Ada yang mengatakan Siti Nordiana sedang berbalah dengan Khai Bahar. Ini penjelasn dari Siti Nordiana susulan berita tersebut menjadi bualan peminat mereka

artis

Dikatakan kononnya dia dan Khai Bahar mempunyai masalah sehingga sukar bekerjasama dan penyanyi Siti Nordiana menafikan kenyataan tersebut. Bagi menjawab cerita yang sedang tersebar,Siti Nordiana atau mesra dipanggil Nana menjelaskan apa yang berlaku hanyalah salah faham, Dia akui, hubungan dengan rakan duet lagu Satukan Rasa itu masih baik sehingga ke hari ini.

“Saya dan Khai tidak pernah berbalah seperti yang diperkatakan. Itu hanyalah salah faham semata-mata.“Mungkin peminat sudah lama tidak nampak kami bergambar bersama menyebabkan ramai yang menyangka kami bermasalah. “Sebelum ini, kami ada menjayakan sebuah persembahan bersama. Cuma pada masa itu, kami tidak sempat hendak berbual dan bergambar bersama.

“Kebetulan selepas acara tamat, Khai terpaksa bergegas ke tempat lain kerana ada mesyuarat yang perlu dihadiri.“Saya mengaku ramai yang menghantar mesej peribadi di laman sosial bertanyakan perkara ini. Tetapi saya malas hendak layan sebab tiada apa-apa isu pun,” katanya kepada BH Online. Penyanyi yang baru muncul dengan single berjudul Angkara ini bagaimanapun mengakui situasi itu sedikit sebanyak melukakan hati peminat mereka.

“Tidak dinafikan ada peminat yang kecewa apabila timbul gosip seperti ini. Lebih-lebih lagi, bila melihat kami sudah tidak bergambar bersama dan tidak meletakkan tanda suka pada gambar masing-masing.“Pada saya, semua itu perkara kecil sahaja dan tidak perlu diperbesarkan. Masing-masing ada kerjaya seni tersendiri yang perlu diberi perhatian,” katanya yang meraih trofi Penyanyi Wanita Popular dan Pengacara Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media

Peminat Khai kecewa gosip kahwin Fikry dan Siti Nordiana – “Saya kenal mereka dah lama”

PENYANYI Khai Bahar memberitahu dia tidak terkesan dengan komen warganet yang mengaitkan dirinya dengan gosip cinta pelawak, Fikry Ibrahim dan Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana.Khai, 25, berpendapat gosip percintaan Fikry dengan penyanyi lagu Hatiku Milikmu hanya sekadar gurauan dan salah faham dalam kalangan peminat.

“Seperti yang dinafikan oleh Fikry sendiri, perkara itu hanyalah salah faham dan mereka hanya bergurau.”Saya kenal Nana dan Fikry dah lama. Jadi bila dengar cerita itu saya hanya gelak sahaja,” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.Gandingan antara Khai Bahar dan Nana menerusi lagu Satukan Rasa.

Khai kemudiannya diminta mengulas mengenai sebuah artikel di ruangan gosip yang mengatakan rakannya, Fikry dan Nana bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan.Susulan kenyataan tersebut, rata-rata peminat melahirkan rasa kecewa dan persoalkan hubungan Khai dan Nana sama ada mereka masih bercinta atau tidak.Dalam pada itu, pemilik nama Muhammad Khairul Baharuddin ini berkata dia tidak dapat menghalang gosip-gosip yang tular itu dan meminta supaya warganet tidak cepat dalam mempercayai sesuatu gosip.

Dalam pada itu, Khai berkata, dia belum mempunyai sebarang perancangan untuk mengakhiri zaman bujang kerana mahu menumpukan perhatian kepada kerjayanya.”Untuk berkahwin sebenarnya saya masih belum mempunyai target lagi sebab saya sendiri belum cukup stabil untuk fikirkan soal itu.

“Kahwin pada saya bukan perkara yang boleh dibuat main. InsyaAllah, sampai masa nanti adalah. Jika jodoh itu datang awal, saya terima sahaja,” katanya.Komen yang ditinggalkan warganet berhubung gosip hubungan Nana dan Fikry.Sementara itu, tidak kurang juga segelintir warganet yang berpendapat Fikry adalah jauh lebih matang jika dibandingkan dengan Khai biarpun usia yang sama.

“Itu atas pandangan individu itu sendiri, saya sendiri tidak boleh mengiyakan atau menidakkan pandangan mereka. Apa yang boleh saya cakap setiap orang ada hak masing-masing untuk bagi pendapat dan pandangan,” ujarnya.Khai sebelum ini pernah digandingkan bersama Nana menerusi drama Satukan Rasa dalam slot MegaDrama Astro Ria, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.Tags/Kata Kunci:

Fikry Ibrahim hantar rombongan merisik Siti Nordiana? – “Saya memang rancang nak kahwin tapi bukan tahun depan”

PELAKON Fikry Ibrahim menafikan dakwaan dia sudah menghantar rombongan merisik dan bakal berkahwin dengan penyanyi Siti Nordiana atau Nana pada tahun hadapan.Bagaimanapun, Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 25, berkata dia ada perancangan untuk mengakhiri zaman bujang dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Saya tak tahu macam mana boleh timbulnya gosip saya dah hantar rombongan merisik dan bakal kahwin dengan Nana pada tahun depan.Ruangan gosip yang mengatakan pasangan ini bakal kahwin pada 2020.”Merisik dan bakal berkahwin itu memang tidak benar. Tahun hadapan saya akan sibuk sebab nak fokus pada kerjaya dan perniagaan sahaja.

“Saya memang akan berkahwin tapi sasaran saya untuk tamatkan zaman bujang itu pada tahun 2021 atau 2022,” kata Fikry ketika dihubungi mStar pada Isnin.Fikry diminta mengulas mengenai sebuah artikel di ruangan gosip yang mengatakan dia dan penyanyi lagu Hatiku Milikmu ini bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun depan.

Malah, pelakon drama Rindu Yang Terlrang ini juga dikatakan sudah menghantar cincin merisik kepada Siti Nordiana secara senyap.Dalam pada itu, Fikry memberitahu dia mengambil gosip tersebut secara positif selagi perkara itu tidak menimbulkan ftnah yang menjejaskan nama mereka.”Saya okey saja dan tak ada masalah pun nak layan gosip sebegini. Asalkan ia tidak melampaui batas sehingga boleh menimbulkan ftnah.

“Selagi gosip itu ke arah positif dan bukan sesuatu yang mencemarkan nama saya serta mana-mana pihak, saya okey.Fikry tiada masalah berhadapan dengan gosip cinta.“Kita pun tak boleh nak kawal apa yang orang nak perkatakan. Lumrah menjadi seorang selebriti akan berhadapan dengan gosip cinta,” ujarnya.

Fikry dan Nana mula berkawan rapat semenjak menjadi pengacara bersama program Gema Gegar Vaganza dan digandingkan menerusi drama Cakelat Semanis Honey pada 2017.Namun, masing-masing menegaskan hubungan itu hanyalah atas dasar kerja sahaja dan tiada wujud cinta lokasi antara mereka.Pada Mac lalu, gurauan Fikry ingin menjadi bapa kepada anak Nana iaitu Rayyan  menerusi ruang komen Instagramnya turut menarik perhatian netizen.

“Emak tahu gosip cinta dengan Nana, tapi tak pernah tanya” – Khai Bahar

PENYANYI Khai Bahar berharap peminat mendoakan yang terbaik jika mahu melihat hubungannya dengan penyanyi Siti Nordiana menjadi lebih daripada seorang sahabat.Khai, 25 berkata, gandingannya dengan Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana membuatkan peminat teruja dan berharap dia menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi lagu Hatiku Milikmu itu.

“Saya sedar ramai peminat yang mengharapkan hubungan kami lebih daripada sahabat. Tapi saya pun tak boleh nak kata ya atau tidak sebab soal jodoh ini kita tak tahu.Peminat suka gandingan Khai Bahar dan Nana dalam drama Satukan Rasa.“Sebelum ini pun pernah ada gosip membabitkan kami dan saya sudah menjelaskan kami rapat atas faktor kerja, tetapi apabila kami bergandingan dalam drama Satukan Rasa, ia mula menjadi perbualan peminat semula.”Apa-apa pun, kalau sudah tertulis ada jodoh kami, saya reda dan terima… doakan yang baik-baik ya!,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Khai berkata ibunya, Rosnah Mohamad mengetahui mengenai gosip cinta antara dia dengan penyanyi itu.”Emak tahu tentang gosip kami tapi buat masa ini dia tak pernah tanya pula… mungkin dia tahu ini soal kerja.Nana banyak memberi dorongan untuk Khai menceburi bidang lakonan.

“Kalau tanya tentang komen emak, dia memang suka semua kawan-kawan saya termasuklah Nana, jadi dia okay sahaja asalkan tahu batas dan tidak keterlaluan.”Rasanya gosip-gosip nkal sebegini tidak menganggu karier saya kerana kita tahu apa niat berada dalam industri ini, nak cari rezeki dan nak gembirakan semua orang ,” ujarnya.Drama Satukan Rasa menemui penonton menerusi slot MegaDrama Astro Ria, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.Selain Khai dan Siti Nordiana, ia turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Nine Mike, Yusuf Bahrin, Nina Juren, Nadya Syahera dan Isyariana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *