Terkini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di seluruh Sabah akan dilanjutkan sehingga ke satu tarikh ini dan harap semua ambil perhatian.

Covid 19

PUTRAJAYA, 24 Okt – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Sabah akan dilanjutkan 14 hari lagi bermula 27 Okt sehingga 9 Nov ini, umum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Ketika ini Kementerian Kesihatan (KKM) masih meneruskan saringan secara bersasar kepada penduduk. “Sehingga kini masih terdapat peningkatan kes positif yang tinggi dikesan di kalangan penduduk Sabah,” katanya dalam sidang media khas perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Sebelum ini, kerajaan menguatkuasakan pelaksanaan PKPB selama 14 hari bermula 13 Okt sehingga 26 Okt sahaja. Sementara itu, PKP Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja Tropicana, Petaling Jaya pula akan ditamatkan pada 25 Okt ini seperti yang dijadualkan. Bagaimanapun, asrama tersebut masih lagi tertakluk di bawah peraturan PKPB seluruh Selangor.

Sumber: RTM

Kerajaan Sabah minta Majlis Keselamatan Negara lanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Rupa rupanya ini punca yang berlaku yang menyebabkan ramai tidak senang duduk.

Kerajaan Sabah memohon agar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini dilanjutkan lagi hingga ke satu tempoh baharu yang akan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata permohonan berhubung perkara itu sudah diserahkan kepada MKN selepas mengambil kira situasi penularan COVID-19 yang masih tinggi di Sabah.

“Terpulang kepada MKN untuk memutuskan berapa lama tempoh PKPB baharu itu. Begitu juga dengan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang PKPB, ia mungkin diteliti semula,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan semasa COVID-19 di Sabah, di sini, malam ini. Masidi berkata demikian ketika ditanya sama ada PKPB di seluruh negeri selama dua minggu sekarang yang akan berakhir pada 26 Oktober ini, disambung atau sebaliknya.

Semalam Sabah mencatat 528 kes baharu positif COVID-19 dengan lapan pemergian menjadikan kumulatif kes hingga hari ini sebanyak 10,396 kes dengan 5,830 kes aktif dan masih dirawat di wad seluruh negeri. Ibu negeri kekal kawasan tertinggi merekodkan kes positif COVID-19 sebanyak 228 kes, termasuk 144 kes direkodkan di Kluster Penjra Kepayan.

Masidi berkata, 26.7 peratus daripada pesakit positif COVID-19 yang dikesan di Sabah tidak menunjukkan sebarang gejala jangkitan virus berkenaan. Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kewangan II Sabah, menafikan wujud cadangan untuk menempatkan hanya pesakit positif COVID-19 berumur bawah 90 tahun di pusat rawatan rapi hospital.

Sebaliknya, beliau berkata pesakit dari semua peringkat umur yang memerlukan rawatan rapi akan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan fasiliti perubatan yang lain. Beliau turut menjelaskan cadangan rawatan di rumah bagi pesakit tertentu yang dinyatakan sebelum ini dibuat jika sesuai dan membabitkan jangkitan semua ahli keluarga.

Bagaimanapun, katanya pelaksanaan pendekatan rawatan itu memerlukan pesakit lebih berdisiplin bagi mengelak penularan selain perlu mematuhi sepenuhnya SOP Kementerian Kesihatan. “Kaedah rawatan di rumah ini memerlukan seseorang itu berkurung sendirian dalam bilik berasingan bagi mengelak jangkitan kepada ahli keluarga lain tetapi lebih mudah jika ia membabitkan sebuah keluarga yang disahkan dijangkiti COVID-19,” katanya.

Dalam hal berkaitan, Masidi berkata, kerajaan negeri akan mencari kaedah terbaik bagi memastikan semua individu yang diberikan permit rentas daerah benar-benar sihat. Katanya, langkah itu bagi memastikan tiada individu membawa virus berkenaan ketika dibenarkan merentas daerah berikutan kebimbangan wujud penularan kes di kawasan tertentu yang berpunca daripada individu diberikan permit rentas daerah.

Ketika ini, polis melaksanakan larangan rentas daerah di seluruh negeri, namun membenarkan individu yang mendapat permit atau kebenaran polis untuk berbuat demikian atas alasan tertentu. Mengenai bantuan kerajaan, setakat ini, katanya kerajaan negeri sudah memperuntukkan RM50 juta untuk bantuan bakul makanan kepada penduduk terjejas di 25 daerah.

“Setakat hari ini, kita sudah membelanjakan RM26.7 juta dengan anggaran RM1 juta bagi setiap daerah untuk bantuan bakul makanan. “Selain itu, kita turut menerima bantuan kerajaan Pusat sebanyak RM50 juta dan ia akan digunakan secara berperingkat untuk membantu rakyat di seluruh negeri,” katanya.

Setakat hari ini, katanya sebanyak 77,396 bakul makanan sudah diagihkan kepada rakyat yang terjejas di seluruh negeri. Mengenai jangkitan terhadap murid dan pelajar sekolah yang dilaporkan di Sabah, katanya pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Jabatan Pendidikan negeri. Bagaimanapun, katanya beliau percaya jangkitan membabitkan warga sekolah itu berpunca dari luar memandangkan ketika ini semua sekolah di Sabah ditutup berikutan pelaksanaan PKPB.-BHONLINE

Dikatakan 69.2 peratus jangkitan di Selangor tiada kaitan dengan mereka yang pulang dari Sabah. Dr Noor Hisham akhirnya beri sebab musabab kenyatan itu dikeluarkan

Sejak penghujung September lepas,ternyata gelombang ketiga COVID19 menyaksikan kes wabak itu di Selangor meningkat secara mendadak susulan kemasukan dan kepulangan pengunjung dari Sabah. Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster pertama dilaporkan di Selangor adalah Kluster Jalan Apas pada 28 September, melibatkan keluarga yang baru pulang dari Sabah.

Menurut beliau,peningkatan kes penularan tempatan di Selangor mula dilihat pada 2 Oktober dan terus meningkat secara konsisten sehingga ke hari ini. “Daripada 26 kluster aktif dicatatkan di Selangor,lapan kluster adalah mempunyai kaitan dengan pengembara pulang dari Sabah.” Pertambahan kes dan kluster baharu setiap hari di Selangor juga berikutan kepadatan penduduk dan kadar pergerakan penduduk yang tinggi,”katanya pada sidang media perkembangan COVID19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mengenai kes baharu di negeri itu, Dr Noor Hisham berkata terdapat pertambahan 132 kes positif hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Selangor kini sebanyak 3,489 kes.Katanya daripada jumlah kes baharu itu, 84 kes adalah daripada kluster sedia ada termasuk lapan kes dari kluster yang berkaitan dengan sejarah perjalanan pulang dari Sabah.

Bagi 26 kluster aktif  di Selangor, beliau berkata 18 daripadanya adalah kluster jangkitan tempatan termasuk sembilan kluster berkaitan rapat dengan penularan di tempat kerja dan satu kluster dikaitkan dengan tempat membeli belah awam.

Sebanyak 18 kluster aktif di Selangor (69.2%) adalah kluster jangkitan tempatan dan 8 kluster (30.8 %) adalah mereka yang pulang dari Sabah. Ini bermakna 69.2% jangkitan di Negeri Selangor tiada kaitan dgn mereka yang pulang dari Sabah. Virus Covid-19 sudah ada di persekitaran komuniti kita.

“Kluster Utama adalah kluster Covid-19 terbesar di Selangor ketika ini dengan jumlah kes positif sebanyak 194,” katanya.Dalam perkembangan lain, Ketua Pengarah Kesihatan itu memaklumkan terdapat satu lagi kluster baharu dikenal pasti hari ini di Kota Belud, Sabah, iaitu Kluster Kertang.

Kata beliau kes indeks bagi kluster itu (kes ke-17623) dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 14 Okt dan dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Projek Perumahan Rakyat Taman Seri Bayu, Kota Belud.“Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 19 lagi kes positif COVID-19.Sehingga 20 Okt, seramai 216 individu telah disaring dengan 20 kes positif COVID-19 dan 195 individu negatif,” katanya.Sumber: Bernama , DG Noor Hisham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *