Sebak suami ini kongsikan kisah menyayat hati yang kini berjauhan beribu batu dengan isterinya yang sedang bertugas sebagai petugas barisan hadapan di satu tempat ini.

Covid 19

Seperti yang diketahui, pandemik COVID-19 di negara ini semakin meruncing dengan jumlah kes yang tertinggi dicatatkan mencecah sehingga empat angka. Dalam keadaan ini, petugas perubatan pastinya menghadapi waktu-waktu yang sukar dalam menangani penularan virus ini. Kalau nak tau lebih lanjut, teruskan pembacaan di bawah dan jangan lupa untuk like dan share page kami Kucing Media Online.

Ada yang terpaksa berjauhan dari keluarga demi menjalankan amanah yang telah diberikan kepada mereka. Sama seperti yang dihadapi oleh Eli Ben Rahman yang terpaksa berjauhan beribu batu dari isterinya yang berada di Jeddah. Menerusi ciapan yang dimuatnaik olehnya di Twitter, Eli mengatakan bahawa dia sudah hampir sembilan bulan tidak berjumpa dengan isteri yang bertugas sebagai jururawat di sana.

“Bini aku masih di Jeddah. Dekat 8-9 months takleh jumpa. Dia share pasal orang yang dah recover c19 (nurses) kat sana. If you think benda ni takdak apa, think again. Sebab yang dah recover pun, tak dapat balik full 100% lung capacity. Shortness of breath, lethargic etc”

Eli juga menasihatkan orang ramai untuk sentiasa peka dan tidak mengambil mudah mengenai jangkitan COVID-19. “So, tolong la jaga diri baik-baik. Jaga sop, sentiasa basuh tangan. Jadi pembersih. Sebab kesan dia permanent. Even cucuk vaccine pun, that wont repair whatever damaged organ in your body – its extensive too.”

“Nurses biasanya kena buat tugasan berat. Angkat patient, angkat tong oxygen, lari sana sini, tolak patient – semuanya perlukan kudrat. Lungs kena kuat. Tapi, wife aku cerita, kawan2 dia yang dah recover, tak boleh nak lincah macam dulu dah. Itu dah memberi kesan buruk kerjaya depa dah kot.” “So, yeah. Aku ni separuh m3reng dah risaukan bini. Rindu lagi. Kalau case mencanak macam haram kat sini, camna la dia nak balik?”

Sumber: Eli Ben Rahman, SiakapKeli

Terkilan tak dapat tolong suami yang hadapi kejadian tak diingini. Frontliner ini kongsikan kisah menyayat hati yang dialaminya ketika musim pandemik covid 19.

Seorang jururawat luah rasa terkilan apabila ada segelintir rakyat Malaysia yang mengkritik mereka sebagai frontliner. Dia turut kongsi kisah sedih tidak dapat membantu suaminya yang jatuh di bilik air gara-gara sibuk menjaga pesakit Covid-19. Malah mereka frontliner terpaksa membelakangkan keluarga demi menjaga kebajikan pesakit-pesakit di musim pandemik ini.

Suami jatuh bilik air tak sempat bantu. Sakitnya saya apabila dapat tahu suami cuba telefon banyak kali minta tolong (sebab dia jatuh bilik air dan kepalanya jatuh ke lantai) pada pukul 2 pagi. Masa itu telefon saya tiada pada saya dan saya sibuk pakai baju PPE untuk 12 jam dan kumpul pesakit Covid dari 7 malam sampai 6 pagi. Akhirnya dia telefon 999 dan kawan saya yang jawab. Nasib baik dia jatuh tu hanya pitam sekejap dan masih sedar, ada my mum. Kalau tak, terima kasih tuhan suami saya tiada apa-apa. Kamu faham ke perasaan apabila kami (HCW/frontliner) terpaksa membelakangkan keluarga dan orang tercinta demi mendahulukan kebajikan dan kesihatan pesakit di musim pandemik Covid ini?

Menurut jururawat ini, suaminya menelefon untuk meminta bantuan namun dia tidak sempat menjawab memandangkan dia sibuk menguruskan pesakit Covid-19. Nasib baik suaminya hanya pitam sekejap dan ibunya berada di rumah ketika itu. Kami berjuang kerana jaga kebajikan semua.

So jangan kamu pandai-pandai cakap buruk kami dan cakap ‘Siapa suruh jadi nurse/doktor/MA/PPK atau PKP’ atau ‘Siapa suruh buat kerja hospital?’ ‘Berhenti kerja la, banyak lagi orang luar nak kerja’ . Wow kalau kami tak pilih untuk jadi HCQ/Frontliner, kamu fikir hospital akan cukup staff ke? Kesihatan dan kebajikan kamu dapat berdiri sampai sekarang ke? Kamu fikir kami tak fikir 100 kali ke untuk berkhidmat dan terus bertanggungjawab dalam pandemik Covid 19?

Disebabkan kami sayang dan ingatkan keluarga kami lah kami terus berjuang untuk kesihatan dan kebajikan rakyat agar pandemik Covid tak terus menular sampai ke keluarga kami. Saya harap ramai faham berapa ramai pesakit Covid yang kami collect setiap shift. I wish u all understand perasaan dan tekanan pesakit dan keluarga yang terkena Covid yang kami collect setiap shift (Our heart hurts when see the child/kids terpaksa jauh with their parents, the parents terpaksa tinggalkan anak-anak di rumah.

Kejadian itu menyebabkan dia terkilan apabila teringat kata-kata segelintir warganet yang mengkritik frontliner sesuka hati tanpa memikirkan perasaan mereka. Malah dia sanggup berkorban mendahulukan kebajikan pesakit Covid-19 berbanding keluarganya agar pandemik ini terkawal. Jangan lah biarkan keluarga yang ada Covid. Dan paling menyakitkan ada juga keluarga yang sampai tak mahu terima balik keluarga yang ada Covid ini. U all know kaa!? They are CRYING INSIDE tauu! So..Pls plss & plss!! STOP All ur EGO & STOP all the Gamess!! (tak kisah laa games politik ke, keyboard warrior ka, Anti Vaccine ke, anti-anti segala anti ke atau apa apa yang buli menyulitkan lagi keadaan) Follow SOP & go take care UR family selagi sempat.

Ini masa anda bersama dengan keluarga anda. Biar kami sebagai HCW/Frontliners buat kerja kami untuk hentikan pandemik ini dan doakan kami. I understand the pressure dan feeling yang terjejas dari segi kewangan tu. I BELIEVE Our Govt will try their BEST to think how to solve OR how to HELP. But for now please Give Full Support to END this Fast! Thank you!

Dalam pada itu, jururawat ini sempat memberi nasihat kepada keluarga-keluarga pesakit Covid agar hentikan segala ego dan jangan menyulitkan keadaan di masa pandemik ini. Menurutnya ada keluarga yang tidak menerima pesakit Covid-19 ini selepas pesakit ini sembuh. Sentiasa sokong dan berdoa untuk Malaysia agar terus berjaya melawan wabak ini!

Sumber: Oh Bulan

Pakai sut PPE sampai berjam jam. Frontliners dari negara seberang ini ada yang sampai jatuh terbaring di bawah meja malahan ada yang sesak nafas

Terkini di Indonesia, jumlah kes positif Covid-19 yang direkodkan telah pun mencecah sehingga lebih daripada 300,000 kes. Peningkatan kes positif secara mendadak ini telah menyebabkan para frontlinersnya terpaksa bekerja kers untuk membendung penularan wabak ini. Faktor bilangan penduduknya yang terlalu ramai selain sikap masyarakat yang enggan mematuhi SOP menyebabkan kes positif Covid-19 ini terus meningkat setiap hari.

Tambahan pula, Para frontliners pula menjadi sasaran terpaksa bekerja lebih masa sehingga terpaksa mengrbankan waktu rehat demi membendung pandemik ini. Baru-baru ini, seorang wanita yang bertugas sebagai salah seorang frontliner telah memuat naik sebuah klip video di aplikasi Tik Tok miliknya dengan menggunakan nama akaun @pujiismalita yang menunjukkan keadaan di salah sebuah pusat rawatan di sana.

Menyaring ratusan sampel Covid-19 setiap hari.Rakaman video tersebut jelas menunjukkan frontliners yang masih memakai sut PPE sedang terbaring sampai di bawah meja kerana terlmpau penat bertugas.Malah caption yang ditulis juga menunjukkan bahawa mereka penat disebabkan terpaksa menyaring sampel-sampel Covid-19 yang bertambah setiap hari sehingga mencecah sampai ratusan sampel! Ketika sampel covid setiap hari bertambah dengan jumlah ratusan. Wow, banyak tu. Berjam-jam menyarung sut PPE

Menurut wanita itu lagi, mereka terpaksa memakai sut Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) sehingga berjam-jam lamanya!Hal ini kerana, mereka telah ditugaskan di bahagian makmal dan perlu sentiasa menyarung sut tersebut ketika melaksanakan tugas penyaringan sampel Covid-19 yang diterima.Disebabkan sut tersebut diperbuat daripada bahan-bahan yang tidak menyerap peluh untuk tujuan perlindungan, sudah tentu si pemakainya akan berasa panas dan sesak nafas apatah lagi apabila terpaksa memakainya dalam tempoh waktu yang sangat lama.

Susulan itu, mereka turut mengalami sesak nafas dan kepanasan sehingga ada yang terbaring di lantai kerana tidak tahan panas. Berjam-jam menggunakan hazmat, sesak nafas kami rasakan.Ini adalah pilihan kami.Dalam video tersebut, dia ada juga meletakkan caption yang mengatakan bahawa menjadi seorang frontliners ini adalah sememangnya pilihan mereka.

Sungguh berjasa.Mereka sanggup mengrbankan masa, tenaga dan nyawa demi memastikan pandemik Covid-19 ini dapat dibendung penularannya.Wanita itu juga sempat menitipkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya yang lain supaya tidak berputus asa dan terus gigih melaksanakan tugas mereka. Iya tau, ini adalah pilihan kami. Tetap semangat guys

Kuatkan semangat wahai wira – warganet. Klip video yang berdurasi selama beberapa saat itu berjaya meraih sebanyak lebih daripada 1 juta tontonan.Rata-rata warganet juga turut memberikan komen-komen yang positif dengan memuji ketabahan para frontliners ini dalam mencegah wabak Covid-19.

Terdapat juga komen-komen yang meluahkan rasa simpati melihat keadaan frontliners yang bergelimpangan seperti itu. Apa-apa pun, semoga para frontliners ini dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi daripada wabak Covid-19 ini. -lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *