Singapura temui kaedah terbaru kesan COVID19. Penyelidik dari Singapura dedahkan kaedah ini sehinggakan meraih perhatian ramai

berita Viral

Terbaru, Dalam menghadapi wabak Covid-19 ini, pelbagai inisiatif dijalankan oleh penyelidik bagi menemukan kaedah paling efektif untuk mengesan virus ini.Terbaru penyelidik Singapura berjaya menemukan kaedah yang kurang menaktkan untuk mengesan virus itu iaitu dengan menggunakan hembusan nafas. So tak payah swab test lah kan?

Menerusi ujian yang dilakukan ia akan mengesan organik mudah meruap (VOC) dalam nafas individu dan setakat ini ujian tersebut berjaya mencapai lebih 90 peratus keputusan yang tepat menerusi ujian klinik yang dijalankan ke atas 180 orang pesakit.Untuk kaedah ini, individu hanya perlu menghembuskan nafas menggunakan penutup mulut pakai buang yang telah disambungkan ke alat penguji.

Nafas individu yang terkumpul itu akan dimasukkan ke dalam spektrometer untuk diukur. Lagi mudah la , tak perlu tahan sakit lagi.Apa yang lebih menarik lagi, profil VOC tersebut akan dianalisis dan keputusan ujian dapat diperolehi dalam tempoh satu minit sahaja lapor Harian Metro

Tak perlulah tunggu lama-lama sampai dah lepas ni!Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Breathonix, Dr Jia Zhunan, VOC ini terhasil daripada tindak balas biokimia dalam sel manusia secara konsisten.“Sakit yang berlainan menyebabkan perubahan spesifik pada sebatian, mengakibatkan perubahan yang dapat dikesan dalam profil nafas seseorang. Oleh itu, VOC dapat diukur sebagai penanda sakit seperti Covid-19.

“Penutup mulut sistem ini mempunyai injap sehala dan perangkap air liur yang menghalang penyedutan dan air liur daripada memasuki mesin berkenaan,”Sumber: NST. Teknologi yang efektif ini dibangunkan oleh syarikat pemula niaga NUS, Breathonix. Harap-harap berpatutan la harga yang ditawarkan nanti. Dapat juga memudahkan urusan semua orang. 

Ramai Masih Tak Peka Akan Hal Ini Walaupun Sudah Berkali Kali Diingatkan. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Dedahkan Kesemua Tempat Yang Wajib Pakai Pelitup Muka

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Berikut adalah senarai tempat awam yang diwajibkan pemakaian pelitup muka:Masjid, surau dan rumah ibadat,Majlis sosial,Pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang dan van sekolah. Hospital dan klinik,Pasar awam dan pasar tani,Pawagam,Kompleks beli-belah, pasar raya, kedai runcit, stesen minyak,Restoran,Bengkel,Kedai gunting rambut dan salun kecantikan,Pusat hiburan keluarga,Mana-mana tempat awam yang sesk.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jnyh Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata demikian kepada Bernama bagi menjawab kekeliruan orang ramai mengenai perkara tersebut. Kerajaan menguatkuasakan pemakaian pelitup muka secara wajib di tempat awam yang sesak mulai 1 Ogos di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Pnyakit Berjangkit 1988.“Mana-mana individu awam yang melanggar peraturan di bawah Akta itu hanya akan dikenakan tindakan kompaun sehingga RM1,000,” katanya.— BERNAMA

Pelitup muka ‘fancy’ dibenarkan, tetapi…

KERAJAAN masih membenarkan pemakaian pelitup muka jenis fabrik ‘fancy’ yang kini menjadi antara pilihan orang ramai susulan keputusan kerajaan mewajibkan pemakaiannya mulai 1 Ogos ini.Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) bagaimanapun akan mengumumkan mengenai perincian spesifikasi dan jenis yang boleh dipakai, selain garis panduan pemakaiannya serta cara pelupusan pelitup muka pakai buang.

“Apa yang jelas, bermula 1 Ogos nanti pelitup muka tiga lapisan seperti yang dipakai umum dibenarkan, namun bagi jenis lain termasuk fabrik, KKM akan memberikan perincian jenis apa yang boleh dipakai atau tidak dalam masa terdekat iaitu sebelum penguatkuasaan bermula.

“Sebenarnya perkara penting yang ditekankan adalah cara pemakaian pelitup muka yang sebetulnya seperti menutup keseluruhan hidung, mulut, serta dagu, selain dari etika pelupusan bagi jenis pakai buang,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media program Sukarelawan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) Negeri Perak di Bukit Merah Laketown Resort, Taiping hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Pengarah Kesihatan negeri Perak Datuk Dr Ding Lay Ming dan Pengerusi Jawatan Kuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar, dan Teknologi Hijau Ahmad Saidi Mohamad.

Pada 23 Julai lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan orang ramai boleh didenda RM1,000 sekiranya didapati gagal mematuhi peraturan pemakaian pelitup muka berkenaan bermula 1 Ogos depan.

Semalam, Pakar Epidermiologi Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Mohd Rohaizat Hassan dilaporkan berkata, pelitup muka jenis fabrik hanya sekadar menapis bau dan partikel kasar daripada dihidu susulan tiada penapis khas sekali gus tidak mengurangkan risiko penyebaran virus Covid-19.

Noor Azmi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan penguatkuasaan lebih tegas dilakukan termasuk menaikkan hukuman serta denda terhadap individu yang tak ikut arahan pemakaian pelitup muka seperti yang dilakukan di Eropah bagi membendung wabak itu.

“Jangan leka dan sengaja (tak ikut peraturan), KKM bersama-sama polis akan mantapkan penguatkuasaan dan siasatan dengan lebih serius terhadap SOP (prosedur operasi standard) Covid-19 selepas ini,” katanya.Dalam pada itu, Dr Noor Azmi turut menafikan dkwaan tular mengatakan termometer penmbak suhu yang menggunakan cahaya inframerah bah4ya kepada otak.

Katanya, spesifikasi peranti penmbak suhu yang digunakan hendaklah disahkan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).”Walaupun pada dasarnya catatan suhu badan manusia yang diambil menerusi telinga atau dubur lebih tepat berbanding di dahi, namun setakat ini tiada lagi kajian mengenai bahaya termometer ini,” katanya.

Ramai Yang Keliru. Ismail Sabri Dedahkan Tempat Yang Tidak Perlu Pakai Pelitup Muka Dan Diharap Semua Maklum Dengan Perkara Ini

KUALA LUMPUR – Pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan ke atas orang ramai semasa mereka berada di rumah atau dalam kenderaan sendiri.Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelitup muka tidak diwajibkan kepada mereka yang melakukan aktiviti fizikal.

“Pemakaian pelitup muka juga tidak diwajibkan untuk kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah.“Pemakaian pelitup muka diwajibkan dalam pengangkutan awam seperti bas, teksi, kenderaan e-hailing atau LRT dan KTM serta tempat-tempat awam yang sesak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan orang ramai berasa keliru dengan arahan pemakaian pelitup muka bermula 1 Ogos lalu.Mereka menyambut baik arahan tersebut, namun berharap satu garis panduan yang jelas mengenainya diwujudkan.Ia termasuk berhubung kewajipan memakai pelitup muka di kawasan riadah yang kurang sesak, dalam kenderaan persendirian serta di kedai makan. – K! ONLINE

Harga siling pelitup muka akan diturunkan lagi

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk menurunkan lagi paras harga siling pelitup muka tiga lapisan di bawah RM1.20 seunit. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi, berkata cadangan itu akan diputuskan dalam tempoh terdekat.

“Sebenarnya kementerian sudah mengambil langkah menurunkan harga siling pelitup muka tiga lapisan daripada RM1.50 kepada RM1.20 seunit. “Memandangkan maklum balas daripada umum dan kita sudah melakukan perbincangan, mungkin (harga siling) diturunkan lagi di bawah RM1.20,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (DAP-Kota Melaka) yang meminta kerajaan supaya menyeragamkan dan menurunkan lagi harga siling pelitup muka. Bermula 1 Ogos lalu, kerajaan mewajibkan orang awam memakai pelitup muka, khususnya ketika berada di dalam pengangkutan awam dan kawasan sesak sebagai langkah membendung wabak COVID-19.

Kerajaan sebelum ini memutuskan harga siling pelitup muka diturunkan kepada RM1.20 bermula 15 Ogos ini berbanding RM1.50 sebelum ini.Malah, harga borong bahan itu yang ketika ini RM1.45 seunit juga akan diturunkan kepada RM1.15 bermula pada tarikh sama.

Menjawab soalan asal Datuk Wilson Ugak Anak (GPS-Hulu Rajang) mengenai Program Penyeragaman Harga, Alexander berkata, seramai 1.1 juta penduduk di 691 kawasan luar bandar dan pedalaman di Sabah, Sarawak, Kedah dan Kelantan, mendapat manfaat daripada program itu.

“Tahun ini, kerajaan melantik 163 syarikat bertanggungjawab membeli bekalan daripada pembekal atau punca bekalan sebelum menghantar dan menjual bekalan terbabit di kawasan pengedaran. “Terdapat tujuh jenis bekalan barangan asas yang dihantar menerusi program ini iaitu beras, gula putih bertapis kasar, minyak masak, tepung gandum, gas petroleum cecair (LPG), Petrol RON95 dan diesel,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan program terbabit untuk tahun ini membabitkan peruntukan berjumlah RM150 juta. “Sebanyak RM83.2 juta diperuntuk kepada Sarawak dan daripada itu, sejumlah RM19.95 juta pula bagi kawasan Parlimen Hulu Rajang,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *