Tak ragu untuk dedah kekasih hati. Ismail Izzani dedah kekasih hati dan kisah perkenalan mereka dan perkembangan dirinya dalam industri tanah air

artis

Walaupun bercinta pada usia muda,ia tidak menjadi alasan untuk penyanyi muda tanah air,Ismail Izzani merahsiakan hubungan cintanya. Bagi pelantun single Ada Cara itu, hubungannya bersama penyanyi baharu, Shalma Eliana bukan suatu perkara yang salah hingga perlu disembunyikan.

Ismail Izzani atau nama sebenarnya, Ismail Izzani Zainal Nazeri berkata, keterbukaan dalam laman sosial bukan perkara yang salah, memandangkan keluarga sudah sedia maklum akan perhubungannya. “Apabila terbuka, kami dapat berkongsi lebih banyak dan apa yang dikongsikan di laman sosial bukan benda buruk. Saya tahu ia tetap ada sisi negatif dan positif, mengikut cara seseorang memandang sebab pandangan setiap orang berbeza.

“Sesetengah orang positif akan nampak kami saling memberikan motivasi antara satu sama lain, apatah lagi kami dalam industri yang sama.”Memandangkan Shalma masih baru dalam industri dan dia pun sedang membina nama, jadi kami lebih banyak berkongsi soal kerjaya. Malah, kami sentiasa mengingatkan diri perlu fokus pada diri dan kerjaya dahulu,” ujar penyanyi yang popular dengan lagu Nyawa ini.

Sehubungan itu, Ismail berkata, mereka saling menyokong antara satu sama lain dan menjadi tulang belakang.Perkenalan pasangan itu bermula sejak berada di tingkatan 2 dan mulai rapat apabila Shalma memilih lagu Ismail, Sabar sebagai lagu ‘cover’ pertamanya yang dimuat naik di laman YouTube.

“Awalnya, saya ingatkan Shalma seorang yang bercita rasa tinggi. Waktu kami di tingkatan 3, saya pernah keluar dengannya bersama rakan lain dengan hanya berbekalkan RM20 dalam poket. Saya tiada keyakinan nak bercakap dengannya ketika itu.”Bagaimanapun, Shalma ada menghantar mesej langsung (DM) pada 2018. Dia memberitahu lagu ‘cover’ pertamanya adalah lagu saya, Sabar. Saya teruja sebab daripada tingkatan 2 saya memerhatikannya.

“Dari situlah, kami mulai berhubungan dan apabila bertemu. Saya terkejut kerana Shalma seorang yang ringkas. Keperibadiannya juga bersahaja, itulah yang membuatkan saya tertarik,” dedah anak kepada penyanyi era 1990-an, Datin Suliza Salam.Sementara itu, calon Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular (ABPBH) Ke-33 itu teruja menampilkan simgle baharu yang berjudul Ada Cara.

Kata penyanyi yang pernah digelar Justin Bieber Malaysia itu, single Ada Cara adalah lagu berentak R&B dan hip hop yang memperlihatkan sisi berbeza dirinya.Ismail turut menyifatkan single berkenaan sebagai sesuatu yang jauh berbeza daripada semua lagu yang pernah dilancarkan, sekali gus mengetengahkan sisinya lebih matang dalam berkarya.

“Ramai yang tahu Ismail Izzani sinonim dengan lagu pop seperti Sabar, tetapi itu hanyalah 60 peratus daripada saya. Genre utama saya adalah R&B dan itu yang saya mahu sampaikan menerusi single Ada Cara.”Zaman lagu Sabar ketika masih bergelar budak-budak. Bagaimanapun, single Ada Cara pula saya mahu tunjukkan kematangan dari segi imej dan muzik.

“Jujurnya, single ini adalah langkah besar untuk saya, tetapi ini adalah masa yang sesuai untuk permulaan baru bagi Ismail Izzani,” katanya yang melancarkan single Ada Cara pada 30 September lalu.Penyanyi berusia 20 tahun itu berkata, single Sabar juga bagi memenuhi permintaan ramai peminat yang lebih menggemarinya menyanyikan lagu rancak.

Single Ada Cara adalah salah satu lagu yang akan dimuatkan dalam album pertamanya. Album yang akan memuatkan 10 lagu itu dijangka akan menemui peminat selewat-lewatnya awal tahun depan.Dalam perkembangan lain, Ismail turut terbabit dalam penggambaran drama Lelaki Lingkungan Cinta yang bakal ditayangkan di slot Lestary, TV3. Drama terbitan Zeel Production itu menampilkan Ismail bergandingan bersama Naim Daniel, Shasha Abedul dan ramai lagi.

Setelah Tular Isu Rakaman Videonya Di Dalam Gereja Sehingga Mendapat Kritikan Teruk Dari Warganet. Kini Ismail Izzani Tampil Beri Penjelasan Berkenaan Isu Tersebut.

Bakal melancarkan video muzik untuk lagu baru ‘Ada Cara’, Ismail Izzani bersedia hadapi sebarang kritikan kerana memilih gereja sebagai salah satu lokasi penggambaran. Kata penyanyi berusia 20 tahun ini, walaupun sedar impak yang bakal timbul dek isu sensitiviti penonton namun dia berpegang kepada mesej yang mahu disampaikan dalam video ini.

Membawa kisah pasangan kekasih yang berbeza agama, lokasi itu dipilih supaya penonton mudah fahami konteks cerita. “Saya memilih gereja supaya senang orang faham konteks jalan cerita. ‘Ada Cara’ menyentuh soal agama. Jadi saya tidak rasa ada yang salah.”

Tambah Ismail lagi, penggambaran video muzik yang dilakukan di sebuah gereja di Damansara, Petaling Jaya itu merupakan satu pengalaman baharu buat dirinya. Bahkan penyanyi ini mengakui bahawa dia turut berasa pelik semasa pertama kali menjejakkan kaki ke rumah keagamaan itu. Berasa kekok, dia perlu mengambil masa selama 30 minit bagi menyediakan diri sebelum memulakan penggambaran.

“Tetapi apabila fikirkan tentang mesej yang ingin disampaikan kepada penonton, saya perlu buat yang terbaik. Lirik lagu ini sendiri pun sudah mendalam, ditambah dengan visual dalam gereja membuatkan hasilnya sangat mengagumkan.”

‘Ada Cara’ yang membawa kisah berkisar tentang agama, ia menonjolkan hubungan seorang lelaki yang setia dengan penciptanya. “Apatah lagi lagu ini berkisar tentang agama. Kisah cinta seorang lelaki yang berpegang teguh kepada agamanya. Manusia berbeza tetapi Tuhan hanya satu dan lelaki dalam lagu memilih Tuhannya.” Semoga ‘Ada Cara’ temui sukses!

Sumber: Kosmo!

Dedah badan dan tutup pusat. Warganet tetap pertikai gambar yang dikongsi oleh Ismail Izzani yang menayangkan badan berotot sehinggakan ramai yang berbalah

Penyanyi Ismail Izzani meraih perhatian wargamaya apabila memuat naik sekeping foto badan berototnya tanpa memakai baju. Menerusi laman sosial Instagram, Ismail berkongsi foto terbaru perkembangan badannya untuk tatapan umum. “Percaya pada proses, ia mengambil masa,” tulis Ismail sebagai kapsyen.

Namun, di sebalik pujian badan berotot yang diterima, ada wargamaya yang mempersoalkan aurat yang terdedah meskipun Ismail menutup bahagian pusatnya. “Aurat tunjuk kat orang berdosa,” tulis seorang wargamaya. Menerusi komen tersebut, ramai yang berbalah tentang aurat sebenar seorang lelaki pada mata seorang wanita apabila melihat foto tersebut. 

“Perempuan tengok macam mana? Aurat lelaki dekat perempuan menyeluruh,” balas wargamaya terbabit. “Apa ni lelaki saja tapi tak tahu aurat lelaki dari lutut sampai pusat apa la buat malu ja,” kata seorang wargamaya.“Dah tutup pusat bang, aurat lelaki dari pusat sampai lutut. Sekadar pencerahan,” jelas seorang wargamaya.

“Dia hanya tutup aurat pusat bukannya semua di bahagian pusat. Nampak tak beza dia? Masih aurat,” tegas seorang wargamaya.“Dia dah tutup la, tengok la getah boxer dia sampai mana,” komen seorang wargamaya lagi.  Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 53,000 tanda suka dan 450 komen daripada warga Instagram.-metro

Ismail Izzani jaga solat untuk elak perkara negatif – “Apa yang jadi sebelum ini kesilapan saya sendiri”

Ismail lebih terdorong melakukan perkara yang baik.PENYANYI Ismail Izzani memberitahu salah satu cara untuk dia mengelakkan diri daripada melakukan perkara negatif ialah dengan menjaga solat.Ismail, 19, berkata, biarpun masih belum sempurna namun dia yakin solat mendorongnya menjadi seseorang yang lebih baik.

“Nafsu nak buat jahat memang susah kita nak kawal tapi kita kena pandai bahagikan masa dengan benda-benda yang positif.Ismail sentiasa akan cuba untuk tunaikan solat.“Salah satu cara, jangan tinggalkan solat walaupun banyak dugaan tapi saya tetap akan cuba jaga solat.”Bagi saya, kita kena sentiasa ingat Allah sebab dia ingat kita. Mak saya selalu pesan, ingat solat, bila kita solat mendorong kita buat benda baik.”Tidak membawa kita ke arah yang negatif dan malah tidak terasa pun nak buat benda-benda jahat,” kata Ismail kepada mStar.Mak saya selalu pesan, bila kita solat mendorong kita buat benda baik.

Sebelum ini, penyanyi lagu Bidadari ini pernah beberapa kali terpalit dengan kontroversi negatif yang memberi persepsi buruk terhadap dirinya.Dalam pada itu, Ismail memberitahu dia banyak belajar daripada kesilapan terdahulu dan masih dalam proses memperbaiki dirinya.

Ismail mahu perbaiki diri.“Kesilapan itu boleh datang dari mana-mana, kita tengah berdiri pun boleh buat silap. Bagi saya, apa yang jadi sebelum ini adalah keputusan saya sendiri.”Itulah kesilapan saya. Sekarang ini masih dalam proses belajar macam mana nak buat keputusan yang betul untuk diri sendiri.”Bukan nak cakap saya berfikir seperti orang dewasa tapi apa yang saya fikir sekarang untuk kebaikan masa depan saya, keluarga dan peminat,” ujarnya.-mstar

Ismail Izzani sedih dan tertekan dikatakan bawa pengaruh buruk kepada rakan sebaya

2018 melihat Ismail Izzani ditimpa pelbagai kontroversi liar. PENYANYI Ismail Izzani berasa sedih dan terkilan apabila dianggap sebagai membawa pengaruh tidak baik kepada rakan-rakannya.Ismail, 19, berkata, perkara itu disedari apabila rakan-rakannya dihalang oleh ibu bapa mereka untuk berkawan dengannya.

Luahan Ismail di Instagram.“Sudah banyak kali sebenarnya saya menghadapi situasi ini, ibu bapa beberapa rakan saya mula menghalang anak-anak mereka berkawan rapat dengan saya kerana dikatakan membawa pengaruh buruk.”Namun perasaan yang saya pendam selama ini sampai ke kemuncak malam tadi sehingga saya alami mntal breakdown, saya akui sedikit terasa hati apabila apabila dilemparkan tudhan sebegitu,” kata Ismail kepada mStar.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Bidadari ini ditemui semasa konsert Kindness Stand Together pada Sabtu.Dalam perkembangan lain, Ismail berkata dia berasa teruja apabila dilantik untuk menjadi duta kempen #standtogether buat kali kedua.Ismail Izzani bersama barisan selebriti yang menyertai kempen #standtogether.

“Sebenarnya kempen ini memfokuskan untuk bersatu memberi bantuan buat para pelajar di sekolah seluruh Malaysia untuk menyebarkan kebaikan sesama mereka.”Ini merupakan tahun kedua saya menjadi duta program #standtogether ini, malah ia membantu saya untuk terus berfikir dengan positif biarpun saya sendiri terpalit dek beberapa isu negatif sepanjang tahun lalu,” katanya.-mstar

Kalau ada rezeki dalam bidang ini saya terima sahaja dan akan terus belajar dari kesilapan.

Sebelum ini, penyanyi lagu Nyawa ini pernah digandingkan bersama Nabila Razali dalam drama Lelaki Kelas Sebelah dan Kebaya Kasut Kanvas.Sementara itu, Ismail berkata dia kini bersedia menerokai dunia lakonan dan sedang berusaha memperbaiki mutu lakonan.Malah, dia banyak mempelajari teknik lakonan dengan sahabat baiknya yang juga penyanyi iaitu Naim Daniel.

Ismail Izzani mahu serius timba ilmu lakonan.“Sekarang ini saya sedang belajar perlahan-lahan mengenai ilmu lakonan. Industri hiburan ini luas dan bagi saya rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk.”Kalau ada rezeki dalam bidang ini saya terima sahaja dan akan terus belajar dari kesilapan. Saya mahu serius mencari ilmu lakonan.”Alhamudlillah Naim banyak kongsi ilmu dan kami sering bertukar pandangan dan idea. Cuma harapan saya penonton akan terima lakonan saya walaupun mungkin akan nampak kayu sedikit!,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *