Terima banyak sangat kritikan daripada warganet. Akhirnya sampai satu tahap tu Syahmi Syazli lakukan sesuatu ini sehingga mengaitkan dengan tindakan Syamsul Yusof mengenai isu yang tular baru baru ini.

Hiburan

Pengarah filem Mael Totey The Movie (MTTM), Syahmi Syazli mengakui sering berdepan kritikan dan penilaian negatif segelintir warganet. Namun, bagi Syahmi, dia mengambil pendekatan untuk tidak membalas atau melayan komen negatif bagi sebaliknya mengaibaikannya. “Komen negatif itu banyak, terutamanya sekarang apabila filem saya mula ditayangkan. Semakin luar kerjaya, semakin besarlah kritikan.

“Saya takut saya down, jadi saya ambil sikap buat tak tahu. Skip saja! Sebab lagi ramai lagi yang menulis komen-komen positif. “Dunia sekarang tanpa sempadan kita tak boleh buat apa pun, mesti akan ada juga yang tidak senang dengan kita. Buat itu salah, buat ini salah. Jadi tak payah hiraukan,” katanya kepada Gempak sebentar tadi.

Tambah Syahmi, komen negatif muncul daripada sikap iri hati dan tidak senang melihat kejayaan individu lain. “Saya tak faham kenapa perlu menulis komen negatif. Mungkin mereka tak boleh tengok kejayaan orang lain dan memang asal daripada sifat iri hati. Tak boleh tengok orang lebih sikit.

“Apapun, saya suka dengan tindakan balas Syamsul Yusof apabila berdepan dengan warganet yang melampau. Terus ambil tindakan undang-undang! “Bagi saya, tak perlu balas. Nanti kita pula yang jadi sama level dengan mereka. Buat saja tak tahu. “Kita sukar nak bendung sebab media sosial itu percuma, keluarkan modal air liur je untuk menghukum dan menghna orang,” nasihat Syahmi lagi.

Sementara itu, Syahmi memanjatkan rasa syukur atas kejayaan filem pertamanya MTTM yang berjaya meraih kutipan mencecah RM700,000 selepas hari pertama tayangan. MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. 

Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul. Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 22 Oktober ini. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Mari kita semua sokong usaha pengkarya seni dalam menghiburkan.- Gempak

“Setidaknya Kesianlah Krew Berpanas & 4 Orang Istimewa Tu” – Halus Je Syahmi Syazli Jawab Bila Ada Tonton Mael Totey The Movie Secara Haram!

Baru dua hari ditayangkan di Astro First, filem pertama arahan YouTuber, Syahmi Sazli iaitu Mael Totey The Movie (MTTM) telah menjadi perbualan ramai. Malah, ada dalam kalangan mereka menganggap MTTM sebagai satu fenomena luar biasa kerana berjaya meraih kutipan mencecah RM700,000 selepas hari pertama tayangan.

Namun, dalam pada ramai yang rancak melanggan MTTM menerusi saluran Astro First, masih ada segelintir pihak yang mengambil kesempatan dengan menontonnya secara haram. Menerusi pemantauan Gempak di beberapa posting Instagram Syahmi, ada warganet yang secara berani mengaku menontonnya di saluran tidak sah.

Namun, apa yang peliknya ramai juga yang meminta maaf selepas menonton filem tersebut. Berkemungkinan mereka ‘tersentak’ dengan beberapa dialog Syahmi mengenai sikap penonton yang suka menyokong cetak rompak. “Saya mohon maaf dan minta halal jika tengok yang cetak rompak. Kalau perlu bayar saya boleh bayar kerana kualiti cerita sangat baik, ikhlas dari saya,” kata seorang pengguna Instagram menerusi ruang komen.

“Rasa bersalah dan menyesal terutama filem ini penuh pengajaran dan unsur dakwah. “Saya dengan rasa rendah diri menyesali perbuatan mohon produksi Syahmi Sazli,” kata seorang lagi individu. Tidak melatah dengan permohonan maaf tersebut, Syahmi sebaliknya menasihatkan orang ramai supaya tidak mengikuti perbuatan tersebut.

Buat anda semua, marilah sokong karya anak muda yang cuba mengubah landskap filem tanah air ini. Tonton dahulu dan lihat bagaimana pengarahnya, Syahmi Sazli mengangkat martabat Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam filem ini. Sebab itulah ramai yang serba salah selepas menonton MTTM secara haram. 

Untuk rekod, MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 22 Oktober ini. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Mari kita semua sokong usaha pengkarya seni dalam menghiburkan.- GEMPAK


Syahmi Sazli sedia dikritik

“Nak kritik tiada masalah, tapi yang jadi masalahnya mereka selalu kritik dengan bahasa yang kesat,” kata YouTuber popular dan pelakon Syahmi Sazli mengenai kemungkinan filem pertamanya berjudul Mael Totey The Movie bakal menerima kecaman hebat. 

Syahmi, 25, atau namanya Muhd Syahmi Sazli yang juga pengarah filem itu berkata, secara jujurnya  dia sudah bersedia untuk menerima kecaman terhadap filem sulungnya yang akan ditayangkan menerusi Astro First bermula 22 Oktober ini.

“Sebelum buat skrip pun saya dah tahu orang akan kritik filem ini kerana ceritanya dibuat tanpa ikut standard piawaian sebenar sesebuah filem. Pelakon saya golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan waktu berlakon ada yang tak tengok kamera, tak ikut skrip dan tak ingat nama watak. Sudah pasti ia mengundang kritikan dalam kalangan golongan profesional. Maknanya sebelum penggambaran  saya dah sedia dikritik kerana menyajikan benda yang orang tak pernah tengok,” katanya kepada Harian Metro.

Syahmi yang menghasilkan drama pendek membabitkan golongan ini sehingga menjadi fenomena di YouTube berharap mendapat kritikan yang membina untuk kebaikan kariernya yang baru bermula. “Tiada masalah kritikan untuk saya baiki kualiti filem dan itu saya terima. Sekurang-kurangnya saya tahu apa kelemahan yang boleh saya baiki. Tapi yang ini (pengkritik filem Youtuber) jenis suka keluarkan kata-kata kesat dan itu yang bahayanya. Saya tak boleh buat apa-apa dan akan ambil pendekatan pekakkan telinga sahaja,” katanya.

Mael Totey The Movie memulakan penggambaran pada 12 Julai lalu dan menelan kos sekitar RM400,000. Selain Syahmi, barisan pelakon utama lain ialah Asif Suhaimi, Yoe Parey, Emaleen Minhad, Wanie Rohaimie, Yatin dan Bedul. Pelakon pembantu lain pula terdiri daripada Catriona Ross, Husyairi Hussin, Daler Yusof dan Kamarool Yusoff. Ditanya sasaran kutipan pula, Syahmi berkata, dia tidak memikirkan soal itu.

“Itu soal kedua kerana sememangnya sasaran saya pada tahun ini ialah maju ke hadapan. Impian saya nak beralih arah dari YouTube dan masuk TV atau pawagam Itu tujuan utama saya. Apabila filem ini dapat masuk Astro First, itu satu kejayaan yang sangat besar buat saya sebagai orang yang bukan bermula dalam bidang ini. Sekiranya ada rezeki untuk filem seterusnya, barulah saya sasarkan berapa kutipannya pula. Untuk kali ini, dapat masuk Astro First pun dikira kejayaan besar,” katanya.-HMETRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *