Gula gula dan coklat bukan penyebab kanak kanak jadi hiperaktif tapi benda lain. Mengejutkan Dr Ahmad Samhan Awang bongkarkan mengenai mitos yang sering dipercayai ibu bapa sekarang dan ini yang ibu bapa perlu tahu.

Info Infomaklumat tips

PERLU diketahui bahawa ‘idea’ kanak-kanak akan menjadi hiperaktif selepas memakan benda manis seperti gula-gula dan coklat timbul berdasarkan pemerhatian ibu bapa dan ia tidak disahkan oleh mana-mana teori sains. Kata Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang, ia berkemungkinan besar kerana kebanyakan makanan yang disediakan di majlis hari jadi seseorang adalah makanan manis dan anak-anak kelihatan terlebih aktif.

“Ibu bapa kena tahu, itu bukan disebabkan oleh gula tetapi ia disebabkan oleh keterujaan anak-anak anda,” katanya. Pada masa sama, Dr Samhan menegaskan gula tidak boleh dipersalahkan dalam semua situasi. Ia adalah MITOS! “Mana-mana gula yang diambil oleh kanak-kanak akan digunakan oleh sel-sel badan sebagai sumber tenaga. “Ia akan disimpan sebagai lemak badan bukannya sebagai modal untuk menjadikan mereka hiperaktif,” jelasnya lagi.

Menurut Ketua Jabatan Perlakuan dan Perkembangan Kanak-Kanak di Pusat Sains Kesihatan Universiti Oklahoma, Dr Mark Wolraich, gula sama sekali tidak mempengaruhi corak tingkah laku kanak-kanak. “Jadi, jika anda ingin mengawal pengambilan gula anak-anak anda, pastikan anda lakukannya dengan tujuan yang betul. Jika tidak, anda akan kecewa dengan hasilnya,” pesan Dr Samhan.-Sinarplus

Kerap bagi anak makan makanan manis. Dr Azila bongkarkan seorang kanak kanak ini mengalami masalah yang melibatkan otak dan harap semua ibu bapa ambil berat akan perihal tersebut

Terbaru,tular perkongsian seorang doktor pergigian, Dr Azila menerusi FBNya berkaitan seorang kanak-kanak yang terlalu kerap makan makanan manis sehinggakan menganggu tahap kesihatannya. Kanak kanak tersebut berhadapan dengan situasi sukar apabila mukanya membngkk dan lebih teruk lagi apabila terdapat kuman yang hampir merebak ke otak.

Oleh kerana tabiat suka makan makanan manis, nyawa kanak-kanak itu hampir berada dalam keadaan bahaya. Lumrah seorang kanak-kanak pastinya suka makan makanan manis seperti gula-gula atau coklat.Namun, tanpa pemantauan ibu bapa keadaan berkenaan boleh memudaratkan.

Doktor Azila berkongsi kisah salah seorang pesakitnya itu untuk memberi kesedaran kepada semua ibu bapa.“Setelah masuk ke dalam bilik operasi begini ceritanya. Ibu bapa muda itu memberitahu anaknya sakit gigi di sebelah kanan atas sejak tiga hari lalu,” katanya.

Berikut kronologi pemeriksaan kanak-kanak itu:Hari pertama: Mula-mula mereka membawa ke Klinik Gigi A. Setelah doktor tersebut memeriksa katanya ada gigi geraham susu yang berlubang besar.Lubang sudah mengenai saraf, maka perlu buat rawatan saraf tetapi doktor tersebut tidak membuat rawatan saraf (pulpotomi) pada kanak-kanak.

Doktor Klinik Gigi A memberi ubat tahan sakit dan antibiotik Syrup Amoxycillin 3 mililiter (ml) tiga kali sehari dan Syrup Paracetamol 3ml tiga kali sehari. Hari kedua: Pada hari tersebut ibu bapa membawa anak ke Klinik Gigi B. Mereka mencari klinik gigi yang membuat rawatan saraf kanak-kanak iaitu pulpotomi.

“Tidak pasti kenapa doktor tersebut tidak buat rawatan pulpotomi terus kerana beliau memberi temu janji untuk rawatan pulpotomi. Berkemungkinan temu janji doktor tersebut penuh,” tulisnya.Doktor Klinik Gigi B memberi pula ubat tambahan Syrup Metronidazole 8ml tiga kali sehari.

Selepas pulang dari klinik, muka kanak-kanak tersebut mulai bngkak. Pipi bawahnya bngkak sehingga tertarik kelopak mata kanan bawah. Sampaikan tertutup mata kanan pesakit! Keadaan itu didiagnosis sebagai ‘facial cellulitis’.Jadi mungkin anda tertanya-tanya, kenapa sakit gigi boleh buat muka bngkak sebegitu rupa?

Ia kerana berlaku jangkitan pada tisu muka, selulit muka menyebabkan muka menjadi bngkak.“Antara puncanya, sering memberi makanan manis setiap pagi,” kongsi Dr Azila.Jadi, buat ibu bapa, awasi pemakanan anak-anak korang. Jangan leka, banyak padah akan menimpa.

Sedar atau tidak sudah terlalu banyak sangat mitos sampai dijadikan amalan seharian. Mengejutkan Doktor Amalina bongkarkan jawapan sebenar bagi mengelakkan salah faham masyarakat.

DALAM kehidupan sejak dulu hingga kini, banyak mitos yang wujud sehingga turut dijadikan amalan orang kita. Dengan kajian saintifik dan perubahan masa, kebanyakan mitos lama mula dilupakan dan dianggap tidak relevan. Namun, ada juga yang masih mengamalkan mitos lama pada hari ini, sebagaimana diwarisi oleh ibu bapa dan nenek moyang mereka.

Terbaharu, Dr Amalina Che Bakri turut meminta pengikut Instagram miliknya berkongsi segala mitos diketahui mereka. “Apakah mitos perubatan paling mengarut pernah anda dengar?” soalnya pada ruangan soal jawab (Q&A) menerusi Instagram Stories. Ramai warganet turut terhibur membaca mitos-mitos yang dikongsi menerusi Instagram Dr Amalina. Selain Instagram, jawapan-jawapan yang diberikan warganet turut dikongsi semula oleh warganet di Twitter sehingga menjadi tular.

Dalam pada itu, Dr Amalina turut menjawab beberapa persoalan mengenai mitos yang dibangkitkan warganet. Kalau tak basuh rambut sepanjang period, kesian orang sekeliling anda. Antara yang meraih tumpuan, mitos dikongsi seorang individu yang mendakwa uri bayi harus ditanam bersama pen dan buku agar anak menjadi pandai. “Nasib mama saya tak buat. Kalau tak, saya dah dapat 50A SPM (Sijil Pelajaran Malaysia),” jawab Dr Amalina secara berseloroh.

Selain itu, seorang wanita turut bertanya jika benar dakwaan ibunya mengenai pembentukan darah beku sekiranya seseorang mencuci rambut sewaktu datang haid. Jelas Dr Amalina, ia salah sama sekali memandangkan rambut dan rahim berada pada anggota tubuh yang berbeza.

Antara mitos yang dijawab oleh Dr Amalina. “Rambut di kepala, rahim di abdomen. Tak ada kena mengena. Ini adalah mitos. “Kalau tak basuh rambut sepanjang period, kesian orang sekeliling anda. Tak mahu mereka duduk dekat dengan anda,” kata Dr Amalina. Antara mitos lain yang dikongsi warganet kepada Dr Amalina termasuklah pembentukan parut hitam sekiranya makan kicap sewaktu luka.

“Ini satu lagi. Saya tak faham macam mana timbul mitos ini ya. Nanti minum air bandung banyak-banyak, nanti parut jadi pink,” ujarnya. Dalam pada itu, ramai warganet mengakui terhibur dengan mitos-mitos yang dikongsi.- Mstar

Pengikut kata panadol yang dimakan kekal 5 tahun dalam badan. Tapi bila Dr Amalina bagi penjelasan terus jadi lain

Tweet seorang warganet yang bertanya mengenai paracetam0l yang dikongsi Dr Amalina menjadi tular. “ANDA rasa saya ada masa untuk sakit kepala?” Ayat tersebut secara automatik terus mengingatkan kita kepada iklan paracetamol atau lebih dikenali sebagai panadol di negara ini. Namun ubat yang diambil untuk membantu melegakan sakit kepala itu kec0h diperkatakan di media sosial apabila Dr Amalina berkongsi pertanyaan seorang warganet mengenai ‘mitos’ panadol di Twitternya.

Posting Dr Amalina dengan kapsyen ‘Ada follower saya bertanya: Doktor, betul ke kalau makan panadol, ia akan kekal dalam badan selama lima tahun?’ mendapat lebih 4,400 ulang kicau dan 3,900 tanda suka dalam kalangan warganet. Dr Amalina sering berkongsi ilmu perubatan dengan pengikutnya di Twitter. Pakar operasi berpangkalan di United Kingdom (UK) itu bagaimanapun menafikan dkwaan tersebut. “Panadol atau paracetam0l hanya kekal dalam badan selama selama beberapa jam sahaja.

“Panadol akan diproses oleh hati bukan buah pinggang, sebelum dikumuhkan sebagai air kncing,” katanya. Malah seorang gadis mendkwa dia dimaklumkan ubat tersebut berada di dalam badan selama lima tahun oleh guru subjek Sains di sekolahnya. “Unfortvnately, yang beritahu benda ni dulu cikgu Sains aku. Emmm,” kata Fiza. Dkwaan tersebut kata Fiza menyebabkan dia takvt untuk mengambil ubat berkenaan.

Dr Amalina menafikan ubat paracetamol kekal dalam badan manusia sehingga tempoh lima tahun. “Iyaa doktor. Masa tu kita takut-takutlah kan nak makan panadol lepas cikgu cakap macam tu. But me hmmm b3dal je. Lima tahun dalam perut pun lantaklah. “Tak tahan sangat makan je. That was back then lah. Ampunkan beliau ya semua,” katanya lagi.

Panadol atau paracetamol hanya kekal dalam badan selama selama beberapa jam sahaja.

Pendedahan itu bukan sahaja mengejutkan Dr Amalina tetapi juga pelayar Twitter lain. “Samalah cikgu cakap macam tu. Mak saudara pegawai bank cakap macam tu. Haihh,” kata Nis. “Haah. Mostly cikgu cakap macam ni. And I realized benda ni tak betul bila dah masuk med school,” kata Njwa. Susulan itu, Dr Amalina berkata panadol selamat untuk diambil mengikut dos yang disarankan.

Antara komen warganet pada tweet tersebut. “Panadol bukan NSAID. Ia adalah acetaminophenTake it regularly as recommended when you feel p4in. “Jangan tunggu bila dah sakit teruk baru nak ambil. Kalau tidak berkesan pergi berjumpa doktor untuk further check up and advice,” katanya. Jelas Dr Amalina lagi, bagi mereka yang mempunyai berat badan kurang 50 kilogram, dos yang dibenarkan adalah 500 mg-1g, setiap empat hingga enam jam. “Bagi mereka yang mempunyai masalah hati atau buah pinggang, anda mengambil ubat TB, ubat pencair cecair merah, atau ubat epilpsy sila dapatkan nasihat doktor atau pharmacist,” katanya.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *