Mengejutkan ada pekerja MRT yang disahkan positif Covid 19. Kini pihak Rapid Rail telah keluarkan kenyataan susulan terdapat kes positif di tempat ini dan berikut adalah tindakan mereka.

Covid 19

KUALA LUMPUR – Rapid Rail memaklumkan seorang kakitangan operasi Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Kajang disahkan positif koronavirus (Covid-19) dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh. Rapid Rail dalam satu kenyataan hari ini berkata, kakitangan berkenaan yang bekerja sebagai pengendali tren atau ‘transit officer’ bertugas buat kali terakhir pada Rabu lalu.

Menurut kenyataan itu, Rapid Rail yang menjadi operator untuk MRT laluan Kajang telah melaksanakan kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan tempat kerja staf berkenaan malam tadi. “Selain itu, semua kakitangan yang mempunyai kontak rapat dengan kakitangan berkenaan telah diminta untuk menjalani ujian saringan dan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari seperti yang ditetapkan di bawah prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Semua agensi berkaitan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah dimaklumkan tentang langkah-langkah yang telah diambil,” menurut kenyataan itu. Menurut kenyataan itu, perkhidmatan MRT Laluan Kajang dan semua perkhidmatan pengangkutan awam lain kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) termasuk Transit Aliran Ringan (LRT), monorel, Bas Rapid Transit dan bas henti-henti adalah selamat digunakan.

“Pihak pengurusan dan kakitangan Prasarana khususnya di Rapid Rail dan Rapid Bas telah dilatih untuk menerapkan piawaian dan protokol tertinggi untuk kebersihan dan sanitasi berkaitan Covid-19 selaras dengan garis panduan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan oleh KKM.

“Pengguna diingatkan supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan khususnya pemakaian pelitup muka dengan kemas sepanjang masa, sentiasa mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman serta mengambil suhu badan dan mendaftar dengan aplikasi MySejahtera atau di buku log sebelum memasuki tren, ” katanya.

Katanya, langkah tersebut penting untuk memutuskan rantaian penularan wabak dan memudahkan KKM membuat pengesanan semula sekiranya ada kes positif. “Pihak kami komited menjalankan langkah-langkah yang dapat melindungi kesihatan dan keselamatan penumpang dan juga kakitangan,” kata kenyataan itu.- SinarHarian

Bukan setakat demam batuk dan selesema sahaja simptom jangkitan covid 19 tapi ini juga antara gejala yang dialami dan ramai yang tidak sedar dengan gejala ini.

Kelesuan dan hilang deria bau serta rasa adalah antara simptom jangkitan COVID-19 yang dikesan dalam kalangan pesakit. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ketika ini, gejala yang diketahui umum adalah demam, batuk, selesema, cirit birit serta sesak nafas. Beliau berkata, ada gejala yang ramai tidak sedar iaitu kelesuan serta hilang deria bau dan rasa. “Ada mereka yang ke pejabat apabila diambil suhu ia normal, tetapi mereka ada masalah kelesuan, hilang deria bau serta rasa.

“Itu juga adalah gejala yang tidak kita maklum. Adalah penting kalau kita ambil tindakan, jika kita ada gejala yang nyata seperti demam dan batuk, kita pakai topeng muka dan jangan datang ke pejabat. “Sebelum ini, pada mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ada pegawai yang datang, tidak ada gejala yang nyata seperti batuk, demam tetapi ada gejala kelesuan, kebetulan mereka yang menghadiri mesyuarat itu perlu menjalani ujian saringan, beliau didapati positif,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini sebelum ini.

Justeru, Dr Noor Hisham berkata, walaupun ada mesin dan alat untuk mengukur suhu, tidak semestinya suhu yang normal itu, tidak ada gejala. Selain itu, beliau meminta pemilik premis dan pejabat yang menggunakan alat pengesan suhu badan mematuhi syarat dan peraturan penggunaannya bagi memastikan suhu badan yang diukur tepat. “Suhu badan manusia sihat adalah antara 36.6 hingga 37.2 darjah selsius,” katanya diminta mengulas laporan media mengenai pengambilan suhu itu jika ia benar-benar mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.-BHONLINE

Ramai yang bertanyakan bilangan penumpang yang boleh menaiki pengangkutan awam ketika PKPB. Ini had yang dikenakan dan harap semua maklum.

Kuala Lumpur: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kekal beroperasi dengan kapasiti penuh pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini, hari ini. Ketua Hal Ehwal Media Prasarana, Azhar Ghazali berkata, operasi bas, monorel, Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) beroperasi seperti biasa dari 6 pagi sehingga tengah malam.

“Tinjauan seawal 6 hingga 9 pagi dilihat jumlah penumpang tren adalah seperti biasa namun mungkin berlaku sedikit penurunan berikutan ada syarikat yang memilih pekerjanya bekerja dari rumah. “Prasarana masih mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) ketat sama seperti ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya ketika tinjauan pengangkutan awam di sini, hari ini.

Menurutnya, kesemua penumpang perlu mengamalkan kawalan kendiri ketika menggunakan perkhidmatan awam. “Semua penumpang perlu bertanggungjawab dan sama-sama membantu mengekang penularan wabak Covid-19 dengan memakai pelitup muka dengan betul dan bukannya jadikan ia sekadar syarat.

“Penumpang juga digalakkan kurangkan bercakap ketika menggunakan perkhidmatan awam bagi mengurangkan kebolehjangkitan virus,” katanya. Azhar Ghazali berkata, mengimbas kod MySejahtera atau mencatat nama dalam buku, mengesan suhu badan serta pemakaian pelitup muka masih lagi menjadi SOP wajib sebelum menaiki perkhidmatan awam.

Mengulas pemeriksaan surat pelepasan keluar bekerja penumpang, Azhar Ghazai berkata, pihaknya belum menerima arahan untuk berbuat demikian. “Setakat hari ini tiada arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk pihak kami memeriksa surat pelepasan keluar bekerja penumpang memandangkan MRT melalui laluan Selangor dan Kuala Lumpur.

“Walaupun begitu, pihak kami sentiasa bersedia dengan apa-apa arahan baru kerajaan terutama dalam membantu mengurangkan pergerakan keluar masuk atau merentas daerah dalam dua minggu PKPB ini,” katanya. Sementara itu, Pegawai Khidmat Pelanggan Syarikat Telekomunikasi, Farah Mahmud, 26, berkata, jumlah penumpang hari ini lebih ramai tidak seperti PKPB terdahulu.

“Malah, di pasar raya juga tiada pembelian panik kerana rata-rata rakyat sudah bersedia dan mempunyai pengalaman. “Saya sendiri sentiasa mengamalkan kawalan kendiri ketika menaiki pengangkutan awam dengan memakai pelitup muka dengan betul dan tidak duduk atau berdiri terlalu rapat dengan penumpang yang lain,” katanya.- HMETRO

Ramai takut menggunakan pengangkutan awam disebabkan takut penularan wabak covid 19. Oleh itu ini penjelasan mengenai penggunaan pengangkutan awam ketika musim covid 19 sekarang.

Sejak penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia pada awal tahun ini, masyarakat dinasihatkan untuk tidak disarankan untuk berkumpul dan bersesak-sesak terutamanya di tempat awam. Hal ini menyebabkan pengguna tetap pengangkutan awam lebih cenderung merasa takut untuk menggunakan perkhidmatan tersebut kerana sering berada dalam situasi sesak dan padat dengan para penumpang. Tambahan pula, angka kes jangkitan kebelakangan kembali mencecah tiga angka semamangnya merisaukan rakyat Malaysia.

Ramai gusar, lebih rela memandu sendiri…. Tak dinafikan, sebenarnya majoriti rakyat Malaysia terutama yang menetap di Ibu Kota masih lagi dibelenggu kegusaran untuk menaiki pengankutan awam, tatkala dunia masih berjuang dengan wabak pandemik ini.

Disebabkan itu, ramai dilihat mengambil langkah lebih berjaga-jaga dengan menaiki kenderaan untuk menjaga keselamatan kendiri. Sejak penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia pada awal tahun ini, masyarakat dinasihatkan untuk tidak disarankan untuk berkumpul dan bersesak-sesak terutamanya di tempat awam.

Hal ini menyebabkan pengguna tetap pengangkutan awam lebih cenderung merasa takut untuk menggunakan perkhidmatan tersebut kerana sering berada dalam situasi sesak dan padat dengan para penumpang. Tambahan pula, angka kes jangkitan kebelakangan kembali mencecah tiga angka semamangnya merisaukan rakyat Malaysia.

Sebenarnya tak perlu risau pun sebab… Kalau nak tahu, kebarangkalian yang bermain di fikiran mungkin dapat dielakkan jika semua pihak memainkan peranan mereka dengan telus dan serius! Pengguna pengagkutan awam dinasihatkan untuk tidak perlu bimbang menggunakan perkhidmatan berkenaan kerana sistem kebersihan sudah dipertingkatkan secara menyeluruh.

Susulan penularan COVID-19, penyedia pengangkutan awam mengambil langkah pencegahan melalui kawalan kebersihan secara berkala bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pengguna. Kerja-kerja pembersihan dan nyahkuman dilakukan lebih kerap termasuklah di eskalator, lif dan kaunter tiket yang menjadi tempat tumpuan awam.

Hidup Norma Baharu, semua diwajibkan pakai mask! Untuk pengetahuan, mulai 1 Ogos 2020 pelitup separuh muka wajib dipakai di dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum, dengan orang ramai. Boleh dikenakan denda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988), sekiranya ada individu didapati gagal membuat sedemikian.

Amalankan langkah pencegahan kendiri. Walaupun sudah dilaksanakan pelbagai cara demi keselamatan penumpang, indiviu dinasihatkan untuk mengamalkan langkah pencegahan yang mudah dan perlu diamalkan ketika berada di dalam pengangkutan awam. Senang je! Cuba tengok ni…

Tak kisahlah korang naik train, Monorel, Mrt, Brt, Bas atau e-hailing sekalipun, jadikan pembudayaan norma baharu serta langkah pencegahan sebagai satu kebiasaan ketika berada di luar. Hanya melaksanakan beberapa langkah mudah, ia mampu menyelamatkan nyawa kita semua. Mulai hari ini, kitalah wira negara. Kita semua frontliner!

Sumber: OhMyMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *