Gambar produk terbaharu dUCk sekali lagi raih perhatian ramai. Warganet kritik produk terbagaru dari Vivy Yusof atas satu sebab ini

Viral

Seperti yang kita tahu.setiap kali dUCk tampil dengan konsep baru,pasti ia akan dapat perhatian ramai. Mana tidaknya,ramai yang mengatakan rekaan koleksi dUCk sering plag1at idea jenama tempatan. Oleh itu,jenama dUCk milik Vivy Yusof sekali lagi cipta kontroversi apabila dia memuatnaik gambar prosuk baharu mereka iaitu pin magnet. Menerusi komen,ramai mengatakan bahawa rekaan oin magnet ini telah mengambil idea jenama besar,Bokitta.

Malah, Bokitta dalam satu kenyataan di Facebook mengucapkan tahniah kepada Pengarah Reka Bentuk dan co-founder Hala Absi yang berasal daripada Lubnan kerana berjaya menjadi ‘inspirasi’ kepada jenama lain.Difahamkan, Hala Absi telah bertungkus lumus untuk menghasilkan variasi idea produk aksesori keluaran Bokitta termasuk BOKITTA MAGNETIC SHAPERS™ yang dikeluarkan pada tahun 2019.Our beautiful one and only Director of Design, Hala Absi.Hala Absi juga merupakan Co-founder Bokitta yang berasal dari…

Berikutan itu, para peminat jenama Bokitta mengatakan bahawa aksesori hijab tersebut telah dikeluarkan oleh Bokitta pada tahun lalu. Melihat pada rekaan, para warganet juga berpendapat rekaan yang ditonjolkan sama dengan rekaan aksesori hijab Bokitta.Isu ini sering dibangkitkan dan seperti tiada tanda noktah. Apakah pendapat anda mengenai perkara ini?

Setelah Sekian Lama Menyepi Akhirnya Kontrak Vivy Yusof Ditamatkan Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Uitm. Rupa Rupanya Ini Punca Buat Warganet Terkedu.

Usahawan muda Vivy Yusof yang pengasas FashionValet dan dUCK Group, menamatkan tugasnya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), hari ini (Isnin). Berita tersebut diumumkan di laman sosial Instagram UiTM pagi tadi, disamping mengucapkan terima kasih di atas perkhidmatan dan bakti dicurahkan Vivy.

Vivy Sofinas Yusof atau lebih dikenali sebagai Vivy Yusof dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah (UiTM) pada 26 Mei tahun lalu oleh Kementerian Pendidikan. Pelantikan ikon bisnes fesyen berusia 31 tahun itu selama satu tahun di UiTM dilihat mendapat pelbagai reaksi positif daripada warganet yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar dan alumni institusi pengajian tinggi awam itu sendiri.

Antara kejayaan beliau dalam dunia perniagaan ialah berjaya memenangi Bella Business Award 2013, Women’s Weekly Malaysia’s Finance and Commerce Nominee untuk anugerah Great Women of Time Awards 2015 dan tersenarai dalam 60 Wanita Inspirasi Nona. Beliau juga pernah menerima Anugerah Usahawan Muda daripada Tribute To Women Malaysia dan pada April 2017 dan Vivy disenaraikan sebagai salah seorang individu daripada Forbes 30 Under 30 di Asia.

Ingatkan Dah Habis Isu Golongan B40 Dan M40. Mengejutkan Vivy Yusof Nekad Untuk Saman Warganet Atas Sebab Ini.

Datin Vivy Yusof memfailkan saman terhadap seorang warganet atas dakwaan memfitnh pengasas FashionValet and dUCK Group itu menerusi laman s0sial berhubung isu kerajaan membantu golongan B40 dan M40 yang terjejas oleh penularan C0VID-19.

Saman fitnah itu difailkan Vivy Yusof, 33, atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof menerusi Tetuan Foong Cheng Leong & Co pada 15 Jun lepas dengan menamakan Alia Najwa Hassannudin, 28, selaku defendan tunggal. Hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datin Rohani Ismail dan hasil semakan mahkamah, pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 7 Okt ini.

Vivy saman warganet

Berdasarkan penyataan tuntutan yang dilihat melalui carian dalam e-filing, Vivy selaku plaintif berkata pada 28 Mac lepas, beliau telah menerbitkan rakaman video dalam akaun Instagramnya berhubung perbualan empat usahawan berkaitan status ekonomi akibat COVID-19 dan Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Vivy mendakwa pada 30 Mac lalu, defendan telah menerbitkan beberapa penyataan berkenaan plaintif dalam akaun Facebook dan Instagram milik defendan dan secara salah menyatakan bahawa plaintif mempersoalkan tindakan kerajaan membantu golongan B40 dan M40 sedangkan mereka tidak memberi apa-apa sumbangan kepada ekonomi negara.

Usahawan wanita itu mendakwa penyataan-penyataan buruk tersebut antara lainnya membawa maksud bahawa plaintif tidak bersimpati terhadap golongan B40 dan M40, bersikap angkuh, mementingkan diri sendiri dan tidak profesional serta hanya mementingkan keuntungan.

Lancarkan petisyen Vivy letak jawatan

Kata Vivy, penerbitan penyataan-penyataan fitnah itu turut menyebabkan pelancaran satu petisyen di laman web sekitar 1 April lepas bagi mendesak plaintif dilucutkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM kerana menghina golongan berkenaan dan petisyen tersebut telah ditandatangani lebih 230,000 pengguna Internet sejak dilancarkan.

Ikon fesyen itu mendakwa pada 2 April lepas, surat tuntutan telah dikeluarkan kepada defendan dan menuntut supaya beliau berhenti menerbitkan sebarang penyataan ftnah terhadap plaintif di laman sosial dan plaintif juga mendakwa defendan membalas surat tuntutan melalui aplikasi Facebook tetapi gagal mematuhi kesemua kehendak plaintif.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, suatu perintah supaya defendan memadamkan penerbitan penyataan-penyataan fitnah tersebut selain memohon defendan menerbitkan suatu permohonan maaf terhadap plaintif.

Sumber : Bernama

Ambil Ujian COVID19. Vivy Yusof Dedahkan Keputusan Ujian Dia Dan Suami Malahan Bapanya Juga Beri Satu Pesanan Khas Buat Vivy

Usahawan fesyen Datin Vivy Yusof bersyukur apabila dia dan suaminya dilaporkan neg4tif dalam keputusan ujian saringan COVI1D-19 yang diambil.  Menerusi laman sosial Instagram (IG), Vivy berkongsi berita itu untuk tatapan umum. 

“Alhamdulillah untuk keputusan ujian saya hari ini.  “Tetapi perlu sentiasa peka dah mengamalkan penjarakkan sosial. Selalu pakai pelitup muka dan stay safe semuanya,” tulis Vivy menerusi ruangan IG Storynya.  Menerusi perkongsian itu lagi, Vivy turut berkongsi satu perbualan WhatsApp antara dia dan bapanya yang menasihati anaknya itu agar sentiasa mengamalkan penjarakkan fizikal. 

“Nasihat saya supaya lebih serius dengan penjarakkan sosial dan tidak perlu berpelukan dengan orang yang awak dah lama tak jumpa sebagai langkah bejaga-jaga kerana pandemik ini belum tamat. “Sentiasa berhati-hati dan peka. Awak dah dengarkan nasihat ni banyak kali dah daripada saya,” pesan bapanya lagi. 

Sekadar info, Vivy dan suaminya, Fadzarudin Shah, 32, mendirikan rumah tangga pada tahun 2012. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata Daniel Azim Shah,7, Mariam Iman Shah, 5 dan Sarah Ilham Shah, dua tahun. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Kucing Media Online

Sumber : Gempak via AppleHijau

Vivy Yusof mohon maaf

AHLI perniagaan popular, Datin Vivy Yusof menafikan dkwaan dia mengh1na golongan B40 dan M40 yang layak mendapat Bantuan Prihatin Nasional menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin okeh kerajaan, baru-baru ini.

Vivy dalam kenyataan menerusi video semalam, mendkwa itu adalah ftnah yang dibuat secara terang-terangan kerana dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu. “Perkara ini timbul dalam siaran langsung Facebook (FB) Live, bukan FB saya kerana saya memang tiada akaun FB, tetapi saya menonton ‘live’ itu.

Saya tidak mempertikaikan pemberian bantuan kepada golongan berkenaan seperti didkwa. Sebaliknya, saya bimbang nasib yang akan menimpa ahli perniagaan dan pekerja disebabkan kelembapan ekonomi. “Selain itu, saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan golongan berkenaan tidak menyumbang kepada ekonomi negara menerusi FB Live itu,” katanya.

Vivy turut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada golongan B40 dan M40 yang tersinggng dengan kenyataannya. Katanya, cemuhn dan ftnah yang diberikan terhadapnya amat melampau hingga memerlukan dia mempertahankan diri.

“Ketika kenyataan itu sudah di dalam Twitter, ia menjadi tak terkawal. Saya selalu berpesan kepada semua wanita untuk mempertahankan diri mereka. Sekarang adalah waktunya saya mempertahankan diri kerana saya tak pernah keluarkan kenyataan itu,” katanya.

Vivy berkata, dia juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memutar belit kenyataan hingga ada pihak melancarkan petisyen meminta dia meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Jika saya memandang rendah terhadap golongan ini, sudah tentu saya tidak akan ambil peduli atau mewujudkan tabung untuk mereka. Namun, saya bimbang dan mengambil berat mengenai nasib mereka dalam keadaan sekarang. Mungkin kesilapan datang daripada saya.

“Mungkin ada penggunaan ayat saya tidak tepat dan saya akan memperbaiki diri selepas ini. Saya juga akan lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan atau berkongsi dalam media sosial,” katanya. Vivy berkata, dia berharap pengguna laman sosial akan lebih peka dan memastikan kesahihan fakta terlebih dulu.

“Timbul sedikit kecewa apabila warganet mempercayai tanpa memeriksa kesahihan fakta sebelum berkongsi dengan meluas dan mengulang ciap di Twitter. Tak pasal-pasal mereka mengutip dosa. “Saya pernah melakukan perkara sama apabila tidak memeriksa fakta sebelum berkongsi di laman sosial. Sejak itu, saya lebih berhati-hati,” katanya.-ccto

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *