Pernah disahkan positif COVID19 bagi Kluster Utama. Mengejutkan sekali ahli keluarganya tidak dihiraukan oleh penduduk setempat dan ada yang sanggup mengatakan dia membuang gelang kuarantin

Viral

Shakirin yang merupakan salah seorang bekas pesakit COVID19 meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila seluruh keluarganya dipulaukn penduduk setempat selepas sahaj dia disahkan dijangkiti wabak tersebut. Menurut Harian Metro,bapa yang berusia 26 tahun itu adalah antara pesakit daripada Kluster Utama yang dijangkiti hasil ujian calitan pada 11 Oktober yang lepas.

Sepanjang saya berada di wad, perkara paling menyedihkan apabila anak dan isteri di rumah dipulaukan masyarakat seolah-olah penjnyh.”Sedangkan hanya saya seorang saja positif Covid-19 dan mereka negatif serta tidak dimasukkan di hospital.”

Menurutnya, dia turut dikatakan membuang gelang tangan kuarantin serta keluarganya termasuk emak dan ayah serta keluarga pengasuh turut terkena tmpiasnya.Paling menyedihkan apabila isteri mahu membeli bekalan susu dan lampin pakai buang yang habis, tetapi tidak dibenarkan kerana orang sekeliling takut dia menjadi punca.”

Saya cuba menggunakan khidmat penghantar, tetapi mereka menolak kerana tidak berani ambil risiko.”Apa yang berlaku menambah tekanan ketika saya di wad kerana setiap masa memikirkan anak dan isteri di rumah, memandangkan saya ketua keluarga tetapi tidak dapat membantu ketika mereka ditinggalkan.”

Lebih membimbangkan apabila paras darh tinggi emak naik kerana tertekan selepas mendengar orang sekeliling bercakap mengenai kami sekeluarga.”Shakirin yang mempunyai dua anak berusia 10 bulan dan 2 tahun itu mendapat keputusan pada 13 Oktober lepas dan dibawa ambulans pada malam hari yang sama untuk dimasukkan ke wad di Hospital Kusta, Sungai Buloh.

Selepas dikuarantin di wad selama 5 hari, Shakirin dibenarkan pulang pada Sabtu lepas. Kongsinya lagi, dia tidak mengalami gejala teruk dan menyangka sakit sendi serta rasa nak pitm dirasainya sekadar demam biasa namun rupanya tanda dijangkiti Covid-19.

“Saya dapat tahu keputusan apabila dihubungi doktor dua hari selepas menjalani ujian calitan dan rasa macam tidak percaya dan perkara pertama dibuat adalah menghantar anak ke rumah pengasuh kerana isteri bekerja ketika itu.”

“Kira-kira 9 malam, ambulans datang ke rumah dan membawa saya ke hospital manakala isteri, Shasha Ridzuan, 26, dan dua anak kami yang turut menjalani ujian calitan didapati negatif Covid-19.”“Namun, masalah berlaku apabila anak dan isteri saya menerima layanan dingin daripada segelintir penduduk setempat hanya kerana saya dijangkiti Covid-19 manakala alamat rumah kami turut disebarkan individu tidak bertanggungjawab.”

Bagaimanapun, dia bersyukur ramai yang memberikannya kata semangat dan ada juga yang turut menghulurkan bantuan. Salah seorangnya adalah pengurus restoran yang menghantar makanan kepada keluarganya sepanjang dia berada di wad.

Bersyukur Tak Ditempatkan Di Unit Rawatan Rapi. Terkedu Ashraf Muslim Luahkan Sesuatu Mengenai Sikap Masyarakat Sekarang Ketika Penularan Covid 19.

PENINGKATAN jumlah kes Covid-19 sehingga mencecah tiga angka mengundang kebimbangan dan keresahan seluruh rakyat Malaysia. Pernah dijangkiti wabak itu, pelakon dan pengacara Ashraf Muslim berkata, pengalaman yang dilalui membuatkan dirinya sentiasa berhati-hati selain sering memberi peringatan di media sosial.

Malah Ashraf atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim, 39, juga meluahkan rasa syukur ketika itu dirinya tidak mengalami jangkitan yang teruk sehingga ditempatkan di Unit Rawatan Rapi. “Saya dah pernah lalui dan rasa macam mana kepayahan dan tertekan. Cuma tidak sakit sehingga ditempatkan di Unit Rawatan Rapi… itu yang saya bersyukur. Bagi saya, semua orang kena tunjuk contoh.

“Kadang-kadang kita segan nak salam jadi orang laga tangan. Kena tunjuk dan biar orang faham dan disampaikan pada orang lain. Nasihat saya… kena berhati-hati. Sebab kita tak tahu siapa yang terkena jangkitan. “Walaupun kita dah berjaga-jaga, tapi tetap kita tak tahu.

Sebelum ini, di IG pun saya ada cakap, siapa yang balik dari Sabah sebelum 27 September perlu kuarantin, tapi ramai tak buat,” kata Ashraf kepada mStar. Ashraf dipercayai dijangkiti virus tersebut setelah pulang dari menjalani penggambaran drama di Scotland pada 31 Mac lalu dan dimasukkan ke hospital pada 12 April lalu.- MSTAR

Gelombang kali ini besar dan terlalu cepat berbanding sebelum ini. Ashraf Muslim yang merupakan seorang pelakon berkata biarpun dia disahkan negatif Covid-19 sehari sebelum Ramadan namun pelakon itu memilih untuk tinggal lebih lama kerana ingin mengerjakan ibadah bersama-sama pesakit lain.

Pada 7 Mei lalu, Ashraf dibenarkan pulang selepas hampir sebulan dikuarantin dan mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh. Dalam pada itu, pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa ini berasa bimbang melihat segelintir masyarakat yang mempunyai sikap sambil lewa sehingga menyebabkan peningkatan kes secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

“Risau bila melihat segelintir kita ada yang mengambil secara lewa. Sebelum ini, angka semakin berkurangan dan ada yang mengambil kesempatan. “Dulu masa awal-awal dulu orang nak sanitasi tangan setiap masa, nak jaga jarak, jarang keluar ,tapi sekarang ,apabila sudah lupa, sambil lewa, akibatnya sekarang kes naik mendadak,

“Rasa-rasanya gelombang kali ini besar dan terlalu cepat berbanding sebelum ini. Bagi saya, ianya sudah menjadi sesuatu yang bahaya sangat untuk mereka yang tak kena. “Apabila jadi macam ini semua kelam-kabut. Sepatutnya dari peringkat awal sudah kena berjaga-jaga,” ujarnya.

Pernah Disahkan Positif COVID19. Ashraf Muslim Dan Puteri Aishah Bongkarkan Perasaan Mereka Dan Cerita Keadaan Sebenar Yang Berlaku Ke Atas Diri Mereka

“Adakah saya akan pergi buat selamanya?” Siapa saja yang tak cuak kalau tiba-tiba doktor mengesahkan dijangkiti COVID-19! Sudah tentu akan risau dan takut. Macam tu lah perasaan beberapa individu yang pernah dijangkiti wabak pandemik ini.

Tak terkecuali dua rakan artis kita iaitu Ashraf Muslim dan Puteri Aishah yang turut dijangkiti dan berkongsikan pengalaman mereka semasa dijangkiti virus ini pada April lalu. Alhamdulilah sekarang dah sembuh sepenuhnya. Walaupun dah sembuh, tapi pengalaman yang mereka lalui takkan dapat dilupakan. Puteri Aishah pernah berkongsi pengalaman dia semasa dirawat di Hospital Sungai Buloh. Doktor dan nurse yang melayan sangat baik.

Macam tu juga dengan Ashraf Muslim yang dirawat di hospital sama. Layanan yang doktor dan nurse berikan sangat baik dan dia bersyukur wabak itu hilang selepas dirawat di sana. Malah dia rasa sayu nak tinggalkan rakan-rakan yang ada di sana yang dianggap macam keluarga dah.

Komitmen Doktor & Nurse A++

Kalau kita nak tengok komitmen yang frontliner bagi pada kita sejak COVID-19 ni terjadi, memang tak terungkap dengan kata-kata. Semangat mereka dan tanggungjawab yang mereka bagi pada pesakit COVID-19 tak pernahnya kurang walau sikit pun.

Bayangkan, kita pakai topeng muka pun rimas, ni kan pula mereka yang terpaksa memakai peralatan perlindungan diri (PPE) untuk tempoh lama. Mau berbekas gais. Anda tengok sendiri berapa lapis yang mereka perlu pakai.

Satu lagi, mereka pun menggadaiikan nyawa dengan tugas berbaahaya itu. Dalam pada mereka dok uruskan pesakit COVID-19 tu tak mustahil kalau mereka tak mudah dijangkiti. Sebab tu mereka kena sentiasa dalam mod berwaspada dan hati-hati.

Macam Puteri Aishah pernah cakap, dia rasa insaf bila tengok mereka ni depan mata. Jadi, kita patut patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikuat kuasa kerajaan hingga Disember ni okay. Kasihanilah petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus membendung pandemik ini. Kita jangan pula dok tambah bilangan pesakit tu.

Sebenarnya ramai pesakit yang dijangkiti dengan COVID-19. Ada yang sudah tiada dan ada yang sembuh sepenuhnya. Bagi mereka yang pernah dijangkiti dan sembuh, tak mudah juga nak kembali pada kehidupan normal. Ada jer yang pandang serong pada mereka. Ye lah, takut dijangkiti sedangkan mereka dah pulih sepenuhnya. Jadi, kalau anda ada teman-teman rapat dengan bekas pesakit COVID-19 ni jangan pandang serong pada mereka, tapi bagi semangat untuk mereka ni teruskan hidup macam biasa okay.

Ashraf Muslim Buat Satu Perkongsian Mengenai Anaknya Dan Ternyata Ucapan Tersebut Mengundang Sebak Di Kalangan Warganet

Pelakon Ashraf Muslim ada memuat naik beberapa keping foto dan rakaman video di akaun Instagram miliknya.Menerusi entri berkenaan, Ashraf berkongsi momen ketika menyambut ulang tahun kelahiran permata hati yang diraikan baru-baru ini.

Pelakon drama bersiri Dia Menantu Rahsia itu juga memberi pesanan buat anak tersayang.“My hero! Adam dan Anas.. ingat pesan ayah selalu.. nanti bila ayah takde jaga mama, ibu, kakak Sarah dan adik Safiyyah baik-baik..“dan jadi anak lelaki yg berakhlak yang mulia dan beriman yer. Allah selalu sayang kita semua. @ashrafslegacy,” tulisnya.

Untuk rekod, Ashraf telah mendirikan rumah tangga bersama Noor Dayana Lokman pada tahun 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anas AshrafDua tahun kemudian, Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah Wan Subari sebagai isteri kedua dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata bernama Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Safiyyah Ashraf. Foto : Instagram Ashraf Muslim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *