Alhamdulillah Niena Baharun selamat melahirkan anak keduanya dan lebih menarik lagi ada satu keajaiban antara anaknya sekarang dan anak sulung mereka.

artis

Pelakon Datin Niena Baharun menimang cahaya mata keduanya selepas selamat melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur semalam. Menurut Niena atau nama sebenarnya, Amaniena Kamarul Baharun, 27, anak keduanya itu berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan anak sulung lelakinya. “Syukur Alhamdulillah! Allah Maha Pengatur. Pada tarikh yang sama, tempat yang sama dan doktor yang sama Dr. Seri.

“‘Our little girl is born, 24.10.2020’. Terima kasih untuk segala doa dan ucapan daripada anda semua,” katanya. Berita gembira itu dikongsikan Niena menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya awal pagi tadi. Dalam hantaran tersebut, Niena turut berkongsi sekeping foto yang memaparkan dirinya di dewan bersalin bersama suami, dan anaknya.

Niena mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Aliff Firdaus Abdul Halim pada 1 Februari 2018. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan anak sulung, Adiel Mikael yang kini genap usia dua tahun semalam.

Kredit foto: Instagram Niena Baharun

“Insya-Allah Dah Jadi Abang Adiel” – Niena Baharun Hamil 3 Bulan Anak Kedua

Pelakon Datin Niena Baharun berkongsi berita gembira memaklumkan dirinya kini sedang mengandung anak kedua. Perkara itu dikongsikan Niena menerusi kenyataan balasnya terhadap komen pengikutnya di Instagram menerusi satu posting yang dimuat naik semalam.

“Haah, alhamdulillah, tapi haritu tak sah lagi. “Insya-Allah dah jadi abang Adiel (anak sulung). Terima kasih. “Baby sebelum PKP lagi,” jawab Niena menerusi beberapa komen yang meminta pengesahan sama ada benar dirinya kini sudah berbadan dua. Sementara itu, Niena ketika dihubungi Gempak memaklumkan usia kandungannya kini sudah berusia tiga bulan.

“Alhamdulillah, baru je lagi, tiga bulan lebih,” katanya menerusi kiriman WhatsApp. Terdahulu, Niena menerusi posting tersebut turut berkongsi foto dan video dirinya yang berada dalam perjalanan untuk membuat pemeriksaan bayi.

Dalam entri tersebut, Niena memberitahu, suaminya mempersoalkan tindakannya yang mengenakan solekan walaupun hanya untuk membuat pemeriksaan bayi dalam kandungan. “Checkup Baby. Pagi tadi tengah nak bersiap dekat meja solek, suami tanya ‘you nak mekap-mekap beria kenapa? Kita nak gi checkup baby je’,” ceritanya menerusi ruangan kapsyen.

Niena mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Aliff Firdaus Abdul Halim pada 1 Februari 2018. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan anak sulung, Adiel Mikael yang kini menginjak usia dua tahun. Dalam pada itu, jangan lupa saksikan drama lakonan Niena Baharun di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang. Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!- GEMPAK

Suami keutamaan Niena

Selepas hubungan cinta yang terjalin sejak enam tahun lalu diikat dengan tali pernikahan dalam majlis di kampung halamannya Kota Bharu, Kelantan pada 1 Februari lalu, pelakon Niena Baharun, kini fokus terhadap suami tercinta. Majlis pernikahannya dengan ahli perniagaan, Aliff Firdaus Abdul Hadim berlangsung di Masjid Sultan Ismail Petra itu dihadiri keluarga dan kenalan terdekat saja.

Pasangan itu mengadakan majlis persandingan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Sabtu lalu. Niena berkata, sebagai isteri, keutamaannya kini adalah tanggung jawab sebagai isteri dan bukannya dunia lakonan. Namun, Niena yang mula dikenali menerusi drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz tidak bercadang untuk berhenti berlakon serta-merta.

“Saya dan suami ada berbincang mengenai kerjaya seni saya. Dia tidak menghalang, bagaimanapun sebagai isteri sudah tentu saya wajib memberi keutamaan terhadap rumah tangga dibina. “Jika ada tawaran berlakon, saya akan meneliti watak dan jadual penggambaran supaya sesuai dengan status sebagai seorang isteri. Jika tempoh penggambarannya lama, kasihan pula dengan suami yang ditinggalkan,” katanya.

Bercerita mengenai percintaan mereka, Niena berkata, dia sudah lama mengenali Aliff ketika dia baru tiba di Kuala Lumpur untuk mengejar cita-citanya sebagai pelakon. “Kami berkenalan selepas diperkenakan seorang rakan. Kami sebenarnya merancang bernikah tahun lalu, tetapi disebabkan kekangan kerja membuatkan rancangan ditunda ke bulan ini,” katanya.

Tiada niat rahsia pernikahan. Niena juga menjelaskan dia tidak berniat langsung untuk merahsiakan majlis pernikahannya, sebaliknya kerana mahu mendahulukan perkara yang wajib dan masa sesuai membuatkan dia dan suami memutuskan tidak mahu lagi menangguh perkara baik.

“Disebabkan itu juga hanya keluarga dan sahabat terdekat saja yang datang di majlis itu. Hanya pada majlis resepsi Sabtu lalu kami menjemput semua pihak,” katanya. Bercerita mengenai perancangan berbulan madu, Niena berkata, buat masa ini mereka belum boleh ke mana-mana kerana terikat dengan urusan kerja.

“Tambahan pula suami perlu memberikan tumpuan kepada perniagaan yang sudah disusun. Namun, kami memasang niat untuk menunaikan ibadah haji sambil berbulan madu. Kalau boleh dalam tahun ini juga,” katanya.

Sudah berkahwin tak semestinya tak popular. Ditanya mengenai pandangan umum yang sering meletakkan artis sudah berkahwin akan hilang populariti, Niena tidak pernah melihat dari sudut itu. Menurutnya, tujuan asal dia menjadi pelakon bukanlah mahu mengejar populariti, tetapi lebih kepada minat.

“Saya berlakon kerana minat, tetapi jika kita memberikan persembahan terbaik, peminat menggemarinya dan populariti akan datang sendiri. “Soal tidak lagi popular dan kurang mendapat tawaran kerana status sebagai isteri adalah tidak benar. Saya bercakap daripada pemerhatian saya sendiri apabila sekarang ini ramai juga artis yang sudah berkahwin masih aktif berlakon.

“Tidak keterlaluan saya katakan ada antara pelakon wanita berstatus isteri ini menjadi bertambah popular selepas mendirikan rumah tangga. Tambahan pula rezeki setiap manusia sudah ditetapkan Allah. Apa yang penting apabila tawaran itu datang kita berikan lakonan yang bagus dan sebaik mungkin,” katanya.

Mahu anak ramai. Niena dan suami belum merancang untuk memperoleh cahaya mata dalam masa terdekat kerana mahu menikmati hidup berdua sebagai suami isteri. “Bagaimanapun, itu hanya perancangan, tetapi secara peribadi saya memang saya tidak sabar mahu menjadi ibu. Lagi cepat lagi bagus.

“Namun, saya serahkan kepada rezeki Allah. Saya sendiri memang suka kanak-kanak dan jika ada rezeki saya mahu anak ramai. Meriah! Saya mengharapkan umum terutama peminat mendoakan yang baik-baik buat saya dan suami,” katanya. Pada malam persandingan itu, Niena dan Aliff kelihatan cantik dan segak dalam persalinan tradisional rekaan Cosry.

“Memang saya sendiri memilih konsep perkahwinan secara tradisional dengan memilih songket sebagai persalinan pengganti. Begitu juga dengan hiasan pelamin dan dewan. Lagipun ia memang dekat dengan budaya tradisi kita,” katanya.-HMETRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *