Bukan sahaja cantik tetapi ada First Class Degree dan bisnes sendiri. Kuza dedahkan pencapaian terbaik anaknya yang membuatkan orang ramai terpegun

artis

Kalau dilihat kecantikan Nik Puteri Nazihah Zamrim ini mengingatkan penulis kepada rupa paras menawan pelakon popular Kuza. Tak dapat dinafikan anak gadis ini sememangnya mewarisi kejelitaan milik ibunya. Biarpun Kuza atau nama penuhnya Tengku Sariza Tengku Muzani sudah meniti usia 47 tahun pada 23 September lepas namun dia kekal kelihatan anggun. Malahan,aktres cantik ini juga masih aktif mewarnai industri seni tanah air.

Pertama kali bertemu dan mengenali ibu anak cantik tersebut adalah sekitar tahun 2015 ketika mereka digandingkan sebagai penghias muka depan Nona Edisi Hari Ibu. Lima tahun sudah berlalu namun pesona anak perempuan Kuza atau selesa disapa dengan gelaran Puteri ini tetap memikat. Apatah lagi dengan statusnya sebagai anak selebriti, pasti ramai yang ingin mengenali Puteri dengan lebih dekat.

Sepanjang mengenali Puteri, gadis berusia 25 tahun ini disifatkan seorang yang sopan, ramah dan bercita-cita tinggi. Baru sahaja menamatkan pengajian di Kolej Universiti Poly-tech Mara (KUPTM) tahun lepas, pencapaian Puteri dalam bidang akademik juga cukup membanggakan apabila dia menerima First Class Degree dalam bidang komunikasi korporat!

Dalam pada itu, Puteri kini sibuk menguruskan perniagaan berasaskan produk rambut dan penjagaan kulit, Eunoiaa. “Berbisnes ni dah lama dari umur 19 tahun. Tapi macam-macam dah cuba dari jual baju preloved, jual kasut, jual baju retail, sekarang keluar produk sendiri iaitu sabun dan produk rambut sebab saya minat dan guna product ni sendiri. Mulanya idea nak ada produk skincare sendiri tu lepas Puteri alami jerawat yang sangat teruk. Macam-macam dah cuba tapi tak jadi.

Sudahnya, Puteri create brand skin care sendiri khas yang tak ada alcohl, warna dan bau. Puteri juga nak create next skincare line yang tak ada bau, warna dan alcohl… pertama di Malaysia. Doakan inshaAllah soon akan ada produk baru menyusul. Setakat ni sabun untuk jerawat sahaja. Untuk rambut, Puteri sedar ramai yang pakai macam-macam produk untuk rambut tapi tak jadi. Jadi Puteri ambil keputusan deal dengan supplier yang supply barang dari luar negara dengan menggunakan formulasi Jepun yang berkualiti, menjadi dan murah.

Puteri dapat idea untuk buat produk rambut waktu PKP hari tu. Dengan adanya produk macam tonic yang diimport dari luar negara, mist, syampu dan mask rambut seperti ini, pelanggan bukan je mampu buat treatment rambut sendiri di rumah tapi lebih menjimatkan dan boleh buat berkali-kali.”

Dalam kesibukan mengurus bisnes, Puteri bagaimana pun tidak sesekali mengabaikan soal kecantikan diri. Tidak hairanlah Puteri mempunyai kulit wajah sihat dan mulus. Ditanya petua atau rahsia kecantikan yang diamalkan, ini jawapan jujur Puteri.

“Tip untuk sihat, saya percaya kena kurangkan minum air manis. Sebaliknya lebihkan minum air kosong. Pada saya, makanan bergula boleh buat nampak berusia. Apa-apa pun, cantik tu subjektif. Semua orang sebenarnya cantik. Yang paling penting kalau dalaman sihat, luaran pun mesti nampak cantik. Selain itu, saya juga akan pastikan setiap hari saya dapat tidur yang cukup iaitu 8 jam.”

Sebagai anak selebriti, Puteri mengakui tidak terlepas menjadi perhatian masyarakat. Bagaimana pun, dia enggan terlalu memikirkan status tersebut dan menjalani kehidupan seperti biasa asalkan ibu tersayang mengetahui rutin harian yang dilakukan.

“Susah juga, kadang-kadang ada sesetengah mereka yang double standard. Tapi in a positive and negative way, dua-dua pun ada. Puteri lebih minat macam jadi orang biasa dan kurang expose ibu sebab tak nak orang tahu sangat. Lagipun, Puteri tak pernah terfikir untuk ikut jejak ibu sebagai pelakon sebab saya sedar tak ada bakat dalam seni,” ujarnya lagi.

Pada 6 September lalu, Puteri selamat melangsungkan pertunangan dengan rakan baiknya. Majlis yang diadakan serba sederhana itu bagaimana pun belum memutuskan lagi tarikh sebenar untuk majlis perkahwinan mereka memandangkan situasi Covid-19 yang masih melnda. Puteri merupakan anak kedua daripada tiga beradik iaitu abangnya Nizam Firdaus kini berusia 26 tahun sementara adik perempuannya pula, Puteri Nadia berumur 15 tahun.Kredit foto: Instagram Puteri Nazihah & KuzaApa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Virl

Rumah tangga yang dibina 12 tahun musnah, Kuza dedah sudah berpisah dengan ahli perniagaan sejak tahun lalu

PELAKON Kuza mendedahkan dia sudah berpisah dengan ahli perniagaan Ramyus Sidique sejak tahun lalu selepas 12 tahun berkongsi hidup sebagai suami isteri.Kuza atau nama sebenarnya, Tengku Sariza Tengku Muzani, 47, berkata, dia kini selesa menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal bersama tiga cahaya matanya.

“Saya sekarang ini sudah menjadi ibu tunggal sejak setahun yang lalu. Saya berpisah dengan suami pada tahun lalu selepas kami hidup bersama selama 12 tahun, ” katanya kepada mstar.Kuza ditemui ketika sidang media pelancaran produk Ali Zahraa dan lagu terbaharu Pelita Lusuh berjudul Kembara Nabawi yang diadakan di Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur pada Rabu.

Kuza selesa bersama anak-anaknya dan tidak berkongsi kisah peribadi kepada umum.Bagaimanapun, pelakon drama Semerah Cinta Humairah itu enggan berkongsi secara terperinci mengenai punca perpisahan mereka.Katanya, hal berkaitan keluarga terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum.“Hal peribadi adalah sangat privasi. Kalau saya rasa perlu untuk berkongsi, saya akan kongsi. Kalau saya rasa tak perlu, lebih baik saya simpan sendiri.“Anak-anak saya pun perlukan privasi. Jadi, saya perlu hormat mereka juga, ” ujarnya.

Kuza mendirikan rumah tangga dengan Ramyus pada 2007 dan ia merupakan perkahwinan ketiganya.Bagaimanapun, menerusi perkahwinan tersebut pasangan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata.Kuza mempunyai tiga orang anak iaitu Nizam Firdaus, 26, Puteri Nazihah, 25, dan Puteri Nadia hasil perkahwinan terdahulu

Kuza Enggan Anak-Anak Jadi Artis

PETALING JAYA: Pelakon Tengku Sariza Tengku Muzani atau Kuza tidak menggalakkan anak-anaknya untuk menjadi artis sebaliknya mahu mereka mengutamakan pelajaran.Kuza, 39, berkata, dia mahu melihat tiga anaknya iaitu Nizam Firdaus, 18, Puteri Nazihah, 17 dan Puteri Nadia, 7, mempunyai kerjaya tetap yang dapat menjamin masa depan mesing-masing.

“Saya tidak menggalakkan mereka terlibat dalam bidang seni kerana saya sudah melalui pahit manis sebagai seorang pelakon dan ia bukan mudah seperti yang disangka.”Sebab itu saya mahu mereka mengejar cita-cita dalam bidang lain yang lebih menjamin masa depan,” ujarnya kepada mStar Online.Tambah Kuza, setakat ini anak-anaknya tidak menunjukkan minat untuk terlibat sama ada sebagai pelakon atau penyanyi dan telah mempunyai haluan sendiri dalam menentukan masa depan mereka.

“Macam anak saya yang sulung dia sangat berminat dengan dunia kulinari dan sedang menunggu keputusan untuk masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan saya sebagai ibu menyokong kehendaknya itu,” ujarnya.Dalam pada itu, Kuza memberitahu dia tidak kisah jika tidak lagi menjadi pilihan para pengarah dan penerbit drama untuk memegang watak penting kepadanya kerana sedar zaman kegemilangannya sudah berakhir.

Kuza memberitahu, dia menganggap situasi itu adalah perkara biasa bagi pelakon lama sepertinya dan peluang perlu diberikan kepada muka-muka baru untuk menyerlah.”Dulu saya sudah merasai popular sekarang ni bagi la pula kepada pelakon-pelakon muda dan saya lihat ramai yang mempunyai bakat besar selain wajah yang cantik.”Ia adalah kitaran normal dalam industri ini dan tiada apa yang pelik jika pelakon lama seperti saya tidak lagi mendapat watak utama dalam sesebuah drama,” katanya.

Bagaimanapun kata Kuza, sehingga kini dia masih menerima tawaran daripada pihak produksi dengan watak yang sesuai dengan usianya sekarang.”Umur dah 39 tahun, takkan nak bawak watak orang muda. Peranan sebagai emak sesuailah,” katanya.Sementara itu, Kuza memberitahu selain berlakon dia juga sedang sibuk mengusahakan produk penjagaan kulit berasaskan herba yang diberi nama Kuza Gold hampir dua bulan lalu.

Kuza memberitahu, walaupun produk berkenaan baru sahaja memasuki pasaran dia gembira dengan penerimaan pengguna dan memberitahu telah menggunakan produk berkenaan pada wajahnya sendiri selama setahun.”Saya tak mahu jual sesuatu benda yang saya sendiri tidak yakin apabila menggunakannya. Sebab itu saya cuba dulu selama setahun dan apabila nampak kesan ketara baru saya b erani untuk jual kepada orang.

“Ia bagus untuk menghilangkan dan merawat jeragat pada wajah dan boleh digunakan oleh lelaki dan wanita dan saya cipta produk ini dengan bantuan pakar,” ujarnya. Kuza bakal muncul dalam drama bersiri Waris arahan Kabir Bhatia bermula 14 Jun ini yang akan ditayangkan di slot Seram, setiap hari Rabu, pukul 10 malam di TV3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *