Warganet terkejut melihat Sheila Mambo cuci semula pelitup muka yang sudah diguna pakai sebelum ini tapi pelakon itu jelaskan alasan kenapa berbuat sedemikian.

artis Covid 19

Pelakon Sheila Mambo mengakui dirinya terpaksa mencuci semula pelitup muka pakai buang yang sudah digunakan untuk dipakai berulang kali. Menurut Sheila atau nama sebenarnya, Rusilawati Hasan, 57, dia bertindak sedemikian kerana  memikirkan kos perbelanjaan untuk membeli pelitup muka yang perlu digunakan setiap hari.

“Faham-fahamlah, bukan murah mask, tapi seeloknya, kita basuh dengan sabun guna tapak tangan gosok manja-manja sahaja. Jemur dah boleh pakai. “Tapi saya hanya buat sekali sahaja, lepas tu saya buang guna yang baru.

“Siapa macam saya? Bukan kedekut, tapi berjimat. Cuba uji lepas basuh dah kering, letak air. Kalau tak tembus air, masih elok diguna pakai,” katanya menerusi satu entri di Instagram. Dalam hantaran tersebut, Sheila turut memuat naik cara-cara membasuh pelitup muka pakai buang yang sering dilakukannya walaupun sepatutnya ia tidak boleh diulang guna.

Jelas Shiela lagi, dia mengakui, hal tersebut bertentangan dengan saranan yang dikeluarkan pihak berwajib. “Ada pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) saran guna mask paling lama dua jam dan boleh buang, atau setelah dibuka sewaktu makan dan pakai sekejap dah boleh buang, jangan pakai lagi.¬†

“Saya kalau guna sekejap kurang dari dua jam atau hanya waktu tidak melibatkan bertemu atau bertembung dengan orang ramai, saya akan jemur selepas pakai.¬†“Saya guna hanya dua kali sahaja, lepas tu saya basuh dan keringkan kalau masih elok tidak keluar bulu-bulu kapas,” jelasnya.

Begitupun, perkongsiannya itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet. Ada menasihatinya untuk tidak mengulang pakai pelitup muka pakai buang demi jaminan keselamatan kesihatan diri. “Maaf, tak boleh pakai balik, harus dibuang. “Salah ni,” komen sebahagian warganet.

Bagaimanapun, ada juga pengikutnya yang turut melakukan tindakan yang sama. “Kalau saya basuh tonyoh lagi jadi buruk. Jadi saya basuh dengan air panas sahaja pastu keringkan, pakai balik selagi elok,” komen salah seorang warganet. Mengikut garis panduan sebenar KKM, pelitup muka pakai buang disarankan pemakaian tidak melebihi lapan jam. Sebelum ini, Sheila yang pernah menerima rumah Program Perumahan Rakyat menasihati orang ramai untuk tidak terus melabel golongan artis sebagai golongan yang hidup mewah.- GEMPAK

Cara betul pakai pelitup muka

SELAIN pemakaian pelitup muka tiga lapis, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menggalakkan individu sihat memakai pelitup muka fabrik. Sebaik-baiknya memilih pelitup muka yang dibuat menggunakan fabrik kalis air di bahagian luar, penapis (di tengah) dan fabrik serap air (di dalam). Kajian menunjukkan keupayaan pelitup muka fabrik untuk menghalang virus berbeza berdasarkan jenis fabrik.

Bukti keberkesanan pelitup muka fabrik. Saranan pemakaian pelitup muka dapat membantu menghalang cecair pernafasan orang dijangkiti virus Covid-19 daripada tersebar ke udara dan orang sekeliling ketika batuk, bersin, bercakap serta meninggikan suara.

Hasil kajian klinikal dan makmal membuktikan penggunaan pelitup muka dapat mengurangkan percikan cecair pernafasan dengan menutup bahagian mulut dan hidung menggunakan pelitup muka. Virus Covid-19 boleh merebak kepada individu lain pada jarak kedudukan sangat rapat iaitu kurang daripada 1.8 meter.

Oleh itu, penggunaan pelitup muka fabrik adalah sangat penting apabila berada dalam keadaan sesak dan tidak dapat melakukan penjarakkan fizikal. Individu yang sesuai memakai pelitup muka fabrik. Individu berusia dua tahun ke atas boleh memakai pelitup muka fabrik apabila berada di tempat awam dan ketika bertemu orang lain yang tidak tinggal serumah, terutama jika tiada penjarakan fizikal.

Covid-19 boleh tersebar daripada individu tak bergejala dan individu yang tidak mengetahui mereka dijangkiti. Terdapat dua golongan yang tidak sesuai memakai pelitup muka fabrik, sebaliknya perlu menggunakan pelitup muka pakai buang tiga lapis: i. Individu yang berkemungkinan dijangkiti Covid-19 ii. Jika anda berkemungkinan dijangkiti (dalam tempoh kuarantin), jangan ke tempat awam. iii. Individu yang menjaga pesakit Covid-19.

Individu tidak dibenarkan memakai pelitup muka fabrik?. i. Kanak-kanak berusia kurang dua tahun. ii. Individu mempunyai masalah pernafasan. iii. Individu tak sedarkan diri dan tidak upaya membuang sendiri. iv. Pelitup muka tanpa bantuan

Penyesuaian memakai pelitup muka. Pelitup muka fabrik mungkin tidak sesuai dipakai oleh semua orang pada setiap masa. Ini kerana dalam keadaan tertentu, pemakaian pelitup muka fabrik boleh menyebabkan masalah pernafasan, ketidakselesaan dan sebagainya.

Antara contoh penyesuaian yang boleh dilakukan. i. Pelajar. Berkemungkinan menghadapi masalah memakai pelitup muka dalam tempoh yang panjang semasa di sekolah. Ibu bapa perlu memastikan anak mereka memakai pelitup muka mengikut saiz bersesuaian. ii. Berenang. Aktiviti berenang menyebabkan pelitup muka fabrik basah yang boleh menyukarkan pernafasan. iii. Bersukan. Pemakaian pelitup muka semasa berjoging boleh menyebabkan kesukaran bernafas.

Amalan berbahaya memakai pelitup muka pakai buang tiga lapis. Antara amalan yang dipraktikkan sebilangan masyarakat sebenarnya amat berbahaya kerana pelitup muka yang dipakai adalah kotor dan berkemungkinan dicemari virus Covid-19. i.Memakai pelitup. muka pakai buang berhari-hari sehingga rosak atau koyak. ii. Mengutip pelitup muka yang dibuang untuk dijual atau dipakai sendiri. iii.Berkongsi pelitup muka

Pelitup muka pakai buang tiga lapis boleh dipakai sehingga lapan jam atau sepanjang waktu bekerja atau bersekolah. Ia tidak boleh dibasuh atau dipakai semula walaupun keadaannya masih elok. Pengguna dinasihatkan memutuskan satu tali pengikat sekiranya hendak membuang pelitup muka. Ini untuk memastikan pelitup muka yang dibuang tidak diguna semula atau dijual oleh pihak tak bertanggungjawab.

Disediakan oleh: Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed dan Dr Wan Shahida Wan Sulaiman Pakar Mikrobiologi Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia.

Bukan setakat demam batuk dan selesema sahaja simptom jangkitan covid 19 tapi ini juga antara gejala yang dialami dan ramai yang tidak sedar dengan gejala ini.

Kelesuan dan hilang deria bau serta rasa adalah antara simptom jangkitan COVID-19 yang dikesan dalam kalangan pesakit. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ketika ini, gejala yang diketahui umum adalah demam, batuk, selesema, cirit birit serta sesak nafas. Beliau berkata, ada gejala yang ramai tidak sedar iaitu kelesuan serta hilang deria bau dan rasa. “Ada mereka yang ke pejabat apabila diambil suhu ia normal, tetapi mereka ada masalah kelesuan, hilang deria bau serta rasa.

“Itu juga adalah gejala yang tidak kita maklum. Adalah penting kalau kita ambil tindakan, jika kita ada gejala yang nyata seperti demam dan batuk, kita pakai topeng muka dan jangan datang ke pejabat. “Sebelum ini, pada mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ada pegawai yang datang, tidak ada gejala yang nyata seperti batuk, demam tetapi ada gejala kelesuan, kebetulan mereka yang menghadiri mesyuarat itu perlu menjalani ujian saringan, beliau didapati positif,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini sebelum ini.

Justeru, Dr Noor Hisham berkata, walaupun ada mesin dan alat untuk mengukur suhu, tidak semestinya suhu yang normal itu, tidak ada gejala. Selain itu, beliau meminta pemilik premis dan pejabat yang menggunakan alat pengesan suhu badan mematuhi syarat dan peraturan penggunaannya bagi memastikan suhu badan yang diukur tepat. “Suhu badan manusia sihat adalah antara 36.6 hingga 37.2 darjah selsius,” katanya diminta mengulas laporan media mengenai pengambilan suhu itu jika ia benar-benar mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.-BHONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *