Lega dapat buang sesuatu di bahagian tekaknya. Syatilla Melvin kongsi cerita pengalamannya berhadap dengan masalah itu dan ini perkembangan dia selepas jalani operasi

artis

Dikhabarkan Syatilla Melvin telah selamat menjalani operasi bagi membuang tons1l yang bngkak di bahagian tekaknya di sebuah hospital swasta pada petang Rabu. Siti Nur Syatilla Amirol atau lebih gemar dipanggil Syatilla,29,berkata dia sudah lama berdepan dengan masal itu namun tidak mempunyai masa yang sesuai untuk jalani operasi.

Namun begitu,isteri kepada Shaheizy Sam ini meluah rasa syukur kerana proses operasi yang dilakukan berjalan dengan lancar dan akan dibenarkan pulang pada Khamis.Saya dah lama berdepan dengan masalah tons1l… dah lama bengkak dan menganggu kehidupan serta aktiviti harian saya.

“Sebelum ini tak ada masa yang sesuai untuk buang. Alhamdulillah… semalam (Rabu), saya telah jalani operasi buang t0nsil. Lega rasa selepas dah lakukan operasi.”Insya-Allah jika tiada apa-apa masalah, saya dibenarkan pulang ke rumah hari ini. Terima kasih kepada semua yang mendoakan keadaan saya,” kata Syatilla ketika dihubungi mStar.

Syatilla turut berkongsi perkara itu di laman Instastory.Sebelum ini, Syatilla ada memuat naik video dia melakukan ujian saringan atau swab test untuk Covid-19 sebagai prosedur sebelum jalani operasi .Pada Rabu, Sam turut berkongsi foto Syatilla dalam keadaan bersiap sedia untuk memasuki dewan operasi.

Rata-rata warganet mendoakan agar urusan pelakon Sha & Shah itu berjalan dengan lancar dan cepat sembuh.Syatilla mendirikan rumah tangga dengan pelakon filem Polis Evo itu pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 3, dan Sarima Samheizy yang kini berusia setahun.

Syatilla Melvin Risau Dengan Perubahan Suaminya Sejak PKP Ini. Ramai Terkejut Dengan Penampilan Baru Shaheizy Sam Dan Tak Sangka Ini Puncanya.

Baru-baru ini pelakon dan usahawan kosmetik, Syatilla Melvin ada memuat naik gambar terbaru bersama suami, Shaheizy Sam selepas aktor itu tamat menjalani kuarantin selama 14 hari. Menarik perhatian apabila pada akhir kapsyen, Syatilla berseloroh dengan meletakkan tanda pagar #bukanafdlinshauki ditujukan buat suaminya yang kelihatan berisi.

Perkara itu ternyata mengundang usikan peminat mereka yang rata-rata terkejut dengan penampilan terbaru pelakon filem Polis Evo itu. Naik 20kg! Bercakap kepada Kosmo! Online, Sam atau nama penuhnya Shaheizy Sam Abdul Samad mengakui mengalami penambahan berat badan mendadak iaitu sebanyak 20 kilogram (kg) sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hal tersebut disebabkan gara-gara tabiat pemakanan yang tidak dikawal iaitu banyak mengambil makanan ringan terutamanya keropok dan biskut secara berlebihan. “Saya mengakui memang sejak PKP saya makan dengan banyak sehingga lama-kelamaan tabiat ini tidak boleh dihentikan,” katanya. Isteri suruh turunkan berat badan.

Tambahnya lagi, perkara itu juga disebabkan oleh isterinya rajin memasak dan menyuruhnya makan dengan banyak untuk menaikkan berat badan. “Tetapi selepas melihat perubahan mendadak bentuk tubuh saya, sekarang dia (Syatilla) pula yang risau dan meminta untuk saya kembali menurunkan berat badan,” katanya.

Mencecah 85 kilogram (kg) ketika ini, aktor berkenaan memaklumkan kebanyakan bajunya sudah tidak muat untuk dipakai. Bagaimanapun, pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, 2012 dan 2014 itu sedar akan perubahan fizikalnya dan akan mengawal pemakanan serta menjaga kesihatan.

Syatilla muat naik foto Shaheizy Sam baru habis kuarantin. Sekali warganet ada perasan sesuatu. Mengejutkan lepas habis kuarantin sampai macam ni sekali jadi dekat Sam.

Pelakon dan usahawan kosmetik Syatilla Melvin berkongsi rasa gembira apabila suaminya aktor Shaheizy Sam selesai menjalani proses kuarantin selama 14 hari di sebuah hotel. Menerusi laman sosial Instagram, Syatilla atau lebih mesra disapa sebagai Tilla memuat naik sekeping foto terkini bersama suaminya untuk tatapan umum. 

“Yeay my suami is back. Harini mai tengok progress studio kami. Studio nak siap dah weh yeay,” tulis Tilla sebagai kapsyen. Terdahulu, Tilla pernah berkongsi sebuah video yang menunjukkan aksi melambai-lambai tangan pada Sam yang menginap di sebuah hotel berdekatan dengan pejabatnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terkejut melihat penampilan dan perubahan fizikal Sam yang menyerupai pengarah Datuk Afdlin Shauki. “Ingatkan abang Afdlin Shauki tadi, terkejut,” komen seorang wargamaya

“Baru nak marah, pasal apa Tilla pelvk Afdlin Shauki. Tengok lagi sekali, Sam rupanya,” kata seorang wargamaya. “Nasib baik pelvk tangan masih sampai,” usik seorang wargamaya. “Kembang dengan jayanya,” ujar seorang wargamaya.

“Cerita apa Sam bawa kali ni. Dia ubah badan sampai mata naik sepet. Good effort,” komen seorang wargamaya lagi. Hujung September lalu, Sam menjalani proses kuarantin selepas pulang dari Sabah bagi memberikan sokongan kepada abang iparnya, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Nampak Tapi Tak Boleh Pergi. Terpaksa Berjauhan Dengan Shaheizy Sam Gara Gara Sam Sedang Jalani Proses Kuarantin. Sampai Macam Ni Sekali Jadi Dekat Syatilla Bila Suami Kena Kuarantin.

Pelakon Syatilla Melvin terpaksa berjauhan dengan suaminya aktor Shahiezy Sam yang kini sedang menjalani proses kuarantin selama dua minggu di sebuah hotel.  Menerusi laman sosial Instagram, Tilla berkongsi babak video yang menunjukkan aksinya melambai-lambai tangan pada Sam yang menginap di sebuah hotel berdekatan dengan pejabatnya. 

“Aku dekat office, Sam kuarantin kat hotel depan office aku ja.  “Nampak dari jauh tapi tak boleh pergi. Wei sedih wei,” tulis Tilla di ruangan kapsyen. Difahamkan Sam menjalani proses kuarantin selepas pulang dari Sabah bagi memberikan sokongan kepada abang iparnya, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang terhibur melihat aksi Tilla merindui suaminya yang hanya boleh dilihat dari jauh. “Untuk kebaikan semua orang, semoga Sam sihat,” komen seorang wargamaya. “Hahaha mesti rindu sangat,” kata seorang wargamaya.

“Bagus-bagus, kena kuarantin la kalau sayang family anak bini ibu ayah semua,” ujar seorang wargamaya. “Sabar-sabar, semoga semuanya baik-baik sahaja,” tulis seorang wargamaya. “Alaa kesiannya, sama-sama kita berdoa Sam sihat dan berjaya habiskan tempoh kuarantin,” pinta seorang wargamaya lagi.

Imbas kembali, Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy. Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada warga Instagram. 

Bersuamikan bintang popular. Syatilla Melvin dedahkan rumah tangganya bersama Shaheizy Sam dan isu menduakan pasangan yang menjadi bualan orang ramai

KUALA LUMPUR: Lambakan kes keruntuuhan rumah tangga akibat suami menduakan si isteri menjadi ketakutaan bagi golongan wanita. Tidak terkecuali, pelakon, Syatilla Melvin, 29, mendirikan bahtera rumah tangga bersama aktor popular, Shaheizy Sam, 38, yang memiliki ribuan peminat setia.

Hakikatnya, tiada siapa mampu meneka suratan takdir dan perjalanan hidup biarpun dilihat bahagia. Soal jodoh menjadi ketentuan Allah SWT. Bagaimanapun, Syatilla percaya selagi mampu memberikan yang terbaik, tiada sebab untuk suaminya mencari wanita lain. Bagi Syatilla, penjagaan dalaman adalah paling utama, selain menitik berat penjagaan fizikal. Lebih lagi, apabila melihat kebanyakan kes menduakan berikutan skndal lebih cantik, jauh daripada isteri.

“Sebagai isteri, saya tidak menolak adanya perasaan cemburu apabila bersuamikan bintang popular. Bagaimanapun, saya sering memberi amaran pada suami supaya tidak melakukan perkara yang boleh menghncurkan kepercayaan saya terhadapnya.

“Saya yakin Sam bijak menilai mana baik dan buruk. Dia bukan sahaja ada saya untuk menilai tindak tanduk. Malah, dua anak dan kedua-dua keluarga yang harus dijaga hati serta nama baik mereka. “Saya mengenali Sam lebih 10 tahun. Ada kala, saya rasa lebih mengenalinya daripada diri sendiri,” katanya kepada BH Online.

Menyentuh kerjaya lakonan yang dilihat bergerak perlahan, Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin berkata, dia bukanlah mahu meletakkan titik noktah apabila dikurniakan dua cahaya mata, Sheriv Samheizy, 3, dan Sarima Samheizy, 2, sebaliknya mengambil tempoh rehat bagi memberi perhatian kepada dunia perniagaan.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak menafikan perasaan rindu mahu kembali bekerja di lokasi penggambaran, apatah lagi kali terakhir menjayakan drama Selafaz Cinta ketika hamil anak kedua. “Saya sudah tidak berlakon hampir dua tahun, tetapi menjayakan drama pendek Gerakan Serunding bersama Sam sempena Aidiladha pada Mei lalu. Itupun hanya sekejap sahaja.

“Tetapi, jujurnya, saya belum berhasrat mahu berhenti berlakon, cuma berehat seketika bagi memberi ruang saya fokus pada dunia perniagaan. “Tawaran sentiasa ada, tetapi terpaksa ditolak. Saya tak mampu buat kerja dalam satu masa,” katanya.

Pelakon kelahiran Parit Buntar, Perak itu berkata, keputusannya menceburi dunia perniagaan sejak setahun lalu selepas melihat nasib pelakon tempatan pada penghujung usia.”Ketika berlakon, saya tahu ramai pelakon veteran yang sakit pada penghujung usia. Nampak popular di kaca televisyen (TV), tetapi mereka sebenarnya tiada simpanan tetap.

“Bagi pelakon yang pandai menyimpan, baguslah. Tetapi, saya tidak dapat menyimpan duit dan membeli aset ketika aktif berlakon dahulu.”Peminat nampak gah di kaca TV, tetapi hakikatnya kita sendiri tahu. Saya tak mahu masa tua nanti perlu minta bantuan. Minta jauhkan nasib seperti ini,” katanya.

Disebabkan itu Syatilla berkata, dia tekad mengambil langkah menceburi bidang perniagaan kerana tahu tidak boleh terus berlakon dan mengharapkan pendapatan lakonan semata-mata.”Ini langkah yang perlu diambil kerana jangka hayat dalam industri seni bukanlah panjang. Jika mengusahakan perniagaan dengan konsisten, ia boleh bertahan lama,” katanya yang kini bergelar tauke jamu.-bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *