Terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia keluarkan kenyataan akan berdepan dengan detik getir akibat Covid 19 di kawasan ini dan gesa pemimpin negara untuk buat sesuatu.

Covid 19 Dunia Infomaklumat ISU SEMASA

Geneva: Negara-negara di hemisfera utara kini berdepan detik sukar dalam melvwan penularan Covid-19, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Menurut organisasi itu, terdapat banyak negara di bahagian berkenaan yang kini menyaksikan lonjakan kes baharu.

Tempoh beberapa bulan lagi akan menjadi amat getir dan sebahagian daripada negara berkenaan berada di landasan yang buruk,” kata Ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sidang media secara maya. Beliau berkata, terlalu banyak negara berkenaan kini merekodkan peningkatan kes baharu Covid-19 dan ia menyebabkan kapasiti unit rawatan rapi di negara berkenaan menghampiri atau melebihi kapasiti.

“Kita menggesa pemimpin negara untuk mengambil langkah sewajarnya untuk mengelak lebih ramai yang terkrban,” katanya. Covid-19 sudah menjangkiti hampir 42 orang dan 1.1 juta orang kes pemergian sejak pertama kali dikesan di China, Disember tahun lalu, berdasarkan kiraan AFP.

Maria Van Kerkhove, yang mengetuai pasukan teknikal Covid-19 WHO pula berkata, situasi amat membimbangkan di Eropah apabila hampir separuh kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu adalah dalam kalangan negara di benua berkenaan. “Kita bukan sahaja melihat peningkatan kes di banyak bandar di Eropah, tetapi kapasiti unit rawatan rapi juga akan menghampiri maksimum dalam masa beberapa minggu lagi,” katanya.- HMETRO

Sesuatu dianggarkan akan berlaku pada penghujung tahun 2021. Pertubuhan Kesihatan Sedunia minta semua bersiap sedia hadapi lonjakan Covid 19.

Kuala Lumpur: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada kerajaan di negara wilayah Pasifik Barat termasuk Malaysia untuk bersiap sedia mendepani peningkatan Covid-19 sebelum vaksin tersedia dianggarkan pada penghujung 2021. Pengarah Kcmasan Wilayah WHO untuk Pasifik Barat Dr. Babatunde Olowokure berkata meskipun negara-negara berkenaan sudah melakukan yang terbaik berbanding wilayah lain, sikap dan kelemahan dasar menyebabkan lonjakan.

“Ini terutama disebabkan tidak mengikut arahan, pengecualian atau kelonggaran seperti membiarkan perhimpunan ramai dalam keadaan berisiko tinggi,” katanya pada sidang media maya sesi ke-71 Jawatankuasa Wilayah hari ini. Beliau berkata sekatan pergerakan tidak akan berfungsi kerana ia perlu disertai “langkah-langkah untuk mengekang virus” seperti penjarakkan sosial, memakai pelitup muka dan amalan kebersihan yang baik.

“Harus ada sejumlah langkah pengawalan yang semuanya dilaksanakan secara bersama,” ujarnya. Pengarah wilayah WHO Pasifik Barat Dr. Takeshi Kasai pula mengatakan kerajaan mesti mencari strategi jangka panjang yang mampan apabila rakyat mula bosan untuk mematuhi protokol pandemik. “Selama virus ini beredar di dunia, tidak akan ada negara yang aman. Dan tidak ada tanda-tanda menunjukkan virus itu akan hilang dengan cepat,” katanya.

Langkah-langkah itu merangkumi peningkatan kewaspadaan, pengesanan yang pantas, ujian dan mengasingkan kes, memperbaiki sistem kesihatan masyarakat selain melindungi golongan yang lemah. Katanya, perniagaan perlu meneroka kaedah untuk beroperasi sambil meminimumkan risiko, manakala masyarakat perlu mengamalkan langkah-langkah pencegahan.

Tambahnya, adalah menjadi kewajiban kerajaan untuk membabitkan kerjasama antara perniagaan dan orang ramai di samping mengurangkan penularan. “Saya tahu ia tidak mudah untuk dilakukan. Tetapi semakin aktif kita mencipta kebiasaan baharu, saya rasa kita dapat memajukan ekonomi dan kehidupan masyarakat,” katanya. WHO Pasifik Barat merekodkan jumlah jangkitan dan pemergian paling rendah setakat ini, dengan beberapa pulau Pasifik tidak mencatat kes.

Covid-19 sudah menjangkiti lebih 633,000 orang dan mengambil lebih 13,000 nyawa di rantau ini. Ini adalah kali pertama anggota Jawatankuasa Wilayah WHO Pasifik Barat bermesyuarat secara maya. Semasa mesyuarat tahunan itu, semua anggota dijangka membincangkan kerangka untuk imunisasi, penuaan yang sihat dan operasi yang selamat dan berpatutan.

Sumber: HMETRO

Pandemik covid 19 kini memasuki fasa yang membimbangkan. mengejutkan ketua pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia bongkarkan sesuatu mengenai vaksin Covid 19.

GENEVA: Sebanyak 184 negara dan ekonomi bergabung di bawah COVAX, sebuah inisiatif antarabangsa dipimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan-rakannya untuk memastikan akses vaksin COVID-19 yang adil dan berkesan di seluruh dunia, lapor agensi berita Xinhua.

“COVAX mewakili portfolio terbesar vaksin COVID-19 dan kaedah paling berkesan untuk memastikan vaksin dapat dikongsi dengan selamat dan berkesan di seluruh dunia,” kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang media maya di sini. “Berkongsi vaksin secara adil adalah cara terpantas untuk melindungi masyarakat yang berisiko tinggi, menstabilkan sistem kesihatan dan mendorong pemulihan ekonomi global yang berkesan,” tambahnya.

Sebagai antara negara utama dalam pembangunan vaksin, China secara rasmi bergabung di bawah COVAX, langkah yang disifatkan jurucakap Kementerian Luar China sebagai penting untuk menegakkan konsep komuniti kesihatan bersama bagi semua dan komitmen menjadikan vaksin COVID- 19 membawa kebaikan kepada masyarakat awam global.

Pada sidang media sama Tedros berkata pandemik COVID-19 kini memasuki “fasa yang membimbangkan.” Kedatangan musim sejuk di hemisfera utara dan lonjakan dalam jumlah kes baharu, Tedros memberi amaran beberapa bulan akan datang bakal menjadi lebih sukar, terutama di Eropah dan Amerika Utara.

“Oleh itu, penting kepada semua kerajaan untuk menumpukan seluruh perhatian kepada asas utama yang membantu memutuskan rantaian penularan demi untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan,” kata Tedros.

Ketika dunia sedang berjuang membendung pandemik COVID-19, negara di seluruh dunia berlumba-lumba mencari vaksin. Menurut laman web WHO, pada 19 Oktober, terdapat 198 vaksin percubaan yang dibangunkan di seluruh dunia dan 44 daripadanya kini di peringkat ujian klinikal. – BERNAMA

Terkini ubat antivirus ini yang digunakan untuk merawat pesakit Covid 19 disahkan tidak lagi berkesan dan ia turut beri kesan yang lain.

Ubat antivirus remdesivir didapati tidak berkesan dalam merawat pesakit Covid-19 malah tidak membantu mengurangkan kes pemergian akibat wabak itu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kajian klinikal oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu ‘Solidarity trial’ turut membuktikan ubat anti malaria hydroxychloroquine, serta ‘lopinavir’ dan ‘ritonavir’, tidak berkesan dalam merawat pandemik itu.

“Jadi kita dapat simpulkan, remdesivir tak berkesan untuk kita merawat pesakit Covid-19 dari tiga sudut iaitu pemergian, kemasukan ke hospital atau keperluan bantuan pernafasan. “Dulu kita tiada bukti yang kukuh, tetapi hari ini kita sudah ada kajian. Bukan hanya di Malaysia tapi ia juga membabitkan negara yang di bawah payung WHO,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian mengenai perkembangan terkini Covid-19 di Putrajaya, hari ini. Sebelum ini, remdesivir, hydroxychloroquine, lopinavir dan ritonavir digunakan bagi rawatan pesakit Covid-19.

Namun berdasarkan kajian, kata Noor Hisham, pihaknya mendapati ubat dexamethasone berkesan untuk menghalang radang paru-paru dan memberikan hasil positif terhadap pesakit. Katanya, kajian klinikal berkenaan membabitkan pesakit Covid-19 dari 30 negara termasuk Malaysia.- HMETRO

Dah baca? Jangan lupa like & Share Page Kami Kucing Media Online untuk lebih banyak info dan kisah menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *