Dalam diam petah berbahasa Mandarin. Masya Masyitah kejutkan orang ramai bila menjadi wakil Malaysia dalam sebuah program mencari bakat

artis

Selepas beberapa bulan brtarng atas talian,program mencari bakat, Yippi Star Quest bakal melabuhkan tirai pada Ahad ini. Membawa nama Malaysia, penyanyi berbakat besar yang menawan industri muzik Cina di Malaysia, Masya Masyitah berjaya mengalahkan peserta lain dan mara ke pentas akhir menntang penyanyi,Phem dari Filipina.

Pertandingan itu bakal berlangsung secara atas talian di portal aplikasi Yippi, Ahad ini, mulai jam 8.30 malam.Masya yang mahir bertutur dalam berbahasa Mandarin, berjaya meraih perhatian dan menjadi pilihan utama di platform sosial Yippi.

Pada malam separuh akhir, Masya menambat hati penonton dengan menyanyikan rangkaian lagu Mandarin, Melayu, Inggeris dan Indonesia seperti yang dimahukan peminat.Masya juga mampu berinteraksi dengan baik dengan penonton atas talian, malah mempamerkan kepetahan bertutur dalam bahasa Mandarin ketika pertandingan berlangsung.

Bukan itu sahaja, perwatakan Masya yang menarik membuatkan penonton dari seluruh rantau Asia Tenggara memilihnya sebagai finalis. Sejak mula dilancarkan, kira-kira 3,000 peserta mencuba nasib di Malaysia.Masya yang sedang giat berlatih, bakal menunjukkan kekuatan dirinya sebagai penghibur.

“Banyak yang saya pelajari dan pelbagai pengalaman ditempuhi termasuk bagaimana hendak membuat penonton terus berminat dengan persembahan saya.”Saya sangat teruja untuk memberikan yang terbaik. Saya harap peminat dapat menonton secara online dan terus memberi sokongan padu,” katanya.

Macam Menunjuk Kejayaan Yang Dikecapi. Masya Masyitah Bongkarkan Rahsia Paling Besar Dia Sampai Boleh Beli Rumah Harga RM300k Cash

Baru-baru ini, penyanyi remaja, Masya Masyitah ada memuat naik sepotong video berkongsi keadaan sekeliling kediaman barunya dilaman Youtube.Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian ramai yang kagum melihat pencapaian anak muda berusia 20 tahun itu.

Namun, tidak kurang juga ada segelintir pihak yang melabelkan tindakan bintang cantik itu seolah-olah riak dan menunjuk-nunjuk.Peka dengan perkara tersebut, penyanyi lagu Hapvs itu menjelaskan niatnya berkongsi video berkenaan hanyalah untuk memberi inspirasi kepada remaja di luar dalam mencapai cita-cita dan impian meski dalam usia muda.

“Sebenarnya, nak kata saya selalu menunjuk pun tidak. Baru sekali saya buat video ‘house tour’ tapi ada mulut-mulut orang yang kata saya riak.“Jujurnya niat saya berkongsi video berkenaan hanyalah untuk memberi inspirasi bahawa bukan orang dewasa sahaja mampu membeli rumah, kita yang remaja pun boleh asalkan kita berusaha untuk dapatkan apa yang kita mahu.

“Masa saya beli ketika umur saya baru 19 tahun dan nilai rumah tersebut lebih kurang RM300,000,” katanya kepada MH.Masya berkata demikan ketika ditemui pada majlis sidang media tayangan perdana kandungan Astro sempena Hari Kemerdekaan ke-63 yang berlansung di TPC, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Masya turut menyifatkan segala yang dikecapinya ketika ini adalah berkat usaha dan penat lelahnya menyimpan sejak kecil.“Saya mula kumpul duit sejak pertama kali saya menyanyi ketika umur saya 9 tahun.“Saya menyertai banyak pertandingan dan dari situ saya mula menyimpan sikit demi sedikit.

“Mana yang patut simpan saya akan simpan, untuk saya belanjakan pun ada juga. Mana yang lebih kita simpan.“Saya beli rumah tersebut secara tunaj. Bagi saya, kalau apapun saya tak suka berhutang sebab saya rasa macam rugi nak bayar interest dan juga ‘bunga’,” jelasnya jujur yang turut berusaha membahagiakan keluarga tersayang.

Terdahulu, Masya merupakan salah seorang daripada lapan penyanyi di bawah naungan Rocketfuel yang mendengangkan lagu Sehati Malaysia yang juga merupakan lagu tema bagi kempen kali ini.Malah, slogan ‘Malaysia, Kita Selamat Besama’ turut diangkat sebagai tema untuk kempen Hari Kemerdekaan anjuran Astro.-mediahiburan

Masya Luah Minat Hun Haqeem. Mengejutkan Bila Masya Nekad Lamar Hun Haqeem Dengan Cara Sebegini

KUALA LUMPUR: Meminati lakonan pelakon kacak, Hun Haqeem, penyanyi tinggi lampai, Masya Masyitah nekad melamarnya.Bagaimanapun, Masya bukannya melamar menjadi kekasih hatinya di alam realiti, sebaliknya bekerjasama dalam video muzik single terbaharu berjudul Hapvs.Single keempat bergenre balada itu ciptaan Amybong dan Zimi Sofazr yang akan dilancarkan hari ini.

“Memang saya memilih Hun untuk menjayakan video muzik ini. Tambahan pula, dia salah seorang pelakon lelaki yang saya minati.”Saya mula menyedari bakat lakonan Hun ketika menonton drama Cari Aku Di Syurga. Walaupun Hun hanya berlakon watak pembantu, tetapi dia memiliki aura tersendiri. Sejak itu, saya menyimpan angan mahu menyuntingnya menjadi kekasih dalam video muzik single ini.”Tanpa diduga, Hun meledak pula dengan watak Jaafar atau Jekfer dalam drama Kampung People. Jadi, saya cadangkan nama Hun kepada syarikat pengurusan, Rocketfuel Entertainment untuk mel4marnya sebagai kekasih. Jangan salah anggap, Hun hanya kekasih dalam video muzik ini,” katanya kepada BH Online.

Bekas juara program Ceria Popstar pada 2014 itu berkata, dia bersyukur lamarannya diterima Hun, malah hantaran pun sudah diberikan.”Alhamdulillah, Hun setuju bekerjasama dengan saya. Penggambaran sudah dilakukan pada 26 Jun lalu selama sehari di sekitar Kajang,” katanya.Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff berkata, sepatutnya single Hapvs ini dipromosikan lebih awal, namun disebabkan pandemik COVID-19, 19, penggambaran video muzik dan tarikh pelancaran tertunda.

Bercerita mengenai single Hapvs, Masya berkata, ia mengisahkan percintaan yang cukup indah.”Bagaimanapun, kepercayaan dihancvvrkan apabila lelaki yang dicintainya menduakannya di depan mata.”Akhirnya, wanita itu mengambil keputusan memvtuskan perhubungan, sekali gus menghapvskan segala kenangan berdua,” kata Masya yang kini berniaga kek.Sebelum ini, Masya yang fasih bertutur dan menyanyi dalam bahasa Mandarin pernah muncul dengan single Teman Bintang, Mawar Terbiar dan Halimunan.Menerusi single Hapvs, ia menjadi pertarvhan ketiga Masya memilih genre balada. Lagu dan video muzik akan dilancarkan serentak, jam 9 malam ini.-bh

Ini 5 fakta menarik tentang Hun Haqeem, pelakon kacak watak ‘Jekfer’ dalam Kampung People

Hun Haqeem turut meraih perhatian ramai kerana wajahnya dikatakan seakan artis Korea.TIDAK dinafikan, drama Kampung People yang kini hanya berbaki satu episod sebelum melabuhkan tirai memberi impak luar biasa kepada penonton.Sudah pasti yang lebih terkesan adalah populariti barisan pelakon utamanya iaitu Rashidi Ishak, Elly Mazlien, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah.

Tidak ketinggalan aktor kacak Hun Haqeem yang kini mula mendapat perhatian peminat.Ini Lima fakta menarik tentang Hun Haqeem yang tidak diketahui ramai. BerKacukan Melayu-Cina Pelakon berusia 22 tahun ini mempunyai kacukan Melayu-cina dan berasal dari Sungai Petani, Kedah.Bekas graduan Kolej Universiti Poly-Tech Mara Kuala Lumpur (KUPTM) ini kemudiannya dibesarkan di Kuching, Sarawak.

Drama Cari Aku Di Syurga buka mata peminat. Hun Haqeem membawakan watak Ariff dalam drama Cari Aku Di Syurga.Membawakan watak Ariff, drama Cari Aku Di Syurga menjadi karya pertama yang mengangkat nama Hun Haqeem. Kemudian bakatnya makin menyerlah melalui drama Cinta Belum Tamat Tempoh membawakan watak Qhalish.

Minat terpupuk semasa latihan industri. Hun mula berkecimpung dalam dunia lakonan ketika menjalani latihan industri di Jabatan Komunikasi Korporat, The New Straits Times Press (M) Berhad.Ketika itu dia dilamar untuk membintangi drama Tasbih Usang terbitan Hypptv.Dia digandingkan bersama Riena Diana dan Nam Rom menerusi drama tersebut.Dilamar syarikat produksi. Kerjaya seni Hun semakin bersinar selepas menyertai syarikat produksi MIG.Rezeki aktor ini semakin melimpah apabila dilamar untuk bernaung di bawah syarikat produksi Metrowealth (MIG) pada November tahun lalu.

Drama Kampung People cetus fenomena. Salah satu babak menarik dalam drama Kampung People. Mula bersiaran pada 11 Disember 2019, drama Kampung People terbitan KL Motion Pictures membawa nama Hun Haqeem selangkah ke hadapan. Membawa watak Jekfer (Jaafar), gaya bersahaja Hun Haqeem ternyata berjaya menambat hati peminat. Drama 13 episod arahan Wan Hasliza Wan Zainudin ini turut menjadi fenomena apabila berjaya menduduki carta trending di laman Twitter saban kali ditayangkan. P/S: Hun Haqeem akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-22 pada 7 Januari ini!-mstar

Watak Jekfer Jadi Bualan Ramai, Hun Haqeem Kongsi Pengalaman Berlakon Kampung People

Sebelum ini namanya disebut-sebut selepas kemunculan watak Arif dalam drama bersiri Cari Aku Di Syurga dan kini, Hun Haqeem sekali lagi menjadi bualan apabila watak Jekfer yang dipegang olehnya berjaya mendapat tempat di hati penonton menerusi drama Kampung People.“Sejujurnya saya betul-betul tak sangka drama Kampung People mendapat sambutan yang luar biasa daripada penonton. Teringat waktu masa mula-mula masuk dalam set penggambaran dulu, saya rasa sangat nervous kerana pertama kali berlakon dalam drama komedi,”

“Kalau ditanya apakah cabaran yang paling sukar semasa di set penggambaran Kampung People, saya sebenarnya tidak menyangka bahawa cabaran paling besar adalah untuk menahan gelak. Korang bayangkan macam mana nak tahan gelak dengan scene-scene lucu yang ada tu, jadi itulah merupakan cabaran paling susah untuk saya berlakon bersama mereka,” jelasnya sambil tertawa.

Memiliki wajah tampan dan berkulit cerah, Hun yang juga merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur pada awalnya agak gementar untuk membawakan watak orang kampung. Namun begitu, dia menyahut cabaran ini untuk membuktikan bahawa dia mampu untuk menggalas pelbagai watak yang diberi.“Pada mulanya bila pihak produksi memberi tawaran watak Jaafar ini, saya rasa agak ragu-ragu juga sebab boleh ke saya bawa watak seorang lelaki kampung? Namun, tugas ini saya galas dengan membuat research serba sedikit tentang cara percakapan dan tingkah laku mereka, Alhamdulillah waktu Jaafar atau Jekfer diterima baik oleh semua orang.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *