Adik beradik ada ramai sampaikan mak ayah pulaukan aku dan pentingkan seseorang ini sahaja. Satu hari tu dah sampai terdetik dalam hati aku tak nak kawin gara gara sesuatu ini.

Kisah Rumahtangga

Assalamualaikum semua. Aku Temah. Aku ada 10 orang adik-beradik. 7 laki-laki, 3 perempuan. Bunyi macam meriah kan? Tapi aku sunyi. 10 cuma angka. Korang biasa dengar atau tahu orang dulu2 sememangnya adik beradik memang ramai. Family akan riuh rendah suara anak2. Dengan suara mak, suara ayah tempik anak2 lagi. Kalau anak2 belari begegar 1 rumah, rumah pulak rumah kayu, tingkat atas.

Dalam masa yg sama bila adik beradik ramai, mesti ada yang terkurang dan terlebih kasih sayang mak. Kalau adik beradik mendapat kasih-sayang daripada keluarga, dia punya tahap survival lebih tinggi berbanding anak yang kurang kasih-sayang. Bila kau penat, kau dapat peluk mak ayah pun bahagia. Bila kau stress, kau dengar mak gelak pun hilang stress. Bila kau down, satu dunia bencikan kau, family kau still ada.

Untuk side aku, mula-mula aku cuba positif mungkin sebab bilangan adik-beradik yang ramai membuatkan parents aku tak tersempat untuk zahirkan kasih-sayang. Aku banyak berdikari. Dari sekolah rendah aku kurang susahkan mak ayah aku sebab aku dapat bantuan. Benda tu berlanjutan sampai zaman degree. Bab duit untuk belajar, parents aku tak perlu keluarkan duit yg banyak untuk aku. Aku rasa benda tu bagus untuk side parents aku dan aku sendiri sebab aku dah kurangkan bebanan dorang since dorang pun banyak lagi tanggungan lain.

Aku start rasa kesian kat kakak-kakak aku bila dorang makin besar. Bila kakak aku dapat posting cikgu kat Sarawak, parents aku bantah. Sebab nanti susahkan dorang katanya. Walhal, kakak aku banyak survive sendiri kat sana. Bila kakak aku dah mula dpat gaji, aku nampak parents aku mula menyendeng kt kakak aku untuk buat personal loan bank. Aku sangat faham yang anak perlu balas jasa ibu bapa. Tapi membalas jasa melalui paksaan aku rasa agak keterlaluan.

Dengan keadaan ekonomi yg gawat, kerja bukan senang nak dapat, gaji yang minimum. Bayangkan masa kakak- kakak aku nak kawin, parents aku paksa dorang tambah rumah dalam yang sama. Kalau tak tambah rumah tak boleh kawin. Duit kawin kakak aku sendiri kena fikir. Duit nak tambah rumah lagi. Mak ayah aku takkan keluarkan satu sen pun. Bila dapat duit salam orang ramai, duit tu satu sen pun tak bagi kakak aku.

Aku masa tu sampai terdetik dalam hati aku tak nak kawin. Aku rasa kawin tu susah. Sebab mak ayah aku sulitkan. Nak kawin kena mintak hantaran tinggi, kena tambah rumah, kena beli almari baru. Tapi duit tu pandai lah si anak fikir sendiri cari. Dah nasib anak perempuan macam ni. Nak balik kampung, kalau orang lain, anak perempuan sampai kt bus stop tengah malam, family dah standby kt bus stop tunggu. Tapi family aku lain. Walaupun aku dah roger sejam awal, dah bagi hint nak sampai, abang atau ayah aku still rileks lagi baru nak keluar rumah bila aku dah sampai.

Tunggu lah aku anak perempuan tengah-tengah malam kt bus stop dekat sejam. Kalau teksi ada, pernah jugak parents aku suruh balik naik teksi je. Tapi kalau anak lelaki yang balik, mak aku akan paksa jugak sesiapa standby awal kt bus stop utk tunggu. Kesian katanya. Habis tu anak perempuan tunggu sejam masa tengah malam tak kesian ke? Tak bahaya ke?

Dulu time intern bila aku nak pindah masuk bilik sewa, ayah aku pernah hantar aku kt kawan dia. Ayah aku cakap susah nak masuk kawasan rumah sewa aku sebab jalan jammed. Time tu dah hampir lewat malam. Ayah aku drop aku kt area mall mane ntah suruh kawan ayah aku amik sbb pak cik tu stay area dekat2 dengan rumah sewa aku. Walaupun kawan ayah aku tu tinggal area rumah sewa aku, tapi dia still stranger untuk aku sebab tu first time aku jumpa dia.

Selamat ke tinggalkan anak perempuan yang belum berkahwin naik kereta dengan kawan yang kenal entah berapa lama semata-mata sebab tak nak hadap jammed. Alhamdulillah mujur selamat setelah macam-macam ayat aku baca. Aku tak kata pak cik tu jahat, cuma aku rasa tanggungjawab untuk hantar aku dengan selamat terletak pada ayah aku, bukan tanggungjawab kawan ayah aku.

Bila abang aku tunang, aku nak tengok jugak kott lah mak ayah aku suruh dorang buat istana ke tambah bilik ke kalau nak kawin. Tapi mak aku cakap kesian kat abang aku kerja duit nak makan pun tak cukup. Kesian abang aku nak kawin takde duit. Kesian, kesian dan kesian. Sampai kereta abang aku mak aku yang bayarkan. Baru ni kereta abang aku rosak, mak aku call. Mak aku suruh aku masukkan duit untuk abang aku repair kereta dia. Aku cakap aku tak mampu bagi banyak, tapi mak aku dah letakkan berapa amaun yang aku kena bagi.

Tapi bila dah bank in duit masing-masing menyepi. Sebelum tu mak aku dah suruh aku masukkan duit untuk 2 orang adik lelaki aku. Kesian dorang takde duit nak makan katanya. Bila aku bank in, macam biasa masing-masing menyepi. Tahu-tahu je dah upload gambar hisap rok*k, jalan-jalan dengan awek, dengan kawan. Sampai tahap top up pun adik lelaki aku merayu suruh aku masukkan. Bila dah dapat top up, senyap terus. Bluetick je mesej aku. Kelakar bukan?

Aku tahu dengan keluarga jangan berkira. Tapi tolong lah hargai walaupun sekecil-kecil pertolongan. Walaupun hanya dgn perkataan TQ pun dah memadai. Aku nampak parents aku tak nak anak lelaki dorang susah. Abang aku nak cari bilik sewa, aku yang kena carikan. Sampai tahap resume abang aku pun aku kena buatkan. Anak-anak lelaki takde duit, kalau boleh anak perempuan kena bank in sekarang jugak. Anak perempuan kalau take duit nak makan, pandai-pandai lah hidup sendiri.

Selasak mana pun anak perempuan, dia tetap perempuan yang lemah. Yang perlu dilindungi. Kalau tak, kenapa anak perempuan perlukan wali untuk nikah? Sebab wali yang dipertanggungjawab untuk jaga anak perempuan sebelum kawin. Wali juga yang menyerahkan tanggungjawab kepada suami untuk melindungi anak perempuan. Family should be a healer, not a kller.

Ada orang cakap kadang-kadang family zahirkan kasih sayang melalui perbuatan, bukan melalui percakapan. Family aku tak zahirkan melalui perbuatan dan percakapan. Miskin harta tak bermakna kita perlu miskin kasih sayang kan? Kalau tambah rumah sampai 10 tingkat sekalipun, setinggi itu jugakah kasih sayang?

Hingga saat ini, aku masih lagi rasa kekurangan kasih sayang dgan layanan mak bapak aku yg berbeza dengan anak perempuan. Apa salah aku? Adakah ini ujian untuk aku? Gais doakan aku agar ikhlas menerima semua ini. Sekian- CeritaOhsem

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *