Jangan ambil risiko kunjungi pusat beli belah dalam keadaan sekarang disebabkan ini yang akan terjadi. Pakar Psikologi Kaunseling dedahkan punca masyarakat masih mengunjungi pusat beli belah walaupon kes makin meningkat.

Covid 19

SHAH ALAM – Berani mengambil risiko dan tiada halangan mengunjungi pusat membeli-belah antara faktor yang menyebabkan orang ramai tetap mengunjunginya dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya serta Sabah.

Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Saad berkata, mereka mempunyai alasan tersendiri untuk mengunjungi pusat membeli-belah antaranya membeli keperluan harian, menghilangkan tekanan dan bosan.

“Mereka berani mengambil risiko mengunjungi pusat membeli-belah kerana melihat ramai pesakit wabak koronavirus (Covid-19) gelombang ketiga selamat. Ketakutan terhadap penyakit ini juga tidak seperti gelombang pertama dan kedua penularan Covid-19.

“Ramai yang tidak takut kerana kebanyakan mereka yang dijangkiti Covid-19 selamat, malah mereka yang menghadap ilahi akibat Covid-19 pula adalah daripada golongan mereka yang berisiko kerana mengalami penyakit kr0nik seperti kncing manis. Ini menyebabkan mereka mengambil mudah mengenainya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Bagaimanapun, Dr Fauziah berkata, mereka perlu mengikuti dan mematuhi garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka, menjaga penjarakkan fizikal dan sentiasa mencuci tangan seperti mana yang ditetapkan oleh pihak berkuasa ketika berada di pusat membeli-belah.

“Kita tidak boleh menghalang mereka ke pusat membeli-belah kerana tidak ada penguatkuasaan untuk masuk ke sana. Berkaitan urusan ekonomi dan perniagaan pula, kerajaan tidak dapat tutup pusat membeli-belah. “Jadi rakyat Malaysia perlu prihatin untuk menjaga keselamatan dan membantu kerajaan mengurangkan kos perubatan dengan memutuskan penyebaran Covid-19.

“Semua orang tahu penularan Covid-19 akan mengambil masa yang lama untuk pulih, maka kita perlu menyokong tindakan kerajaan. Sekiranya ada dalam kalangan mereka yang demam dan selesema, mereka perlu ada kesedaran sivik untuk berada di rumah, jangan sebarkannya,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pada masa kini ramai pembeli tidak lagi mengunjungi pusat membeli belah kerana bimbang jangkitan Covid-19.

“Banyak peniaga yang beroperasi di pusat membeli belah sebenarnya mengeluh bahawa perniagaan mereka agak lembap. “Sentimen tidak mengunjungi pusat membeli belah ini dijangka berlarutan sehingga ke akhir tahun ini selagi lengkuk jangkitan Covid-19 tidak berjaya dilandaikan dan tiada vaksin untuk Covid-19,” katanya.

Justeru katanya, kerajaan perlu meneruskan inisiatif di bawah pelan rangsangan ekonomi seperti bantuan sara hidup, subsidi upah dan dana kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memastikan kadar pengangguran terkawal serta PKS masih mampu meneruskan perniagaan mereka. Pelaksanaan PKPB berkuat kuasa di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sejak 14 Oktober lalu selama 14 hari, sementara di Sabah bermula dari 12 Oktober hingga 26 Oktober ini.- SINARHARIAN

Terkini Tesco Extra Mutiara Damansara diarahkan tutup mulai hari ini disebabkan ada beberapa pekerjanya sudah disahkan positif. Ini kenyataan mengenai kes tersebut dan harap semua berwaspada

Pertambahan kes Covid-19 di Malaysia saban hari amat membimbangkan. Terbaharu, Tesco Extra Mutiara Damansara ditutup sementara mulai hari ini. Keputusan itu dibuat selepas 7 pekerja di situ disahkan positif Covid-19. Menurut laporan Sinar Harian, 7 pekerja terbabit adalah antara 53 rakan sekerja yang berkemungkinan kontak rapat kepada kes pertama yang direkodkan di pasar raya berkenaan pada 14 Oktober lalu dan kesemua mereka telah melakukan kuarantin kendiri di rumah sebelum menjalani ujian Covid-19.

2 daripada berdepan dengan pelanggan, 4 yang lain berkerja tidak melibatkan berdepan dengan pelanggan, manakala seorang lagi di pusat membeli-belah. Tesco Malaysia secara sukarela telah mengambil inisiatif menutup sementara cawangan mereka di Mutiara Damansara bagi memberi laluan kepada swab test dilakukan ke atas semua rakan sekerja dan penyewa pasar raya terbabit yang bakal melibatkan kira-kira 500 individu.

Dalam pada itu, kerja-kerja nyahkuman dan pembersihan untuk kali kedua akan dilakukan esok (25 Oktober) selepas yang pertamanya dilakukan pada 14 Oktober lalu. Tesco Extra Mutiara Damansara akan kembali beroperasi selepas semua keputusan ujian raka sekerja dan penyewa diperoleh serta selepas proses nyahkuman selesai.- LOBAKMERAH

Lepas pusat beli belah the curve disahkan ada kes positif covid 19. Terkini ada lagi satu pusat beli belah di Kuala Lumpur pula yang terkesan dengan covid 19 apabila ada kakitangannya didapati positif covid 19.

Sebelum ini, seorang kakitangan penyewa di pusat beli-belah di SOGO Kuala Lumpur didapati positif Covid-19 berdasarkan keputusan ujian yang dikeluarkan pada Jumaat lalu. Perkara itu dimaklumkan oleh pihak pengurusan SOGO Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi SOGO Malaysia semalam.

”Pihak pengurusan SOGO Kuala Lumpur dengan dukacitanya ingin memaklumkan bahawa salah seorang kakitangan penyewa kami di Tingkat 7 SOGO Kuala Lumpur – All IT Hypermarket, telah didapati positif dalam ujian COVID-19 pada 16/10/2020 (Jumaat),” katanya.

Susulan itu, pihak pengurusan telah menglambil langkah-langkah pencegahan dengan melakukan penutupan serta-merta seluruh tingkat 7 bagi melakukan kerja-kerja sanitasi. Untuk makluman, tingkat bawah LG sehingga tingkat 6 SOGO Kuala Lumpur masihy beroperasi seperti biasa. Manakala, tingkat 7 akan dibuka semula kerpada pengunjung bermula hari ini (18 OKtober 2020) kecuali All IT Hypermarket yang dirtup sehingga notis selanjutnya.

PENGUMUMAN!! Pihak pengurusan SOGO Kuala Lumpur dengan dukacitanya ingin memaklumkan bahawa salah seorang kakitangan penyewa kami di Tingkat 7 SOGO Kuala Lumpur – All IT Hypermarket, telah didapati positif dalam ujian COVID-19 pada 16/10/2020 (Jumaat). Dengan perkembangan terbaru ini, pihak kami telah pun mengambil langkah-langkah keselamatan awam dengan segera dalam usaha menghadkan sebarang potensi berisiko. Pihak kami juga bekerja secara rapat bersama pihak-pihak berkenaan dengan mengambil langkah-langkah yang diperlukan.

Kami akan meneruskan langkah-langkah pencegahan dan berjaga-jaga kerana keselamatan dan kesejahteraan para pekerja dan orang awam adalah keutamaan kami. Untuk makluman, Tingkat Bawah LG sehingga Tingkat 6, SOGO Kuala Lumpur beroperasi seperti biasa. Kekal bersih, kekal selamat!

Sumber: SOGO Malaysia

The Curve pula catat kes positif Covid-19

PETALING JAYA: The Curve di Mutiara Damansara, Petaling Jaya menjadi pusat beli-belah terbaru merekodkan kes positif Covid-19. Dalam kenyataan di Instagram, pengurusan pusat beli-belah itu berkata, seorang pekerja di butik kasut, Foot Solutions, disahkan positif virus itu pada 16 Okt.

Butik itu terletak di aras bawah berdekatan zon tengah (center court). “Ketika menerima keputusan ujian saringan, pihak berkenaan memaklumkan kepada pengurusan The Curve. “Susulan itu, semua pekerja Foot Solutions menjalani ujian saringan serta-merta dan disahkan negatif. Mereka kini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari,” menurut kenyataan itu.

The Curve berkata, semua pekerja butik berkenaan dibenarkan kembali bekerja selepas memperoleh keputusan negatif pada ujian ke-2 pada penghujung tempoh kuarantin dan setelah menerima kebenaran daripada pihak pengurusan The Curve. Pusat beli-belah itu turut menjalani proses pembasmian kuman di seluruh kawasan selepas pukul 10 malam tadi dan beroperasi seperti biasa jam 10 pagi ini.

Terdahulu 2 pusat beli belah di Lembah Klang, iaitu 1 Utama dan Mid Valley, turut merekodkan kes positif Covid-19. Lonjakan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini menyaksikan kebanyakan pusat beli belah lengang berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB). Orang ramai digesa berada di rumah seboleh mungkin dalam tempoh itu bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak berkenaan.- FreeMalaysiaToday

Baru dapat sahkan kes COVID19 melibatkan salah seorang kakitangan outlet di Pusat Beli Belah 1 Utama. Menurut kenyataan di FB mereka gunakan cara ini untuk kenalpasti individu terbabit

Pusat beli belah 1 Utama sebentar tadi memaklumkan bahawa salah seorang kakitangan outlet di Pusat Perkhidmatan Mac City (Lot S330, Tingkat 2 1 Utama) telah dijangkiti COVID-19.Menurut kenyataan yang dikeluarkan di Facebook, hasil siasatan mendapati kakitangan itu tidak memasuki premis pusat beli-belah tersebut sejak 30 September lalu dan bercuti pada 1 Oktober.

“Kami telah mengesan pintu yang dimasuki olehnya ke pusat beli-belah dan Pusat Perkhidmatan Mac City dan mengesahkan bahawa suhunya berada pada bawah 37.5 Celcius. Dia kini berada di bawah jagaan hospital kerajaan,” kata mereka dalam satu kenyataan.Langkah-langkah mitigasi awal dan langkah-langkah keselamatan masyarakat juga telah diaktifkan dengan cepat untuk mengawal sebarang potensi risiko.-siakapkeli

Bukan sahaja pusat beli belah 1Utama yang diarahkan tutup. Terkini satu lagi tempat di Petaling Jaya diarahkan tutup gara gara ada individu yang telah disahkan positif Covid 19.

Sebelum ni Kerajaan Selangor mengarahkan pusat membeli belah 1 Utama ditutup sementara tapi sekarang tempat ni pula yang diarahkan tutup untuk elak penularan covid 19. Jadi kalau nak tau, jom kita baca sampai habis tentang isu covid 19 di tempat tempat ini dan jangan lupa untuk LIKE DAN SHARE PAGE KUCING MEDIA ONLINE untuk info yang lebih menarik.

Kuala Lumpur: Pusat beli-belah 1Utama, Bandar Utama dan Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya ditutup esok, berikutan sembilan individu disahkan positif Covid-19. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencn Daerah Petaling, Johary Anuar berkata, penutupan itu bagi tujuan membuat saringan kontak rapat dan proses nyahkuman.

“Sehingga kini terdapat empat kes positif di pusat beli-belah 1Utama membabitkan tiga pekerja dan seorang pengunjung premis. “Manakala lima kes positif Covid-19 membabitkan pekerja kelab golf Tropicana dilaporkan setakat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, pekerja yang didapati positif itu dari Bahagian Kosmetik dan Wangian, aras bawah Parkson Elite serta Mac City, aras dua.

Justeru, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mengunjungi dua tempat berkenaan pada 30 September hingga 7 Oktober (Bahagian Kosmetik dan Wangian) serta pada 25 September hingga 30 September (Mac City) untuk tampil membuat saringan Covid-19. “Pejabat Kesihatan Daerah akan melakukan saringan kesihatan di One Utama pada 14 dan 15 Oktober bermula jam 9 pagi sehingga 2 petang.

“Keutamaan proses saringan adalah kepada kontak rapat kes sahaja iaitu pengunjung premis pada tarikh dinyatakan itu,” katanya. Bagaimanapun, Johary berkata, individu bergejala sebelum tarikh saringan itu diminta ke fasiliti kesihatan berdekatan dengan kadar segera untuk pemeriksaan dan rawatan. 1 Utama diarah tutup lepas pekerja, pengunjung positif Covid-19

Kerajaan Selangor mengarahkan pusat membeli belah 1 Utama ditutup sementara bermula esok (11 Oktober) setelah empat kes positif Covid-19 dikesan di sana. Perkara itu diumumkan Pegawai Daerah Petaling merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencna Daerah Petaling, Johary Anuar dalam satu kenyataan hari ini.

Kes positif pertama di pusat membeli belah itu dilaporkan pada 5 Oktober, melibatkan seorang pekerja Mac City Service Centre, manakala kes kedua pada 8 Oktober melibatkan seorang pekerja Parkson Elite. Menurut Johary, dua lagi kes telah dilaporkan melibatkan pekerja dan pengunjung.

Dia juga memohon sesiapa yang mengunjungi bahagian kosmetik dan wangian Parkson Elite (aras bawah) antara 30 September hingga 7 Oktober, serta mereka yang ke Mac City (aras dua) antara 25 September hingga 30 September, untuk membuat ujian saringan Covid-19. “Pejabat Kesihatan Daerah Petaling akan melakukan saringan kesihatan Covid-19 di 1 Utama pada 14 dan 15 Oktober, bermula jam sembilan pagi hingga dua petang.

“Keutamaan proses saringan adalah kepada kontak rapat kes sahaja, iaitu pengunjung premis pada tarikh yang dinyatakan,” katanya. Mereka yang bergejala sebalum tarikh saringan boleh ke kemudahan kesihatan berdekatan dengan kadar segera untuk pemeriksaan dan rawatan, katanya lagi.

Selain itu, Johary juga memaklumkan penutupan Tropicana Golf Club & Country Resort di Petaling Jaya selepas lima pekerja di sana positif Covid-19. “Penutupan bermula pada 11 Oktober bagi tujuan membuat saringan untuk semua kontak rapat dan melakukan proses nyahkuman,” katanya lagi.- malaysiakini


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *