Sebak Dr Noor Hisham titipkan pesanan untuk rakyat Malaysia yang masih berdepan dengan penularan wabak covid 19 sehingga membuka mata orang ramai.

Covid 19 Infomaklumat ISU SEMASA

Rakyat Malaysia perlu bersatu dan bersama dalam memrangi wabak Covid-19 bukan bertelagah antara satu sama lain, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Menerusi posting di laman Facebook beliau hari ini, Dr Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai agar mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri Sabah.

“Petugas barisan hadapan bertahan berada di lapangan selama 24/7 dalam tempoh 10 bulan sebelum ini. Keletihan dari segi mental dan fizikal. Ada yang hampir menyerah. Tolonglah ambil iktibar daripada PRN Sabah dan jangan ulangi lagi,” katanya. Sementara itu, dalam satu lagi posting, Dr Noor Hisham meminta rakyat Malaysia bersama dan berusaha sedaya upaya untuk sekali lagi melandaikan lengkung penularan Covid-19 di negara ini.

“Ia adalah cabaran untuk melindungi dan mencapai keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi dalam memrangi Covid-19. Hilang keseimbangan bermakna kehilangan nyawa dan mata pencarian. Bersama-sama kita mengubah sesuatu yang mustahil kepada kejayaan melandaikan lengkung sekali lagi,” katanya.

Sumber: HMETRO

Ramai bimbang negara akan hilang keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi akibat penularan covid 19. Ini jawapan Dr Noor Hisham berkenaan perkara tersebut dan harap semua beri kerjasama.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan negara tidak seharusnya kehilangan keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi ketika berdepan penularan COVID-19. Menerusi status dimuat naik di Facebook pagi ini, beliau berkata, kehilangan keseimbangan antara dua elemen itu akan menjurus kepada kehilangan nyawa dan mata pencarian.

Tegasnya, negara berdepan cabaran dalam melindungi dan mencapai keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi. “Ini adalah cabaran untuk melindungi dan mencapai keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi ketika kita terus berusaha memervngi COVID-19. “Bersama-sama kita menjayakan yang mustahil dalam melandaikan sekali lagi lengkuk jangkitan COVID-19,” katanya.

Semalam negara mencatatkan 710 kes baharu dengan 10 pemergian. Jumlah pemergian itu adalah yang tertinggi dicatatkan sejak penularan pandemik COVID-19 di negara ini, menjadikan jumlah pemergian sebanyak 214 kes atau 0.9 peratus daripada keseluruhan kes. Turut dikesan adalah tiga kluster baharu membabitkan enam daerah di beberapa negeri, manakala sebanyak 31 kluster aktif mencatatkan kes baharu semalam dengan 14 daripadanya membabitkan kluster dikesan di Sabah.

Sementara itu menerusi status berasingan, Dr Noor Hisham menggesa semua pihak mengutamakan kesatuan dan kebersamaan dalam menghadapi wabak COVID-19, bukannya berbalah antara satu sama lain. Beliau berkata, petugas barisan hadapan sudah bertahan selama 10 bulan, 24 jam sehari tujuh hari seminggu bagi memastikan negara bebas pandemik COVID-19 walaupun berdepan keletihan mental dan fizikal. “Some are prepared to throw in the towel’ (Sebahagian daripada petugas barisan hadapan hampir menyerah dan mengaku kalah). Tolong belajar daripada PRN (Pilihan Raya Negeri) Sabah,” katanya.- BHONLINE

Terkilan tak dapat tolong suami yang hadapi kejadian tak diingini. Frontliner ini kongsikan kisah menyayat hati yang dialaminya ketika musim pandemik covid 19.

Seorang jururawat luah rasa terkilan apabila ada segelintir rakyat Malaysia yang mengkritik mereka sebagai frontliner. Dia turut kongsi kisah sedih tidak dapat membantu suaminya yang jatuh di bilik air gara-gara sibuk menjaga pesakit Covid-19. Malah mereka frontliner terpaksa membelakangkan keluarga demi menjaga kebajikan pesakit-pesakit di musim pandemik ini.

Suami jatuh bilik air tak sempat bantu. Sakitnya saya apabila dapat tahu suami cuba telefon banyak kali minta tolong (sebab dia jatuh bilik air dan kepalanya jatuh ke lantai) pada pukul 2 pagi. Masa itu telefon saya tiada pada saya dan saya sibuk pakai baju PPE untuk 12 jam dan kumpul pesakit Covid dari 7 malam sampai 6 pagi. Akhirnya dia telefon 999 dan kawan saya yang jawab. Nasib baik dia jatuh tu hanya pitam sekejap dan masih sedar, ada my mum. Kalau tak, terima kasih tuhan suami saya tiada apa-apa. Kamu faham ke perasaan apabila kami (HCW/frontliner) terpaksa membelakangkan keluarga dan orang tercinta demi mendahulukan kebajikan dan kesihatan pesakit di musim pandemik Covid ini?

Menurut jururawat ini, suaminya menelefon untuk meminta bantuan namun dia tidak sempat menjawab memandangkan dia sibuk menguruskan pesakit Covid-19. Nasib baik suaminya hanya pitam sekejap dan ibunya berada di rumah ketika itu. Kami berjuang kerana jaga kebajikan semua. So jangan kamu pandai-pandai cakap buruk kami dan cakap ‘Siapa suruh jadi nurse/doktor/MA/PPK atau PKP’ atau ‘Siapa suruh buat kerja hospital?’ ‘Berhenti kerja la, banyak lagi orang luar nak kerja’ . Wow kalau kami tak pilih untuk jadi HCQ/Frontliner, kamu fikir hospital akan cukup staff ke? Kesihatan dan kebajikan kamu dapat berdiri sampai sekarang ke? Kamu fikir kami tak fikir 100 kali ke untuk berkhidmat dan terus bertanggungjawab dalam pandemik Covid 19?

Disebabkan kami sayang dan ingatkan keluarga kami lah kami terus berjuang untuk kesihatan dan kebajikan rakyat agar pandemik Covid tak terus menular sampai ke keluarga kami. Saya harap ramai faham berapa ramai pesakit Covid yang kami collect setiap shift. I wish u all understand perasaan dan tekanan pesakit dan keluarga yang terkena Covid yang kami collect setiap shift (Our heart hurts when see the child/kids terpaksa jauh with their parents, the parents terpaksa tinggalkan anak-anak di rumah.

Kejadian itu menyebabkan dia terkilan apabila teringat kata-kata segelintir warganet yang mengkritik frontliner sesuka hati tanpa memikirkan perasaan mereka. Malah dia sanggup berkrban mendahulukan kebajikan pesakit Covid-19 berbanding keluarganya agar pandemik ini terkawal. Jangan lah biarkan keluarga yang ada Covid. Dan paling menyakitkan ada juga keluarga yang sampai tak mahu terima balik keluarga yang ada Covid ini. U all know kaa!? They are CRYING INSIDE tauu! So..Pls plss & plss!! STOP All ur EGO & STOP all the Gamess!! (tak kisah laa games politik ke, keyboard warrior ka, Anti Vaccine ke, anti-anti segala anti ke atau apa apa yang bul* menyulitkan lagi keadaan) Follow SOP & go take care UR family selagi sempat.

Ini masa anda bersama dengan keluarga anda. Biar kami sebagai HCW/Frontliners buat kerja kami untuk hentikan pandemik ini dan doakan kami. I understand the pressure dan feeling yang terjejas dari segi kewangan tu. I BELIEVE Our Govt will try their BEST to think how to solve OR how to HELP. But for now please Give Full Support to END this Fast! Thank you!

Dalam pada itu, jururawat ini sempat memberi nasihat kepada keluarga-keluarga pesakit Covid agar hentikan segala ego dan jangan menyulitkan keadaan di masa pandemik ini. Menurutnya ada keluarga yang tidak menerima pesakit Covid-19 ini selepas pesakit ini sembuh. Sentiasa sokong dan berdoa untuk Malaysia agar terus berjaya melawan wabak ini!

Sumber: Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *