Bagi mengurangkan beban sara hidup. Tan Sri Annuar Musa dedahkan bas percuma untuk warga Putrajaya bermula 1 November ini dan bayaran akan dikenakan pada satu golongan ini

berita

Berita baik untuk warga Putrajaya!Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menerusi agensinya Perbadanan Putrajaya (PPj) memperkenalkan perkhidmatan bas percuma bagi kawasan Putrajaya yang akan mula beroperasi 1 November depan.Dimaklumkan, perkhidmatan bas percuma ini akan beroperasi merangkumi kesemua bas laluan Nadi Putra sedia ada dan kemudahan bas percuma ini hanya untuk warganegara Malaysia sahaja.

Tan Sri Annuar Musa selaku Menteri di KWP berkata perkhidmatan itu merupakan antara inisiatif di bawah Wilayah Prihatin KWP bagi membantu rakyat mengurangkan beban sara hidup, aktiviti pelancongan dan memudahkan urusan di Putrajaya.“Pada masa yang sama, kemudahan bas percuma tersebut akan menggalakkan aktiviti pelancongan domestik di Putrajaya yang dapat membantu memulihkan ekonomi setempat.”Sumber: Astro Awani

Perubahan laluan dan kekerapan bas.Bagi meningkatkan lagi perkhidmatan bas percuma tersebut, beliau berkata laluan dan kekerapan bas Nadi Putra telah dibuat penyusunan semula melibatkan 12 laluan di sekitar Putrajaya.Laluan perkhidmatan utama iaitu T500 diperkenal yang bermula di Kompleks E dan akan melalui Kompleks-kompleks Kerajaan di sepanjang Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1 (Kompleks A, B, C, D & E) dan Persiaran Perdana (Presint 2, dan 3) sehingga ke Dataran Gemilang Presint 4.

Untuk kekerapan perjalanan bas pula, dijangkakan setiap 5 minit pada waktu puncak iaitu pada jam 6.30 pagi hingga 9.00 pagi dan 4.00 petang hingga 6.40 petang, setiap 10 minit pada waktu bukan puncak serta 30 minit untuk waktu malam, hujung minggu atau cuti umum.Manakala bagi 11 laluan perkhidmatan selebihnya akan melalui kawasan perumahan, komersial dan pejabat selain di Presint 1 hingga 4 dengan kekerapan setiap 15 minit pada waktu puncak, 20 minit pada waktu bukan puncak serta 30 minit pada waktu malam, hujung minggu atau cuti umum.

Permohonan Geran Khas Prihatin RM3000 Segera. LHDN Seru Peniaga Yang Untuk Memohon Bantuan Ini Sebelum Terlambat Dan Berikut Cara Untuk Memohon

Permohonan GKP ini akan dibayar secara one-off berjumlah RM 3,000. Pemohon boleh layari laman web KitaPrihatin bagi membuat permohonan bagi melayakkan anda menerima bantuan tersebut. GKP ini diperkenalkan oleh pihak kerajaan dalam membantu peniaga-peniaga yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Antara syarat-syarat yang melayakkan seseorang itu untuk memohon bantuan GKP adalah seperti yang berikut:Bukan penerima GKP sebelum ini.Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:  Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000

Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik.Berdaftar dengan agensi-agensi berikut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Cara pembayaran

Pembayaran ini akan dikreditkan terus kepada akaun berdaftar pemohon GKP. Tambahan pula, pembayaran ini akan dibuat bermula 25 November 2020 bagi meringakan beban para peniaga. Tarikh akhir untuk membuat permohonan GKP 2.0 ini adalah 31 Oktober 2020.Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri 

Ramai Rakyat Masih Terkesan Akibat Pandemik. Tarikh BPN 2.0 Dimaklumkan Dan Ini Cara Untuk Memohon Sekiranya Ada Yang Masih Buntu Dalam Hal Ini

Baru baru ini, Inisiatif kerajaan menyediakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 merupakan satu inisiatif yang sangat baik dalam membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.Terkini, bayaran BPN 2.0 akan mula dikreditkan secara berperingkat bermula 26 Oktober ini.

Bayaran fasa pertama BPN 2.0 berjumlah RM 7 bilion akan disalurkan kepada 10.6 juta penerima sedia ada secara berperingkat bermula 26 Oktober ini.Pecahan bayaran fasa pertama BPN 2.0 berjumlah RM4.8 bilion bagi kategori pertama penerima adalah isi rumah B40 yang akan menerima RM1,000 sementara RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang. Untuk kumpulan ketiga adalah 1.4 juta isi rumah M40 yang akan menerima RM600 sementara 1.7 juta kumpulan M40 bujang akan menerima RM300.Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, bayaran BPN ini akan dibayar secara ansuran iaitu pada hujung Oktober dan keduanya pada Januari 2021.

Jadual pembayaran

Cara permohonan rayuan

Pemohon boleh membuat permohonan BPN 2.0 menerusi laman web Lembaga Hasil atau dengan menghantar borang secara persendirian ke cawangan Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.Bagi permohonan rayuan BPN ini boleh dimohon bermula 15 Oktober sehingga 15 November 2020. Permohonan ini dibuka kepada golongan yang belum pernah menerima BPN sebelum ini, termasuk golongan yang terjejas akibat penularan Covid-19. Bagi proses rayuan yang telah diluluskan, bayaran akan dibuat secara sekaligus pada Januari 2021.Sumber: Bernama 

Ramai Yang Masih Terpinga Pinga Bagaimana Cara Memohon BPN 2.0. Ini Cara Untuk Buat Permohonan Baharu Bagi Mereka Yang Tidak Pernah Memohon Lagi.

Bulan lalu, kerajaan telah mengumumkan bakal menyalurkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 secara berperingkat kepada golongan yang layak bermula hujung bulan ini sehingga Januari 2021. Bantuan akan dimasukkan secara automatik kepada individu yang pernah memohon sebelum ini tanpa perlu membuat permohonan baru.

Namun, bagi individu yang belum pernah menerima bantuan BPN 1.0, anda perlu membuat permohonan baru di laman web rasmi bpn.hasil.gov.my atau menghantar borang permohonan kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdekatan anda. Permohonan baru dibuka bermula hari ini, 15 Oktober sehingga 15 November 2020. Berikut adalah cara untuk membuat permohonan melalui laman web rasmi BPN.

1. Semak permohonan. Masukkan nombor kad pengenalan 12 digit dan tekan butang .. untuk membuat semakan. Jika maklumat anda tiada di dalam sistem, anda perlu membuat permohonan baru. 2. Isi maklumat diri seperti nama, nombor kad pengenalan dan maklumat waris. Anda hendaklah mengisi maklumat dengan betul dan pastikan ruangan wajib diisi dengan lengkap. 3. Anda perlu mengesahkan Captcha dan maklumat diri.

4. Hantar permohonan dan semak status dari masa ke masa. Permohonan akan diproses sebaik sahaja tamat tempoh permohonan pada 15 November ini. Sebaik menekan butang ‘Hantar’, anda akan diberi pilihan untuk mendaftar akaun bagi tujuan log masuk. Jika tidak mahu mendaftar akaun, anda boleh memilih butang ‘Tidak’.

Berikut adalah kadar bayaran bagi setiap kategori:B40: RM1,000 B40 Bujang: RM500 M40: RM600 M40 Bujang: RM300.Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan baru, anda boleh layari laman rasmi BPN atau rujuk soalan lazim di sini.Sumber: SiakapKeli

BPN 2.0 dah boleh disemak hari ini. Terkini kerajan dedahkan apa yang perlu buat kalau nama tak ada dalam senarai.

Kerajaan pada September lalu telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 sebagai bantuan tambahan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat berikutan C0VID 19.Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan. Bermula hari ini, semakan penerima BPN 2.0 boleh dibuat melalui portal rasmi BPN. Sekiranya tidak tersenaral sebagai penerima BPN 2.0, permohonan baharu dan rayuan boleh dikemukakan mulai 15 Oktober sehingga 15 November 2020.

Bayaran BPN 2.0 ini akan dibuat dalam dua fasa. Pertamanya pada penghujung Oktober 2020 dan keduanya, pada Januari 2021. Bagi permohonan baharu, ianya akan diproses selepas tempoh permohonan ditutup iaitu 15 November 2020. Sementara itu, permohonan baharu yang diluluskan pula akan menerima bayaran bantvan BPN 2.0 sekaligus pada Januari 2021. Untuk membuat permohonan baharu atau rayuan BPN 2.0, layari portal rasmi BPN 2.0.

Komen Orang Ramai

Semoga TSMY kekal sebagai PM hingga PRU nanti..tiada lg pengantlnya yg nampak sepertinya yg mengambil berat pada rakyat semasa dlm keadaan pandemik covid masih lg jauh untuk pulih.

Saya masih menharapkan kerajaan rm30 henggit memerintah, dengan rm30 henggit saya dapat beli tanah tanam cabai lam pasu, boleh saya pasarkan cabai keseluruh pelvsuk dunia. Alhamdulillah… Dlm byk2 pemerlntahan. This is the 1st time in my life dpt merasa bantvan & pemberlan dr kerajaan. Terima kasih. Alhamdulillah.Sumber : Wiser

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *