Walaupon dah beberapa kali buat ujian saringan tapi selepas saringan kedua dan ketiga mereka ini disahkan positif Covid 19. Rupanya ini yang terjadi dengan keadaan disana.

Covid 19

Georgetown: Kesemua 17 kes positif Covid-19 yang dilaporkan di Penjra Seberang Prai di Jawi dan Penjra R3man Penang di sini, semalam membabitkan bandvan. Pengarah Penjra Seberang Prai, Zulkifli Abdul Manah berkata, sembilan bandvan disahkan positif selepas menjalani ujian saringan kedua.

“Ujian saringan kedua dijalankan ke atas kontak rapat kepada bandvan yang positif sebelum ini dan mereka dipenjrakan kurang daripada enam bulan,” katanya di sini, hari ini. Zulkifi berkata, bandvan yang kurang daripada enam bulan ditempatkan di blok berasingan daripada bandvan lama.

Katanya, pihaknya kini masih menunggu keputusan ujian bandvan lain selain bakal menyelesaikan ujian saringan ke atas bandvan lama. Sementara itu, Pengarah Penjra Reman, Mohamed Jusoh Ismail berkata, enam bandvan disahkan positif wabak itu selepas menjalani ujian saringan ketiga.

Menurutnya, mereka disaring selepas menunjukkan gejala Covid-19. Ditanya sama ada ujian saringan keempat bakal dijalankan, Mohamed Jusoh berkata, ia bergantung kepada situasi semasa. “Kami tunggu nasihat berikutnya daripada Kementerian Kesihatan,” katanya. Kedua-dua penjra itu menjadi kluster Covid-19 terbesar di Pulau Pinang dan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan selepas merekodkan lebih 400 kes.

Bukan setakat demam batuk dan selesema sahaja simptom jangkitan covid 19 tapi ini juga antara gejala yang dialami dan ramai yang tidak sedar dengan gejala ini.

Kelesuan dan hilang deria bau serta rasa adalah antara simptom jangkitan COVID-19 yang dikesan dalam kalangan pesakit. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ketika ini, gejala yang diketahui umum adalah demam, batuk, selesema, cirit birit serta sesak nafas. Beliau berkata, ada gejala yang ramai tidak sedar iaitu kelesuan serta hilang deria bau dan rasa. “Ada mereka yang ke pejabat apabila diambil suhu ia normal, tetapi mereka ada masalah kelesuan, hilang deria bau serta rasa.

“Itu juga adalah gejala yang tidak kita maklum. Adalah penting kalau kita ambil tindakan, jika kita ada gejala yang nyata seperti demam dan batuk, kita pakai topeng muka dan jangan datang ke pejabat. “Sebelum ini, pada mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ada pegawai yang datang, tidak ada gejala yang nyata seperti batuk, demam tetapi ada gejala kelesuan, kebetulan mereka yang menghadiri mesyuarat itu perlu menjalani ujian saringan, beliau didapati positif,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini sebelum ini.

Justeru, Dr Noor Hisham berkata, walaupun ada mesin dan alat untuk mengukur suhu, tidak semestinya suhu yang normal itu, tidak ada gejala. Selain itu, beliau meminta pemilik premis dan pejabat yang menggunakan alat pengesan suhu badan mematuhi syarat dan peraturan penggunaannya bagi memastikan suhu badan yang diukur tepat. “Suhu badan manusia sihat adalah antara 36.6 hingga 37.2 darjah selsius,” katanya diminta mengulas laporan media mengenai pengambilan suhu itu jika ia benar-benar mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.-BHONLINE

Penularan Covid 19 di Selangor berada dalam gelombang ketiga. Terkedu Tan Sri Dr Noor Hisham beri kenyataan baru setelah ramai yang mempersoalkan samada PKPB di kawasan ini bersambung atau tidak.

Kementerian Kesihatan (KKM) akan mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya menyambung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang tamat pada 27 Oktober ini jika kes koronavirus (Covid-19) terus meningkat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, buat masa ini kementerian sedang memantau data kes setiap hari bagi melihat sama ada PKPB di negeri berkenaan perlu disambung. “Data itu akan kita sebarkan, masing-masing kita (akan) tahu sama ada perlu sambung (PKPB) atau tidak. Tetapi yang nyata pada 24 Oktober kes semakin meningkat.

“Semalam terdapat 76 kes baharu Covid-19 di Selangor menjadikan jumlah keseluruhan 3,880 kes,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di sini hari ini. Menurutnya, negeri itu mencatatkan kenaikan 1,279 kes positif dalam tempoh 14 hari berbanding pada 11 Oktober lalu yang hanya merekodkan 26 kes baharu dengan jumlah kumulatif 2,601 kes.

“Kenaikan kes juga mengakibatkan jumlah zon merah di negeri Selangor meningkat daripada dua kepada enam daerah dalam tempoh 14 hari. Tiga lagi daerah yang juga zon merah ialah daerah Petaling, Kuala Langat dan Sepang. “Kenaikan paling ketara adalah dalam daerah Hulu Langat (168 kes), Klang (115 kes) dan Gombak (93 kes). Peningkatan kes penularan tempatan di dalam Selangor mula dilihat pada 2 Oktober dan meningkat secara konsisten sehingga ke hari ini,” katanya.

Katanya, penularan Covid-19 di Selangor dalam gelombang ketiga pada mulanya hanya melibatkan kes yang mempunyai sejarah perjalanan dari Sabah melibatkan sembilan kluster, namun kemudian berlaku penularan tempatan melibatkan 35 kluster aktif. “Mulai 11 Oktober, penularan tempatan di Selangor mula mengakibatkan kluster berkaitan tempat kerja dan setakat ini enam kluster dikesan di Selangor,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, majikan bertanggungjawab untuk mengambil tindakan kepada pekerja yang dibenarkan bekerja dari rumah tetapi tidak menjalankan tugas diberikan kerana keluar melakukan aktiviti sosial seperti bersiar-siar dan membeli-belah.

“Contohnya saya berpengalaman duduk di rumah untuk tempoh 14 hari. Pada awalnya mungkin saya rasa duduk rumah tidak banyak kerja tetapi untuk tempoh 14 hari, saya rasa saya kerja 14 hari. “Pukul 8 pagi saya mesyuarat sampai pukul 2 atau 3 (petang), pukul 5 petang Facebook live (siaran langsung sidang media ), lepas pukul 5 petang update (kemas kini) informasi di dalam sosial media sampai pukul 8 atau 9 malam, tiap-tiap hari untuk 14 hari. Tiada masa untuk keluar rumah sebab kita ada Petunjuk Prestasi Utama (KPI),“ katanya.

Menurutnya, tujuan utama bekerja dari rumah supaya lebih ramai duduk di rumah, mengurangkan pergerakan masyarakat dan kebolehjangkitan virus di dalam kawasan PKPB. Beliau juga memohon semua majikan dan pekerja untuk mematuhi ketetapan itu kerana ia akan membantu mengurangkan risiko penularan di kawasan tempat kerja. – Bernama

Mengejutkan 6 kluster baharu dicatatkan untuk 24 Oktober. Lebih mengejutkan bila KKM dedahkan punca 6 kluster terbaharu yang melibatkan 4 buah negeri ini selepas merekodkan kes paling tertinggi semalam.

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa terdapat 6 kluster baharu dikesan iaitu Kluster Mesra, Kluster Mega, Kluster Kaya, Kluster Bah Kayu, Kluster Baki dan Kluster Kempas.

Kesemua 6 kluster tersebut melibatkan daerah di negeri Sabah, Negeri Sembilan, Selangor dan Johor. Kluster pertama ialah Kluster Mesra yang melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah, kes indeks bagi kluster ini iaitu kes 13, 755 telah dikenalpasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 7 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan

Kluster kedua pula ialah Klsuter Mega yang melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah, kes indeks bagi kluster ini iaitu kes 13, 706 telah dikenalpasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 5 Oktober 2020 dan telah dimasukkan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Kluster ketiga ialah Kluster Kaya, kluster baharu ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, kes indeks bagi kluster ini telah dikenalpasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 24 Oktober 2020 dan dimasukkan ke hospital Sungai Buloh dan Hospital Tuanku Ja’far.

Kluster keempat ialah Kluster Bah Kayu yang melibatkan daerah Gombak di Negeri Selangor dan daerah Titiwangsa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kes indeks bagi klusteri ini iaitu kes 17, 371 telah dikenalpasti positif hasil pulang dari kawasan berisiko tinggi di Sabah pada 13 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke hospital Sungai Buloh.

Kluster kelima pula ialah Kluster Baki yang melibatkan daerah Kuching di Sarawak, kes indeks bagi kluster ini iaitu kes 20, 431 telah dikenalpasti positif hasil saringan individu bergejala pada 17 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Umum, Sarawak.

Kluster terakhir ialah Kluster Kempas melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di negeri Johor, kes indeks bagi kluster ini iaitu kes 24, 447 telah dikenalpasti COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 22 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, SiakapKeli

TERKINI COVID-19: Kes Baru Cecah 4 Angka, 1,228 Kes Dilaporkan 24 Oktober.

PUTRAJAYA, 24 Okt – Terdapat 1,228 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruan meningkat ke 25,742 kes. Daripada angka tersebut, 889 kes dikesan di Sabah di mana 500 kes melibatkan kluster-kluster termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu.

Selain itu, 254 kes adalah daripada saringan kontak rapat kes-kes positif dan 136 kes lagi daripada lain-lain saringan. Dalam pada itu, sebanyak 671 kes pulih dan dibenarkan discaj semalam, menjadikan angka kumulatif sembuh meningkat ke 16,555 kes bersamaan 64.3 peratus. Daripada jumlah sembuh tersebut, 449 kes adalah di Sabah, 83 di Selangor, 68 di Pulau Pinang. Maklumat lanjut menyusul.

Sumber: KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *