Sekian lama menyepi. Akhirnya Hafreez Adam dedahkan ciri gadis idamannya sekarang walaupon sebelum ini tular isu pernah ada hubungan bersama Zara Zya.

artis

Trauma berjauhan dengan keluarga selama tiga bulan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan pelakon Hafreez Adam, 30, mengambil keputusan menyewa kediaman lebih selesa semata-mata mahu membawa ibu dan adik beradiknya tinggal bersama. Sepanjang PKP, Hafreez berkata, dia langsung tidak bertemu dengan ibu dan adik beradiknya, sedangkan hampir saban minggu mereka meluangkan masa bersama, sebelum ini.

Hafreez berkata, dia menumpang di rumah penyanyi, Ariz Forteen dan keluarganya yang terletak di Bangi berikutan kediaman bujangnya yang terletak di Semenyih jauh daripada kemudahan. “Saya menumpang di rumah keluarga Ariz selama tiga bulan. Ariz dan keluarganya melayan saya dengan baik.

“Keluarganya memahami keadaan saya yang tinggal sendirian dan kawasan tempat tinggal pula tiada perkhidmatan penghantaran makanan, memandangkan tidak sempat pulang ke kediaman keluarga di Wangsa Maju,” katanya kepada BH Online.

Hafreez Adam pernah menumpang rumah teman baiknya, Ariz Forteen selama tiga bulan ketika fasa PKP. – Foto IG Hafreez Adam. Takut keadaan sama berulang, Hafreez berkata, dia nekad mencari kediaman lebih selesa sekitar ibu kota. Seandainya PKP dilaksanakan semula, keluarganya sudah berada di sisi dan tidak perlu bimbang berjauhan dengan mereka dalam tempoh yang lama.

“Sejujurnya, tempoh tiga bulan ini paling lama saya tidak bertemu dengan keluarga. Saya hanya dapat berjumpa keluarga beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri. Saya bimbang sekiranya tidak dapat berjumpa mereka. “Saya mempunyai gangguan kebimbangan, jadi saya elak keluar rumah kerana takut dijangkiti COVID-19 sepanjang PKP. Saya bimbang dan mengelak keluar rumah bersendirian, sebaliknya ditemani adik atau kakak.

“Saya tidak tahu mengapa, tetapi perasaan ini sudah lama wujud. Jika keluar bersendirian saya akan mudah gelabah seolah-olah diperhatikan,” kata Hafreez. Hafreez berkata, ada rakan yang menyarankan supaya bertemu dengan pakar psikologi, malah hampir mengatur temu janji, namun membatalkan hasrat kerana tidak mahu bergantung kepada ubat.

Sebelum ini, pelakon Hikayat Cinta Si Pematah Hati dan Puteri Yang Ditukar itu pernah membuat pendedahan mengalami tekanan mental pada 2013, bagaimanapun merawat penyakitnya secara sendiri tanpa bergantung ubat. Sementara itu, berkongsi perkembangan kerjaya seni, Hafreez berkata, dia masih masih ligat menerima tawaran lakonan. Namun, ada yang menyangka kerjaya seninya mula dingin disebabkan cerita mengenainya kurang digembar-gemburkan.

“Saya sebenarnya sedang menjalani penggambaran drama D3rita Untuk Bahagia sebanyak 30 episod untuk siaran Astro. “Alhamdulillah, setakat ini, tawaran lakonan tidak pernah terhenti sejak penghujung tahun sehingga kini saya sudah pun menjayakan tiga buah drama.

“Saya akui agak senyap sepanjang tempoh PKP hingga tempoh tamat. Kehidupan saya hanya berulang alik dari rumah ke lokasi penggambaran. Ia menjadi rutin, saya mengelak menghadiri majlis kerana risau dengan keadaan COVID-19. “Tambahan pula, sekarang angka jangkitan COVID-19 semakin meningkat. Saya lebih gemar duduk di rumah, muhasabah diri dan belajar mengenai kehidupan. Saya terlalu banyak menghabiskan masa di tempat kerja hingga rakan mula menjauh, jadi saya cuba refleks diri untuk mencari di mana kekurangan dan tidak hanya menyalahkan orang lain,” katanya.

Berkongsi kisah peribadi, Hafreez yang pernah bertunang dengan pelakon, Zara Zyaa pada Oktober lalu, namun ikatan yang tersimpul terlerai dalam tempoh sebulan berkata, dia tidak pernah menutup pintu hati untuk mana-mana wanita. Tidak kisah dijodohkan dengan orang biasa mahupun artis, Hafreez berkata, apa yang penting, wanita itu haruslah memahami kerjayanya sebagai pelakon, terutama sekiranya perlu bergandingan dengan pelakon wanita lain.

“Saya tak mencari, tetapi tidak menafikan, ada yang cuba mendekati. Bagaimanapun, bukan bermakna saya berhenti berusaha, cuma jadual kerja saya agak padat. Masa saya banyak dihabiskan antara lokasi dan rumah, jadi agak sukar untuk memikirkan soal hati buat masa sekarang. “Andai ditakdirkan bertemu pengganti yang bukan di kalangan warga seni, saya cuma mengharapkan dia faham dengan kerjaya sebagai pelakon yang perlu bergandingan dengan pelakon wanita.

“Saya tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan golongan selebriti, tetapi jika boleh, saya ingin mencari wanita yang ceria, suka tertawa dan berfikiran terbuka. “Mungkin kesilapan pada perhubungan yang lalu berpunca daripada masalah komunikasi. Justeru, saya tidak mahu mengulangi kesilapan sama. Dahulu, saya suka memendam dan semakin lama, keadaan menjadi tidak terkawal. Jadi, saya tidak mahu lagi bersikap sedemikian,” katanya.

Belajar kesilapan perhubungan lalu, Hafreez berkata, dia enggan terlalu berkongsi kisah peribadi dalam laman sosial seandainya ditakdirkan bertemu seseorang yang istimewa dalam hidupnya. “Saya tidak akan berahsia jika ada insan istimewa dalam hidup, tetapi saya tak mahu terlalu berkongsi dalam media sosial,” katanya.- BHONLINE

Alami masalah melibatkan kesihatan dan masalah keluarga. Hafreez Adam bongkarkan masalah yang dihadapinya dan isu keluarganya yang membuatkan dia alami satu masalah ini

Terbaru Pelakon Hafreez Adam, 30, mengakui memang kemunculannya seakan tnggelam timbul dalam kerjaya seni, namun yang pasti hingga kini dia tetap aktif berlakon. Hafreez atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan berkata sejujurnya, untuk tahun ini dia sudah menyiapkan tiga drama untuk stesen TV. “Saya akui memang jarang muncul dalam acara hiburan atau di tempat umum hingga menyebabkan diri dianggap tnggelam timbul dalam industri selama ini.

“Bagaimanapun, tawaran berlakon masih ada, namun memang sikap saya yang selesa memilih duduk di rumah jika tiada penggambaran. Apatah lagi, saya mengalami masalah ‘jiwa kacau’ dan keresahan melmpau.”Jantung saya akan laju dan keadaan diri jadi kurang stabil bila berada di tempat  umum. Saya ada masalah par4noid yang teruk dan tindakan terbaik adalah duduk di rumah bersama keluarga.

“Bila di rumah, saya selalu rasa lebih selamat. Selain itu, saya juga kena sibukkan diri dengan bekerja supaya tidak ada masa untuk berfikir yang bukan-bukan. Saya suka banyak fikir,” katanya. Sekitar Mei lalu, Hafreez mendedahkan dia pernah berhadapan tekanan mntal berikutan mengalami beberapa isu  mengecewakan dirinya termasuk perpisahan ibu bapa.

Perkara sedih itu hanya dipendam sendiri sejak kecil dan tidak dikongsi dengan sesiapa. Selain itu, Hafreez juga mengakui dia hanya bersekolah hingga darjah enam kerana masalah keluarganya.Selain itu, Hafreez berkata dia juga tak mahu lagi hidup bersendiri dan jauh daripada ibu serta adik-beradiknya yang  menjadi kekuatan semangat pada dirinya.

Ujar pelakon drama Puteri Yang Ditukar ini sekarang fokusnya memang tinggal bersama ibu dan adik di Wangsa Maju. “Terus-terang, saya mengaku kehadiran keluarga sangat penting berbanding menjalani kehidupan secara bersendiri yang agak mencabar ini. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, saya terpisah dengan ibu serta adik-beradik selama tiga bulan dan keadaan itu satu cabaran buat saya,’ katanya.Menurut Hafreez, walaupun dia menetap di Bangi bersama rakannya Ariz Lufiaz ketika PKP itu, namun seumur hidup memang dia tak pernah berjauhan lama sangat dengan keluarga terutama bertemu ibunya.

“Saya yang minta putus, Zara tak mahu…”- Hafreez Adam, Zara Zya putus selepas sebulan bertunang

Hafreez dan Zara putus tunang pada tahun lalu. PERASAAN kecewa dan ralat membuatkan pelakon Hafreez Adam nekad membuat keputusan untuk memutuskan tali pertunangan yang terjalin pada Oktober lalu. Menurut Hafreez, dia dan Zara sebelum ini pernah beberapa kali cuba menyelamatkan ikatan sebelum mencapai jalan penyelesaian terakhir untuk mengakhiri hubungan itu.

“Ya, betul kami dah putus tunang. Kami dah cuba untuk selamatkan hubungan ini tapi sebab kami tak nampak ia boleh diselamatkan lagi.”Sebab itulah keputusan untuk berpisah itu dibuat dan bagi saya ia dibuat secara matang. Hafreez dan Zara mengikat tali pertunangan pada Oktober tahun lalu. “Kami tak berbalah pun dan saya akui keputusan untuk putus itu datang dari saya. Saya yang memilih untuk take time off,” ujarnya kepada mStar.

Hafreez dan Zara berkenalan ketika bergandingan dalam drama Monalisa pada 2017 itu mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu.Pasangan ini dijangka mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun depan.Dalam pada itu, Hafreez mengakui masih menyayangi Zara namun tetap dengan pendiriannya yang lebih memilih untuk tidak meneruskan perhubungan itu.

Saya akui memang Zara pernah cakap dengan saya kalau boleh dia tak nak putus tunang. Tapi untuk saya sangat susah.

“Benda ini terlalu baru. Sayang terhadap Zara itu masih ada cuma dalam masa sama kecewa, ralat itu semua ada. “Cuma saya tak mahu berfikiran negatif jadi saya anggap mungkin tuhan nak saya ada dengan keluarga ketika ini.v”Saya akui memang Zara pernah cakap dengan saya kalau boleh dia tak nak putus tunang. Tapi untuk saya sangat susah… 

“Buat masa ini lebih baik saya fokus kepada ahli keluarga dan kerjaya saja. Lagi pula ayah baru berapa bulan pergi buat selamanya,” katanya lagi. Kata Hafreez lagi, dia tidak menolak sekiranya ditakdirkan jodoh bersama Zara bertaut kembali. Hafreez dan Zara berkenalan ketika bergandingan menerusi drama Monalisa. Malah, katanya, dia juga tidak kisah untuk meneruskan hubungannya sebagai kawan meskipun tidak mempunyai hubungan dengan aktres itu. “Kita tak tahu apa yang akan jadi akan datang. Kalau ditakdirkan ada jodoh, adalah… kalau tak ada tidak mengapa, kami kekal sebagai kawan. Saya cuma doakan yang terbaik untuk Zara.”Soal punca jadi begini biarlah ia antara kami sahaja yang tahu,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *