Bila saya nak masuk saya perasan ada orang. Sebak pemandu grab ini kongsikan kisah menyayat hati sehingga membuat guru ini tersentak dengan kisah sebenar yang dilaluinya.

Covid 19 Viral

SETIAP perkara yang berlaku ada hikmahnya. Seperti pengalaman seorang guru yang terpaksa menggunakan perkhidmatan e-hailing kerana keretanya dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Selepas membuat tempahan GrabCar sebaik sahaja selesai sesi persekolahan, guru berkenaan cuba masuk ke tempat duduk penumpang di hadapan.

“Tapi itulah bila saya nak masuk saya perasan ada orang. Pemandu bagi isyarat minta saya duduk belakang. Masuk-masuk saya perasan rupa-rupanya yang duduk sebelah abang tu budak sekolah. “Masih pakai baju sekolah. Siap ada buku kat tangan. Tapi budak tu tidur. Mungkin penat sangat seharian kat sekolah,” tulis guru tersebut di halaman Facebook Muhammad Yusof.

Selepas berbual pendek mengenai destinasi yang dituju, suasana di dalam kereta menjadi sunyi sepi sebelum guru itu kembali bersuara bertanyakan beberapa soalan kepada pemandu itu. “Lama dah bawa Grab bang? Saja saya tanya. Dia senyap kejap. Lepas tu dia jawab, sejak saya kena buang kerja cikgu.

“Allah, Allah, saya rasa saya dah tersalah tanya soalan ni. Lepas tu saya minta maaf. Dia kata tak apa,” kata Muhammad Yusof. Perbualan mereka tidak berhenti setakat itu apabila pemandu tersebut pula membuka ceritanya yang diberhentikan kerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tanpa mengulas lanjut mengenai pekerjaannya. “Lepas itu dengan simpanan yang ada dia cuba berniaga pasar malam. Tapi tak jalan juga. Lepas itu dia bawa Grab, sampailah sekarang. Bolehlah tampung-tampung mana yang patut, dia kata,” katanya.

Walaupun mungkin PKP ni menjejaskan periuk nasi dia sekeluarga tapi dia tak abai tanggungjawab untuk didik anak

Namun, kehadiran kanak-kanak yang tertidur di tempat duduk penumpang hadapan masih menimbulkan tanda tanya. “Anak ke bang? Saya tanya siapa budak sebelah dia. “Ya cikgu, penat sangat kot. Saya tak mampu nak sewa van cikgu, jadi sambil saya buat Grab ni bolehlah saya hantar dia pergi dan balik. Kasihan juga dia pagi-pagi dah kena bangun nak ikut jadual saya.

“Budak tadi masih tidur. Penat sangat agaknya kat sekolah. Tapi itulah yang buat saya kagum penat-penat dia, buku masih ada kat tangan. Maksudnya sambil-sambil dia naik kereta tu, dia masih nak baca buku. Bagusnya budak tu,” ujar Muhammad Yusof. Setibanya di destinasi, guru tersebut memberikan bayaran sebanyak RM20 bagi tambang berharga RM6, dan pemandu itu kemudian mahu memulangkan baki.

“Saya kata tak apa, bagi kat anak abang. Dia ucap terima kasih banyak kat saya,” katanya. Berdasarkan pertemuan singkat perjalanan dari sekolah ke bengkel, terdetik di fikiran Muhammad Yusof mengenai cara pemandu itu mendidik anaknya.

“Walaupun mungkin PKP ni menjejaskan periuk nasi dia sekeluarga tapi dia tak abai tanggungjawab untuk didik anak. Dan paling penting pelajaran anak, dia tak lupa. “Kita yang masih cukup makan, cukup pakai, boleh bayar ansuran rumah, bersyukurlah banyak-banyak sebab kat luar sana masih ramai yang tengah struggle nak cari sesuap nasi,” katanya sambil mendoakan pemandu itu sekeluarga dimurahkan rezekinya.- MSTAR

Lebih lima tahun kerja di awan biru tapi terpaksa dibuang kerja dan akhirnya lelaki ini tekad untuk ubah kehidupannya dengan ceburi bidang baru.

TUGAS di awan biru selama lebih lima tahun berakhir buat seorang pemuda gara-gara impak daripada pandemik Covid-19. Pramugara berkenaan pada mulanya tidak menyangka dirinya menjadi salah seorang kakitangan di sebuah syarikat penerbangan yang ditamatkan perkhidmatannya pada bulan ini.

Namun, tidak mahu terus ‘terduduk’ dengan perkhabaran mengejutkan itu, pemuda tersebut mula memikirkan langkah seterusnya untuk meneruskan kehidupan. Bercakap kepada mStar, Mohd Fahmi Alwi berkata, dia tidak menyangka perkongsiannya mengenai berita sedih itu di laman sosial meraih banyak perhatian.

Pemuda berusia 30 tahun itu berkata, tugas penerbangan terakhirnya adalah pada September selepas syarikat penerbangan mula beroperasi sejak Jun lalu. “Memang sedih sebab inilah pekerjaan tetap pertama saya selepas tamat belajar. Mula-mula tu ‘terduduk’ juga sampai berkurung dalam bilik selama dua hari sebab sedih sangat. “Saya juga suka fly kerana selain menimba banyak pengalaman, kerjaya ini juga memberi peluang kepada saya untuk membeli kereta dan rumah sendiri,” katanya.

Paling menyentuh emosi Mohd Fahmi apabila rezeki menerusi kerjayanya sebagai kru kabin memberi peluang untuk dia mengerjakan ibadah haji bersama ibu di tanah suci Makkah, pada tahun lalu. “Ibu jugalah yang paling memberi sokongan kepada saya ketika waktu sukar ini. Ibu tanya kenapa tidak gunakan kemahiran yang saya ada daripada belajar di universiti dulu.

“Walaupun ibu selama ini menganggap kerjaya saya di awan biru begitu berisiko tetapi dia tetap memberi semangat kepada saya untuk tidak berputus asa dan terus berusaha,” ujarnya. Dengan kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor pada 2014, Mohd Fahmi mengorak langkah dengan mengusahakan fisioterapi untuk penilaian, rawatan dan pemulihan.

Pemuda berasal dari Klang itu memberitahu, dia sebenarnya telah mula menawarkan perkhidmatan itu sebelum ini bagi menjana pendapatan sampingan. “Selain servis fisioterapi, saya juga telah memulakan khidmat rawatan muka awal bulan ini. Malahan, saya telah menjalani latihan selama dua bulan lalu. “Saya menyedari kesan pandemik dalam industri penerbangan. Jadual tugasan saya juga semakin berkurangan sehingga memberikan saya banyak masa untuk aktiviti lain.- MSTAR

Dalam pesawat, kru kabin melayan kerenah penumpang, buat spa pun kena layan kerenah pelanggan. Semua ini adalah cabaran.

MOHD FAHMI ALWI

“Daripada saya duduk diam, baik saya lakukan sesuatu sebab bukannya saya boleh dapat duit dengan duduk saja,” kata anak kelima daripada enam beradik itu. Menurut Mohd Fahmi, spa rawatan muka dilakukan di kediamannya di Sepang mahupun di rumah pelanggan di kawasan sekitar termasuk Cyberjaya dan Nilai, Negeri Sembilan.

Berkongsi pengalaman, dia pernah menerima mesej daripada wanita yang mahu mendapat khidmat spa rawatan mukanya. “Servis ini dibuat di rumah, maka saya katakan rawatan ini hanya untuk pelanggan lelaki. Jadi, saya cadangkan wanita untuk mencari servis yang ditawarkan oleh wanita.

“Namun cabaran untuk saya apabila ada pelanggan dah buat temujanji, tapi tak muncul pun. Saya call dan mesej, pelanggan tu terus senyap. “Dalam pesawat, kru kabin melayan kerenah penumpang, buat spa pun kena layan kerenah pelanggan. Semua ini adalah cabaran dan dugaan saya untuk mencari rezeki,” katanya.

Seorang lelaki ini telah kongsikan pengalaman yang dihadapinya setelah terpaksa bertukar pekerjaan disebabkan pandemik covid 19.

Selain dari kisah diatas, pemuda ini turut alami benda yang sama. Sejak wabak Covid-19 yang semakin menular, ramai pihak terpaksa berhadapan dengan kerugian yang tinggi apabila kebanyakkan daripada mereka telah dibuang kerja oleh majikan masing-masing.

Perkara ini tidak hanya memberi kesan kepada mereka, bahkan kepada keluarga yang turut mengalami kerugian. Baru-baru ini, tular sekeping foto yang dimuat naik oleh @JohnnyLudwig99 dimana terdapat seorang lelaki yang melakukan beberapa pekerjaan. Menerusi Tweet berkenaan, dia telah berkata “Untuk bertahan hidup dari Lion Air menjadi Grab Driver. Semangat luar biasa yang penting halal”.

Jika dilihat berdasarkan gambar tersebut, lelaki berkenaan adalah merupakan seorang juruterbang bagi sebuah syarikat penerbangan. Oleh disebabkan faktor kemelesetan ekonomi yang berlaku gara-gara Covid-19, lelaki ini terpaksa melakukan satu lagi pekerjaan baharu iaitu dengan melakukan penghantaran makanan menerusi syarikat Grab demi mencari rezeki.

Bukan itu sahaja, lelaki terbabit juga sempat mengambil beberapa foto ketika dirinya memakai baju juruterbang dan juga sebagai penghantar makanan. Ternyata, situasi tersebut telah membuatkan ramai warga netizen berasa simpati dengan nasib lelaki terbabit di samping terdapat sesetengah daripada mereka yang turut memberikan kata-kata semangat buat lelaki berkenaan. Posting itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 8.2 ribu ulang kicau menerusi laman akaun Twitter terbabit. “Tabik dekat abang ni…”. “Hidup mesti diteruskan…”

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *