Cik B teruja dapat lihat diri sendiri kat TV. Ternyata luahan Cik B tentang lakonannya di Twitter raih tumpuan ramai dan mengejutkan sekali Ben Amir dan Mira Filzah tinggalkan komen

artis

Siapa je kan yang tak kenal dengan anak kepada usahawan wanita terkenal Dato Seri Vida, iaitu Cik B?Untuk yang mengikuti perkembangan Cik B pasti tahu sekarang ini Cik B sudah mula berjinak di dalam dunia lakonan.Terbaharu, Cik B digandingkan bersama Naim Daniel dan Ismail Izzani di dalam sebuah drama bersiri, Lelaki Lingkungan Cinta hasil adaptasi dari sebuah novel.

Wahhh bukan beshe-beshe lah Cik B sekarang!Melihat kepada ciapan-ciapan Cik B yang dimuat naik di Twitter, Cik B mengaku malu melihat dirinya di kaca televisyen.“Malu ahhh, sorry cikb tak reti berlakon korang jgn marah cikb” – tulis Cik B.Teruja melihat drama lakonan pertamanya, Cik B juga berkongsi video reaksi dirinya melompat gembira di laman sosial Twitter miliknya.Apa yang menarik perhatian adalah apabila Ben Amir pun turut join komen sekali!“Hopefully lepas ni dapat berlakon dengan cikb” – tulis Ben

OMG! Siapa je yang tak teruja bila pelakon kacak macam Ben ajak berlakon sekali kan? Cik B nampaknya terharu dan membalas komen itu dengan emoji terkejut berserta mini love.Bukan itu sahaja, Mira Filzah pun turut join membalas komen Ben mengatakan dia juga mahu berlakon bersama Cik B juga!“Eh sama!! Nak jugak!” – tulis Mira

Mira juga dilihat turut memberi kata-kata semangat kepada Cik B untuk teruskan berlakon.Alahai untung Cik B! Kami di Hot FM doakan semoga Cik B diberi lebih banyak peluang di dalam dunia seni, boleh lah Cik B teruskan bakat yang terpendam tu!Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Terkini Cik B Jadi Buah Mulut Warganet Gara Gara Imejnya. Sampai Ada Yang Minta Dato Vida Ambil Perunding Imej Untuk Cik B. Sekali Cik B Bersuara Memang Win Habis.

Usahawan muda Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 15, jadi perhatian wargamaya apabila gaya pemakaiannya menerima teguran ramai. Menerusi laman sosial Instagram, ibunya Datuk Seri Vida (DSV) berkongsi foto terbaru anaknya itu untuk tatapan peminat.

“Tengoklah OOTD (outfit of the day) Cik B. Separuh-separuh dah. Hip hop + gils + bling dah,” tulis DSV di ruangan kapsyen. Menerusi perkongsian itu, Cik B mengenakan dress kuning yang dibutangkan senget di tengah dengan inner bewarna putih serta bercelana hitam. 

Tambah menarik, Cik B turut menggayakan beg berjenama mewah Christian Dior yang dipakai di bahagian depan.  Malah, Cik B turut tinggalkan ulasan tentang fesyennya di ruangan komen foto tersebut. 
“Yang tak tahu ni fesyen apa, ni fesyen ‘suka hatiku lah’,” balas Cik B. 

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan teguran tentang imej pilihan Cik B.  Namun, tidak kurang juga ada yang memuji pemakaian Cik B dan meminta dia untuk jadi diri sendiri. “Tiba-tiba nampak gambar ni di feed, speechless. Kesian pun ada,” komen seorang wargamaya.

“Nakal molek Cik B. Takpe Cik B, pelan-pelan. Ada duit semua boleh. Nanti dah dewasa cantik molek la tu,” sokong seorang wargamaya. “OMG, dia perlukan perunding imej dalam kadar segera,” tegur seorang wargamaya.
“Pakai macam orang ramai

ramai dah la, jangan pelik pada orang, sedih tengok,” kata seorang wargamaya. “Datuk, upahlah penata gaya untuk Cik B,” luah seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 30,000 tanda suka daripada warga Instagram. 

Tular Tentang Seorang Remaja Perempuan Yang Bawa Kereta Tanpa Lesen Sama Macam Cik B. Setelah Sekian Lama Mendiamkan Diri Akhirnya Dato Seri Vida Tampil Bagi Respon Pada Buat Warganet Terkedu.

Usahawan kosmetik tersohor, Datuk Seri Vida tampil memberi perjelasan mengenai video yang sedang tular ketika ini. Menurut Vida atau lebih mesra disapa DSV, video berkenaan adalah video lama ketika dia menghadiahkan anak perempuannya Cik B sebuah kereta jenama Mercedes Benz.

“Itu video lama sekitar tahun 2017 atau 2018.  “Cik B dapat hadiah kereta pada hari jadi dia,” katanya ketika dihubungi Gempak. Ditanya mengenai laporan polis yang dibuat susulan tindakan remaja tersebut memandu tanpa lesen, DSV menjelaskan dia tidak tahu mengenai hal tersebut.

“Jadi kes polis ke? Saya tak tahu. “Itu video lama jadi saya harap orang tak sebarkan infomasi yang tidak betul,” katanya. Terdahulu, video berdurasi 33 saat itu kecoh di media sosial dan dipercayai dirakam di kawasan Meru Hills, Ipoh Perak.

Menerusi wajah remaja berkenaan, ada yang mendkwa individu berkenaan mirip Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin. Sementara itu, menerusi laporan Mstar, Polis kini sedang mengenal pasti identiti remaja perempuan di dalam video berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, video berkenaan memaparkan seorang remaja perempuan sedang memandu sebuah kereta, namun model dan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Mengejutkan Cik B Tetiba Upload Rakaman Yg Dia Tengah Hisap Rokok Di Laman Ig Nya. Tergamam Ini Yg Dato Seri Vida Lakukan Bila Dpt Tahu Tentang Kelakuan Anknya Itu.

Usahawan kosmetik Datuk Seri Hamiza Othman atau Datuk Seri Vida (DSV) terkejut melihat aksi anak sulungnya, Cik B yang sedang menghisap vape. DSV telah memuat naik video aksi tersebut di laman Instagram miliknya, @datoserivida.

“Cik B hisap vape? Macam ye ye jer.. Muka sikit punya feeling… Tapi yang penting… Cik B dah berjinak jinak dgn foundations… Kreatifnya dia punya imaginasi… Kejut mama tengok,” tulis DSV. Menerusi video tersebut, DSV merakam aksi Cik B yang kononnya sedang menghisap vape.

Objek yang sedang dihisap oleh Cik B merupakan sebotol bedak asas yang menyerupai bentuk vape. Selepas melakukan aksi menghisap ‘vape’, Cik B melakukan silap mata dan mengeluarkan kapas dari mulutnya. Di akhir video, Cik B mencalitkan bedak asas tersebut ke tangan dan menyapu bedak itu ke muka.

Aksi lawak Cik B nyata menghiburkan hati warganet, terutamanya pengikut laman Instagram DSV. Cik B sering melakukan video-video kreatif dan mengumpul peminat tersendiri di laman Instagram miliknya, @cikb_havoc66 yang kini mengumpul lebih 95,000 pengikut. Sebelum ini, Cik B pernah menghasilkan video kelakar berkenaan dengan topik jejaka yang ingin menghampiri ibunya.

Foto: Instagram @datoserivida

Artikel lain : Mana ada rappers pakai macam ni. Tergamam Dato Vida belanja gambar Cik B yg cun melecun.

Ramai mungkin sudah melihat gambar cover hadapan majalah Nona yang viral baru-baru ni, menampilkan Cik B iaitu anak kepada Dato’ Seri Vida kelihatan lebih feminin dan berpenampilan vogue dengan dress lip lapnya. Foto muka hadapan majalah ni obviously mendapat pujian ramai warganet,

yang mana rata-rata suka dengan rupa Cik B yang baru ni. Bukan saja warganet tau yang teruja, DSV sendiri pun apatah lagi siap kongsikan gambar tu di ig!  “Hambekkk… mana makcik bawang yang selalu dok kutuk Cik B?” 

Menerusi perkongsiannya, sebagai ibu yang berbangga dengan perubahan anak, DSV mempersoal kritikan orang ramai selama ini terhadap Cik B yang rata-rata mengatakan anaknya itu tidak reti berfesyen, berkulit gelap dan kurang feminin.

Namun penampilan Cik B dalam cover Nona ni ternyata berbeza malah dia kelihatan lebih classy dan vogue tau! “Cik B dah improve banyak. Berkat sokongan semua. Dari sangat pemalu, tak yakin diri….” tulis Dato’ Seri Vida. “Inilah pertama kali Cik B menyarung dress lip lap”

Dalam pada itu, managing editor bagi majalah Nona, Kiffy Razak juga sempat berkongsi gambar Cik B dan DSV dari sisi lain sambil memberitahu yang inilah kali pertama anak muda yang masih di bangku sekolah ni menyarung baju lip lap tersebut tau!

Yelah kan sebelum ni Cik B macam rappers sikit. Mana nak pakai dress…  So ada yang masih nak kutuk Cik B lagi tak? Siapa kata Cik B tak lawa? Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Lobak Merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *