Ramai cakap sakit bila buat swab test. Puteri Sarah yang baru sahaja jalani ujian tersebut beri respon lain macam dalam perkongsian terbarunya

artis

Acap kali dikongsi di dalam kumpulan-kumpulan aplikasi Whatsapp bahawa melakukan swab test adalah satu perkara yang menykitkan. Perkongsian tidak berasas ini menyebabkan ramai yang bimbang dan timbul rasa takut untuk melakukan swab test ini,terutamanya kepada mereka yang tidak mendapat maklumat dengan betul.

Menerusi satu perkongsian di IG miliknya, Puteri Sarah Liyana berkongsi satu entri video yang menunjukkan dia melakukan swab test.” Okay siapa cakap sakit tu sebenarnya nak menaktkan korang je. Tapi sebenarnya memang tak sakit. Sarah buat dekat dalam mouth dan dalam nose. Talk sakit pun. So jalankan tanggungjawab anda.

“Dan lagi satu benda ni sangat wajib, lagi-lagi untuk kita yang sedang shooting ni, memang kena buat untuk keselamatan diri sendiri dan juga famili,” katanya di dalam video tersebut.Jika anda mempunyai gejala atau pernah bertemu dengan mereka yang positif Cov1d-19, lakukan swab test dengan segera. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dan tepat di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Virl

Sudah Dua Tahun Tidak Tinggal Bersama Keluarga. Yusof Haslam Ulas Isu Hubungan Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Susulan Keadaan Rumah Tangga Pasangan Tersebut Bermasalah

Yusof dan isterinya sentiasa mendoakan yang terbaik buat Syamsul serta Puteri Sarah.SUSULAN keadan rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang didkwa berntakan selepas kedua-duanya dilihat muncul di Pejabat Agama, bapa pengarah filem itu Datuk Yusof Haslam enggan mencampuri urusan peribadi anak dan menantunya itu.

Yusof ketika dihubungi mStar memberitahu dia tidak berhak memberi sebarang komen memandangkan pasangan itu tidak lagi tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.Bagaimanapun Yusof berkata, dia dan isterinya iaitu Datin Fatimah Ismail sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak dan menantunya itu.

Puteri Sarah enggan mengulas dkwaan rumah tangganya dengan Syamsul kini berdepan dengan masalah.“Saya tak tahu apa-apa mengenai rumah tangga mereka. Biarlah Syamsul dan Puteri Sarah sendiri yang beri kenyataan sebab saya tak boleh nak beri komen.”Benda ini terlalu peribadi sebab melibatkan hal rumah tangga mereka. Lagipun, mereka berdua dah tidak tinggal bersama dengan saya sejak dua tahun lalu sebab mereka ada rumah sendiri.”Sebagai bapa, sudah tentu saya mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua. Apa saja kemelut yang berlaku, saya dan isteri mendoakan agar mereka dapat selesaikan dengan baik,” kata Yusof kepada mStar.

Benda ini terlalu peribadi sebab melibatkan hal rumah tangga mereka.

Yusof diminta mengulas mengenai dkwaan Puteri Sarah Liyana dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada Jumaat lalu.Puteri Sarah dilihat mengenakan jubah dan bertudung hitam memasuki bahagian undang-undang keluarga ditemani seorang wanita yang dipercayai ibu mentuannya, Fatimah.

Bagaimanapun, ditanya mengenai tujuan mereka mengunjungi pejabat agama tersebut, Puteri Sarah hanya memilih untuk tidak mengulas mengenainya.Puteri Sarah dan Syamsul dikurniakan sepasang anak.Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Syamsul yang juga seorang pengarah filem hebat gagal apabila panggilan telefon tidak dijawab.

Menerusi laporan mStar pada Ahad, tinjauan mendapati Puteri Sarah juga sudah berhenti mengikuti atau sudah ‘unfollow’ akaun Instagram suaminya, namun Syamsul masih lagi mengikuti IG aktres itu.Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, serta Summayah yang kini berusia setahun.-mstar

Unfollow Syamsul Yusof Di Instagram. Puteri Sarah Dikatakan Baru Hadir Ke Pejabat Agama Baru Baru Ini Dan Perkongsian Dari Puteri Sarah Ternyata Meraih Perhatian Ramai

Puteri Sarah enggan ulas dkwaan dia hadir ke pejabat agama, baru-baru ini. DKWAAN kononnya pelakon Puteri Sarah Liyana hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada Jumaat lalu menimbulkan spekulasi tentang hubungan rumah tangganya dengan pengarah filem Syamsul Yusof sedang dilanda masalah.Menerusi laporan Harian Metro, Puteri Sarah dilihat mengenakan jubah dan bertudung hitam memasuki bahagian undang-undang keluarga.

Puteri Sarah dikatakan hadir ke pejabat berkenaan ditemani seorang wanita dipercayai ibu mertuanya iaitu Datin Fatimah Ismail.Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tujuan sebenar Puteri Sarah mengunjungi pejabat agama itu.Ditanya mengenai dkwaan tersebut, Puteri Sarah memilih untuk tidak mengulas lanjut.

Salah satu perkongsian Puteri Sarah di Instastory.“Maaf, tiada apa yang ingin saya kongsikan buat masa ini,” katanya.Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan Syamsul tidak berjaya apabila panggilan tidak dijawab.Tinjauan mendapati Puteri Sarah juga sudah berhenti mengikuti atau ’unfollow’ akaun Instagram suaminya, bagaimanapun Syamsul masih lagi mengikuti akaun wanita itu.

Puteri Sarah bersama suami, Syamsul Yusof dan dua anak mereka.Foto terakhir dimuat naik pasangan itu ialah pada Hari Raya Aidilfitri sekitar Mei lalu.Menerusi Instastory, Puteri Sarah turut berkongsi paparan skrin kata-kata semangat yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

“Ahad… ini bukan tentang hubungan sempurna, ini tentang mencari seseorang yang sesuai dengan kamu dan akan melalui segalanya tanpa putus asa, ” kongsinya.Pelakon drama Cinta Antara Kita ini berkahwin dengan Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, setahun.-mstar

Syamsul Yusof beri amaran individu menyamar suaranya di Bigo – “Saya penat nak saman orang turun naik mahkamah”

Syamsul akan mengambil tindakan undang-undang jika individu tersebut enggan memadam akaun Bigo. Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof berang apabila mengetahui ada individu tidak bertanggungjawab menyamar menjadi suaranya di aplikasi laman Bigo.Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 36, turut menegaskan dia tidak pernah mempunyai akaun Bigo dan Facebook.

Anak kepada pengarah Yusof Haslam ini memberi amaran kepada individu tersebut untuk memadam akaun palsu itu sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.”Ada mamat menyamar jadi suara saya dalam Bigo. Saya tiada langsung akaun Bigo dan juga FB, jadi yang ada semua itu akaun palsu menyamar jadi saya.Syamsul memberi amaran kepada individu tersebut di Instagramnya.

“Kepada mangkuk yang menyamar jadi suara saya tolong padam akaun Bigo itu cepat. Sebab saya penat nak saman orang turun naik mahkamah ini. Jadi, tolong jangan paksa. Padam sekarang,” katanya.Pelakon dan pengarah filem Munafik 2 ini memuat naik status memberi amaran terhadap individu tersebut di laman Instagram miliknya.

Rata-rata warganet juga menyedari perkara itu berlaku di aplikasi tersebut dan mengatakan individu itu tidak pernah menayangkan wajahnya ketika membuat video live.Malah, ada segelintir warganet juga meminta Syamsul untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap individu tidak bertanggungjawb itu.”Saman saja abang @syamsulyusoffilm beritahu banyak kali pun bukan diorang nak faham sangat pun. Saja nak pekakkan telinga… emosi pula kita ni.

Kepada mangkuk yang menyamar jadi suara saya tolong padam akaun Bigo itu cepat.

“Pernah dengar… Sepupu ada Bigo. Memang sebiji, rasanya suara dia kut. Sebab ada tanya, Syamsul ke? Dia cakap bukan.”Aah betul-betul dia buat suara itu. Cuma kalau dia live, dia tak tunjuk muka. Cuma suara saja sama,” komen beberapa warganet di laman sosialnya.Sekitar tahun 2018, Syamsul mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkaitan penyebaran filem Munafik 2 secara haram di laman sosial. Berikutan itu,  kes tersebut berpihak Skop Productions Sdn Bhd menyebabkan individu tersebut diminta membayar ganti rugi berjumlah RM100,000 selain ada beberapa perkara yang perlu dipatuhi.-mstar

Syamsul izin Puteri Sarah kembali berlakon

KUALA LUMPUR: Cinta pelakon, Puteri Sarah Liyana, 35, terhadap dunia lakonan tidak pernah pudar biarpun lebih enam tahun terpaksa mengetepikan minat demi memberi tumpuan terhadap keluarga.Kali terakhir isteri kepada pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof itu membintangi drama pada 2013.

Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 35, dia kembali ke lokasi penggambaran sejak tahun lalu, tetapi hanya menerusi naskhah tidak menuntut masa yang panjang.“Saya kembali dengan mengendalikan program Glam terbitan RTM sebagai hos pada Oktober tahun lalu. Kemudiannya, saya berlakon telefilem dan akan datang, saya akan menjayakan sebuah lagi telefilem.

“Saya tak mampu meninggalkan dunia lakonan kerana minat. Saya sudah biasa dengan sibuk, saya boleh melompat-lompat ke beberapa lokasi penggambaran dalam masa sehari.“Disebabkan tak mahu bosan, saya mula berniaga. Apabila berniaga, timbul pula rasa nak berlakon,” katanya kepada BH Online.Sarah berkata, dia mendapat keizinan suami, tetapi ada syarat.

“Suami izinkan saya berlakon tetapi hanya telefilem. Saya tak boleh terima tawaran berlakon drama bersiri kerana ia mengambil masa yang panjang, sekurang-kurangnya tiga bulan.“Sungguhpun begitu, saya akan bertanya pada suami terlebih dahulu sebelum menerima tawaran. Saya jaga batasan sebagai isteri orang,” katanya.

Bagaimanapun, Sarah menafikan suaminya punca dirinya menyepikan diri daripada dunia lakonan.“Suami tidak pernah halang minat saya. Sebelum ini, saya ada anak kecil dan masih belum pandai mengendalikan masa.“Bagaimanapun, saya semakin faham rentak apabila dikurniakan dua cahaya mata. Sekarang, Syamsul pun sudah boleh jaga anak apabila saya bekerja, jadi tiada masalah untuk saya kembali berlakon.

“Saya akui pernah mengeluarkan kenyataan saya perlu memperlahankan kerjaya lakonan apabila berkahwin, tetapi jiwa saya meronta-ronta mahu berlakon. Tetapi, berlakon bukanlah keutamaan, tidak mengapa tiada tawaran kerana keluarga menjadi keutamaan saya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikannya, Shara, baru-baru ini.

Mengusahakan produk kecantikan sejak 2018, ia adalah salah satu cara untuk Sarah sibuk.“Alhamdulillah, ia mendapat sambutan baik. Syamsul juga menyokong saya berniaga,” katanya. Syamsul turut hadir menyokong Sarah pada majlis pelancaran.Mengulas kelihatan gugup ketika berucap, Sarah berkata inilah kali pertama berucap di hadapan suaminya.

“Ini kali pertama suami datang ke majlis pelancaran produk saya. Selalunya, saya duduk di tempatnya pada majlis tayangan filem, dia yang bercakap di hadapan, hari ini pula sebaliknya.“Suami menegur, saya boleh berlakon tetapi kenapa tak boleh bercakap di hadapan tetamu. Betul juga, berlakon saya okay, bercakap gugup pula,” katanya.Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Pasangan itu dikurniakan anak lelaki, Syaikul Islam, 3 dan Summayyah, 1.-bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *