Jumpa lagi 3 bulan. Terkedu gambar yang dimuatnaik Zahirah MacWilson di dalam pesawat menjadi bualan hangat warganet. Ternyata ini sebab pasangan itu pulang ke Australia.

artis

Bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, pasangan pelakon Zahirah MacWilson Aiman Hakim Ridza dilihat tidak sabar menanti kehadiran zuriat mereka. Pasangan yang sangat romantis ini juga tidak lokek berkongsi aktiviti harian mereka di media sosial masing-masing sehingga mendapat pujian peminat.

Jumpa lagi 3 bulan. Menerusi posting di InstaStory pasangan ini pada pagi tadi, mereka telah memuat naik gambar berada di dalam pesawat dengan mengucapkan selamat jalan kepada semua. Mereka mengucapkan selamat tinggal Malaysia dan akan kembali tahun hadapan bersama cahaya mata sulung. Difahamkan, Zahirah yang dijangkakan akan bersalin dua bulan lagi mungkin pulang ke kediaman ibunya di Perth, Australia bagi menyambut kelahiran bayi di sana.

Pulang ke Perth sebelum bersalin

Hal ini susulan posting daripada ibu kepada Zahirah iaitu Maslinda Yusoff yang mendoakan perjalanan anak serta menantunya dipermudahkan dan tidak sabar bertemu mereka dalam masa dua minggu dari sekarang iaitu selepas tempoh kuarantin diri tamat. Terdahulu, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu dalam sebuah majlis di Petaling Jaya selepas lapan bulan mengikat tali pertunangan.

Sumber: Zahirah Mcwilson, Aiman Hakim, Maslinda Yusoff

Zahirah Macwilson baru maklumkan kandungan sudah cecah 6 bulan. Ternyata reaksi Aiman Hakim raih perhatian warganet bila dia dimaklumkan bakal menimang cahaya mata sulungnya

Siapa tidak kenal dengan selebriti terkenal Malaysia iaitu Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza yang sama cantik dan sepadan ini, kan? Selepas menjalinkan hubungan cinta selama beberapa tahun, akhirnya mereka telah mendirikan rumah tangga pada pertengahan Februari lalu. Baru-baru ini, pelakon drama ‘Duda Pujaan Dara’ itu telah mengumumkan khabar gembira dengan peminatnya. Aiman Hakim terkejut & sebak lepas tengok pregnancy test…Zahirah hargai ucapan daripada peminat

Menerusi paparan video di Instagram, Zahirah Macwilson sempat merakamkan detik tatkala memberitahu Aiman Hakim bahawa dirinya sedang hamil. Seperti tidak menyangka bakal bergelar seorang bapa, pelakon lelaki berkenaan terkejut dan sebak sebaik sahaja melihat pregnancy test di tangannya. Dalam pada itu, akstres ini turut menghargai ucapan para peminat yang sentiasa mendoakannya. Dia juga tidak ketinggalan memberikan sokongan kepada wanita lain yang belum dikurniakan rezeki anak.

So sweet betul la Zahirah dengan Aiman Hakim ni…moga urusan ibu & baby dipermudahkan

Ruangan komen bukan sahaja dibnjiri dengan pelbagai ucapan, malahan rata-rata peminat turut mendoakan agar urusan Zahirah Macwilson dipermudahkan sepanjang kehamilan tersebut. Selain itu, mereka turut menyatakan bahawa ingin merasai pengalaman yang sama kerana belum pernah menimang cahaya mata lagi. Secara keseluruhan, video sweet itu berjaya meraih hampir 2 juta jumlah tontonan setakat ini. Sumber: Instagram zahirahmacwilson

Tak Sabar Nak Jumpa. Lama Menyepi Mengejutkan Bila Tiba Tiba Zahirah Macwilson Dedahkan Berita Gembira. Rupa Rupanya Dalam Diam Dah 6 Bulan Mengandung Ank Sulung.

Pelakon cantik,  Zahirah Macwilson mengesahkan dia sedang hamil anak sulung hasil perkahwinannya dengan Aiman Hakim Ridza. Zahirah mengumumkan berita gembira itu menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Menerusi posting tersebut Zahirah memuat naik gambar keadaan bayi menerusi imbasan ultrasound. “6 bulan membesar anak kecil kami. “Ibu dan ayah tak sabar nak jumpa kamu,” katanya. Di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Zahirah dan suami serta tidak sabar mahu menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Selain peminat, rakan artis juga tidak ketinggalan memberi kata-kata positif dan antara yang kelihatan termasuklah Eyra Hazali, Lisa Surihani, Elfira Loy, Aeril Zafrel dan ramai lagi. Anda boleh lihat posting penuh Zahirah di bawah.

Zahirah MacWilson & Aiman bersatu malam Jumaat

PERSOALAN yang berlegar-legar dalam kalangan ramai pihak akhirnya terjawab apabila pasangan pelakon, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza bakal menamatkan zaman bujang mereka dalam majlis pernikahan secara tertutup di Petaling Jaya, malam ini.

Biarpun memuatnaik foto pra-perkahwinan lengkap dengan tanda pagar gabungan nama mereka serta tarikh 20 Februari, pasangan terbabit sebelum ini bertindak mengunci mulut apabila merahsiakan pemilihan tarikh cantik ini sebagai hari penyatuan mereka kerana mahu menjadikannya sebagai kejutan buat semua pihak.

Zahirah, 25, dan Aiman, 31, mula berkenalan sejak empat tahun lalu dan mula rapat pada November 2018. Percintaan yang mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak ini akhirnya dimeterai dengan ikatan pertunangan pada Jun tahun lalu di Australia.

Mereka sudah bersiap sedia dan cukup mengenali hati budi masing-masing sebelum melangkah ke alam perkahwinan Zahirah sebelum ini mengakui perkahwinan ini adalah satu fasa baru dalam hidupnya. “Ia adalah satu detik yang besar buat kehidupan saya,” katanya yang bersyukur hasratnya untuk berkahwin pada usia sekarang direstui kedua ibubapanya.

Manakala bagi Aiman pula, kehadiran Zahirah dalam hidupnya umpama satu anugerah besar yang sentiasa dinantikannya. “Ketika bertemu dengan dia, saya sudah mula rasa sesuatu yang berbeza. Terdetik dalam hati saya, ‘dia adalah orangnya’,” katanya mengakui Zahirah adalah wanita yang bakal melengkapi kehidupannya. Walaupun bergelar isteri selepas ini, ia tidak menghalang Zahirah meneruskan cita-citanya dalam bidang seni.

Zainol tetap pantau Zahirah

PELAKON Zainol Johari Macwilson tetap akan memantau perkembangan anaknya, Zahirah Macwilson biarpun pelakon itu sudah bergelar isteri kepada Aiman Hakim Ridza Abdoh. Zahirah, 25, atau nama sebenarnya Nur Zahirah Macwilson selamat bergelar isteri kepada Aiman, 31, dalam satu majlis berlangsung di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara, pada Khamis lalu.

“Sebagai bapa, saya akan terus pantau Zahirah. Bukan dia saja, tapi Aiman juga kerana dia menantu saya. “Kedua-duanya pasangan muda, jadi mereka perlukan lebih bimbingan untuk melayari kehidupan berumahtangga yang dikira masih baru.

“Justeru, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu memperbaiki apa yang kurang,” katanya. Zainol, 62, memberitahu, dia juga banyak mengajar dan memberikan nasihat berguna kepada Zahirah untuk melayari kehidupan berumah tangga.

“Faham sajalah kedua-duanya anak seni, jadi kenalah sentiasa sabar dan tabah dengan dugaan. “Apa yang pasti sikap cemburu akan ada tapi kenalah buang jauh-jauh. Paling penting sikap saling memahami kena ada pada mereka. “Saya juga harap dengan perkahwinan ini, mereka dapat buka buku baru dalam hidup. Biarlah mereka tutup buku lama serta kontroversi sebelum ini,” katanya.

Menurut Zainol, dia bersyukur kerana dapat menjadi wali untuk perkahwinan anaknya. “Syukur saya dilanjutkan usia untuk lihat anak sulung berkahwin. Memang agak keberatan untuk melepaskan dia tapi sudah jodoh Zahirah dengan Aiman. “Saya pun lihat Aiman baik orangnya dan percaya dia dapat membahagiakan Zahirah. “Saya minta semua pihak doakan rumah tangga mereka kekal bahagia hingga ke jannah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *