Ambil inisiatif untuk jalani ujian saringan. Uyaina Arshad tanpa segan silu berkongsi perasaan anehnya ketika membuat ujian tersebut dan rata rata peminat juga kongsi pengalaman

artis

Seperti yang kita sudah tahu, penularan pandemik COVID19 telah menimbulkan kerisauan ramai pihak selepas kes baharu wabak tersebut dilaporkan kembali meningkat sejak awal Oktober ini. Pelakon dan pengacara,Uyaina Arshad misalnya turut mengambil inisiatif untuk jalani ujian saringan COVID19 ( Swab Test ).

Shaidatul Naseha Uyaina Arshad atau lebih gemar dipanggil Uyaina,berkongsi ketika dirinya menjalani ujian tersebut.“Orang lain buat swab test ni relax je. Tak sakit pun. Tapi, Yana rasa sakit. Doktor j0lok hidung je, tapi rasa sampai ke otak.“Padahal doktor buat dah sehabis lembut dah.“Bismillah. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua & dijauhkan dari wabak Cov1d-19 aamiinnn And thank you to our frontliners, our heroes,” tulisnya.

Pada masa yang sama, rata-rata peminat turut berkongsi pengalaman masing-masing di ruangan komen entri berkenaan.Video: Instagram Uyaina ArshadApa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : MH

Pelik Bila Ada Segelintir Peminat Gemar Tentukan Kehidupan Artis Kegemaran Mereka. Uyaina Arshad Dedahkan Situasi Yang Dia Alami Sepanjang Kariernya

Uyaina tidak mahu terganggu dengan segelintir peminat yang dianggap bukan peminat sebenar.STATUS yang dimuat naik pengacara dan pelakon Uyaina Arshad di laman Twitter miliknya mengundang pertanyaan dalam kalangan warganet .Menerusi perkongsian tersebut, Uyaina, 28, berkata terdapat segelintir individu yang dianggap bukan peminat sebenar gemar menyusun jalan kehidupan artis kesayangan mereka.

Menurut pemilik Saidatul Naseha Uyaina Arshad ini, memilih pasangan dan menentukan perkongsiannya di laman sosial bukan untuk memuaskan hati semua pihak dan dia tidak mahu terganggu dengan perkara tersebut. Status yang dimuat naik Uyaina tarik perhatian.“Lucunya bila ada sesetengah individu digelar ‘peminat dan pengikut’ yang gemar menyusunkan kehidupan artis kegemaran mereka.

“Dengan siapa kita perlu pilih untuk bersama, apa yang kita perlu dan tak perlu kongsi di media sosial bukan untuk memuaskan hati anda.”Bnci dengan semua yang anda mahukan. Saya tidak akan terganggu dengan perkara itu. Saya mempunyai kehidupan untuk diteruskan,” kata Uyaina.

Biarpun pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan ini tidak menjelaskan lebih terperinci mengenai status tersebut namun rata-rata peminat menyokong dan bersetuju dengan kenyataan itu.”Sokong kak Yana… peminat tak payah masuk campur hal peribadi.”Elakkan peminat yang toksik kak Yana. Fokus dengan impian awak seterusnya,” komen beberapa peminatnya.

Foto Uyaina dan Raja Syahiran memakai baju sedondon di majlis resepsi Mira Filzah jadi tular.Sebelum ini, Uyaina dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan penyanyi Raja Syahiran selepas foto mereka memakai baju sedondon berwarna putih ketika menghadiri majlis resepsi pelakon Mira Filzah menjadi tular.

Menerusi laporan mStar pada 25 September lalu, Raja Syahiran atau nama sebenarnya Raja Syahiran Raja Azharianshah, 27 berkata dia tidak menjangkakan foto mereka itu akan menarik perhatian warganet .Bagaimanapun, Raja Syahiran mengakui dia dan model muslimah itu dalam proses mengenali satu sama lain namun soal berkahwin itu bukan menjadi fokus utama mereka.-mstar

Akibat Sesuatu Ini. Uyaina Arshad Mengaku Dirinya Sangat Penat Sehingga Terpaksa Berulang Alik Dari Satu Tempat Ke Tempat Lain Disebabkan Perkara Itu. Ternyata Ini Yang Diluahkannya.

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui jadual yang padat sedikit sebanyak menjejaskan tahap kesihatannya. Bagaimanapun, menurut Uyaina, minat mendalam terhadap bidang ini yang membuatkan dirinya terus kuat sehingga sekarang. Selain tanggungjawabnya sebagai salah seorang pengacara program Wanita Hari Ini, Uyaina mendedahkan dirinya kini harus berulang alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu bagi melangsaikan baki pengambaran drama terbarunya, Wanita Tanpa Dosa.

“Apa yang buat saya terus bertahan adalah kerana minat, kesungguhan dan ikhlas ketika melakukan kerja yang diamanahkan. “Saya tak anggap perjalanan jauh ini sebagai satu beban. Kadang-kadang saya rasa penat tu, biasalah. “Cuma bila fikir pasal tanggungjawab dan amanah bila orang sudah percayakan kita, profesionalisme dalam melakukan kerja tetap keja jaga. Itu yang buatkan saya terus bersemangat, insya-Allah,” katanya kepada MH.

Uyaina berkata demikian sewaktu ditemui media pada Pentas Akhir Ratu Hijabista 2020 pada Rabu. Dalam pada itu, pelakon berusia 27 tahun itu turut memutuskan untuk berehat seketika selepas selesai ke semua sesi pengambarannya tidak lama lagi. “Sejujurnya saya kena mengaku yang saya sememangnya rasa agak penat dan ikutkan perancangan, bila berakhir penggambaran saya nak berehat seketika.

“Malah sebelum ini pun saya terpaksa tolak satu tawaran program travelogue secara baik kerana ia memerlukan saya untuk kembara seluruh Malaysia selama sebulan. “Mungkin sekarang ini saya perlukan masa untuk berehat sebelum menyusun semua jadual selepas ini,” katanya lagi. Dalam perkembangan lain, Uyaina memaklumkan drama Wanita Tanpa Dosa arahan pengarah, Michael Ang akan mula bersiaran pada 6 Oktober ini. Selain Uyaina, antara pelakon lain yang turut membintangi drama ini adalah Kamal Adli, Uqasha Senrose dan juga Shaza Bae.Sumber: Media Hiburan

Nama sedang meningkat naik di Indonesia. Uyaina Arshad nekad dedahkan dia mengalami satu sakit ini dan dia tekad untuk lakukan operasi jika perlu

BIARPUN terpaksa melupakan seketika aktiviti seni ketika namanya sedang meningkat naik di Indonesia akibat pandemik Covid-19, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mengakui tidak pernah berasa terkilan atau kecewa. Sebaliknya Uyaina atau nama lengkapnya, Saidatul Naseha Uyaina, 28, rancak merencana kerjaya seninya di Malaysia, baik dalam bidang lakonan mahupun pengacaraan.

Percaya segala yang berlaku datang bersama hikmah tersembunyi, Uyaina yang cukup dikenali dengan program Wanita Hari Ini, bersyukur kerana sempat kembali ke tanah air, sebelum penularan Covid-19 bertambah serius di Indonesia.

“Sebelum ini saya sentiasa berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Jakarta. Boleh dikatakan enam bulan di Malaysia dan enam bulan lagi Indonesia. “Pada 31 Disember tahun lalu saya pulang ke Malaysia kerana terlibat dengan sebuah  penggambaran drama.

“Sepatutnya saya kembali ke Indonesia pada bulan Februari untuk program Liga Dangdut di sana, tetapi membatalkan perancangan tersebut apabila mendapati penularan Covid-19 di sana semakin membimbangkan. “Sejujurnya memang banyak program yang melibatkan saya di sana terpaksa saya lupakan termasuk program Puteri Muslimah yang sudah memasuki musim ketiga ,” jelasnya.

Meskipun rindu dengan rutin dan aktiviti seni di sana, Uyaina akur dengan situasi semasa dan meluahkan rasa syukur kerana selamat berada bersama keluarga di tanah air. “Kalau ikutkan rindu, memanglah saya rindu sangat nak kembali bersama teman-teman di sana bekerjasama dalam pelbagai program dan aktiviti seni sebagaimana yang kami lakukan sebelum ini.

“Bagaimanapun, mungkin sekarang bukan masa yang sesuai. Malah saya memutuskan untuk tidak kembali ke sana dalam tempoh setahun dua ini, sehinggalah vaksin ditemui dan keadaan kembali reda. “Jadi buat masa ini saya hanya akan fokus kepada kerjaya di tanah air dan cuba membina prestasi dengan sebaik mungkin menerusi peluang yang diberikan,” akuinya yang turut memuji sikap mengambil berat masyarakat di sana.

Berkongsi perkembangan terkininya, kata Uyaina, selain sibuk dengan program Ratu Hijabista, dia juga akan tampil dengan drama terbaharu, Perempuan Tak Berdosa yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

“Selepas PKP jadual kerja kembali sibuk dengan pelbagai komitmen. Alhamdulillah peluang demi peluang datang dan saya sangat hargai. “Penglibatan dalam program Ratu Hijabista sebagai pengacara juga sangat istimewa kerana dapat bekerjasama dengan idola saya, Puan Seri Normala Samsudin. “Manakala untuk drama pula, karya arahan Michael Ang itu akan mengubat rindu peminat yang sering bertanyakan tentang lakonan terbaru saya,” ujarnya.

Sentiasa ikut nasihat doktor

Melihat kepada kesibukannya dengan kerjaya seni, ramai yang tertanya-tanya tentang keadaan kesihatan dirinya yang sebelum ini disahkan menghidap sakit jantung. “Alhamdulillah keadaan kesihatan saya dalam keadaan yang baik. Meskipun sibuk dengan kerja, saya sentiasa membuat pemeriksaan dengan doktor dan patuh dengan saranan yang diberikan.

“Kalau keadaan memerlukan saya menjalani operasi, saya akan lakukan dan berehat seketika daripada kerjaya seni. Tak mungkin saya mempertaruhkn  kesihatan semata-mata kerana sibuk kerja. “Saya berkongsi tentang sakit saya sebelum ini pun bukan kerana mahukan simpati atau perhatian, sebaliknya untuk berkongsi dan memberitahu orang ramai agar sentiasa menjaga kesihatan.

“Saya mahu beri kesedaran agar kita semua sentiasa positif menjalani kehidupan dan menghargai kesihatan sendiri,” katanya. Menyentuh tentang kehidupan peribadinya, Uyaina lebih selesa untuk hanya bercerita tentang kerjaya seninya. “Saya masih baru dalam industri dan belum ada prestasi membanggakan dalam kerjaya.

“Jadi biarlah saya bina nama dengan prestasi kerja terlebih dahulu, sebelum menjadi tumpuan kerana cerita-cerita bersifat peribadi,” ujarnya yang berhasrat untuk menamatkan zaman gadis sebelum usia mencecah 30 tahun.-sinarplus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *