Lagi 3 kluster baharu COVID19 dikesan. Ketua Pengarah Kesihatan dedahkan kluster tersebut dikesan dan jumlah individu yang terlibat

berita

Kementerian Kesihatan (KKM) kenal pasti tiga kluster baharu COVID-19 yang dikesan di Sabah, Negeri Sembilan dan Perak.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster pertama dikesan di Kudat, Sabah yang dinamakan sebagai Kluster Kapor membabitkan, saringan dalam komuniti pelaut yang menetap di Kampung Tanjung Kapor dan sehingga kini sudah menjangkiti 46 individu.

“Kluster kedua ialah Kluster Hampar yang dikesan di daerah Rembau, Negeri Sembilan yang kini sudah menjangkiti lima individu. Bagi kluster ketiga, ia dikesan di daerah Batang Padang, Perak.”Kluster ketiga ini dikenali sebagai Kluster Pnjara Tapah, seramai 11 individu dikenalpasti positif COVID-19 dalam kluster ini dan kesemua mereka dikesan hasil saringan yang dijalankan di Pnjara Tapah pada 12 Oktober lalu,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

TERKINI: Kes Baharu Catat 1,240 Pesakit Positif Hari Ini, 500 Kes Dari Penjara Kepayan & Penjara Tapah

Kes baharu Covid-19 hari ini dicatatkan sebanyak 1,240 kes. Daripada jumlah keseluruhan terdapat 1,238 kes tempatan dan hanya 2 import. Walau bagaimanapun daripada 1240 kes, sebanyak 500 kes dari Pnjara Kepayan, Seberang Perai dan Pnjara Tapah (kluster baharu).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 691 pesakit sembuh. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 17, 825 kes. Manakala, setakat hari ini terdapat 94 kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan sebanyak 31 kes memerlukan bantuan alat penafasan. Jumlah kes aktif di negara kita dilihat semakin meningkat kepada 9,744 kes.

Perkara ini dikongsikan menerusi laman Twitter rasmi KKM sebentar tadi telah mengesan terdapat tiga kluster baharu setakat hari ini.Dukacita dimaklumkan terdapat 7 lagi kes pemergian. Ini menjadikan jumlah kes pemergian terus meningkat dari masa ke masa dengan mencatat jumlah kumulatif sebanyak 236 kes. 

TERKINI: Kerajaan Melaksanakan PKPB Di Zon Nilai, Negeri Sembilan Bermula 28 Oktober

Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Zon Nilai, Negeri Sembilan selama dua minggu bermula 28 Oktober ini sehingga 10 November 2020.Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media sebentar tadi.

”Selepas mendapat nasihat daripada KKM dan mengambil kira peningkatan kes Covid-19 di lokaliti ini, sidang khas MKN hari ini bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di zon Nilai, Negeri Sembilan yang berkuatkuasa 28 Oktober 2020 sehingga 10 November 2020,” kata beliau.

Jelas Ismail, prosedur operasi standard (SOP) di dalam PKPB bagi Zon Nilai juga adalah masih sama seperti yang diumumkan sebelum ini.”SOP bagi PKPB adalah sama seperti PKPB yang diumumkan sebelum ini, secara ringkas antaranya semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi, aktiviti sosial tidak dibenarkan, aktiviti sukan dibenarkan seperti yang tertakluk dan terkandung di dalam SOP sukan di bawah PKPB dan bolehlah merujuk kepada website Kementerian Belia dan Sukan.”Aktiviti di masjid dan surau tidak dibenarkan kecuali laungan azan dan solat lima waktu kita benarkan tetapi tertakluk kepada SOP dan jumlah yang ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri,” kata beliau.

TERKINI: PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya Dilanjutkan 14 Hari Lagi – Ismail Sabri

Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya selama 14 hari bermula 27 Oktober sehingga 9 November 2020.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut diambil berikutan penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati masih terdapat lokasi yang berisiko tinggi bagi penularan Covid-19 di Selangor.

”Mengambil kira penilaian risiko terhadap penularan wabak ini, maka hari ini kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPB di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor selama 14 hari lagi bermula 27 Oktober sehingga 9 November 2020.”SOP adalah seperti yang diumumkan sebelum ini,” kata beliau.PKPB di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dikuatkuasakan sejak 14 Oktober lalu bakal berakhir pada esok (27 Oktober) sebelum disambung semula selama 14 hari.

Baru Sahaja Dibenarkan Beroperasi Bagi Pusat Beli Belah 1 Utama. Terkini Seorang Staff Telah Disahkan Positif Covid 19 Di Satu Cawangan 1Utama Dan Ini Puncanya.

Baskin-Robbins (B-R) Malaysia dalam satu kenyataan media yang dimuat naik di laman facebooknya sebentar tadi memaklumkan seorang kakitangannya dari B-R One Utama dilaporkan positif COVID-19. Menurut kenyataan itu lagi, kali terakhir kakitangan berkenaan bertugas adalah pada 22 Oktober lepas, dan kini menerima rawatan di hospital kerajaan.

Sebaik sahaja dimaklumkan bahawa staff tersebut mempunyai simptom-simptom jangkitan, kemudian staff itu dilepaskan dari tugas dan diarahkan menjalani kuarantin. Sehubungan itu, B-R telah mengambil beberapa tindakan segera antaranya menutup cawangan B-R One Utama sementara waktu untuk kerja-kerja disinfeksi selain mengarahkan kontak rapat mangsa untuk menjalani saringan dan kuarantin. Kenyataan penuh B-R boleh dirujuk dibawah.

Sumber: Buskin-Robbins Malaysia

Kluster aktif terbesar di Selangor dah tular sampaii ke generasi keenam. Mengejutkan pengawal keselamatan paling ramai yang disahkan positif covid 19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya semalam memberitahu Kluster 1 Utama yang sedang mengganvs di Selangor kini merupakan kluster aktif terbesar di negeri tersebut. Malah lebih mengejutkan, kluster tersebut sudah menular hingga ke lapisan enam generasi, lapor Malaysiakini.

Sungguhpun kluster tersebut sudah mencatatkan 194 kes positif COVID 19, Dr Noor Hisham memberi jaminan yang pusat membeli-belah tempat kluster itu bermula kini sudah bebas daripada wabak tersebut. Malah 1 Utama, Petaling Jaya juga sudah mula membuka perniagaannya beberapa hari lalu

Bila ditanya mengapa pusat beli-belah tersebut sudah boleh beroperasi semula selepas 6 hari terpaksa ditutup berbanding pasar Bandar Lama Petaling yang ditutup dalam tempoh lebih lama setelah kes positif dikesan, Dr Noor Hisham menjawab, kes baru Kluster 1 Utama dikesan antara kontak rapat dan bukan pengunjung pusat beli-belah tersebut.

“Apabila anda mendapat jangkitan di pusat beli-belah, anda akan kembali ke rumah anda. Kemudian anda akan mula menjangkiti rakan anda, keluarga anda dan sebagainya. “Jadi sekarang jangkitan itu sudah melibatkan generasi keenam, itu bukan hanya generasi pertama (kes dari pusat membeli-belah). Tetapi mereka (yang) pulang ke rumah dan kemudian menjangkiti orang lain. Ini telah menyebabkan enam generasi kes,” katanya.

Tambahnya lagi, pembersihan dan pembasmian kuman juga telah dilakukan di pusat beli-belah tersebut. Jadi 1 Utama dijamin sudah bebas daripada virus tersebut. Menurut laporan, Kluster 1 Utama telah mencatatkan 9 kes baru semalam yang menjadikan kes terkumpul sebanyak 194 kes. Daripada 194 kes itu, 176 adalah kes aktif yang sedang dirawat sementara 18 lagi telah pulih. Tiada pemergian direkodkan daripada kluster ini. Risau bila dengar pasal kes makin meningkat ni… haih stay safe semua! 

Pihak One Utama menolak dakwaan 63 kes positif covid 19. Jumlah kes sebenar telah didedahkan melalui satu kenyataan ini selepas individu yang terlibat menjalani ujian saringan

Sebelum ini dikatakan kluster one utama disahkan mempunyai 63 kes positif namun itu bukanlah jumlah yang sebenar. Dakwaan tersebut telah dikeluarkan oleh pihak One Utama sendiri setelah tular isu tersebut. Jadi kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai perkara itu, bolehlah baca selanjutnya di bawah dan jangan lupa untuk like dan share page kami Kucing Media Online untuk info yang menarik dan berguna.

Disebabkan ada desas desus mengatakan bahawa pusat membeli belah 1 Utama mencatatkan 63 jumlah kes positif Covid-19, 1 Utama Shopping Centre tampil memberikan keterangan menerusi laman Facebook mereka untuk menepis khabar angin tersebut dan menceritakan hal sebenar. Merujuk kepada laporan Jawatankuasa Pengurusan Bncana Daerah (JBPD) Petaling bertarikh 14 Oktober 2020 berkenaan dengan kes Covid-19 di 1 Utama, mereka menjelaskan bahawa ianya disalah tafsir.

Dakwaan yang mengatakan kes Covid-19 yang datang daripada 1 Utama itu tidak benar. Pihak mereka telah menjalankan ujian saringan kepada 6,000 orang termasuk penyewa dan pekerja selama 2 hari (11-12 Oktober 2020) dan ia telah mencatatkan sebanyak 21 kes positif Covid-19. 20 orang yang terdiri daripada staff dalam mall dan seorang lagi terdiri daripada pihak pengurusan. Kesemua 21 kakitangan ini telah dikuarantinkan dibawah pengawasan KKM.

Dalam pada itu, 1 Utama juga perjelaskan bahawa laporan JBPD yang mengatakan 44 kes positif daripada pengawal keselamatan pusat membeli itu disalah erti. “44 kes positif pengawal keselamatan yang disebutkan dalam laporan JBPD Petaling TIDAK berasal dari 1 Utama dan bukan merupakan sebahagian daripada 6,000 ujian saringan besar-besaran yang kami jalankan.”

Ketika diberitahu oleh KKM bahawa ada 1 pengawal keselamatan disahkan positif, pihak 1 Utama meminta semua pengawal di bawah syarikat tersebut untuk diuji semula. Sebelum ini JBPD ada melaporkan bahawa 1 Utama mencatatkan 63 kes, dimana 1 kes terdiri daripada kakitangan bahagian pengurusan, 12 kes staff, 44 pengawal keselamatan dan 3 kes datang daripada pengunjung.- LobakMerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *