Ada yang cuba nasib melamar dengan sebuah banglo dan Ferrari serta wang. Ini respon win dari Dr Soo Wincci yang meraih perhatian warganet

artis

Baru baru ini Penyanyi Dr Soo Wincci mendedahkan dia telah didatangi seorang lelaki yang tidak pernah berputus asa mahu melamarnya menjadi isteri. Pada mulanya individu tersebut bertanya pada Wincci sama ada sudi atau tidak untuk keluar bersamanya.Namun malangnya Wincci menolak pelawaan itu dan memberitahu supaya tidak membuang masa berusaha menawan hatinya.“Jangan bazir masa dan tenaga mengorat ya. Dr (Wincci) ni garang (muka kett),” responnya.Wincci berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.Menerusi perkongsian itu Wincci memuat naik paparan skrin mesej peribadi (DM) di IG yang menunjukkan pelawaan lelaki tersebut. Dalam entri terbaharu pula, Wincci sekali lagi berkongsi sekeping foto paparan skrin mesej peribadi seseorang yang difahamkan individu yang sama.

Dalam mesej itu, individu tersebut bertanya adakah Wincci sudi berkahwin dengannya jika dia menawarkan sebuah banglo, kereta mewah Ferrari serta kemewahan.Sekali lagi, Wincci menolaknya dengan memberitahu dia mampu menyara hidupnya sendiri.“Masih nak try ………zzzzzzzz,” tulisnya dalam kapsyen.Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang merasakan individu tersebut tidak pernah berputus asa.Terdahulu, Wincci sudah memperolehi PhD dalam Bidang Pengurusan Perniagaan daripada Open University Malaysia (OUM) pada 2016.Kini Wincci berada di Sepanyol dan sedang mengikuti pengajian dalam bidang muzik di Berklee Music of College sejak tahun 2017.

“Saya tidak dilahirkan cerdik atau bernasib baik” – Soo Wincci cipta dua rekod dalam Malaysia Book Of Records

PENYANYI dan pelakon Dr. Soo Wincci meluahkan rasa syukur apabila berjaya menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) iaitu sebagai ‘Most Number of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen’ dan ‘Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artis’.Wincci, 33, berkata, pencapaian itu bukan sesuatu yang mudah kerana dia juga hampir berputus asa kerana terpaksa mengharungi pelbagai cabaran sepanjang dua tahun menyambungkan pelajaran di Berklee Valencia, Sepanyol.”Bagi saya, kali ini dua tahun di Sepanyol memang banyak cabaran dan terpaksa melepaskan segalanya di Malaysia untuk beri tumpuan sepenuhnya di sini.

“Saya juga pernah berasa ingin putus asa disebabkan banyak sangat masalah yang perlu dihadapi tapi apa yang saya belajar, kena teruskan juga.Soo Wincci syukur pengrbanannya selama dua tahun berbaloi.“Jangan takut untuk jatuh dan sentiasa belajar untuk bangkit semula biarpun bukan mudah berada di luar negara sendirian,” kata Wincci ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Wincci berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Fellowship dalam Pengeluaran Muzik Langsung (Berklee Valencia, Sepanyol) dan Ijazah Sarjana Pengeluaran, Teknologi & Inovasi Muzik (Berklee Valencia, Sepanyol). Sebelum ini, Wincci yang juga pernah menerima gelaran Miss World Malaysia pertama menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) pada 31 Oktober 2016.Selain itu, dia juga berjaya memperoleh PhD dalam Pentadbiran Perniagaan (Open University, Malaysia), Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Universiti Sunshine Coast, Australia) dan Ijazah Undang-undang (University of Reading, United Kingdom).

Dalam pada itu, Wincci memberitahu dia sememangnya sudah menyimpan impian untuk mengharumkan nama negara di persada dunia sejak mula menceburi bidang seni.Soo Wincci bakal menyambung pelajarannya di Sepanyol pada September depan.Wincci juga berharap agar lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang akan terus menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi kerana beranggapan pendidikan itu sangat penting dalam kehidupan.”Sejak mula ceburi bidang seni, saya memang berhasrat nak mengharumkan nama negara di persada dunia dan saya sentiasa mengambil langkah satu demi satu tanpa menggunakan jalan singkat.”Walaupun pendidikan itu bukanlah segalanya tapi ia juga sangat penting dalam kehidupan. Saya tidak dilahirkan cerdik atau mempunyai nasib yang baik tapi kena sentiasa belajar.

“Saya harap lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang terus mencari ilmu pengetahuan ke tahap yang lebih tinggi kerana ilmu seperti cahaya dalam kehidupan,” ujarnya.Wincci akan menyambung pelajaran PhD kedua dalam jurusan Artistic Produksi di University of Polytechic di Sepanyol bermula pada September depan.

Soo Wincci Akhirnya Bergelar Doktor Selepas Enam Tahun Berusaha

KUALA LUMPUR: Selepas enam tahun berusaha, penyanyi dan pelakon Soo Wincci akhirnya bergelar doktor falsafah (PhD) selepas menerima ijazah itu dalam bidang Pengurusan Perniagaan pada majlis konvokesyen Universiti Terbuka Malaysia (OUM) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Isnin.Soo Wincci, 31, berkata, dia terharu apabila pengorbanannya selama tempoh itu untuk mengejar cita-cita itu akhirnya berbaloi dengan penganugerahan yang diterimanya.”Saya berbangga akhirnya dapat menghabiskan pengajian selama enam tahun biarpun ada satu tahap saya rasa hampir putus asa.

“Ramai juga rakan menganggap saya gila kerana terlalu kuat bekerja dan membahagikan dalam pelbagai bidang.”Saya berharap dengan ijazah kedoktoran ini dapat menjadi inspirasi kepada pelajar dan selebriti lain yang mahu menyambung pengajian mereka semula,” ujarnya kepada mStar Online.Soo Wincci.Ijazah berkenaan disampaikan oleh Canselor OUM, Tan Sri Azman Hashim. Dalam pada itu, Soo Wincci berkata, biarpun berjaya menamatkan pengajian peringkat tertinggi itu, dia tidak akan berhenti untuk berbakti dalam bidang akademik.Kata Soo Wincci, dia merancang untuk meneruskan usaha menyemai rasa cinta kepada akademik menerusi kempen dan program-program yang dianjurkan pihak universiti.

“Usaha saya dalam bidang akademik tidak akan putus setakat ini sahaja, lepas ini saya akan aktif memberi ceramah-ceramah di sekolah atau program akademik.”Selain itu, saya juga merancang untuk menjadi pensyarah separuh masa di universiti ini (OUM), semuanya masih dalam peringkat perbincangan,” ujarnya.Pada majlis tersebut, Soo Wincci turut menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.Soo Wincci juga mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.

Soo Wincci Mahu Perkenal Artis Tempatan Di Taiwan

PETALING JAYA: Penyanyi Soo Wincci yakin populariti diraih di Taiwan dapat membuka ruang untuknya memperkenalkan bakat tempatan di luar negara.Wincci, 30, berkata, banyak artis tempatan berbangsa Cina mempunyai bakat besar namun tidak mempunyai peluang mengembangkan bakat mereka lebih jauh dan nekad untuk membantu mereka.”Saya sudah lama berhasrat untuk membantu artis-artis tempatan menempa nama di luar negara tetapi saya mesti menstabilkan karier sendiri terlebih dahulu.”Syukur usaha saya selama ini mula menampakkan hasil selain mula menjadi perhatian di sana dan ini adalah peluang terbaik untuk memperkenalkan beberapa bakat tempatan ke luar negara,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Wincci, perancangan itu mula menampakkan hasil apabila dia bakal membawa beberapa artis dibawah naungannya ke China bagi mengadakan persembahan di sebuah konsert bersempena sambutan tahun 2016.Wincci bersama Winson Voon (paling kiri) dan kumpulan Mad August. Antara artis Cina tempatan yang bakal dibawa ke Taiwan dan China untuk promosi adalah kumpulan Mad August dan penyanyi solo, Winson Voon.

Dalam pada itu, Wincci berkata, dia optimis usahanya itu akan memberi impak positif kerana penyanyi Cina di Malaysia mempunyai bakat besar selain ada di antara mereka sudah pun mempunyai kelompok peminat tempatan.Katanya lagi, apa yang dilakukan itu bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi demi mengembangkan industri muzik tempatan di peringkat global.”Apa yang saya lakukan ini adalah untuk industri muzik tempatan yang saya nampak boleh pergi jauh jika strategi diaturkan dibuat dengan baik.”Ini juga adalah salah satu sumbangan balik saya kepada industri dan negara saya kerana tanpa sokongan masyarakat dan peminat apa yang saya usahakan ini tidak akan menjadi realiti,” ujarnya.

Wincci bakal muncul dengan single berbahasa Melayu tidak lama lagi.Sementara itu, Wincci berkata, buat masa ini dia ingin memberi fokus membawa artis Cina tempatan terlebih dahulu namun ada perancangan untuk memperkenalkan penyanyi Melayu di luar negara.”Banyak sebenarnya perancangan saya tetapi ia perlu dibuat tanpa tergesa-gesa dan perlu fokus kepada sesuatu perkara terlebih dahulu.”Paling penting kita berusaha dan sekiranya ia tidak menjadi sekalipun sekurang-kurangnya mereka dapat menimba pengalaman ketika berada di sana,” jelasnya.Dalam perkembangan lain, Wincci berkata, dia berhasrat untuk menghasilkan single berbahasa Melayu dalam masa terdekat ini dengan berkonsepkan pop Melayu.Terdahulu penyanyi yang pernah menyertai program Masterchef Selebriti Malaysia itu tampil dengan single bersama Joe Flizzow berjudul Terpulanglah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *