Warganet pertikai keputusan Dr Hisham tak nak dedah tempat yang ada kes COVID19. Ini antara respon warganet susulan berita itu dibuat

berita

Sidang media semalam, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan nama restoran,kondominium,sekolah ataupun pusat membali belah yang terdapat kes COVID19 tak akan didedahkan. Dr Hisham mengatakan keputusan ini dibuat untuk tidak meletakkan stigma kepada premis-premis ini

Katanya lagi,KKM sering diberi tekanan untuk mengenalpasti nama sesuatu lokasi yang mempunyai kes positif,tapi tak memberitahu orang ramai bagi mengelakkan ketaaktn pada orang awam. Kalau ada kes yang dilaporkan di sesuatu tempat,orang mungkin tak nak pergi ke sekolah,kondo atau mall terbabit.

Tambahnya lagi, fokus KKM adalah untuk menutup kawasan tersebut bagi tujuan sanitasi dan disinfeksi bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin.Kami akan lalukan perkara terbaik untuk bersihkan kawasan tersebut tapi kami tak nak ada apa-apa stigma, jadi saya tak akan sebut nama.”Ekoran dari ini, ramai warganet yang mempertikaikan keputusan KKM ini.

“Kalau tak bagitahu, semua perniagaan disekeliling pun akan terkesan sebab tak tahu.”“Saya rasa ini adalah tindakan yang salah. Kalau nak landaikan lengkungan dan putuskan rantaian, orang patut boleh buat keputusan untuk pergi atau tak. Ketelusan akan bantu putuskan rantaian.”“Saya rasa beritahu lokasi adalah jauh lebih penting dari cuba untuk lindungi perniagaan orang. Pokoknya – kami, rakyat ada HAK untuk tahu.”

Pun begitu, ada juga warganet yang menyokong keputusan dari KKM ini.“Tindakan untuk tak namakan adalah keputusan yang baik, sama juga dengan merahsiakan identiti pesakit, kenapa? Supaya orang tak akan ambil mudah dengan situasi ni dan hanya pakai pelitup muka dekat tempat yang berisiko, kalau tak sebuh nama, orang akan belajar untuk pakai pelitup muka setiap kali tinggalkan rumah.”Apa pendapat korang? Patut atau tak KKM rahsiakan?

“Jangan salahkan saya” – Dr Hisham Dikritik Sebab Kata Punca Kes Naik Kerana ‘Rakyat Leka’, Rupa-rupanya…

Semalam, lepas sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai penjelasan nilai R0, ramai warganet tiba-tiba kritik Tan Sri Dr Hisham Abdullah di Twitter. Apa kes?Dikatakan, sebuah akhbar telah mengeluarkan artikel dengan tajuk “Rakyat Leka Dengan SOP Bukan Sebab Pilihan Raya.” Disebabkan ini, ramai warganet yang tak puas hati disalahkan gara-gara peningkatan kes yang mendadak berlaku sekarang ini.

Ekoran terlalu banyak kritikan dan kata-kata negatif yang dilemparkan, Dr Hisham telah menjelaskan di Twitter mengatakan tajuk dari akhbar tersebut misle4ding dan telah pun ditukar.Jangan salahkan saya sebab tajuk dari Malay Mail. Mereka dah tukar semula tajuk. Mesej saya terang dan jelas, tolong bantu putuskan rantaian Covid-19.Tolong duduk di rumah dan jaga keselamatan. Tapi kalau ada urusan penting, tolong ikut SOP.”Hm tak pasal-pasal je Dr Hisham kena kritik, tak ingat langsung dah ke apa yang dia buat dari mula sampai sekarang nak perang Covid-19 ni?

99 Kluster Aktif Termasuk 6 Kluster Untuk Hari Ini. KKM Dedahkan Punca 6 Kluster Terbaharu Yang Melibatkan 3 Buah Negeri Ini Dan Harap Semua Maklum

Petang tadi, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan enam lagi kluster baru COVID-19 dikesan hari ini.Kluster itu melibatkan beberapa daerah di negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah. Sehingga hari ini, sebanyak 99 kluster aktif telah direkodkan termasuk enam kluster baru hari ini. Berikut merupakan ringkasan kluster baru berkenaan:

Kluster Tinusa. Kes indeks kluster ini ialah kes ke-12,844 yang didapati positif hasil saringan individu bergejala pada 6 Oktober 2020 lalu. Beliau dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Sabah.Hasil saringan ke atas 586 individu mendapati seramai 33 kontak rapat positif, 486 negatif dan 67 masih menunggu keputusan.

Kluster Sauh.Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Papar, Sabah dan Miri, Sarawak.Kes indeks kluster ini, kes ke-16,540 dan kes ke-17,508 dikenalpasti positif hasil saringan bergejala pada 13 Oktober 2020.Susulan itu, kes ke-16,540 telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth manakala kes ke-17,508 telah dimasukkan ke Hospital Miri, Sarawak.Saringan kontak rapat mengenalpasti 15 lagi kes positif COVID-19.Sehingga hari ini, seramai 149 individu telah disaring di mana 17 kes positif dan 132 negatif.

Kluster Jambu.Kluster ini melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor.19,367 dikenalpasti positif hasil saringan sebelum operasi pada 16 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat mendapati 13 lagi positif COVID-19. Sehingga hari ini, seramai 139 individu telah disaring di mana 15 kes positif dan 124 masih menunggu keputusan

Kluster Sofi.Kluster ini melibatkan daerah Seremban di mana kes indeks, kes ke-22,168 dikenalpasti positif hasil saringan bergejala pada 20 Oktober. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Rembau untuk rawatan.Sehingga kini, seramai 33 kontak rapat disahkan positif berdasarkan saringan ke atas seramai 160 individu, manakala 11 negatif dan 115 masih menunggu keputusan.

Kluster Bah Mutiara.Kluster ini melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor dan Titiwangsa, Lembah Pantai di WP Kuala Lumpur.Kes indeks, kes ke-10,507 dikenalpasti positif hasil saringan individu bergejala dan didapati mempunyai sejarah perjalanan dari Sabah.Beliau telah dimasukkan ke Hospital Sg Buloh untuk mendapatkan rawatan.Seramai 9 kontak rapat didapati positif hasil saringan ke atas 96 individu yang telah disaring di mana 86 individu masih menunggu keputusan.

Kluster Umboo.Melibatkan daerah Alor Gajah, Melaka.Kes indeks merupakan kes ke-21,322 yang dikenalpasti positif hasil saringan di Depoh Tahanan Imigresen.Saringan kontak rapat mendapati 3 lagi positif COVID-19. Sehingga kini, seramai 373 individu telah disaring di mana 4 positif, 218 negatif dan 151 individu masih menunggu keputusan.Sumber: KKM

TERKINI: 847 Kes Baharu COVID-19 Dan 5 pemergian Dicatatkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 847 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 847 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 23,804 kes secara keseluruhan.

Daripada 847 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 842 merupakan kes tempatan manakala 5 lagi adalah kes import.Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 8,183 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.Terdapat 90 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 29 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 5 kes pemergian yang dicatatkan pada hari ini. Jumlah kumulatif kes pemergian pula meningkat kepada 204 kes atau bersamaan dengan 0.86% secara keseluruhannya.Sumber: KKM

8 Kluster Baharu Dicatatkan Untuk Hari Ini. Terkini KKM Dedahkan Punca Kluster Baru Ini Berlaku Dan Harap Semua Ambil Perhatian Akan Kes Ini

Putrajaya, 21 Oktober – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan terdapat lapan kluster baru COVID-19 dilaporkan hari ini.Kluster tersebut melibatkan negeri Sabah, Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Berikut merupakan ringkasan lapan kluster tersebut:

Kluster Basung.Kluster ini libatkan sebuah jeti nelayan di daerah Kudat, Sabah.Sebanyak 19 kes positif dikesan melalui saringan bersasar ke atas individu yang terlibat dengan perniagaan ikan di Kudat.Sehingga hari ini, seramai 174 individu disaring di mana 19 positif, 148 negatif dan 7 masih menunggu keputusan.

Kluster Inai. Kudat, Sabah.Kes indeks ialah kes 17,773 positif hasil saringan individu bergejala 14 Oktober 2020.Telah dimasukkan di pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 di PPR Taman Ihsan Kota Belud.Saringan kontak rapat mendapati 7 lagi positif. Seramai 92 individu telah disaring, 8 positif manakala 84 masih menunggu keputusan.

Kluster Tempayan.Kota Kinabalu dan Penampang di Sabah.Kes indeks, kes ke-11,619 dikenalpasti positif hasil saringan individu bergejala 1 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.Hasil saringan mendapati seramai 18 lagi positif COVID-19.Seramai 21 individu telah disaring di mana 19 positif, satu negatif dan satu lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Long.Hulu Langat, Titiwangsa, Lembah Klang, Kepong.Kes indeks, kes ke-16,746 telah dikesan positif hasil saringan individu bergejala pada 12 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.Seramai 17 kontak rapat didapati positif. Sehingga kini, seramai 301 individu telah disaring di mana 18 positif, 260 negatif dan 23 lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Cahaya.Petaling, Selangor dan Tampin, Negeri Sembilan.Kes indeks, kes ke-20,394 dikenalpasti positif hasil saringan individu bergejala pada 16 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.Saringan kontak rapat mendapati 17 lagi kes positif. Seramai 84 individu telah disaring, 18 positif, 3 negatif dan 63 masih menunggu keputusan.

Kluster Bah Kota.Sepang, Seremban.Kes indeks, kes ke-17,988 dikenalpasti positif hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.Hasil saringan kontak rapat mendapati 9 lagi positif. Sehingga kini, seramai 171 individu disaring di mana 10 positif, dan 161 lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Melati.Titiwangsa, Klang.Kes indeks 18,002 positif hasil saringan individu bergejala 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.Saringan kontak rapat mendapati 8 lagi positif.Sehingga 21 Okt, seramai 24 individu telah disaring, 9 positif manakala 15 lagi sedang menunggu keputusan.

Kluster Bina Labuan.WP Labuan.Kes indeks, kes ke-22,943 telah dikesan positif hasil saringan kemasukan ke hospital pada 21 Oktober 2020 dan hembuskan nafas terakhir pada hari yang sama.Saringan kontak rapat mendapati 4 positif. Seramai 60 individu telah disaring di mana 5 positif dan 55 lagi masih menunggu keputusan.Sumber: KKM

TERKINI: 732 Kes Baharu COVID-19 Dan 6 Kes Pemergian Baharu Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 732 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 732 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 22,657 kes secara keseluruhan.

Daripada 732 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 724 merupakan kes tempatan manakala 8 lagi adalah kes import.Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 7,827 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.Terdapat 102 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 31 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, kes discaj baharu yang dilaporkan pada hari ini adalah 580 kes. Justeru, jumlah kumulatif kes discaj di Malaysia terus meningkat kepada 14,931 kes.KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 6 kes pemergian yang dicatatkan pada hari ini. Jumlah kumulatif kes pemergian pula meningkat kepada 199 kes atau bersamaan dengan 0.87% secara keseluruhannya.Sumber: KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *