Mengejutkan 6 kluster baharu dicatatkan untuk hari ini. Lebih mengejutkan bila KKM dedahkan punca 6 kluster terbaharu yang melibatkan 4 buah negeri ini selepas merekodkan kes paling tertinggi harini.

Covid 19

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Tan Sri Dr Noor Hisham hari ini memaklumkan bahawa terdapat 6 kluster baharu dikesan iaitu Kluster Mesra, Kluster Mega, Kluster Kaya, Kluster Bah Kayu, Kluster Baki dan Kluster Kempas.

Kesemua 6 kluster tersebut melibatkan daerah di negeri Sabah, Negeri Sembilan, Selangor dan Johor. Kluster pertama ialah Kluster Mesra yang melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah, kes indeks bagi kluster ini iaitu kes 13, 755 telah dikenalpasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 7 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan

Kluster kedua pula ialah Klsuter Mega yang melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah, kes indeks bagi kluster ini iaitu kes 13, 706 telah dikenalpasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 5 Oktober 2020 dan telah dimasukkan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Kluster ketiga ialah Kluster Kaya, kluster baharu ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, kes indeks bagi kluster ini telah dikenalpasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 24 Oktober 2020 dan dimasukkan ke hospital Sungai Buloh dan Hospital Tuanku Ja’far.

Kluster keempat ialah Kluster Bah Kayu yang melibatkan daerah Gombak di Negeri Selangor dan daerah Titiwangsa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kes indeks bagi klusteri ini iaitu kes 17, 371 telah dikenalpasti positif hasil pulang dari kawasan berisiko tinggi di Sabah pada 13 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke hospital Sungai Buloh.

Kluster kelima pula ialah Kluster Baki yang melibatkan daerah Kuching di Sarawak, kes indeks bagi kluster ini iaitu kes 20, 431 telah dikenalpasti positif hasil saringan individu bergejala pada 17 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Umum, Sarawak.

Kluster terakhir ialah Kluster Kempas melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di negeri Johor, kes indeks bagi kluster ini iaitu kes 24, 447 telah dikenalpasti COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 22 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, SiakapKeli

TERKINI COVID-19: Kes Baru Cecah 4 Angka, 1,228 Kes Dilaporkan Hari Ini

PUTRAJAYA, 24 Okt – Terdapat 1,228 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruan meningkat ke 25,742 kes. Daripada angka tersebut, 889 kes dikesan di Sabah di mana 500 kes melibatkan kluster-kluster termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu.

Selain itu, 254 kes adalah daripada saringan kontak rapat kes-kes positif dan 136 kes lagi daripada lain-lain saringan. Dalam pada itu, sebanyak 671 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan angka kumulatif sembuh meningkat ke 16,555 kes bersamaan 64.3 peratus. Daripada jumlah sembuh tersebut, 449 kes adalah di Sabah, 83 di Selangor, 68 di Pulau Pinang. Maklumat lanjut menyusul.

Sumber: KKM

Lama Menunggu Akhirnya Menteri Dedahkan Malaysia Jangkakan Terima Bekalan Covid 19 Awal Tahun 2021. Tapi Golongan Ini Yang Akan Diutamakan Dulu.

PUTRAJAYA – Malaysia dijangka mula memperoleh bekalan vaksin Covid 19 pada suku pertama tahun depan. Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan bersama hari ini, keutamaan akan diberikan kepada petugas barisan hadapan meliputi sektor kesihatan dan keslamatan seperti doktor, jururawat, polis serta petugas pnjra dan imigresen.

“Setakat ini, KKM telah berhubung dengan lapan calon vaksln yang kini berada di peringkat ujian klinikal fasa tiga,” menurut kenyataan dikeluarkan susulan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin C0vid 19 (JKJAV) semalam.

MOSTI dan KKM berkata, kerajaan juga sedang memuktamadkan rundingan dengan C0VAX, satu inisiatif antarabangsa dipimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan-rakannya untuk memastikan akses vaksin Covid-19, yang mempunyai sembilan calon vaksin Covid 19 di bawah Global Alliance for Vaccine and Immunisati0n (GAVI).

“Kerajaan akan menyediakan peruntukan kewangan bagi tujuan pembelian vaksin melalui Tabung Covid 19 Kementerian Kewangan,” menurut kenyataan itu. Menurut kenyataan berkenaan, mesyuarat JKJAV yang dipengerusikan secara bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin turut bersetuju membentuk empat jawatankuasa kecil merentasi pelbagai kementerian dan agensi mengikut tugas tertentu.

Jawatankuasa tersebut adalah Polisi Vakslnasi Kebangsaan dan Pemilihan Calon Vaksln Yang Sesuai; Pendaftaran, Logistik dan Pembangunan Vaksin; Kewangan dan Perolehan; dan Komunikasi. “Kerajaan komited untuk mendapatkan keputusan segera bagi perolehan vaksin Covid 19 bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam mendapatkan bekalan vaksin yang diluluskan dan terbukti selamat kelak,” katanya.

JKJAV ditubuhkan bagi memastikan bekalan vaksin Covid 19 diperoleh segera dengan MOSTI dan KKM bertindak sebagai jawatankuasa induk dalam merancang, melaksana dan memantau keseluruhan strategi untuk pembekalan vaksln Covid 19 sehingga pelaksanaan program imunisasi dijalankan. 

Sumber : SinarHarian

Terkini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di seluruh Sabah akan dilanjutkan sehingga ke satu tarikh ini dan harap semua ambil perhatian.

PUTRAJAYA, 24 Okt – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Sabah akan dilanjutkan 14 hari lagi bermula 27 Okt sehingga 9 Nov ini, umum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Ketika ini Kementerian Kesihatan (KKM) masih meneruskan saringan secara bersasar kepada penduduk. “Sehingga kini masih terdapat peningkatan kes positif yang tinggi dikesan di kalangan penduduk Sabah,” katanya dalam sidang media khas perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Sebelum ini, kerajaan menguatkuasakan pelaksanaan PKPB selama 14 hari bermula 13 Okt sehingga 26 Okt sahaja. Sementara itu, PKP Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja Tropicana, Petaling Jaya pula akan ditamatkan pada 25 Okt ini seperti yang dijadualkan. Bagaimanapun, asrama tersebut masih lagi tertakluk di bawah peraturan PKPB seluruh Selangor.

Sumber: RTM

Kerajaan Sabah minta Majlis Keselamatan Negara lanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Rupa rupanya ini punca yang berlaku yang menyebabkan ramai tidak senang duduk.

Kerajaan Sabah memohon agar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini dilanjutkan lagi hingga ke satu tempoh baharu yang akan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata permohonan berhubung perkara itu sudah diserahkan kepada MKN selepas mengambil kira situasi penularan COVID-19 yang masih tinggi di Sabah.

“Terpulang kepada MKN untuk memutuskan berapa lama tempoh PKPB baharu itu. Begitu juga dengan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang PKPB, ia mungkin diteliti semula,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan semasa COVID-19 di Sabah, di sini, malam ini. Masidi berkata demikian ketika ditanya sama ada PKPB di seluruh negeri selama dua minggu sekarang yang akan berakhir pada 26 Oktober ini, disambung atau sebaliknya.

Semalam Sabah mencatat 528 kes baharu positif COVID-19 dengan lapan pemergian menjadikan kumulatif kes hingga hari ini sebanyak 10,396 kes dengan 5,830 kes aktif dan masih dirawat di wad seluruh negeri. Ibu negeri kekal kawasan tertinggi merekodkan kes positif COVID-19 sebanyak 228 kes, termasuk 144 kes direkodkan di Kluster Penjra Kepayan.

Masidi berkata, 26.7 peratus daripada pesakit positif COVID-19 yang dikesan di Sabah tidak menunjukkan sebarang gejala jangkitan virus berkenaan. Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kewangan II Sabah, menafikan wujud cadangan untuk menempatkan hanya pesakit positif COVID-19 berumur bawah 90 tahun di pusat rawatan rapi hospital.

Sebaliknya, beliau berkata pesakit dari semua peringkat umur yang memerlukan rawatan rapi akan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi dan fasiliti perubatan yang lain. Beliau turut menjelaskan cadangan rawatan di rumah bagi pesakit tertentu yang dinyatakan sebelum ini dibuat jika sesuai dan membabitkan jangkitan semua ahli keluarga.

Bagaimanapun, katanya pelaksanaan pendekatan rawatan itu memerlukan pesakit lebih berdisiplin bagi mengelak penularan selain perlu mematuhi sepenuhnya SOP Kementerian Kesihatan. “Kaedah rawatan di rumah ini memerlukan seseorang itu berkurung sendirian dalam bilik berasingan bagi mengelak jangkitan kepada ahli keluarga lain tetapi lebih mudah jika ia membabitkan sebuah keluarga yang disahkan dijangkiti COVID-19,” katanya.

Dalam hal berkaitan, Masidi berkata, kerajaan negeri akan mencari kaedah terbaik bagi memastikan semua individu yang diberikan permit rentas daerah benar-benar sihat. Katanya, langkah itu bagi memastikan tiada individu membawa virus berkenaan ketika dibenarkan merentas daerah berikutan kebimbangan wujud penularan kes di kawasan tertentu yang berpunca daripada individu diberikan permit rentas daerah.

Ketika ini, polis melaksanakan larangan rentas daerah di seluruh negeri, namun membenarkan individu yang mendapat permit atau kebenaran polis untuk berbuat demikian atas alasan tertentu. Mengenai bantuan kerajaan, setakat ini, katanya kerajaan negeri sudah memperuntukkan RM50 juta untuk bantuan bakul makanan kepada penduduk terjejas di 25 daerah.

“Setakat hari ini, kita sudah membelanjakan RM26.7 juta dengan anggaran RM1 juta bagi setiap daerah untuk bantuan bakul makanan. “Selain itu, kita turut menerima bantuan kerajaan Pusat sebanyak RM50 juta dan ia akan digunakan secara berperingkat untuk membantu rakyat di seluruh negeri,” katanya.

Setakat hari ini, katanya sebanyak 77,396 bakul makanan sudah diagihkan kepada rakyat yang terjejas di seluruh negeri. Mengenai jangkitan terhadap murid dan pelajar sekolah yang dilaporkan di Sabah, katanya pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Jabatan Pendidikan negeri. Bagaimanapun, katanya beliau percaya jangkitan membabitkan warga sekolah itu berpunca dari luar memandangkan ketika ini semua sekolah di Sabah ditutup berikutan pelaksanaan PKPB.-BHONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *