Baru sahaja dibenarkan beroperasi bagi pusat beli belah 1 Utama. Terkini seorang staff telah disahkan positif covid 19 di satu cawangan 1Utama dan ini puncanya.

Covid 19

Baskin-Robbins (B-R) Malaysia dalam satu kenyataan media yang dimuat naik di laman facebooknya sebentar tadi memaklumkan seorang kakitangannya dari B-R One Utama dilaporkan positif COVID-19. Menurut kenyataan itu lagi, kali terakhir kakitangan berkenaan bertugas adalah pada 22 Oktober lepas, dan kini menerima rawatan di hospital kerajaan.

Sebaik sahaja dimaklumkan bahawa staff tersebut mempunyai simptom-simptom jangkitan, kemudian staff itu dilepaskan dari tugas dan diarahkan menjalani kuarantin. Sehubungan itu, B-R telah mengambil beberapa tindakan segera antaranya menutup cawangan B-R One Utama sementara waktu untuk kerja-kerja disinfeksi selain mengarahkan kontak rapat mangsa untuk menjalani saringan dan kuarantin. Kenyataan penuh B-R boleh dirujuk dibawah.

Sumber: Buskin-Robbins Malaysia

Kluster aktif terbesar di Selangor dah tular sampaii ke generasi keenam. Mengejutkan pengawal keselamatan paling ramai yang disahkan positif covid 19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya semalam memberitahu Kluster 1 Utama yang sedang mengganvs di Selangor kini merupakan kluster aktif terbesar di negeri tersebut. Malah lebih mengejutkan, kluster tersebut sudah menular hingga ke lapisan enam generasi, lapor Malaysiakini.

Sungguhpun kluster tersebut sudah mencatatkan 194 kes positif COVID 19, Dr Noor Hisham memberi jaminan yang pusat membeli-belah tempat kluster itu bermula kini sudah bebas daripada wabak tersebut. Malah 1 Utama, Petaling Jaya juga sudah mula membuka perniagaannya beberapa hari lalu

Bila ditanya mengapa pusat beli-belah tersebut sudah boleh beroperasi semula selepas 6 hari terpaksa ditutup berbanding pasar Bandar Lama Petaling yang ditutup dalam tempoh lebih lama setelah kes positif dikesan, Dr Noor Hisham menjawab, kes baru Kluster 1 Utama dikesan antara kontak rapat dan bukan pengunjung pusat beli-belah tersebut.

“Apabila anda mendapat jangkitan di pusat beli-belah, anda akan kembali ke rumah anda. Kemudian anda akan mula menjangkiti rakan anda, keluarga anda dan sebagainya. “Jadi sekarang jangkitan itu sudah melibatkan generasi keenam, itu bukan hanya generasi pertama (kes dari pusat membeli-belah). Tetapi mereka (yang) pulang ke rumah dan kemudian menjangkiti orang lain. Ini telah menyebabkan enam generasi kes,” katanya.

Tambahnya lagi, pembersihan dan pembasmian kuman juga telah dilakukan di pusat beli-belah tersebut. Jadi 1 Utama dijamin sudah bebas daripada virus tersebut. Menurut laporan, Kluster 1 Utama telah mencatatkan 9 kes baru semalam yang menjadikan kes terkumpul sebanyak 194 kes. Daripada 194 kes itu, 176 adalah kes aktif yang sedang dirawat sementara 18 lagi telah pulih. Tiada pemergian direkodkan daripada kluster ini. Risau bila dengar pasal kes makin meningkat ni… haih stay safe semua! 

Pihak One Utama menolak dakwaan 63 kes positif covid 19. Jumlah kes sebenar telah didedahkan melalui satu kenyataan ini selepas individu yang terlibat menjalani ujian saringan

Sebelum ini dikatakan kluster one utama disahkan mempunyai 63 kes positif namun itu bukanlah jumlah yang sebenar. Dakwaan tersebut telah dikeluarkan oleh pihak One Utama sendiri setelah tular isu tersebut. Jadi kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai perkara itu, bolehlah baca selanjutnya di bawah dan jangan lupa untuk like dan share page kami Kucing Media Online untuk info yang menarik dan berguna.

Disebabkan ada desas desus mengatakan bahawa pusat membeli belah 1 Utama mencatatkan 63 jumlah kes positif Covid-19, 1 Utama Shopping Centre tampil memberikan keterangan menerusi laman Facebook mereka untuk menepis khabar angin tersebut dan menceritakan hal sebenar. Merujuk kepada laporan Jawatankuasa Pengurusan Bncana Daerah (JBPD) Petaling bertarikh 14 Oktober 2020 berkenaan dengan kes Covid-19 di 1 Utama, mereka menjelaskan bahawa ianya disalah tafsir.

Dakwaan yang mengatakan kes Covid-19 yang datang daripada 1 Utama itu tidak benar. Pihak mereka telah menjalankan ujian saringan kepada 6,000 orang termasuk penyewa dan pekerja selama 2 hari (11-12 Oktober 2020) dan ia telah mencatatkan sebanyak 21 kes positif Covid-19. 20 orang yang terdiri daripada staff dalam mall dan seorang lagi terdiri daripada pihak pengurusan. Kesemua 21 kakitangan ini telah dikuarantinkan dibawah pengawasan KKM.

Dalam pada itu, 1 Utama juga perjelaskan bahawa laporan JBPD yang mengatakan 44 kes positif daripada pengawal keselamatan pusat membeli itu disalah erti. “44 kes positif pengawal keselamatan yang disebutkan dalam laporan JBPD Petaling TIDAK berasal dari 1 Utama dan bukan merupakan sebahagian daripada 6,000 ujian saringan besar-besaran yang kami jalankan.”

Ketika diberitahu oleh KKM bahawa ada 1 pengawal keselamatan disahkan positif, pihak 1 Utama meminta semua pengawal di bawah syarikat tersebut untuk diuji semula. Sebelum ini JBPD ada melaporkan bahawa 1 Utama mencatatkan 63 kes, dimana 1 kes terdiri daripada kakitangan bahagian pengurusan, 12 kes staff, 44 pengawal keselamatan dan 3 kes datang daripada pengunjung.- LobakMerah

Kluster One Utama: 63 kes positif.

Kompleks beli-belah One Utama telah ditutup untuk 14 hari bermula 11hb Oktober 2020 lanjutan daripada terdapat empat kes positif Covid-19, tiga melibatkan pekerja dan satu kes pengunjung. Bagaimanapun, Pegawai Daerah Petaling Johary Anuar memaklumkan setakat jam 12.00 tengah hari ini, terdapat 63 kes positif Covid-19 melibatkan “Kluster Kompleks Beli Belah One Utama.”

“Yang mana 59 kes daripadanya melibatkan kes di daerah Petaling dan baki empat kes adalah di luar daerah Petaling,” katanya pada satu kenyataan hari ini. Menurut Johary yang juga pengerusi jawatankuasa pengurusan bncana daerah, sejumlah 6,000 orang pekerja kompleks telah disaring oleh pengurusan Kompleks Beli Belah One Utama dan sehingga kini dilaporkan 16 orang pekerja telah disahkan positif covid-19.

“Saringan juga telah dijalankan dikalangan pekerja keselamatan dan didapati 44 orang pekerja keselamatan disahkan positif jangkitan covid-19. “Saringan pengunjung ke kompleks One Utama telah bermula pada 14hb Oktober 2020, dan seramai 110 orang pengunjung telah disaring,” katanya. Oleh yang demikian, jelas Johary pengurusan Kompleks Beli Belah One Utama diminta meneruskan saringan ke atas semua pekerja.

“Pekerja yang positif akan dirawat di hospital, dan kontak kepada pekerja positif perlu dikuarantin selama 14 hari dan menjalani saringan susulan sebelum diberi pelepasan. “Pihak pengurusan kompleks juga perlu memastikan syarikat keselamatan melantik pekerja keselamatan yang baru. Pekerja keselamatan yang dilantik juga bukan terdiri daripada kontak rapat kepada kes-kes positif pekerja keselamatan.

“Semua pekerja keselamatan yang baru perlu menjalani ujian saringan covid-19 sebelum mula bekerja,” katanya lagi. Pecahan kes menurut jawatankuasa bncana daerah adalah seperti berikut: 1) Pekerja Pengurusan Kompleks : Satu kes. 2) Pekerja kompleks : 15 kes (12 kes daerah Petaling dan tiga kes luar daerah). 3) Pekerja keselamatan : 44 kes.4) Pengunjung : Tiga kes (dua kes daerah Petaling dan satu kes luar daerah).

Untuk rekod, Kementerian Kesihatan berkata terdapat lima kes baru dalam 24 jam hingga tengah hari hari ini menjadikan 27 kes keseluruhan bagi “Kluster Utama”. Punca perbezaan ini tidak jelas. Malaysiakini telah meminta penjelasan dari Kementerian Kesihatan mengenai perkara itu. Pekerja Tesco Extra Mutiara Damansara diuji positif

Mengenai Kluster Bah Tropicana yang melibatkan Tropicana Golf & Country Resort pula, Johary berkata terdapat 25 kes setakat ini. Ini merangkumi tujuh kes awal yang kembali dari Semporna, Sabah dan 18 dari kontak rapat mereka.

Dalam perkembangan berasingan, Tesco Extra Mutiara Damansara yang berdekatan berkata pekerja pelatih yang bekerja di pasar raya besar telah diuji positif Covid-19. Oleh itu, Tesco berkata akan membersihkan dan membasmi kuman pasar raya besar itu semalaman dan akan dibuka semula pada pukul 10 pagi esok.

Pemberitahuan itu disiar di laman Facebook Tesco pada jam 8 malam tadi, tetapi seorang pelanggan memberitahu Malaysiakini bahawa kedai itu terus beroperasi selepas notis itu diposkan. Ketika dihubungi, kakitangan perkhidmatan pelanggan Tesco mengesahkan pasar raya itu terus beroperasi sehingga pukul 10 malam ini. Bagaimanapun, pelanggan itu mengadu bahawa dia secara tidak sengaja terus membeli-belah di pasar raya besar itu dan hanya diberitahu oleh seorang rakan selepas itu mengenai kes Covid-19 dikesan di sana.

Sumber: MalaysiaKini

Mengagumkan pusat beli belah One Utama taja ujian saringan secara percuma kepada pekerja mereka. Lebih mengejutkan apabila jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan mereka dibayar oleh pihak itu sendiri. Ini jumlahnya.

Hampir semua pusat beli belah di sekitar Lembah Klang dipercayai terlibat dengan kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan pengunjung mahupun kakitangan. Turut terkena tempias adalah One Utama Shopping Centre, Damansara. Setelah diarahkan tutup pada 11 Oktober susulan terdapat dua kes positif Covid-19 sepanjang minggu tersebut. Pihak pengurusan mengambil langkah drastik dengan menyediakan perkhidmatan swab test secara percuma kepada semua kakitangan mereka. Wow!

This image has an empty alt attribute; its file name is c-11-300x162.jpg

Berita baik ini dimaklumkan melalui akaun Facebook rasmi pusat beli belah tersebut dan memberitahu ini merupakan kali pertama mereka melaksanakan swab test secara besar-besaran. Taja RM1.5 swab test untuk 6000 pekerja Melalui posting yang sama, One Utama Shopping Centre telah berjaya menjalankan ujian ini kepada 6000 kakitangan daripada lebih 700 outlet di dalam pusat beli belah tersebut.

Apa yang mengejutkan lagi adalah jumlah perbelanjaan bagi kesemua kit ujian swab itu bernilai RM1.5 juta dan dibiayai sendiri oleh pihak mereka. Sesi swab test ini telah dijalankan kepada semua pekerja dalam tempoh hampir 20 jam selama dua hari iaitu pada 10 dan 11 Oktober. Seramai 10 doktor dan ahli perubatan turut bekerjasama dengan pihak pengurusan dalam menjayakan ujian ini.

Pihak One Utama juga menzahirkan permohonan maaf jika terdapat penangguhan sehingga ada di antara pekerja yang perlu menunggu lebih lama daripada masa yang dijadualkan. Mereka turut memberi sokongan penuh kepada para pemilik outlet untuk terus bertahan dan berharap agar premis mereka boleh beroperasi semula. Terbaiklah! Harap dengan usaha murni ini keselamatan dan kebajikan pekerja juga terjaga. Semoga kita bebas dari Covid-19 dan boleh sambung shopping. Yeay!

Sumber: LobakMerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *