Lemah pada kedua-dua belah kaki sejak lima hari sebelum dimasukkan ke wad. KKM akhirnya sahkan satu kes jangkitan ini di Sarawak dan punca berlaku jangkitan ini

berita

Menerusi kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan hari ini memaklumkan bahawa terdapat satu kes rabies dalam kalangan manusia yang baru disahkan. Oleh itu,ini menjadikan jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak adalah empat orang pada tahun 2020. Makluman kumulatif kes rabies di Sarawak sejak wabak rabies diisytiharkan di Sarawak pada 31 Julai 2017 sehingga 21 Oktober 2020 adalah sebanyak 26 kes.

Individu yang dapat dikenalpasti adalah seorang wanita berumur 34 tahun. Beliau dimasukkan ke Hospital Sibu pada 12 Oktober 2020 kerana mengalami lemah pada kedua-dua belah kaki sejak lima (5) hari sebelum dimasukkan ke wad. Kes ini telah pergi buat selamanya pada 18 Oktober 2020 jam 11.30 pagi dengan diagnosa rabies encephalitis. Beliau telah disahkan dijangkiti virus rabies melalui ujian makmal yang dijalankan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 19 Oktober 2020. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mndiang.

Tambahan,siasatan mendapati kawasan kediamannya berdekatan tapak pelupusan sampah di mana terdapatnya banyak anjing l1ar yang berkeliaran. Beliau pernah diggit oleh anjing peliharaannya pada penghujung tahun 2018 namun tidak mendapatkan rawatan di mana mana fasiliti kesihatan.

Dimaklumkan, anjing peliharaan tersebut bebas bercampur dengan haiwan lain dan tidak pernah diberi suntikan vaksin anti-rabies. Haiwan ini telah mengambil nyawa orang awam susulan satu lagi kejadian di mana ianya telah mengggit seorang lagi individu. Walau bagaimanapun, tiada sampel dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak bagi ujian pengesahan jangkitan rabies pada anjing tersebut.Sumber: Kp Kesihatan

8 Kluster Baharu Dicatatkan Untuk Hari Ini. Terkini KKM Dedahkan Punca Kluster Baru Ini Berlaku Dan Harap Semua Ambil Perhatian Akan Kes Ini

Putrajaya, 21 Oktober – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan terdapat lapan kluster baru COVID-19 dilaporkan hari ini.Kluster tersebut melibatkan negeri Sabah, Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Berikut merupakan ringkasan lapan kluster tersebut:

Kluster Basung.Kluster ini libatkan sebuah jeti nelayan di daerah Kudat, Sabah.Sebanyak 19 kes positif dikesan melalui saringan bersasar ke atas individu yang terlibat dengan perniagaan ikan di Kudat.Sehingga hari ini, seramai 174 individu disaring di mana 19 positif, 148 negatif dan 7 masih menunggu keputusan.

Kluster Inai. Kudat, Sabah.Kes indeks ialah kes 17,773 positif hasil saringan individu bergejala 14 Oktober 2020.Telah dimasukkan di pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 di PPR Taman Ihsan Kota Belud.Saringan kontak rapat mendapati 7 lagi positif. Seramai 92 individu telah disaring, 8 positif manakala 84 masih menunggu keputusan.

Kluster Tempayan.Kota Kinabalu dan Penampang di Sabah.Kes indeks, kes ke-11,619 dikenalpasti positif hasil saringan individu bergejala 1 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.Hasil saringan mendapati seramai 18 lagi positif COVID-19.Seramai 21 individu telah disaring di mana 19 positif, satu negatif dan satu lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Long.Hulu Langat, Titiwangsa, Lembah Klang, Kepong.Kes indeks, kes ke-16,746 telah dikesan positif hasil saringan individu bergejala pada 12 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.Seramai 17 kontak rapat didapati positif. Sehingga kini, seramai 301 individu telah disaring di mana 18 positif, 260 negatif dan 23 lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Cahaya.Petaling, Selangor dan Tampin, Negeri Sembilan.Kes indeks, kes ke-20,394 dikenalpasti positif hasil saringan individu bergejala pada 16 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.Saringan kontak rapat mendapati 17 lagi kes positif. Seramai 84 individu telah disaring, 18 positif, 3 negatif dan 63 masih menunggu keputusan.

Kluster Bah Kota.Sepang, Seremban.Kes indeks, kes ke-17,988 dikenalpasti positif hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.Hasil saringan kontak rapat mendapati 9 lagi positif. Sehingga kini, seramai 171 individu disaring di mana 10 positif, dan 161 lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Melati.Titiwangsa, Klang.Kes indeks 18,002 positif hasil saringan individu bergejala 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.Saringan kontak rapat mendapati 8 lagi positif.Sehingga 21 Okt, seramai 24 individu telah disaring, 9 positif manakala 15 lagi sedang menunggu keputusan.

Kluster Bina Labuan.WP Labuan.Kes indeks, kes ke-22,943 telah dikesan positif hasil saringan kemasukan ke hospital pada 21 Oktober 2020 dan meninggal dunia pada hari yang sama.Saringan kontak rapat mendapati 4 positif. Seramai 60 individu telah disaring di mana 5 positif dan 55 lagi masih menunggu keputusan.Sumber: KKM

TERKINI: 732 Kes Baharu COVID-19 Dan 6 Kes Pemergian Baharu Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 732 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 732 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 22,657 kes secara keseluruhan.

Daripada 732 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 724 merupakan kes tempatan manakala 8 lagi adalah kes import.Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 7,827 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.Terdapat 102 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 31 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, kes discaj baharu yang dilaporkan pada hari ini adalah 580 kes. Justeru, jumlah kumulatif kes discaj di Malaysia terus meningkat kepada 14,931 kes.KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 6 kes pemergian yang dicatatkan pada hari ini. Jumlah kumulatif kes pemergian pula meningkat kepada 199 kes atau bersamaan dengan 0.87% secara keseluruhannya.Sumber: KKM

26 Daerah Ini Dikategorikan Sebagai Zon Merah Dalam Tempoh 14 Hari. KKM Akhirnya Dedah Daerah Berkenaan Dan Harap Penduduk Ambil Berat Akan Isu Ini

Sebanyak 26 daerah di seluruh negara dikategorikan sebagai zon merah dalam tempoh 14 hari iaitu dari 7 hingga 20 Oktober, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia.

Berdasarkan senarai yang diberikan CPRC, Sabah mencatatkan jumlah zon merah tertinggi dengan 16 daerah manakala Selangor mencatatkan lima daerah, masing-masing dua daerah di Kedah (Kota Setar dan Pokok Sena) dan Pulau Pinang (Timur Laut dan Seberang Perai Selatan), manakala satu di Perak iaitu daerah Larut, Matang, Selama.

Memperincikan 16 daerah di Sabah itu, ia melibatkan daerah Lahad Datu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tuaran, Kunak, Papar, Semporna, Tawau, Putatan, Penampang, Ranau, Beaufort, Kota Belud, Keningau, Tambunan dan Kudat.Lima daerah di Selangor pula melibatkan Klang, Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Kuala Langat.

Dari segi mukim pula, Kedah melibatkan mukim Kota Setar dan Gajah Mati; Pulau Pinang (Georgetown dan Mukim 6); Perak (Taiping); dan Selangor (Klang, Kapar, Sungai Buloh, Petaling, Damansara, Kajang dan Tanjung Dua Belas (1)).

Selain itu, mukim merah di Sabah melibatkan Bandar, Silabukan dan kawasan Felda di Lahad Datu; Kota Kinabalu (Laut, Likas, Pantai, Sembulan, Darat, Kamung Air, Petagas dan Tanjung Aru); Sandakan (Sentosa, Karamunting, Beatrice, Batu Sapi, Sibuga dan Pantai Elopura); Tuaran (Indai, Serusup dan Tambalang); Kunak (Pekan); Papar (Pengalit/Kawang dan Labak/ Kinarut); Semporna (Bugaya dan Tampi-Tampi); Tawau (Sri Tanjung, Merotai dan Balung); Putatan (Petagas dan Lok Kawi); Penampang (Kepayan dan Penampang Baru); Kota Belud (Kulambai); dan Kudat (Tiga Papan). – Bernama

Rasa Sayu Hati Bila Selangor Tiada Air. Tergamam Ustaz Ebit Lew Sanggup Beli 2 Lori Besar Air Untuk Agihkan Kepada Warga Selangor Yang Mengalami Gangguan Air.

Masalah air di Selangor sememangnya bukan sesuatu yang baru untuk dihadapi oleh penduduknya. Hampir setiap bulan pasti berlaku gangguan tersebut sehingga orang ramai sudah penat untuk merungut. Kali ini, masalah itu kembali menghantui penduduk ditambah dengan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersasar (PKPB) yang terpaksa mereka lalui disebabkan penularan pandemik Covid-19 yang semakin ‘mengg1la’.

Datang bagi air bersih. Oleh sebab itu, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew terpanggil untuk memberikan bantuan kepada sebahagian penduduk yang terjejas akibat daripada masalah tersebut. Menerusi posting di laman Facebook, beliau memaklumkan telah membeli dua lori besar air untuk diagihkan kepada penduduk di Pinggiran Batu Caves, Gombak.

Dari malam hingga subuh bantu beri air

Beliau berkata, urusan mengagihkan air telah dilakukan sejak jam 10 malam sehingga subuh bagi memastikan penduduk sekurang-kurangnya mendapat bekalan air. Sayu lihat warga emas minta air. Tambahnya, melihat keadaan orang yang sudah berusia mahu mendapatkan air membuatkan dirinya berasa sayu dan meminta pembantunya menolong warga emas mengangkat air untuk dibawa ke kediaman masing-masing.

Tak perlu kejar jawatan nak bantu orang. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan komen dengan meluahkan rasa terharu atas keprihatinan yang ditunjukkan pendakwah berkenaan. Mereka juga tidak lepas mendoakan agar Ebit terus dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik agar dapat membantu orang ramai lagi. “Tak perlu jadi menteri untuk bantu rakyat”.”Semoga Allah permudahkan urusan ustaz”

Sumber: Ebit Lew, OhMyMedia

Tak pernah lelah malahan rasa sebak mula menyelubungi diri. Ustaz Ebit Lew sanggup hantar bantuan sampai ke Kedah bagi membantu golongan ini

Sungguh mengagumkan. Seperti yang kita kenal penceramah bebas, Ebit Lew tidak pernah lelah membantu golongan yang memerlukan walaupunpun harus menempuh pelbagai rintangan dan cabaran. Terkini, usaha bantuan percumanya telah diperlukan oleh pihak Pnjara Pokok Sena, Kedah. Menerusi perkongsian terbaharunya semalam, Ebit  mengatakan telah menerima surat rasmi dari Pnjara Pokok Sena, Kedah yang meminta bantuan untuk individu Covid-19 yang dikuarantin.

Agak sedih dengan permintaan pihak pnjara, tanpa membuang masa beliau terus bergegas membeli segala barang keperluan serta menguruskan lori untuk menghantar semua barang ke sana dengan segera.“Sayu rasa. Pagi ini saya dapat surat rasmi dari Pnjara HQ dan Pnjara Pokok Sena memohon bantuan untuk warga pnjara untuk mereka yang dikuarantin. 

Tamabh dia lagi. “Terus bergegas belikan dan uruskan lori untuk penghantaran ke pnjara. Saya doakan lori bantuan selamat sampai. Saya tak kesana. “Kita semua sebuah keluarga. “Syukur selesai dapat belikan keperluan untuk 200 orang. 200 tilam. 200 bantal, tuala dan cadar. Kipas 10 biji. Face shield 2000 pcs. Barang-barang makanan dan barang asas,” katanya seperti yang dilihat oleh Gempak.

Pada masa yang sama, Ebit berharap semua yang disahkan positif Covid-19 diberi kesembuhan dan sihat seperti sedia kala.“Ya Allah selamatkanlah dan permudahkanlah buat warga Penjara Pokok Sena dan Alor Setar. “Ya Allah selamatkan saudara kami di seluruh Sabah. Selamatkanlah kami semua ya Allah. Semua saudara kami yang sakit sembuhkan. Yang dijangkiti pulihkan. Yang kehilangan keluarga tersayang beri kekuatan kesabaran.“Buat warden semua dan petugas negara barisan hadapan disana terus kuat dan diberi kekuatan. Ini ujian kita bersama,” pintanya.-gmpk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *