Bercinta hampir masuk dua tahun. Adam Lee buka mult perancangan masa depannya dan detik perkenalan dia dengan Sweet Qismina yang ramai tak tahu

artis

Kepada mereka yang mengikuti media sosial terutamanya Instagram pasti tahu tentang kisah percintaan antara pelakon kacak Adam Lee dan pelakon jelita Sweet Qismina yang sudah masuk dua tahun.Memasuki usia matang 26 tahun hari ini, pelakon yang mula dikenali ramai melalui Dndam Aurora sudah mula melangkah ke alaf baru dan menepati ramalan ramai yang dia bakal cemerlang di kaca TV dan menjadi pilihan sebagai pelakon utama.

“Masih mengejar cita-cita kerana Adam belum puas lagi melakonkan watak-watak yang Adam inginkan.”Ada banyak lagi perancangan yang Adam susun untuk mencapai impian,” katanya ketika dihubungi Gempak.Bercerita tentang kisah cintanya dengan pelakon Sweet Qismina, Adam memberitahu semuanya berlaku tanpa dirancang.

“Kami mula-mula bertemu ketika berlakon drama Adam Cempaka. Adam jadi hero dan Sweet jadi heroin.”Ketika penggambaran tersebut kami sebenarnya tidak bertegur sapa sangat dan memang tidak ada perasaan apa-apa ketika itu.”Kami mula rapat apabila Sweet ajak Adam ke malam Anugerah Bintang Popular sama-sama. Daripada situ kami mula berkawan, tetapi tidak ada niatpun untuk bercinta,” kata Adam lagi.

Menurut Adam, satu perkara yang cukup istimewa adalah sifat Sweet yang suka berkeluarga.”Sweet ni a family person. Adam pula seperti ramai pelakon  lelaki lain lebih senang bergerak sendiri dan lakukan semua perkara berkaitan lakonan secara sendiri.”Dia banyak ajar Adam dan kami macam satu kepala. Tentulah masa tu masing-masing sudah ada hati. Kalau tak, takkanlah sampai sekarang kami masih lagi bersama,” kata Adam sambil ketawa kecil.

Ditanya mengenai masa depan terutamanya berumah tangga, Adam tangkas menjawap tentang perancangan mereka berdua.”Masing-masing masih ada impian yang belum dicapai, masih menyusun perancangan masa hadapan. Tapi mungkin dalam perjalanan mengejar cita-cita masing-masing, kami akan halalkan hubungan kami.

“Keluargapun sudah kenal antara keduanya. Malah, ibu Sweet yang Adam panggil Mama juga turut menjadi pengurus kepada kami berdua dan dia juga sudah tahu niat ikhlas Adam untuk menghalalkan hubungan kami berdua.”Bila tiba saatnya nanti, Adam fikir Adam tak akan bertunang lama. Mungkin lebih baik bertunang pada hari yang sama dengan bernikah,” kata Adam lagi.Adam yang sedang di antara babak penggambaran ketika dihubungi Gempak memberitahu apapun perancangan mereka, perkahwinan bukanlah dalam masa yang terdekat ini memandangkan usia mereka yang masih muda.

Sepupu Janna Nick belum sedia jadi hero bimbang dilabel ‘kayu’

PELAKON baharu Adam Lee memberitahu dia masih belum bersedia untuk memegang watak utama kerana bimbang dilabel ‘kayu.Adam atau Muhamad Arif Adam Mohamad Fadlee, 24, sebaliknya berkata, buat masa ini dia lebih selesa diberi watak pembantu bagi menimba pengalaman dan teknik lakonan sebelum menerima peranan utama.

“Jujurnya belum tiba masanya lagi untuk saya beraksi sebagai hero dalam drama kerana banyak lagi yang perlu saya belajar kerana lakonannya ini bukannya mudah.Nama Adam semakin dikenali peminat.“Saya bimbang juga kalau saya cepat menerima tawaran peranan utama dan masih belum bersedia penonton akan kritik saya dan kata lakonan saya ‘kayu’.

“Lebih baik saya mula dari bawah dan timba ilmu sebanyak mungkin sebelum benar-benar bersedia,” katanya.Dalam pada itu, Adam yang juga sepupu kepada aktres Janna Nick berkata, dia terkejut apabila drama bersiri Pengantin Musim Salju mula mendapat perhatian peminat walaupun ia masih belum ditayangkan.

Katanya lagi, pengikutnya di Instagram juga mula naik secara mendadak dan melihat ia impak yang baik kepada kariernya walaupun peranannya dalam drama bersiri itu sekadar pelakon pembantu.Adam bergandingan dengan Siti Nordiana dalam Pengantin Musim Salju.“Memang tak sangka drama itu mendapat perhatian penonton walaupun ia masih belum ditayangkan dan ia petanda baik.

“Saya sendiri terkena tempias apabila pengikut di Instagram naik sebanyak 5,000 sejak pihak produksi promosi drama itu di laman sosial,” jelasnya.Pengantin Musim Salju menampilkan Siti Nordiana dan Alif Satar itu bakal ditayang pada Ramadan ini di Astro Ria.

Keluargapun sudah kenal antara keduanya. Akhirnya Adam Lee buka mulut tentang hubungannya dengan Sweet Qismina yang sekian lama bercinta dan ini kisah perjalanan cinta mereka.

Kepada mereka yang mengikuti media sosial terutamanya Instagram pasti tahu tentang kisah percintaan antara pelakon kacak Adam Lee dan pelakon jelita Sweet Qismina yang sudah masuk dua tahun. Sebelum ini, keakraban pasangan pelakon ini mula dihidu selepas melihat kekerapan Adam Lee dan Sweet Qismina berkongsi gambar bersama di akaun Instagram masing-masing selepas berganding sebagai teraju utama drama bersiri Adam Chempaka.

Buat beberapa ketika, mereka membiarkan peminat dengan pelbagai andaian dan terus berteka-teki status sebenar hubungan mereka. Namun, Adam mengakui mereka pasangan kekasih. Adam berkata, dia sedar ada sesetengah pengikut di Instagram yang bertanya mengenai perkara itu, namun baginya, tidak perlu untuk dijelaskan secara terperinci kerana semua orang pasti dapat ‘membaca’ hanya menerusi gambar.

Memasuki usia matang 26 tahun hari ini, pelakon yang mula dikenali ramai melalui Dendam Aurora sudah mula melangkah ke alaf baru dan menepati ramalan ramai yang dia bakal cemerlang di kaca TV dan menjadi pilihan sebagai pelakon utama. “Masih mengejar cita-cita kerana Adam belum puas lagi melakonkan watak-watak yang Adam inginkan. “Ada banyak lagi perancangan yang Adam susun untuk mencapai impian,” katanya ketika dihubungi Gempak. Bercerita tentang kisah cintanya dengan pelakon Sweet Qismina, Adam memberitahu semuanya berlaku tanpa dirancang. “Kami mula-mula bertemu ketika berlakon drama Adam Cempaka. Adam jadi hero dan Sweet jadi heroin.

“Ketika penggambaran tersebut kami sebenarnya tidak bertegur sapa sangat dan memang tidak ada perasaan apa-apa ketika itu. “Kami mula rapat apabila Sweet ajak Adam ke malam Anugerah Bintang Popular sama-sama. Daripada situ kami mula berkawan, tetapi tidak ada niatpun untuk bercinta,” kata Adam lagi. Menurut Adam, satu perkara yang cukup istimewa adalah sifat Sweet yang suka berkeluarga.

“Sweet ni a family person. Adam pula seperti ramai pelakon  lelaki lain lebih senang bergerak sendiri dan lakukan semua perkara berkaitan lakonan secara sendiri. “Dia banyak ajar Adam dan kami macam satu kepala. Tentulah masa tu masing-masing sudah ada hati. Kalau tak, takkanlah sampai sekarang kami masih lagi bersama,” kata Adam sambil ketawa kecil. Ditanya mengenai masa depan terutamanya berumah tangga, Adam tangkas menjawap tentang perancangan mereka berdua.

“Masing-masing masih ada impian yang belum dicapai, masih menyusun perancangan masa hadapan. Tapi mungkin dalam perjalanan mengejar cita-cita masing-masing, kami akan halalkan hubungan kami. “Keluargapun sudah kenal antara keduanya. Malah, ibu Sweet yang Adam panggil Mama juga turut menjadi pengurus kepada kami berdua dan dia juga sudah tahu niat ikhlas Adam untuk menghalalkan hubungan kami berdua.

“Bila tiba saatnya nanti, Adam fikir Adam tak akan bertunang lama. Mungkin lebih baik bertunang pada hari yang sama dengan bernikah,” kata Adam lagi. Adam yang sedang di antara babak penggambaran ketika dihubungi Gempak memberitahu apapun perancangan mereka, perkahwinan bukanlah dalam masa yang terdekat ini memandangkan usia mereka yang masih muda.Sumber: Gempak

Adam Lee berpuasa sepanjang PKP – “Selalu sibuk… inilah masa untuk perbaiki diri”

SEPANJANG tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pelbagai aktiviti dilakukan oleh selebriti bagi mengisi masa terluang di rumah.Bagi pelakon Adam Lee atau nama sebenar Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 26, dia menggunakan peluang ini dengan berpuasa sunat dan mendekatkan diri dengan peminat di laman sosial.

“Sebelum ini agak sibuk dengan kerja dan penggambaran, jadi sekarang ini masa habiskan waktu seharian di rumah dengan berehat dan tidur… itulah aktiviti utama!”Sepanjang tempoh PKP ini saya mula berpuasa, cuma ada dua hari saja cuti. Memandangkan famili pun berpuasa, jadi saya ikut sekalilah… ini juga masa untuk saya perbaiki diri!

“Sesekali saya akan berkomunikasi bersama pengikut di laman sosial, buat video call dengan kawan-kawan dan workout di rumah… badan pun kena jaga sebab kalau dibiarkan memang senang naik,” katanya kepada mStar.Adam akur saranan kerajaan dan menggesa orang ramai untuk terus kekal berada di rumah sepanjang pelaksanaan PKP.

Meskipun penggambaran drama tertangguh kerana PKP, Adam berkata dia akur dengan arahan kerajaan demi kesihatan rakyat Malaysia.Tambahnya, penularan wabak Covid-19 ini merupakan isu global dan masyarakat harus bersyukur kerana jangkitan di negara kita masih terkawal.

Saya menerima semua komen penonton drama Budak Tebing dengan hati terbuka dan berterima kasih atas sokongan semua!

“Walaupun arahan PKP ini sedikit mengganggu perjalanan penggambaran yang sedang berlangsung tapi bagi saya isu kesihatan itu lebih utama untuk semua.”Kita sepatutnya bersyukur sebab negara kita masih lagi stabil dan terkawal berbanding negara lain… wabak ini melanda satu dunia dan negara lain pun berdepan benda yang sama.”Jadi sebagai rakyat Malaysia, kita patuh dan akur dengan arahan kerajaan ini demi keselamatan dan kesihatan semua orang, bukan kita sahaja yang sedang berdepan kesusahan ini,” ujarnya.

Peminat memuji lakonan Adam Lee dan Aedy Ashraf dalam drama Budak Tebing.Bercakap mengenai lakonannya dalam drama Budak Tebing (TV3) yang baru berakhir Khamis lalu, Adam memberitahu dia tidak menyangka ia menerima sambutan penonton.”Alhamdulillah ramai yang suka drama itu dan berharap akan ada Budak Tebing 2… kata mereka ada banyak pengajaran yang diterima dalam drama itu.

“Sebagai seorang pelakon saya hanya menjalankan tugas yang diamanahkan sebaiknya. Jadi saya menerima semua komen dengan hati terbuka dan berterima kasih atas sokongan semua.”Sampai trending drama ini di laman sosial… mungkin juga sebab ditayangkan pada musim PKP jadi orang lebih banyak menonton televisyen!,” katanya.Tags/Kata Kunci:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *