Ramai bimbang negara akan hilang keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi akibat penularan covid 19. Ini jawapan Dr Noor Hisham berkenaan perkara tersebut dan harap semua beri kerjasama.

Covid 19

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan negara tidak seharusnya kehilangan keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi ketika berdepan penularan COVID-19. Menerusi status dimuat naik di Facebook pagi ini, beliau berkata, kehilangan keseimbangan antara dua elemen itu akan menjurus kepada kehilangan nyawa dan mata pencarian.

Tegasnya, negara berdepan cabaran dalam melindungi dan mencapai keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi. “Ini adalah cabaran untuk melindungi dan mencapai keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi ketika kita terus berusaha memervngi COVID-19. “Bersama-sama kita menjayakan yang mustahil dalam melandaikan sekali lagi lengkuk jangkitan COVID-19,” katanya.

Semalam negara mencatatkan 710 kes baharu dengan 10 pemergian. Jumlah pemergian itu adalah yang tertinggi dicatatkan sejak penularan pandemik COVID-19 di negara ini, menjadikan jumlah pemergian sebanyak 214 kes atau 0.9 peratus daripada keseluruhan kes. Turut dikesan adalah tiga kluster baharu membabitkan enam daerah di beberapa negeri, manakala sebanyak 31 kluster aktif mencatatkan kes baharu semalam dengan 14 daripadanya membabitkan kluster dikesan di Sabah.

Sementara itu menerusi status berasingan, Dr Noor Hisham menggesa semua pihak mengutamakan kesatuan dan kebersamaan dalam menghadapi wabak COVID-19, bukannya berbalah antara satu sama lain. Beliau berkata, petugas barisan hadapan sudah bertahan selama 10 bulan, 24 jam sehari tujuh hari seminggu bagi memastikan negara bebas pandemik COVID-19 walaupun berdepan keletihan mental dan fizikal. “Some are prepared to throw in the towel’ (Sebahagian daripada petugas barisan hadapan hampir menyerah dan mengaku kalah). Tolong belajar daripada PRN (Pilihan Raya Negeri) Sabah,” katanya.- BHONLINE

3 kluster baharu COVID19 telah dikesan. KKM terangkan lebih lanjut 3 kluster ini boleh berlaku di Negeri Sembilan dan Selangor

Putrajaya, 23 Oktober – Sebanyak tiga kluster baru COVID-19 dikenalpasti hari ini, lapor Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.Dalam kenyataan beliau, ketiga-tiga kluster itu melibatkan negeri Sabah, Selangor dan Negeri Sembilan. Berikut merupakan perincian kluster tersebut.

1) Kluster Samudera. Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22612) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 20 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh lagi kes positif COVID-19.2Sehingga 23 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah lapan individu telah disaring, di mana:Lapan kes dikesan positif COVID-19 termasuk 2 kes baharu hari ini.

2) Kluster Palma. Kluster baharu ini melibatkan daerah Gombak dan Hulu Selangor di negeri Selangor serta daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-20399) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 17 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 12 lagi kes positif COVID-19.Sehingga 23 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 101 individu telah disaring, di mana:13 kes dikesan positif COVID-19 termasuk 9 kes baharu hari ini manakala 88 individu masih menunggu keputusan.

3) Kluster Jaya. Kluster baharu ini melibatkan daerah Sepang di negeri Selangor dan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 20 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan lagi kes positif COVID-19.Sehingga 23 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana:Sembilan kes dikesan positif COVID-19 termasuk 3 kes baharu manakala 39 individu masih menunggu keputusan. Sumber: KP Kesihatan

TERKINI: 710 Kes Baharu COVID-19 Dan 10 Kes Pemergian Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 710 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada 23 Oktober. Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 710 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 24,514 kes secara keseluruhan.

Daripada 710 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 709 merupakan kes tempatan manakala 1 lagi adalah kes import.Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 8,416 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan. Terdapat 90 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 28 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 467. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 15,884 kes.KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 10 kes pemergian yang dicatatkan pada hari ini.  Jumlah kumulatif kes pemergian pula meningkat kepada 204 kes atau bersamaan dengan 0.87% secara keseluruhannya. Sumber: KKM

Dikhuatiri pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat menyebabkan ekonomi terjejas. Ini jawapan Dr Noor Hisham mengenai perkara itu.

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh memastikan ekonomi dan rantaian bekalan negara tidak terjejas di tengah-tengah penularan wabak COVID-19 ketika ini. Pada masa sama, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kawalan dan sekatan dikenakan ke atas sektor pendidikan dan sosial.

“PKPB membenarkan ekonomi dan rantaian bekalan diteruskan tanpa gangguan. Namun, akan adanya kawalan ke atas sektor pendidikan dan sosial,” katanya dalam status yang dimuat naik di media sosialnya awal pagi ini.Beliau turut menyifatkan usaha mengimbangi kesihatan dan ekonomi merupakan satu tugas yang mencabar.

“Ia merupakan satu cabaran untuk melindungi dan mengimbangi antara kesihatan dan ekonomi daripada kesan COVID-19. “Hilangnya keseimbangan bermakna hilangnya nyawa dan hilangnya mata pencarian,” ujarnya.

Pada Isnin, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam, 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober. Dr Noor Hisham menjelaskan, pelaksanaan PKPB di seluruh Lembah Klang adalah berikutan kawasan itu merekodkan kes baharu secara berselerak.- Awani

PKPD di suatu tempat di Zon Utara dan Selangor dilanjutkan lagi sehingga 4 November. DS Ismail sabri jelaskan punca pelaksanaan PKPD ini dilakukan

Dalam sidang media perkembangan PKPP yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperkettkan untuk seluruh pnjara di zon Utara dan Selangor bermula 22 Oktober 2020 sehingga 4 November 2020.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan tersebut diambil susulan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mendengar pembentangan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung situasi penularan Covid-19 di pnjara-pnjara tersebut.

Katanya dalam sidang media, sebanyak sembilan pnjara melibatkan di Zon Kedah dan Selangor. Sebanyak lima pnjara iaitu Pusat Koreksional Perlis, Pnjara Sungai Petani, Pnjara Taiping, Pusat Koreksional Kamunting dan Pnjara Tapah di zon Utara. Manakala untuk Selangor pula melibatkan empat pnjara iaitu Pnjara Rman Sungai Buloh, Pnjara Kajang, Pnjara Wanita Kajang dan Pusat Koreksional Puncak Alam.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi PKPD di kesemua pnjara dan kuarters pnjara ini adalah sama seperti SOP PKPD pnjara yang telah dilaksanakan sebelum ini,” katanya pada sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan semalam.Antara SOP yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:Pergerakan keluar masuk tidak dibenarkan melibatkan kawasan ini termasuk lawatan oleh ahli keluarga tahanan adalah tidak dibenarkan.

Pergerakan staf pnjara ditentukan berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh Jabatan Pnjara Malaysia.Tahanan yang akan dibebaskan semasa tempoh PKPD akan diasingkan daripada tahanan yang lain.Sebelum ini, kerajaan telah melaksanakan PKPD di beberapa pnjara dan pusat tahanan melibatkan Pnjara Alor Setar, Pnjara Pokok Sena, Pnjara Rman Pulau Pinang dan Pnjara Seberang Perai. Sumber: Sidang Media MKN ,Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *