Penularan Covid 19 di Selangor berada dalam gelombang ketiga. Terkedu Tan Sri Dr Noor Hisham beri kenyataan baru setelah ramai yang mempersoalkan samada PKPB di kawasan ini bersambung atau tidak.

Covid 19 ISU SEMASA

Kementerian Kesihatan (KKM) akan mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya menyambung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang tamat pada 27 Oktober ini jika kes koronavirus (Covid-19) terus meningkat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, buat masa ini kementerian sedang memantau data kes setiap hari bagi melihat sama ada PKPB di negeri berkenaan perlu disambung. “Data itu akan kita sebarkan, masing-masing kita (akan) tahu sama ada perlu sambung (PKPB) atau tidak. Tetapi yang nyata pada 24 Oktober kes semakin meningkat.

“Semalam terdapat 76 kes baharu Covid-19 di Selangor menjadikan jumlah keseluruhan 3,880 kes,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di sini hari ini. Menurutnya, negeri itu mencatatkan kenaikan 1,279 kes positif dalam tempoh 14 hari berbanding pada 11 Oktober lalu yang hanya merekodkan 26 kes baharu dengan jumlah kumulatif 2,601 kes.

“Kenaikan kes juga mengakibatkan jumlah zon merah di negeri Selangor meningkat daripada dua kepada enam daerah dalam tempoh 14 hari. Tiga lagi daerah yang juga zon merah ialah daerah Petaling, Kuala Langat dan Sepang. “Kenaikan paling ketara adalah dalam daerah Hulu Langat (168 kes), Klang (115 kes) dan Gombak (93 kes). Peningkatan kes penularan tempatan di dalam Selangor mula dilihat pada 2 Oktober dan meningkat secara konsisten sehingga ke hari ini,” katanya.

Katanya, penularan Covid-19 di Selangor dalam gelombang ketiga pada mulanya hanya melibatkan kes yang mempunyai sejarah perjalanan dari Sabah melibatkan sembilan kluster, namun kemudian berlaku penularan tempatan melibatkan 35 kluster aktif. “Mulai 11 Oktober, penularan tempatan di Selangor mula mengakibatkan kluster berkaitan tempat kerja dan setakat ini enam kluster dikesan di Selangor,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, majikan bertanggungjawab untuk mengambil tindakan kepada pekerja yang dibenarkan bekerja dari rumah tetapi tidak menjalankan tugas diberikan kerana keluar melakukan aktiviti sosial seperti bersiar-siar dan membeli-belah.

“Contohnya saya berpengalaman duduk di rumah untuk tempoh 14 hari. Pada awalnya mungkin saya rasa duduk rumah tidak banyak kerja tetapi untuk tempoh 14 hari, saya rasa saya kerja 14 hari. “Pukul 8 pagi saya mesyuarat sampai pukul 2 atau 3 (petang), pukul 5 petang Facebook live (siaran langsung sidang media ), lepas pukul 5 petang update (kemas kini) informasi di dalam sosial media sampai pukul 8 atau 9 malam, tiap-tiap hari untuk 14 hari. Tiada masa untuk keluar rumah sebab kita ada Petunjuk Prestasi Utama (KPI),“ katanya.

Menurutnya, tujuan utama bekerja dari rumah supaya lebih ramai duduk di rumah, mengurangkan pergerakan masyarakat dan kebolehjangkitan virus di dalam kawasan PKPB. Beliau juga memohon semua majikan dan pekerja untuk mematuhi ketetapan itu kerana ia akan membantu mengurangkan risiko penularan di kawasan tempat kerja. – Bernama

Terkini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di seluruh Sabah akan dilanjutkan sehingga ke satu tarikh ini dan harap semua ambil perhatian.

PUTRAJAYA, 24 Okt – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Sabah akan dilanjutkan 14 hari lagi bermula 27 Okt sehingga 9 Nov ini, umum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Ketika ini Kementerian Kesihatan (KKM) masih meneruskan saringan secara bersasar kepada penduduk. “Sehingga kini masih terdapat peningkatan kes positif yang tinggi dikesan di kalangan penduduk Sabah,” katanya dalam sidang media khas perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Sebelum ini, kerajaan menguatkuasakan pelaksanaan PKPB selama 14 hari bermula 13 Okt sehingga 26 Okt sahaja. Sementara itu, PKP Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja Tropicana, Petaling Jaya pula akan ditamatkan pada 25 Okt ini seperti yang dijadualkan. Bagaimanapun, asrama tersebut masih lagi tertakluk di bawah peraturan PKPB seluruh Selangor.

Sumber: RTM

Mengejutkan 6 kluster baharu dicatatkan untuk 24 Oktober. Lebih mengejutkan bila KKM dedahkan punca 6 kluster terbaharu yang melibatkan 4 buah negeri ini selepas merekodkan kes paling tertinggi semalam.

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa terdapat 6 kluster baharu dikesan iaitu Kluster Mesra, Kluster Mega, Kluster Kaya, Kluster Bah Kayu, Kluster Baki dan Kluster Kempas.

Kesemua 6 kluster tersebut melibatkan daerah di negeri Sabah, Negeri Sembilan, Selangor dan Johor. Kluster pertama ialah Kluster Mesra yang melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah, kes indeks bagi kluster ini iaitu kes 13, 755 telah dikenalpasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 7 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan

Kluster kedua pula ialah Klsuter Mega yang melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah, kes indeks bagi kluster ini iaitu kes 13, 706 telah dikenalpasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 5 Oktober 2020 dan telah dimasukkan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Kluster ketiga ialah Kluster Kaya, kluster baharu ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, kes indeks bagi kluster ini telah dikenalpasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 24 Oktober 2020 dan dimasukkan ke hospital Sungai Buloh dan Hospital Tuanku Ja’far.

Kluster keempat ialah Kluster Bah Kayu yang melibatkan daerah Gombak di Negeri Selangor dan daerah Titiwangsa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kes indeks bagi klusteri ini iaitu kes 17, 371 telah dikenalpasti positif hasil pulang dari kawasan berisiko tinggi di Sabah pada 13 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke hospital Sungai Buloh.

Kluster kelima pula ialah Kluster Baki yang melibatkan daerah Kuching di Sarawak, kes indeks bagi kluster ini iaitu kes 20, 431 telah dikenalpasti positif hasil saringan individu bergejala pada 17 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Umum, Sarawak.

Kluster terakhir ialah Kluster Kempas melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di negeri Johor, kes indeks bagi kluster ini iaitu kes 24, 447 telah dikenalpasti COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 22 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, SiakapKeli

TERKINI COVID-19: Kes Baru Cecah 4 Angka, 1,228 Kes Dilaporkan Hari Ini

PUTRAJAYA, 24 Okt – Terdapat 1,228 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruan meningkat ke 25,742 kes. Daripada angka tersebut, 889 kes dikesan di Sabah di mana 500 kes melibatkan kluster-kluster termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu.

Selain itu, 254 kes adalah daripada saringan kontak rapat kes-kes positif dan 136 kes lagi daripada lain-lain saringan. Dalam pada itu, sebanyak 671 kes pulih dan dibenarkan discaj semalam, menjadikan angka kumulatif sembuh meningkat ke 16,555 kes bersamaan 64.3 peratus. Daripada jumlah sembuh tersebut, 449 kes adalah di Sabah, 83 di Selangor, 68 di Pulau Pinang. Maklumat lanjut menyusul.

Sumber: KKM

Lama Menunggu Akhirnya Menteri Dedahkan Malaysia Jangkakan Terima Bekalan Covid 19 Awal Tahun 2021. Tapi Golongan Ini Yang Akan Diutamakan Dulu.

PUTRAJAYA – Malaysia dijangka mula memperoleh bekalan vaksin Covid 19 pada suku pertama tahun depan. Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan bersama hari ini, keutamaan akan diberikan kepada petugas barisan hadapan meliputi sektor kesihatan dan keslamatan seperti doktor, jururawat, polis serta petugas pnjra dan imigresen.

“Setakat ini, KKM telah berhubung dengan lapan calon vaksln yang kini berada di peringkat ujian klinikal fasa tiga,” menurut kenyataan dikeluarkan susulan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid 19 (JKJAV) semalam.

MOSTI dan KKM berkata, kerajaan juga sedang memuktamadkan rundingan dengan C0VAX, satu inisiatif antarabangsa dipimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan-rakannya untuk memastikan akses vaksin Covid-19, yang mempunyai sembilan calon vaksin Covid 19 di bawah Global Alliance for Vaccine and Immunisati0n (GAVI).

“Kerajaan akan menyediakan peruntukan kewangan bagi tujuan pembelian vaksin melalui Tabung Covid 19 Kementerian Kewangan,” menurut kenyataan itu. Menurut kenyataan berkenaan, mesyuarat JKJAV yang dipengerusikan secara bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin turut bersetuju membentuk empat jawatankuasa kecil merentasi pelbagai kementerian dan agensi mengikut tugas tertentu.

Jawatankuasa tersebut adalah Polisi Vakslnasi Kebangsaan dan Pemilihan Calon Vaksln Yang Sesuai; Pendaftaran, Logistik dan Pembangunan Vaksin; Kewangan dan Perolehan; dan Komunikasi. “Kerajaan komited untuk mendapatkan keputusan segera bagi perolehan vaksin Covid 19 bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam mendapatkan bekalan vaksin yang diluluskan dan terbukti selamat kelak,” katanya.

JKJAV ditubuhkan bagi memastikan bekalan vaksin Covid 19 diperoleh segera dengan MOSTI dan KKM bertindak sebagai jawatankuasa induk dalam merancang, melaksana dan memantau keseluruhan strategi untuk pembekalan vaksln Covid 19 sehingga pelaksanaan program imunisasi dijalankan. 

Sumber : SinarHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *