Tiga tahun sudah menjaga anak tirinya untuk tinggal bersamanya. Abby Abadi sanggup buat perkongsian tentang telatah anak tirinya bagi menyesuaikan diri dengan Abby

artis

Abby Abadi mendedahkan sudah lebih tiga tahun menjaga Edry yang merupakan anak tirinya untuk tinggal bersamanya. Menurut Abby,Edry seorang yang pemalu namun dia ada cuba untuk menyesuaikan diri supaya tidak berasa kekok.” Bersama Edry,Mama (Abby) yang peluk ni,kalau harap Edry peluk tunggu pokok tumbuh atas kepala dulu agaknya hehe.

“Tanya Edry, pernah peluk cium mommy dia tak? (Edry) angguk pun tidak geleng pun tidak. Jadi rasanya macam tak pernah la tu hehe.“Kepada yang bertanya lagi Edry ni siapa, ini kali terakhir saya jawab ya. Edry ni anak suami dengan bekas isteri sebelum dengan saya.“Dia tinggal dengan kami kurang lebih dah 3 hingga 4 tahun kalau tak silap,” katanya.

Abby berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.Menerusi entri tersebut dia berkongsi foto memeluk anak tirinya itu.Pinta Abby, jangan ada yang cuba bertanya lebih lanjut mengenai dia dan anak tiri kerana perlu menjaga hati pelbagai pihak.“Bagi yang lebih-lebih jangan tanya sangatlah, takut salah jawab. Banyak hati yang perlu dijaga. Ok? Faham? Hehe.. cukup ya. Usah ditanya-tanya lagi. Tanya lagi kita
block,” tegasnya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji cara Abby melayan baik anak tirinya.Abby mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015. Pasangan itu dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu, namun dia sudah pergi buat selamanya selepas 70 hari dilahirkan.Menerusi perkahwinan pertamanya bersama Norman Hakim, Abby mempunyai tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.Abby juga mempunyai tiga orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia yang masing-masing berusia 2 tahun serta Maira Darda Farisa yang baru berusia 6 bulan.

Walaupon Abby Abadi Pernah Mendirikan Rumah Tangga Bersama Suami Memey Suhaiza Namun Tiada Timbul Isu Perbalahan Antara Mereka. Kini Abby Abadi Dan Memey Dedahkan Sesuatu Kepada Orang Ramai.

Perkahwinan dan perpisahan itu merupakan fitrah dalam kehidupan manusia. Jodoh dan pertemuan itu bukanlah sesuatu yang mudah dijangka, namun, perpisahan tidak semestinya menjadi satu pengakhiran.  Sebaliknya, ia juga boleh dijadikan pemangkin buat dimensi baru dalam hubungan kekeluargaan. Itulah kehidupan bekeluarga.

Dalam Naura Shares episod 11 malam ini, dua pelakon terkenal, Abby Abadi dan Memey Suhaiza akan berkongsi mengenai titik tolak hubungan mereka mencari keharmonian dalam keluarga. Seperti diketahui umum, Abby sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama suami Memey, Norman Hakim.

Namun Abby dan Memey tidak mempunyai sebarang isu atau kebencian, masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri dan hanya membina persahabatan utuh antara dua keluarga. Nak tahu lebih mengenai perkongsian mereka? Jangan lupa saksikan Naura Shares malam ini!

Naura Shares yang kini memasuki musim ke-14 ditayangkan setiap Jumaat, jam 9.00 malam di NAURA (saluran 109). Dihoskan oleh Hana Ismail, Naura Shares musim ke-14 turut menampilkan tetamu jemputan lain seperti Datin Alyah, Ernie Zakrie, Naim Daniel dan ramai lagi.Menarik kan? jangan lupa LIKE dan SHARE page kami, Kucingasm Media.Sumber: Gempak

Abby Abadi bersyukur rumahtangga kekal harmoni. Akhirnya Abby Abadi tampil kongsikan tips keluarga bahagia. Rupa rupanya ini yang dia lakukan.

LIMA tahun mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faizal Zakaria, pelakon Abby Abadi bersyukur perkahwinan mereka kekal harmoni dan bahagia. Berkongsi tip menjaga hubungan perkahwinan, Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 42, berkata dia dan suami sentiasa berpegang teguh pada ajaran agama.

“Ada juga pasang surutnya tapi saling menerima, saling melengkapi, bertolak ansur, bekerjasama dalam banyak perkara… itu antara yang membuatkan hubungan ini harmoni! “Sejujurnya memang dengan suami tersayang kurang berbalah sebab berpegang kuat pada tali Allah ya,” katanya.

Abby menjawab soalan seorang pengikut yang mahu mengetahui tip kebahagian rumah tangga di Instasory miliknya pada Khamis. Pelakon drama Gerak Khas ini berkahwin dengan Muhammad Faizal pada 14 Ogos 2015.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak, Muhammmad Danial Firman yang dilahirkan secara pra-matang namun meninggal dunia selepas 70 hari dirawat di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal, Hospital Sungai Buloh pada Disember tahun lalu.

“Saya anggap macam anak sendiri, jangan dibeza-bezakan dan saya pun tak pernah anggap mereka ini anak (angkat). “Ini anak-anak saya dunia dan akhirat!,” ujarnya. Pasangan ini memelihara tiga anak angkat sejak kecil iaitu Muhammad Daiyan Fayyad, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa. Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Norman Hakim, Abby mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.

Hubungan baik Memey, Abby jadi contoh

KUALA LUMPUR: Pelakon Memey Suhaiza, 30, bersyukur silaturahim yang terjalin dengan bekas isteri suaminya, Abby Abadi memberi inspirasi dan menjadi contoh kepada mereka yang melalui pengalaman serupa. Isteri kepada Norman Hakim itu berkata, dia gembira perkongsian positif mengenai hubungan baiknya dengan Abby di laman sosial, Instagram diterima baik ramai, malah ramai yang mencontohi cara mereka menjaga silaturahim.

Memey berkata, hubungan akrab mereka semakin kukuh apabila sepakat menjadikan petang 1 Syawal sebagai rutin untuk berkumpul bersama-sama meraikan Aidilfitri. “Sejak beberapa tahun lalu, selepas bersama mentua di Kuantan, Pahang pada pagi raya, kami kembali ke ibu kota untuk sambung beraya dengan keluarga kak Abby.

“Hanya selepas itu, baru saya dan Norman pulang ke rumah keluarga saya di Felda Tenggaroh, Johor, manakala anak pula mengikut kak Abby pulang beraya di Kelantan. “Lebih mengujakan apabila kami bersama-sama membuat persediaan kelengkapan raya untuk mereka. Alhamdulillah, cara kami itu memberi inspirasi kepada mereka yang turut melalui pengalaman serupa,” katanya.

Abby mendirikan rumah tangga dengan Norman pada 2002 , tetapi berpisah pada 2008. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10.

Bekas anggota kumpulan Elite itu seterusnya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum berpisah selepas 11 bulan berumah tangga. Abby kemudiannya berkahwin dengan Muhammad Faizal pada 2015.

Manakala Memey pula bertemu jodoh dengan Norman pada 24 September 2011 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Darwishz Hakim, 5, serta Muhammad Dirkhriz Hakim, 3. Memey yang sedang hamil lapan bulan berkata, dia juga tidak sabar menanti kelahiran bayi perempuan iaitu anak ketiga hasil perkahwinannya dengan Norman.

Sudah mempunyai nama untuk diberikan kepada bayi yang bakal dilahirkan bulan depan, Memey bersyukur tidak berdepan alahan teruk sepanjang kehamilannya. “Alhamdulillah, saya tidak berdepan alahan teruk berbanding dua kehamilan sebelum ini. Saya berdoa semua urusan melahirkan nanti dipermudahkan dan bayi juga sihat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Memey berkata, dia mengambil keputusan untuk berehat panjang daripada aktiviti lakonan bagi memberi fokus kepada keluarganya. Kali terakhir Memey berlakon, dua tahun lalu.- BHONLINE

Abby Abadi kongsi rahsia jalin hubungan baik bersama Norman, Memey

PELAKON Abby Abadi berasa simpati pada mereka yang pernah melalui pengalaman berpisah terutama si ibu kerana terpaksa berusaha untuk meneruskan kehidupan dan membesarkan anak. Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 41, berkata dia percaya perpisahan bukan perkara yang buruk biarpun menyakitkan kerana ia salah satu ujian daripada Allah.

“Saya simpati pada mereka yang pernah melalui perpisahan terutama isteri yang terpaksa hidup dengan anak-anak yang masih kecil. “Cumanya walaupun perceraian itu menyakitkan, saya percaya ia bukanlah perkara buruk. Ia adalah salah satu ujian daripada banyaknya ujian Allah yang lain.

Abby berkongsi tip untuk menjalinkan hubungan baik dengan bekas pasangan.

“Tak lalui, kita tak kan pernah tahu betapa kuatnya kita. Dan yang lebih penting, sama ada kita perbaiki diri selepas diuji, atau terus merosakkan lagi keadaan, pilihan di tangan kita,” katanya. Abby memberitahu perkara itu selepas menerima banyak pertanyaan bagaimana dia boleh menjalinkan hubungan baik dengan Norman Hakim dan Memey Suhaiza selepas apa yang berlaku antara mereka.

Menurut Abby, perlu ada usaha untuk menjalinkan hubungan baik dengan bekas pasangan demi anak-anak dan paling utama jangan memburukkan pasangan baru mereka. Katanya, paling penting juga kena perbaiki segalanya, wajib belajar mengenali Allah dan membawa agama Islam bersama-sama.

Keakraban hubungan keluarga Abby, Norman dan Memey dipuji warganet di laman sosial. “Usahalah untuk jalinkan hubungan baik dengan bekas pasangan kita demi anak-anak, merendah diri, tak rugi apa pun. Paling utama, jangan burukkan pasangan barunya.

“Cukup Allah sebagai penolong kita. Janganlah asyik bercerita kita terseksa, kita teraniaya dan sebagainya. Syaitan memang seronok kalau kita berbalah sampai bermasam muka. “Kalau sampai berparang-parang, lagi dia suka. Jadi kawal, jangan kalah dengan dia. Paling hebat, perbaiki segalanya. Wajib kenal Allah dan bawalah Islambersama.

“Insya-Allah bila kenal Allah, segan dah kita nak meraih simpati orang dan tak kan kita berasa kita saja sempurna,” katanya. Hubungan baik mereka menarik perhatian warganet di media sosial. Hubungan antara Abby, Norman dan Memey Suhaiza mendapat perhatian warganet di laman sosial apabila mereka seronok melihat keakraban mereka berdua biarpun sudah berpisah.

Abby dan Norman berpisah pada 2008 dan menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim yang berusia 10 tahun. Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum berpisah selepas 11 bulan berumah tangga. Dia kemudian berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015 dan bahagia sehingga kini.- MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *