. Ronaldo juga turut menghormati Khabib yang diharapkan akan menewskan Gaethje pada pertmbungan hari ini. – AFP

Umum telah mengetahui bahawa ptarung UFC Khabib Nurmagumedov adalah seorang yang berpegang teguh dengan ajaran Islam.Menerusi perlawnan UFC 254 yang baru sahaja berlangsung, Khabib Nurmagomedov telah berjaya mengalahkan lawnnya, Justin Gaethje sekaligus melebarkan rekod tanpa kalah beliau kepada 29-0.

Meskipun kemenangan beliau mungkin dijangka ramai, pengumuman beliau sejurus selepas tamat perlawnan telah mengejutkan pelbagai pihak apabila Khabib mengumumkan untuk bersara daripada UFC secara rasmi.Lebih menyayat hati ramai, beliau maklumkan persaraan daripada dunia UFC sudah dibincangkan bersama ibunya dimana ibunya tidak mahu beliau berlawn lagi tanpa ayahnya disisi. Beliau turut berjanji menntang Justin Gaethje ini akan menjadi perlawnan terakhirnya.

Walaupun begitu, menerusi satu muatan yang dikongsi oleh Khabib di akaun Instagram rasminya, dia telah meminta kepada semua peminatnya untuk tidak menjadikannya idola dalam hidup mereka.Petarvng yang berasal dari Rusia itu menjelaskan bahawa, beliau sebenarnya tidak layak untuk dijadikan idola dan menyeru kepada semua orang agar menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai idola dalam hidup mereka.

“Saya bukanlah orang yang layak untuk dijadikan idola, dan saya juga tidak mahu dijadikan idola oleh manusia lain.“Saya percaya bahawa bukan saya sahaja, atau ptarung lain, mahu pun mana-mana selebriti secara amnya berhak untuk dijadikan contoh untuk diikuti.“Saya seorang Muslim, dan sebagai seorang penganut agama Islam yang percaya dengan agama saya, kami mempunyai seorang contoh untuk diikuti, baginda adalah pesuruh Allah S.W.T yang bernama Muhammad S.A.W,” tulisnya dalam gambar yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Ketika ditanya mengenai pesanan yang ingin disampaikan kepada generasi muda dan peminatnya, Khabib berkata anak muda perlu melayan dan menghormati ibu bapa masing-masing dengan sebaiknya.“Hormati ibu bapa. Dengar cakap mereka, mereka adalah segalanya. Semua dalam hidup anda akan berubah menjadi lebih baik,” katanya.

Hanya Memerlukan Dua Pusingan Sahaja Untuk Kalahkan Justin. Khabib Tanpa Ragu Dedah Bayran Tertinggi Yang Dia Pernah Terima Dan Cerita Pengalaman Dalam Kariernya Itu

Baru baru ini,dilaporkan juara lightweight dunia iaitu Khabib Nurmagomdov menerima bayaran karier tertinggi sebanyak 4.6 juta pound yang bersamaan RM24.95 juta selepas kalahkan Justin gaethje di UFC 254. Mengagumkan sekali,Khabib memerlukan dua pusingan sahaja untuk kalahkan Justin secra knock0ut dalam perlwnn di Fight Island sebelum mengumumkan persaraannya secara ,engejut.

Presiden UFC, Dana White menyifatkan Khabib kini sebagai yang terhebat sepanjang zaman di UFC.Malah, kemenangan terbarunya itu adalah yang ke-29 di UFC sekali gus mengekalkan rekod 100 peratus.Selain meraih RM24.95 juta daripada pertarngan berkenaan, Khabib juga mendapat bonus tambahan kemenangan bernilai hampir 70,000 pound (RM379,738).

Selain itu, dia juga akan mendapat bayaran tambahan daripada jumlah per tontonan dalam kontrak ditandatanganinya sekali gus menyaksikan jumlah yang akan diterimanya lebih tinggi.Ini bermakna Khabib bakal membawa pulang hadiah wang kemenangan lebih tinggi berbanding diperolehnya di UFC 242 ketika menewaskan Dustin Poirier.Jumlah itu jelas lebih banyak berbanding 1.5 juta pound (RM8.14 juta) diterimanya ketika menwaskan Conor McGregor di UFC 229, dengan lawnnya dari Ireland itu sendiri meraih pendapatan lebih 2.3 juta (RM12.48 juta).Gaethje pula dilaporkan akan membawa pulang 300,000 pound (RM1.6 juta) daripada pertrungan di Abu Dhabi itu. – Agensi

Miliki 6 Kereta Mewah! Beginilah Jumlah Kekayaan Khabib Nurmagomedov.Bintang seni beladiri campuran (MMA) Rusia, Khabib Nurmagomedov terus hangat dalam perbincangan, setelah berjaya mempertahankan gelaran juara Kelas Ringan Ultimate Fighting Championship (UFC) mengalhkan Conor McGregor.

Pertarngan ini akan diingati kerana berlakunya perbalahan apabila Khabib tiba-tiba naik angin dan membalng ‘mouthpice’ ke arah cornerman McGregor. Dia kemudiannya melompat keluar dari gelanggang dan menyerng salah seorang jurulatih dari pasukan McGregor. Keadaan menjadi kech di dalam dan di luar gelanggang, namun situasi itu mula reda selepas dikawal oleh para pegawai dan pihak sekuriti.

Perbalahan ini disebabkan oleh perkataan SARA dari tim McGregor terhadap Khabib, dan bapanya.Walaupun dinobatkan sebagai juara, Khabib ternyata mendapat bayaran yang jauh lebih sedikit berbanding Conor McGregor, iaitu USD$ 2 juta atau RM 8.3 Juta. Sementara Conor mendapat USD$ 3 juta atau setara dengan RM 12.4 Juta.

Khabib Nurmagomedov nampaknya dapat mengalhkan Conor dari segi harta kekayaan. Media Celebrity Networth sempat membuat ramalan soal kekayaan petarng dengan rekor 27 kali menang itu.Ingin tahu seberapa besar ramalan kekayaan yang dimiliki atlet 30 tahun itu? Baca ulasan di bawah.

Capai RM 8.3 Juta Dari Pertrungan Sebelumnya.Dalam setiap pertarngan, Khabib Nurmagomedov dikatakan mampu menghasilkan pendapatan yang tinggi. Mulai dari US$ 30 ribu atau RM 124 ribu hingga akhirnya mampu mencapai US$ 450 ribu hingga RM 1.8 juta.Sebelum bertarng dengan McGregor, Khabib diramalkan sudah memiliki kekayaan sebesar USD$ 1 juta atau setara dengan RM 4.15 juta.

Tapi, beberapa sumber lain seperti PlayerWiki menyebutkan kini kekayaannya sudah mencapai US$ 2 juta atau RM 8.3 juta berkat prtarungan terakhirnya.Informasi keseluruhan kekayaan Khabib memang tak diketahui umum. Forbes tidak memiliki informasi yang tepat soal hal itu, begitu pun dengan pihak Khabib yang memang tak terlalu terbuka dalam urusan harta.

Kaya Kerana MMA.Kalau beberapa atlet boleh mewah dan kaya raya kerana endorsemen, Khabib Nurmagomedov mewah hanya kerana terlibat dengan MMA.Juara sukan Sambo dan Judo kelahiran tahun 1988 ini memang tak pernah terlihat jadi duta jenama produk apapun.Dia juga tak pernah mem-posting gambar produk apapun di akaun Instagramnya. Gambar-gambar di Instagram Khabib umumnya hanya gambar latihan, dia bersama rakan-rakannya, atau konten-konten berunsur Islam.

Kerjaya profesional Khabib di MMA bermula sejak tahun 2008. Dalam waktu sebulan, dia berjaya memenangi empat pertandingan MMA.Pada tahun 2011 dia pun bergabung ke UFC dan memulakan debutnya melwan Kamal Shalorus. Di pusingan ketiga, Khabib memenangi pertrungan sengit itu dengan memaksa Shalorus menyerah.

Koleksi Kereta Mewah.Mengenai soal koleksi keretal, Khabib juga tak mengumpul kereta mewah seperti Conor McGregor. Beberapa kereta mewah yang khabarnya pernah dimiliki Khabib adalah Lada Priora, Mercedes-Benz W124, Mercedes-Benz AMG GT, Ferrari California, BMW 6 Series, dan Land Cruiser J200.Kereta Mercedes-Benz AMG GT, khabarnya kereta itu merupakan hadiah yang diberikan oleh hartawan Rusia, Ziyavudin Magomedov.

Atlet Paling Popular di Rusia.Populariti Khabib Nurmagomedov memang tak boleh disamakan disebut dengan atlet-atlet kebanggan Rusia lainnya.Terbukti, jumlah followers Khabib di Instagram juga jauh lebih banyak berbanding Maria Sharapova atau Fedor Emelianenko. Menurut laman web, TSM Sportz, penghargaan besar dia terima adalah selepas pertama kali merebut gelaran Kelas Ringan UFC. Di situ, Khabib mendapatkan ganjaran sebanyak USD$ 300 ribu dengan bonusnya USD$ 150 ribu.

Begitulah sedikit informasi kekayaan Khabib Nurmagomedov. Sebagai selebriti dan atlet mempunyai pendapatan yang tinggi, Khabib juga tak seperti Conor McGregor atau atlet mahal lainnya yang glamor, terutama soal pakaian. Jarang sekali dia terlihat dengan pakaian mewah saat berhadapan dengan lawnnya sebelum bertandingApa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Ramai Beri Ucapan Tahniah Buat Khabib. Ternyata Kata Kata Ronaldo Ini Lebih Menarik Minat Orang Ramai Apabila Dia Menyebut Satu Perkataan Ini Menerusi Siaran Langsung Di Instagramnya

Baru baru ini, Pengumuman mengejut jaguh dunia UFC, Khabib Nurmagomedov turut memberi kesan kepada bintang-bintang sukan yang memberi penghargaan kepada juara lightweight dunia itu.Khabib menewaskan Justin Gaethje pada pusingan kedua pertarngan di Abu Dhabi untuk mencatatkan rekod kemenangan 29-0, awal pagi tadi.

Pemain bola sepak terbaik dunia, Cristiano Ronaldo menjadi bintang sukan terawal merakamkan ucapan penghargaannya.“Tahniah kawan, ayah anda pasti bangga!” tulisnya.Seorang lagi pemain bola sepak, Daniel Sturridge menulis turut memberi penghargaan kepada Khabib.“Selamat bersara Khabib, selamat maju jaya. #Legend.” tulisnya.

Tidak ketinggalan musuh lama Khabib, Conor McGregor dari Ireland antara orang bintang sukan yang mengucapkan tahniah kepada atlet berusia 32 tahun dari Russia itu.“Saya akan meneruskannya. Hormat dan takziah sekali lagi di atas pemergian bapa anda, kepada anda dan keluarga. Yang benar, keluarga McGregor,” kata McGregor.

Dalam pada itu, Menteri Agama juga melahirkan ucapan penghargaan buat Khabib“Kemenangan Khabib Nurmagomedov dengan triangle choke semalam mengakhiri sejarah kegemilangannya yang layak ditulis dengan tinta emas.” Saya bukanlah penggemar tegar MMA. Tetapi tertarik menontonnya sejak Khabib mula menjadi fenomena.Beberapa iktibar yang boleh kita ambil daripada beliau:1. Taat ibu bapa.2. Sentiasa berdoa.3. Kejayaan disusuli dengan sujud syukur.4. Tidak bangga diri. Ini membezakan beliau dengan ramai yang lain.5. Bersara ketika di puncak.6. Disegani lawn dan kawan. McGregor pun memuji perlawnan semalam.

“Saya suka ulang-ulangi video ucapan Alhamdulillah ini. Hakikatnya, tanpa kemenangan ini pun, beliau sudah lama memenangi hati ramai orang dengan akhlak dan agamanya.” Kata pujangga terkemuka, Ahmad Syauqi,

وإنِّما الأُمَمُ الأخلاقُ ما بَقِيَتْ  ***  فَإنْ هُمُ ذَهَبَتْ أَخلاقُهُمْ ؛ ذَهَبُوا
“Dan sesungguhnya semua umat kekal selama adanya akhlak. Apabila mereka hilang akhlak, maka lenyaplah umat tersebut.”“Khabib Nurmagomedov akan menjadi legenda selamanya.” -tulis Dr Zulkifli di laman rasmi facebook beliau

Cristiano Ronaldo ungkap ‘Insya-Allah’, pernah ramal Khabib juarai UFC 254. Siapa yang tidak kenal lagi dengan dua nama ini, iaitu Cristiano Ronaldo dan Khabib Nurmagomedov, masing-masing mempunyai prestasi mengkagumkan dalam bidang sukan yang diceburi mereka.Saling mengenali, baru-baru ini Cristiano Ronaldo meramalkan, Khabib Nurmagomedov memenangi perlwanan bersaing dengan Justin Gaethje, pada UFC 254.

Cristiano sebut Insya-Allah.Namun, apa yang lebih menjadi perhatian adalah ungkapan ‘Insya-Allah’ yang disebut pemain bola pasukan Juventus, menerusi siaran langsung di laman Instagramnya.“Sudah tentu Khabib akan memenangi perlawnan itu. Saudara saya, Insya-Allah!”…”Cristiano Ronaldo dan Khabib Nurmagomedov saling mengenali serta pernah bertemu pada 2018, menyaksikan mereka bergambar bersama-sama memegang jersi Real Madrid.Terkini, pemain Portugasl berusia 35 tahun itu kini sedang menjalani pengasingan diri selepas didapati p0sitif C0Vl9.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *