Terlalu banyak benda tular yang ke arah negatif. Datuk Adi Putra lantang menyuarakan mesej dia tentang isu semasa sekarang sehinggakan meraih perhatian ramai

artis

Tak perlu disangkal lagi,penggunaan media sosial masa kini boleh memberikan kesan yang lebih buruk kepada kalangan warganet andai ia tidak digunakan dengan betul. Contohnya, Datuk Adi Putra da memberi kata nasihat kepada warganet untuk sentiasa berwaspada dengan penggunaan media sosial.

Hero drama bersiri Cinta Si Wedding Planner ini berpendapat setiap perkara yang buruk berlaku masa kini merupakan satu petanda di akhir zaman.“Bulan Rabiulawal sempena Sambutan Maulidur Rasul harus bergembira malah bukan sebaliknya.“SO_SIAL_MEDIA Dulu di sebut SOSIAL MEDIA.

Diubah di sebut SOCMED Bila di uji wabak Cov1d 19 sejak March lalu serta masalah politik . Banyak tanda dekat.“Akhir Zaman seperti A1b, Ftnah, tularan negatif, kritikan dan macam macam lagi. Secara tak langsung agama dan bangsa. ” Ingat Allah 5 minit,baca 5 minit,solat 5 minit ,23 jam 45 minit menghadap handphone dan jari menjadi pedng luahan nafsu

MANFAAT Sebaiknya bukan Sebaliknya.“Cuba fikirkan, siapa Pencipta, Pencetus serta agamanya SO SIAL MEDIA Ini. Kita kawal Nafsu bukan Nafsu kawal kita.Nota: Peringatan utk diri sendiri juga. #taatpadayangsatu,” tulisnya.Foto: Instagram Adi PutraApa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube ViralSumber:  MH

Adi Putra pertahan usaha Ustaz Ebit Lew beri bantuan – “Siapa hentam saya tak teragak-agak ke depan, jangan hanya berani bercakap”

Datuk Adi Putra luah rasa kesal dengan tindakan individu yang memberi kritikan terhadap usaha bantuan yang dilakukan pendahwah bebas,Ustaz Ebit Lew. Hal ini,Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim,39,berkata dia tidak teragak agak untuk ke depan mempertahankan niat baik pendakwah terkenal itu.

“Siapa saja yang menghntam Ustaz Ebit Lew tanpa usul periksa saya tak teragak-agak untuk ke depan.”Biar menunjuk yang ada niat dari dihntam pada yang lemah. Jangan hanya berani bercakap mahupun yang komen kalau tak gentle… harap maklum!,” katanya.Menerusi laman Instagram, Adi memuat naik foto Ebit Lew dan menulis kapsyen tersebut.

Adi Putra pertahankan tindakan Ustaz Ebit Lew.Keprihatinan Ebit Lew memberi sumbangan kepada petugas barisan hadapan dan insan-insan memerlukan sepanjang penularan Covid-19 di negara ini menjadi bualan ramai.Bagaimanapun, usahanya turun padang bertemu masyarakat yang berdepan kesmpitan hidup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini turut disalah erti oleh segelintir pihak.

Ia mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang turut meluahkan rasa bengang dengan kritikan yang diberi oleh pihak tertentu itu.Ada segelintir pihak kurang senang usaha Ebit lew membantu masyarakat yang terkesan akibat penularan Covid-19.Sebelum itu, menerusi laman Facebook, pendakwah bebas berusia 36 tahun ini memohon maaf jika niatnya membantu mereka yang memerlukan telah menimbulkan rasa kurang senang mana-mana pihak.

Kata Ebit, dia ikhlas melakukan pekerjaan tersebut kerana tanggungjawab sesama manusia dan bimbang dipersoalkan oleh Allah pada hari akhirat kelak.”Saya minta maaf semua, saya tak berniat nak sakitkan hati sesiapa pun, maafkan saya ya semua, doakan terlalu ramai orang memerlukan bantuan dan sokongan.

“Bagaimana kita boleh tidur lena sedangkan ada orang tidak dapat tidur lena kerana nasib mereka dengan kita tidak sama.”Janganlah menyalahkan sesiapa kerana setiap kita bertanggungjawab atas diri kita dan masyarakat di depan Allah nanti, reda Allah segala-galanya, usahlah takut kritikan orang tetapi yang paling menakutkan kemvrkaan Allah,” tulis Ebit.

Digelar Datuk, Ada warganet Tanya Apa Jasa Adi Putra

SERAMAI empat orang selebriti tempatan telah menerima darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri, pada Isnin, 23 Oktober.Antara selebriti yang mendapat darjah kebesaran itu ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Eizlan Yusof, Datuk Jovian Mandagie dan Datuk Adi Putra.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, telah menerima Anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.Namun, disebalik berita gembira tesebut, ada juga suara-suara sumbang yang mempertikaikan gelaran Datuk yang diterima Adi itu.Pada pendapat mereka, mereka tidak faham apakah jasa aktor tersebut kepada negara sehingga melayakkan dirinya untuk diberi darjah kebesaran.

Kritikan itu timbul oleh kerana warganet beranggapan Adi hanyalah salah seorang warganegara Singapura yang telah menempa nama di Malaysia seperti Aaron Aziz, Hisham Hamid, Aliff Aziz, Aisyah Aziz, Hanna Delisha dan ramai lagi.Mungkin masih ada yang belum mengetahui bahawa pelakon drama Cinta Si Wedding Planner itu merupakan Penaung Pertubuhan Johor 1 Care Society.

Adi juga bukanlah satu-satunya pelakon lelaki yang menerima darjah kebesaran pada hari itu.Anugerah Peringkat Pertama SSAP itu juga turut dikurniakan kepada Datuk Eizlan Yusof yang kini membawa gelaran Datuk Seri.Di laman Instagram miliknya, pelakon berusia 36 tahun itu telah berkongsi detik indah di dalam hidupnya dengan memuat naik beberapa keping gambar ketika majlis itu berlangsung pagi tadi.

Selain itu, beberapa orang warganet telah memuat naik tweet yang ‘n4kal’ mengusik agar Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi tidak berasa tercabar dengan darjah kebesaran yang diterima oleh Adi.Dalam masa yang sama, masih ada juga yang memberikan ucapan tahniah diatas anugerah yang diterima olehnya itu.

Keempat-empat selebriti itu merupakan antara 101 individu yang telah menerima darjah kebesaran Pahang yang didahului oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari yang turut menerima SSAP.Istiadat pengurniaan itu telah disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar dekat Pekan, Pahang.Mungkin anugerah yang diterima oleh Adi ni merupakan rezekinya sejak bergelar selebriti di sini. Takkan kita nak pertikaikan pula kan

Bekas Isteri Adi Putra Berang Indvidu Kaitkan Rakannya

PETALING JAYA: Bekas isteri kedua Datuk Adi Putra iaitu Norshahida Zolkifly berang apabila sebuah akaun Instagram palsu mengeluarkan kata-kata negatif mengaitkan seorang rakannya dalam hal peribadi dan rumah tangga yang pernah dilaluinya dahulu.Norshahida, 34, berkata, individu yang menggunakan akaun palsu @mannequinraf itu tidak sewajarnya melibatkan orang lain jika mempunyai masalah dengan dia yang pernah berkahwin dengan aktor itu.

“Saya rasa sebagai peminat yang terlalu memuja selebriti dan artis, saya faham akan ketidakupayaan anda untuk berada dalam industri hiburan ini.”Bila mana awak mengkritik @nooraimihosamudin, itu adalah dosa awak dan dia. Tapi bila libatkan nama saya, its getting personal. Come and meet me!, so that we can discuss what is your problem with me,” tulisnya.

Status Norshahida baru-baru ini.Norshahida berkata demikian selepas memuat naik komen sebuah akaun Instagram rakannya yang bergambar bersama pelakon Syafiq Kyle.”Akak ni rakan baik Shahida bekas isteri Adi Putra kan? tidak hairanlah perangai sama. Jangan marah,” tulis komen di akaun berkenaan.

Menurut Norshahida, dia sudah lama bersabar dengan individu berkenaan dan berharap dapat mengenali identiti sebenar di sebalik akaun palsu berkenaan.”Sabar memang sabar tapi dah lama tengok ID ni. Manusia ni macam-macam, boleh tahu perangai orang, kenal saya ke?”Sama-sama kita doakan dia agar dapat kasih sayang dari siapa-siapa yang dia nak, moga berjodohan dengan artis, baru tahu rasanya,” ujarnya.

Norshahida berkahwin dengan Adi sebagai isteri kedua pada 20 Jun 2016.Bagaimanapun menerusi laporan mStar pada 23 Mac lalu, Adi mengesahkan dia tidak lagi mempunyai hubungan dengan kedua-dua isterinya.Dia membuat pengumuman mengenai perpisahan itu menerusi laman Instagram.

Pada 18 Januari lalu, pelakon KL Gngster itu mengumumkan bernikah semula dengan bekas isteri pertamanya Aida Yusof atau nama sebenarnya Zuhaidah Yusof, 43.Adi dan Zuhaidah berkahwin kali pertama pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia lima tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *